Ketua Pembangkang semakin berkecamuk fikirannya ekoran tekanan
politik yang dihadapi menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 yang akan diumumkan
dalam masa terdekat.
Kalan dalam istilah peperangan, Anwar Ibrahim terpaksa
mengeluarkan semua senjata sulitnya bagi menghadapi populariti Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak yang semakin meningkat.
Malah Anwar jelas nampak tertekan apabila rakyat mula memberi
respons yang cukup memberangsangan terhadap segala usaha serta program untuk
membantu dan meringankan kos kehidupan.
Boleh dikatakan tidak ada kelompok atau golongan rakyat yang tidak
menerima mahupun menikmati limpahan rahmat hasil daripada keprihatin kerajaan Barisan
Nasional.
Daripada BR1M 1.0 dan kini BR1M 2.0 dan seterusnya BRIM 3.0 pada
masa depan hinggalah kepada program-program membantu ibu tunggal, pelajar
sekolah, golongan belia dan remaja, siswa siswi, pemandu teksi, anggota tentera
yang bersara, pemandu teksi, kumpulan OKU, golongan berpendapatan rendah dan
peneroka Felda.
Semuanya mendapat bantuan kewangan dari kerajaan yang berjaya
membangun ekonomi negara sehingga menjana pendapatan yang cukup untuk
disalurkan secara terus kepada rakyat.
Pembangkang pula asyik berceramah siang dan malam menjual
janji-janji manis setakat air liur di corong-corong udara.
Mereka gagal untuk membela rakyat tetapi mencaci, memfitnah dan
mentohmah pihak kerajaan yang bertungkus lumus untuk membina negara yang lebih
maju dan makmur.
Anwar sedar beliau gagal untuk membuktikan kepada rakyat bahawa
janji yang dibuat mampu direalisasikan.
Maka apa saja isu yang boleh memberi 'political mileage' atau
keuntungan politik akan digunakan walau pun kadangkala jelas remeh temeh.
Oleh itu untuk mengalih pandangan, beliau membuat kacau dengan
menggunakan beberapa kuda tunggangan untuk menjaykan agenda politiknya.
Terkini Anwar cuba menggunakan senator bebas dari Australia, Nick
Xenophon untuk campur tangan dalam proses pilihan raya negara ini.
Ketika gagal mengguna Bersih untuk menumbangkan kerajaan, Anwar
terpaksa menebalkan muka untuk merayu kepada kerajaan negara itu memantau
perjalanan pilihan raya di Malaysia tetapi malangnya usahaya ditolak
mentah-mentah.
Senator Xenophon yang tidak mewakili parti pemerintah Australia
menjadi benteng terakhir Anwar untuk terus menyerang Suruhanjaya Pilihan Raya
tetapi ini pun gagal apabila awan beliau itu ditahan oleh pihak Jabatan
Imigresen dan kemudian dihantar pulang.
Sebelum ini Bersih 1.0. 2.0 dan 3.0 juga tidak mampu memberi kesan
kepada kerajaan walaupun pembangkang berarak di jalanraya mendesak tuntutan
mereka dipenuhi.
Anwar juga mendalangi tindakan pertubuhan haram Suaram yang cuba
menjadi plaintif dalam penyiasatan kes Scorpene di Perancis.
Ini pun gagal apabila identiti sebenar pertubuhan itu didedahkan
sebagai agen pihak asing yang menerima dana asing.
Pembangkang juga berusaha untuk mengagalkan projek nadir bumi
Lynas di Gebeng, Pahang dan telah mendapat tentangan hebat dari pelbagai pihak.
Malah Pengerusi Himpunan Hijau yang didokong parti pembangkang
telah menjadi elemen ekstrim dengan mengugut untuk membakar kilang Lynas dan
kilang perlombongan emas di Bukit Koman, Raub.
Anwar juga menafikan tidak terlibat memperalatkan Deepak Jaikishan
untuk memburuk-buru serta memfitnah pemimpin negara tetapi rakyat tahu
beliaulah tok dalang yang mengawal penjual karpet itu.
Usaha ini nampaknya gagal kerana rakyat tidak berminat untuk
mendengar penipuan demi penipuan yang keluar dari individu yang tidak bermoral
dan tida mempunyai kredibiliti ini.
Anwar sudah hilang punca untuk terus menyerang kerajaan kerana
semua pelurunya sudah digunakan.
Pepecahan di antara Pas dan Dap semakin hari semakin bertambah
buruk.
Setiap hari ada saja ahli-ahli Pas yang berdemonstrasi dan
memijak-mijak gambar pemimpin Dap kerana tida bersetuju pendirian parti mereka
berhubung isu kalimah ALLAH.
Jika Pas dan Dap berpecah daripada Pakatan Rakyat maka punahlah
harapan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.
Sekiranya Pas dan Dap masih kekal dalam Pakatan Rakyat, rakyat
juga akan menolak mereka kerana pendirian pembangkang yang mempermainkan agama
Islam demi kepentingan politik.
Anwar dalang sebenar atau
tangan ghaib disebalik isu kalimah ALLAH dengan dibantu oleh Dap.
Taktik Anwar ialah untuk memecah belahkan kuasa politik melayu
supaya senang Dap dan pengaruh gerakan
Kristian bertapak di Malaysia
Itulah sebabnya itu beliau bermati-matian mempertahan serta
menyokong Dap dalam isu kalimah ALLAH. - BeruangBiru
No comments:
Post a Comment