Selepas lebih kurang 5 tahun penyiasat
persendirian Balasubramaniam Perumal (PI Bala) menghilangkan diri bersembunyi
di India, Ahad lepas bersamaan 24 Februari 2013, akhirnya PI Bala muncul di
KLIA dengan sambutan hangat oleh kira-kira 50 penyokong PKR.
Sambutan yang diberikan oleh PKR terhadap PI
Bala itu mengesahkan lagi wujudnya peranan parti itu dalam merencanakan komplot
jahat mereka memanipulasi dan mensensasikan kes pembunuhan model Mongolia,
Altantuya untuk dikaitkan dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.
Lagi pun bila mana perkara pertama yang
dilakukan PI bala ialah bersumpah bersaksikan kitab Hindu Bhagavad Gita bahawa
Akuan Bersumpah (SD) pertama yang mengaitkan Najib dalam pembunuhan Altantuya
kononnya adalah benar, manakala SD 2 pula dilakukan secara terpaksa, tambah
jelas lagi peranan PKR dalam kes ini.
Sepatutnya jika PI Bala berhasrat menafikan pula
SD2, bukankah lebih elok dilakukan pula SD ketiga. Alang-alang sudah
berkali-kali buat akuan bersumpah yang saling bercanggah, elok juga buat sampai
SD10, tak gitu?
Menarik untuk dilihat apa reaksi penerimaan
orang Melayu Islam dalam PKR dengan sumpah PI Bala dengan kitab Hindu Bhagavad
Gita itu, mungkin mereka teruja barangkali memandangkan Ketua Umum PKR sendiri
sampai sekarang tak meyakini kebenaran sumpah laknat yang bersaksikan Allah
s.w.t.
Semasa di temu bual oleh pihak media di KLIA itu
juga PI Bala telah mengumumkan kesediaannya untuk membantu kempen Pakatan
Rakyat (PR) dengan menjelajah ke seluruh negara konon bagi membongkar kebenaran
di sebalik peristiwa tragis pembunuhan Altantuya Shariibuu.
Ia tidak pun mengejutkan khalayak, kerana umum
tahu SD1 yang diikrarkan oleh PI Bala mempunyai kaitan rapat dengan
pemimpin-pemimpin utama PKR yang sedari awal lagi mengharapkan manipulasi dan
spekulasi mengenai kes pembunuhan Altantuya akan memalapkan sinar politik
Najib.
Usaha PR gagal selepas SD2 oleh PI Bala
menafikan pembabitan Najib, tambahan pula Raja Petra Kamaruddin yang pernah
merekayasa fiksyen kisah Altantuya dengan memanipulasi kehebatan imaginasinya
juga telah mengakui PM mahupun isterinya langsung tiada sangkut paut dalam kes
tersebut.
Sebaliknya umum didedahkan pula dengan peranan
Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang pernah terlibat berusaha memujuk suspek
pembunuhan, Azilah dan Sirul supaya sengaja membabitkan nama Najib dalam kes
sensasi itu.
Sebetulnya apa sahaja gerak geri PI Bala selepas
ini ia tidak membantu pun PR dalam usaha mereka untuk memporak-perandakan
kepercayaan rakyat kepada PM, kerana keraguan umum terhadap kredibiliti
penyiasat persendirian yang pernah diupah oleh Razak Baginda teramat besar
sekali.
Khalayak sebenarnya lebih tertarik untuk
mengetahui kenapa PI Bala sanggup menggelapkan wang RM50,000 yang diamanahkan
oleh Razak Baginda yang sepatutnya diberikan kepada Altantuya dan jika PI Bala
tidak bermaksud menyonglapnya, sekurang-kurangnya khalayak umum ingin tahu di
mana wang itu sekarang.
Paling penting khalayak ingin tahu siapakah
dalang utama yang menaja, menanggung dan menampung segala kos kehidupan PI Bala
di luar negara sejak lebih kurang 5 tahun lalu?
Tidak sedikit kos tanggungan tersebut, dari hal
upah tutup mulut, kos perumahan, makan minum dan kenderaan serta kos harian
lain, jumlahnya besar, setakat RM50,000 yang disonglap oleh PI Bala dari Razak
Baginda tentunya tidak mencukupi.
Tentu sahaja penajanya dari kalangan pemimpin
utama PKR, kerana parti ini juga sebelum ini menaja kehidupan kekasih gelap
Elizabeth Wong iaitu Helmi Malik di Indonesia dalam usaha mereka ‘menyejuk
bekukan’ kisah hubungan sulit kedua-dua mereka dari terus menjadi perhatian
umum.
Persoalannya siapa nama pemimpin itu dan dari
manakah sumber kewangan yang diperolehnya? - BeruangBiru
No comments:
Post a Comment