12 Januari ini merupakan tarikh penting bagi
Pakatan Rakyat di mana mereka akan mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat iaitu
kesinambungan dan kemuncak usaha terdesak mereka untuk menghuru-harakan Malaysia
menjelang pilihanraya ke-13. Memandangkan beberapa himpunan tajaan mereka
akhir-akhir ini menunjukkan kemesorotan yang ketara dari jumlah peserta, maka
himpunan ini diharap mampu menyemarakkan kembali semangat penyokong mereka yang
semakin malap.
Namun, pada hari yang sama, kedengaran satu lagi
perhimpunan yang juga dianjurkan oleh pembangkang. Himpunan ini dinamakan
Himpunan Shamsidar, iaitu isteri kepada Azmin Ali yang juga merupakan watak
utama dalam Kes Liwat 1 Anwar Ibrahim.
Beliau didakwa menjadi kekasih gelap Anwar, di mana hubungan mereka juga
disyaki telah menghasilkan seorang anak luar nikah. Apa yang membuatkan kita
mengucap panjang, ternganga terkejut dan menggeleng-gelengkan kepala kehairanan
ialah hubungan tersebut dikatakan berlaku atas restu Azmin.
Semua kisah ini terakam kemas dalam dokuman
perbicaraan serta masih terus menjadi bahan perbincangan politik semasa. Selama
itu juga, tiada sebarang usaha bersungguh-sungguh dari mana-mana pihak untuk
membersihkan nama Shamsidar. Namanya terus membusuk, sama busuk dengan nama
Anwar dan juga Azmin.
Kemuncaknya ialah kenyataan akhbar oleh
Nallakaruppan iaitu bekas sahabat Anwar merangkap bapa ayam kepada Shamsidar,
yang bertajuk “Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual”.
Setelah tidak tahan didesak dan dicabar agar
membuktikan tuduhan Nalla tidak benar, Anwar akhirnya memfailkan saman fitnah
terhadap Nallakaruppan serta syarikat penerbitan, Utusan Melayu (M) Bhd. yang
menyiarkannya. Akibatnya, kes tersebut kini bakal dibicarakan dalam beberapa
hari sahaja lagi di mana Anwar akan terpaksa berhadapan beberapa saksi, yang
kebanyakannya merupakan mereka yang dinamakan sebagai pasangan seksualnya -
termasuklah Shamsidar. Terlambat menyedari
yang beliau telah masuk perangkap, Anwar cuba memohon agar nama-nama mereka ini
digugurkan dari senarai saksi. Namun, permohonan Anwar gagal.
Oleh itu, Himpunan Shamsidar pada 12 Januari ini
dilihat sebagai usaha terdesak Anwar untuk memastikan Shamsidar tidak menjadi
saksi. Ia juga boleh dilihat sebagai langkah pertama ke arah membersihkan nama
Shamsidar. Apapun, yang jelas dapat dilihat ialah Anwar panik dan tidak berani
berhadapan dengan Shamsidar serta saksi-saksi lain.
Sedangkan, logiknya, jika beliau tidak bersalah,
kenapa perlu meminta nama-nama mereka digugurkan? Bukankah kemunculan mereka
sepatutnya menggembirakan Anwar kerana beliau berpeluang membuktikan yang
beliau bukan biseksual seperti didakwa Nallakaruppan?
Walaubagaimanapun, pembangkang menuduh bahawa
himpunan ini hanyalah satu propaganda bodoh Barisan Nasional. Apatah lagi
dengan pertindihan tarikh yang sama dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang
berskala mega, maka tentulah tidak logik
mengadakan Himpunan Shamsidar di hari yang sama, kerana ia tidak mungkin
berjaya mendapat impak yang diharapkan.
Nampaknya, penyokong pembangkang telah terlepas
pandang akan strategi pemimpin-pemimpin mereka sendiri. Bukankah BERSIH sebelum
ini juga menghimpunkan Himpunan Hijau bersama-sama kerana bimbang tidak mampu mencapai
sasaran jumlah peserta? Bukankah pembangkang gemar berhimpun di tempat yang
sedia terdapat ramai orang seperti di masjid selepas solat Jumaat?
Maka, strategi yang sama juga dapat dilihat
dalam Himpunan Shamsidar ini iaitu bergabung dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat
agar kedua-dua himpunan dilihat mempunyai jumlah penyertaan yang cukup ramai.
Justeru, tidak perlulah penyokong pembangkang mempersoalkan
sama ada Himpunan tersebut adalah sesuatu yang benar atau hanya propaganda. Adalah
lebih baik jika mereka mempersoalkan kenapakah Anwar tidak mahu Shamsidar
menjadi saksi?
Kita pasti, penyokong pembangkang mampu meneka
jawapannya iaitu, kerana segala-gala yang dituduh terhadap Shamsidar dan Anwar,
adalah benar belaka.
Himpunan menyelamatkan Shamsidar ini sebenarnya
adalah himpunan untuk menghalalkan penzinaan antara isteri orang dan suami
orang lain. Himpunan Shamsidar adalah himpunan untuk menutup kes paling
terkutuk, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan ahli politik yang membawa imej
Islamik dan bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri di sebuah negara
Islam.
Oleh itu, sama ada Himpunan Shamsidar ini satu
propaganda atau tidak, kita sama-sama fikirlah sendiri… - BeruangBiru
No comments:
Post a Comment