Sebelum ini, Nurul Izzah, anak kepada Datuk Seri Anwar
Ibrahim yang juga merupakan Naib Presiden PKR telah mengeluarkan kenyataan akan
membekukan pengambilan anggota polis sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mendapat
mandat mentadbir negara pada PRU13 nanti. Selain itu, pengurangan anggota polis
juga akan dilakukan untuk mengecilkan badan berkuasa itu.
Semalam, MP Kelana Jaya, Loh Gwo Burne telah mengadakan
sidang media di pejabatnya yang terletak di Seksyen 8, Petaling Jaya. Menurut
beliau, penduduk di Seksyen 7, 8, 10 dan Sunway Mentari terpaksa hidup di dalam
ketakutan apabila rompakan dan pecah rumah semakin meningkat beberapa tahun
kebelakangan ini.
Pihak polis diminta untuk mengambil langkah drastik
dengan mendirikan pondok atau balai polis bagi memantau kawasan-kawasan
tersebut. Walaupun rondaan rukun tetangga telah dijalankan oleh penduduk
setempat, kejadian jenayah di kawasan tersebut terus meningkat.
Menurut beliau lagi, di dalam masa sebulan, beliau
menerima sekurang-kurangnya 10 aduan berkaitan rompakan dan pecah rumah. Ini
termasuk pejabat beliau sendiri yang turut menjadi sasaran penjenayah.
Biasalah Pakatan Pembangkang, apa yang baik dilakukan
oleh kerajaan, semuanya dikatakan tidak baik dan membazirkan wang rakyat.
Bagaimana hendak melaksanakan janji yang dibuat Nurul Izzah untuk mengurangkan
bilangan anggota polis sedangkan mereka sendiri meminta anggota polis
memberikan perlindungan kepada mereka dan memantau kawasan kejiranan mereka?
Sudah terbukti, walaupun diadakan rondaan rukun tetangga,
kejadian jenayah tetap juga meningkat. Ini menunjukkan betapa pentingnya pihak
polis dalam memastikan keselamatan rakyat terpelihara.
Justeru, mengapa perlu dikurangkan bilangan anggota
polis? Dalam dunia yang serba mencabar, dengan rakyat yang saling bersaing
untuk terus hidup, kos yang semakin meningkat dan kewujudan lintah darat yang
semakin menjadi-jadi, pengambilan anggota polis tidak harus dibekukan.
Sebaliknya, bilangan anggota polis haruslah ditambah untuk memberi keseimbangan
kepada kadar jenayah yang berlaku.
Semalam Wan Kuntum ada terbaca berkenaan ancaman rogol
yang diterima oleh Ketua Srikandi PKR di salah satu blog yang Wan Kuntum sempat
layari. Dalam hal ini, pihak polis juga yang dicari malahan tempoh masa hanya
tiga hari diperuntukkan kepada pihak polis untuk mencari dan menangkap orang
yang melakukan ancaman tersebut.
Nah! Masih juga pihak polis yang mereka cari apabila
terasa diri mereka terancam walaupun sebelum ini mereka juga yang lantang
menyuarakan hasrat dan janji-janji untuk mengurangkan bilangan anggota badan
berkuasa tersebut.
Memang standard Pakatan Pembangkang, apabila bercakap
berdegar-degar menyalahkan pihak polis namun apabila berasakan keadaan mereka
kurang selamat, kepada pihak polis juga tempat mereka mengadu.
Parti yang tidak berpendirian seperti inikah yang hendak
dipilih dan diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negara???
No comments:
Post a Comment