Disebabkan ketandusan isu untuk diketengahkan oleh para
pencacai Pakatan Pembangkang, kehadiran Perdana Menteri bersama isteri dan anak
ke sebuah restoran daun pisang untuk menikmati makan tengahari turut dijadikan
cerita.
Jika cerita yang ditulis itu tidak menyimpang dari tujuan
sebenar kehadiran Perdana Menteri di situ, tidaklah menjadi satu persoalan
kepada Wan Kuntum. Ini tidak, hendak makan tengahari sekeluarga di luar pun
dikatakan Perdana Menteri sedang cuba mengambil hati rakyat kerana pilihanraya sudah
semakin hampir.
Berbeza pula dengan Ketua Umum Pakatan Pembangkang yang
mengadakan jelajah ke seluruh negara yang sememangnya bertujuan untuk memancing
undi daripada rakyat dengan tanpa segan silu menabur fitnah dan memburukkan
kerajaan sedia ada, tidak pula pencacai Pakatan Pembangkang menjadikannya isu
untuk dijaja.
Perdana Menteri juga seorang manusia. Walaupun dilahirkan
di dalam sebuah keluarga bangsawan, namun naluri kemanusiaan itu tetap sesekali
teringin hendak merasa makanan orang biasa.
Sama juga seperti kita, walaupun dilahirkan di kalangan
orang biasa, sesekali teringin juga selera hendak menikmati makanan segera
mahupun makanan barat. Apatah lagi jika kita mempunyai pekerjaan yang
memerlukan kita bercampur gaul dengan pelbagai lapisan masyarakat.
Apa salahnya sesekali Perdana Menteri kita membawa
keluarga menikmati makan tengahari di luar. Sambil-sambil itu, bolehlah beliau
mendekati rakyat dan menyelami masalah yang dihadapi oleh mereka.
Cuma, pemilihan tempat itu perlu dititikberatkan. Jangan
kerana hendak mendekati rakyat yang berbilang bangsa, tidak mengira restoran
tersebut mempunyai sijil halal yang dikeluarkan oleh JAKIM atau tidak, kita
main redah sahaja.
Sebagai umat Islam, makanan yang halal itu memberikan
sumber kekuatan dalaman kepada jiwa kita. Halal makanan yang kita makan, dari
sumber yang halal pula datang wang untuk membelinya, maka penuh keberkatanlah
kehidupan kita.
Wan Kuntum tidak pernah menjamu selera di restoran daun
pisang tersebut dan Wan Kuntum tidak tahu tahap kehalalannya, namun dari komen
pembaca tentang restoran tersebut di mana menurut beliau kesemua pekerja
beragama Hindu, maka timbul juga sedikit keraguan tentang tahap kehalalannya. Harapnya selepas ini, Perdana Menteri kita
memberi perhatian kepada perkara itu pula sebelum ianya menjadi satu lagi isu
yang boleh menjatuhkan nama baik beliau.
SUMBER : Suara Generasi Baru
No comments:
Post a Comment