Ketua Umum PKR melenting apabila pihak Jabatan Imigresen menahan
kawan baiknya dari Australia, Senator Nick Xenophon daripada memasuki Malaysia
setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa KL baru-baru ini.
Ahli Dewan Senat Bebas itu kemudiannya dihantar pulang atas alasan
cuba mencampuri urusan dalaman berhubung perjalanan proses pilihan raya di
negara ini.
Ini bukanlah pertama kali Xenophon yang dipergunakan oleh Anwar
Ibrahim cuba berlagak hero di Malaysia kononnya untuk menjadi pemantau bebas
pada Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang.
Bagaimana ahli politik politik itu menganggap dirinya bebas dan
tidak dipengaruhi mana-mana pihak apabila beliau jelas menyokong Pakatan Rakyat
dan kerap bersama progrom pemimpin-pemimpin pembangkang samada yang dianjurkan
di negara ini atau di Australia.
Mengatakan statusnya adalah pemantau bebas adalah seperti bersuluh
di siang hari.
Lagi pun, memang lumrah mana-mana negara di dunia ini samada
negara itu anggota Komanwel atau tidak, setiap negara hendaklah menghormati
dasar serta pentabdbiran negara lain dan tidak mencampuri urusan dalaman negara
tersebut.
Ini adalah protokol diplomasi yang telah diamalkan sejak berzaman
apatah lagi semua negara di seluruh dunia sudah mengiktiraf dan mengakui
prinsip hubungan antarabangsa ini.
Apa yang dilakukan oleh Xenophon telah melanggar prinsip suci ini.
Contoh jelas ialah apabila Pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasan
dan Anwar cuba mendesak kerajaan Australia supaya menjadi sebahagian daripada
kumpulan pemantau bebas antarabangsa pada PRU13 nanti tetapi ditolak
mentah-mentah atas alasan itu bukan tugas negara tersebut.
Australia sedar bahawa seperti juga negara itu, Malaysia juga
mempunyai Suruhanjaya Pilihan Raya yang telah dipertanggungjawab untuk mengurus
serta melaksana proses pilihan raya di negara ini sejak Merdeka lagi.
Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi
berparlimen dan raja berperlembagaan.
Malah sebagai anggota Komanwel sebahagian besar daripada
perundangan berkaitan pilihan raya di negara ini berdasarkan kepada
undang-undang Inggeris, sebagaimana negara-negara bekas jajahan yang lain.
Ini termasuklah Australia yang juga berpandukan kepada
undang-undang yang sama walaupun dalam peredaran masa setiap negara Komanwel
telah membuat pindaan yang bersesuaian dengan keadaan sosio-politik negara
masing-masing.
Jadi di manakah logik Anwar dan pihak pembangkang melontar SPR
dengan bermacam-macam tuduhan liar yang tidak berasas dan lebih merupakan
fitnah padahal undang-undang pilihan raya di Malaysia, Australia dan mana-mana
negara Komanwel adalah hampir sama?
Tindakan Anwar yang pada mulamya mengeksplotasi Bersih untuk
menumbangkan kerajaan tetapi gagal telah beralih pula dengan cuba membawa masuk
pemantau asing.
Mengapa Xenophon seorang sahaja yang amat rapat dengan Anwar dan
pembangkang di Malaysia sehingga sanggup menjadi jurucakap bagi pihak Pakatan
Rakyat.
Cadangan Xenophon untuk dengan menteri kabinet dan mengadakan
perbincangan dengan SPR hanyalah lakonan sahaja kerana tujuan beliau bukan
untuk mendapat maklumat sebenar mengenai proses pilihan raya di negara tetapi
untuk memutar belit fakta.
Seolah-olah penahanan beliau di KLIA sudah dirancang terlebih dahulu dan disengajakan oleh beliau
sendiri.
Xenophon kemudian boleh mempolitikkan tindakan Jabatan Imigresen
Malaysia terhadap dengan mengatakan kerajaan bertindak zalim, tidak demokratik,
mahu menyembunyikan sesuatu dan sebagainya.
Ini adalah taktik Anwar yang mudah dihidu sejak dari dahulu bak
kata peribahasa Inggeris seseorang boleh menipu seorang lain pada satu ketika
tetapi tidak boleh menipu berpanjangan semua orang pada setiap masa.
Adakah persamaan Anwar dan Xenophon berkaitan isu LBGT merupakan
ikatan yang kuat antara mereka berdua.
Jika Anwar menyokong LBGT dan mengata undang-undang berhubung
perlakuan homoseksual di Malaysia sudah ketinggalan zaman, apa bezanya dengan
Xenophon?
Bukankah Xenophon merupakan salah seorang anggota Senat Australia
yang menyokong undang-undang yang membenarkan perkahwinan sejenis?
Mungkin ini merupakan faktor penting yang dikongsi bersama oleh
Anwar dan sahabatnya dari negara Kangaroo itu menyebabkan Xenophon rela menjadi
balaci dan pencacai Ketua Pembangkang itu?
Apapun Anwar kini sudah amat terdesak atau 'desperate' tahap gila
kerana semakin dekat PRU13 semakin jelas sokongan rakyat terhadapnya semakin
terhakis.
Langkah menggunakan pengaruh asing seperti Xenophon akan
mempercepatkan lagi berkuburnya Anwar bersama Pakatan Rakyatnya. - BeruangBiru
No comments:
Post a Comment