Tuesday 12 March 2013

AZMIN PERLU DEDAH GAMBAR SEDANG BERCAKAP DENGAN MAK TOM

Kenyataan terbaru Umi Hafilda Ali mengenai sifat munafik Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang dilihat begitu terdesak sehingga sanggup mengunakan ibu sendiri untuk membersihkan imejnya yang sebelum ini dilabel sebagai anak derhaka. Umi yang membuat kenyataan tersebut pada satu sidang akhbar yang diadakan di Bandar Utama, Damansara Sabtu lalu menegaskan, tindakan abangnya itu sebagai munafik terlampau.

Ia ekoran dari tindakan Azmin yang cuba menipu dan menagih simpati masyarakat dengan memaparkan gambarnya bersama Mak Tom bagi membersihkan imejnya yang tercalar. Sebelum ini ibu kandungnya, Che Tom Yahaya atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Tom tampil meluahkan kekecewaan hatinya berhubung tindakan Azmin yang langsung tidak pulang ke rumah melawatnya walaupun tinggal berdekatan.

Tidak cukup dengan itu, Mak Tom juga merasakan kenyataan balas Azmin yang mengatakan dia menerima bayaran daripada pihak tertentu bagi memburuk-burukkan anak sendiri sebagai derhaka dan biadap.

Wahai Azmin, tiada mana-mana ibu dalam dunia ini yang sanggup memburuk-burukkan anak sendiri demi politik mahu pun wang. Apakah air mata ibu tua ini juga didalangi UMNO? Adakah hancur luluhnya hati seorang ibu tua ini juga didalangi UMNO?

Ekoran kenyataan Mak Tom itu, majoriti masyarakat mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena dan mempersoalkan kredibiliti Azmin selaku pemimpin. Masyarakat mula memandang serong terhadapnya yang dilihat terlalu mengagungkan insan bernama Anwar Ibrahim berbanding ibu kandung dan keluarganya sendiri.

Umi turut berpesan kepada Azmin agar jangan cuba mempolitikkan isu ‘Tanggang’ ini, kerana telah hampir 2 tahun dia tidak pulang ke rumah berjumpa dengan ibunya itu bermula dari bulan Ogos 2011.

Tambah menyedihkan ketika ibu sedang sakit terlantar di hospital, tindakan Azmin yang menyelinap dan mencuri masuk selepas jam 12 malam itu, bukan untuk memohon kemaafan tetapi hanya ingin mencari keuntungan politik. Lebih malang lagi, dia turut menghalau orang gaji Umi yang yang pada ketika itu sedang menjaga Mak Tom kerana telah diberikan ‘heavy sedation’ oleh doktor kerana retak di kepala.

Sandiwara Azmin seolah-olah tiada sempadan apabila langsung tidak menghormati ibu yang sedang menderita sakit semata-mata untuk memastikan jurugambarnya dapat mengambil gambar yang terbaik bagi membodohkan masyarakat. Malah dia turut menggunakan anak-anaknya yang dimasukkan sekali di dalam gambar tersebut bagi menolak dakwaan yang dikemukakan sebelum ini.

Tidak tahan dengan sandiwara dan drama yang cuba dipertontonkan oleh Azmin itu, Umi lantas tampil membuat kenyataan dan menyelar tindakan tersebut. Umi turut mengatakan sekiranya semua kenyataannya ini fitnah dan tidak benar, maka dia mencabar Azmin untuk membuat laporan polis atas dakwaan fitnah jenayah, mengemukakan saman terhadapnya atau membuat sumpah laknat berhubung isu yang dibangkitkan ini.

Andai diteliti gambar-gambar tersebut, semua dakwaan yang dikemukan oleh Umi itu, ada kebenaranya. Tambahan pula, Azmin gagal memuatnaik sebarang gambarnya sedang berbual mesra dengan ibunya, bagi menolak dakwaan fitnah yang dikatakan kepadanya sebelum ini.

Rationalnya, sekiranya benar semua yang dikatakan sebelum ini adalah fitnah semata-mata, gambar-gambar yang dimuatnaik sepatutnya lebih memaparkan Azmin sedang berbual mesra bersama ibu tercinta. Dan seperti kata Umi, bersamalah kita tunggu kenyataan sebenar Mak Tom berhubung peristiwa ini yang nyata begitu kecewa dengan tindakan anak kandungnya itu. - BeruangBiru

1 comment:

  1. Beza betul emak Azmin ngan bapak Saiful... Bukan semua mak bapak boleh dibeli...

    ReplyDelete