Penolakan itu diketuai sendiri oleh Hadi Awang,
Haron Din, Haron Taib, Tuan Ibrahim dan beberapa lagi nama-nama penting dalam
Majlis Syura.
Nama Hadi Awang dan Ku Li kemudiannya diumumkan
sebagai calon Perdana Menteri.
Namun, Ku Li dilihat mempunyai lebih berpotensi
kerana beliau mampu mengekalkan Kelantan, selain mempunyai imej yang lebih
bersih dari Anwar. Ku Li juga diterima
baik oleh orang Melayu, malah dilihat mampu melonjakkan sokongan Melayu
terhadap PAS yang sudah berada di tahap tepu. Selain itu, Ku Li yang telah lama di dalam UMNO juga mempunyai imej
lebih terbuka yang mana memudahkan penerimaan kaum bukan Melayu terhadapnya.
Atas faktor ini maka nama Hadi telah terpaksa
dibelakangkan buat sementara waktu, terutamanya bagi mengelak sebarang masalah
dengan DAP.
Strategi PAS ialah, Ku Li yang telah disahkan
akan bertanding atas tiket UMNO di kawasan azalinya, Gua Musang, tidak akan
dicabar, sebaliknya dibiarkan menang tanpa bertanding. Setelah menang, Ku Li kemudiannya akan
mengumumkan keluar UMNO dan berkempen untuk Pakatan Rakyat sebagai calon
PM.
Bagaimanapun, keputusan ini diambil oleh PAS
secara sendirian, iaitu tanpa berbincang dengan PKR dan DAP kerana menganggap
perbincangan mengenai calon PM dengan kedua-dua sekutu mereka itu sebagai
sia-sia berdasarkan pengalaman di mana semua isu yang berbangkit, tidak akan
sama sekali memihak kepada PAS. Selama
ini juga, keputusan meletakkan Anwar sebagai PM tidak pernah dibincangkan dan
tidak pernah dipersetujui oleh PAS tetapi tetap dikira sebagai keputusan
bersama atas dasar demokrasi 2-1.
Nampaknya, PAS sudah mula bangkit dan tidak
sanggup lagi dipijak-pijak oleh DAP dan PKR. Majlis Syura melalui suara lantang Dato’ Haron Din, kini berusaha
membuktikan bahawa mereka bukanlah sampah atau anjing kurap mahupun kuda
tunggangan kepada sesiapa dan PAS tidak akan lagi bertolak ansur dalam isu-isu
yang membabitkan Melayu dan Islam, terutamanya isu Kalimah Allah.
Keputusan mengenai ‘Perdana Menteri PR’ ini
disampaikan kepada Anwar dalam satu pertemuan yang dihadiri oleh Nik Aziz, Hadi
Awang, Haron Din di pihak PAS serta Azmin, Saifuddin Nasution, Rahim Ghouse dan
Anwar sendiri di pihak PKR. Anwar dilaporkan
begitu berang, tetapi terpaksa menahan kemarahannya apabila diberitakan bahawa
beliau ditolak mentah-mentah sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat.
Anwar yang tidak dapat menerima penolakan
tersebut telah menemui Haron Din secara peribadi di rumah. Bagi mengelak desakan Anwar, Haron Din
memberi alasan bahawa perlantikan Ku Li hanyalah bersifat transisi, iaitu
sekadar untuk memastikan kemenangan dalam pilihanraya sebelum menyerahkan
jawatan PM kepada Anwar.
Namun, pastinya Anwar lebih tahu apakah alasan
itu logik atau tidak.
Keputusan yang diambil oleh Majlis Syura ini,
bagaimanapun, masih bersifat ‘tergantung’. Ini kerana pihak yang terlibat, iaitu Ku Li sendiri, belum lagi bersuara
dan kalaupun beliau bersuara kita belum tahu lagi apakah ia suara hati atau
suara politik.
Dengan DAP tidak dilibatkan dalam perbincangan
yang membawa kepada keputusan ini, tentulah lebih sukar lagi bagi Majlis Syura
untuk memastikan rancangan mereka berjaya.
Apa yang pasti, Anwar benar-benar berang dan
kemarahan tersebut telah dihamburkannya tanpa sembunyi-sembunyi lagi di dalam
mesyuarat PKR. Dan pastinya, DAP lebih
lagi berangnya kerana PAS jelas ‘tidak mendengar kata’.
Ini bukan kali pertama PAS membuat U-Turn ketika
bersama Pakatan Rakyat. PAS telah
beberapa kali U-turn dalam isu hudud, begitu juga dengan isu-isu arak, judi dan
lain-lain. Isu Kalimah Allah ini juga
belum pasti merupakan U-turn PAS yang terakhir. Pada tahun 2010 PAS bersuara senada dengan DAP tetapi pada 2012, PAS
bermain irama berlainan pula.
Oleh itu, selagi PAS masih berangan untuk ke
Putrajaya dan menduduki kuasa, apakah jaminan yang parti itu tidak akan membuat
U-turn sekali lagi dan turut menyertai koir DAP menyanyikan lagu Kalimah Allah
di dalam Injil demi mencapai cita-citanya?
Jika Majlis Syura benar-benar ikhlas untuk
kembali meletakkan agama mengatasi politik, maka ia adalah sesuatu yang amat
dinanti-nantikan. Tetapi, kita masih
tidak faham bagaimana sekumpulan Ulama boleh menggunakan strategi yang licik,
tidak ikhlas, malah khianat kepada rakan sekutu sendiri dalam usaha untuk
berkuasa.
Seharusnya, para Ulama membawa sikap tulus dalam
berpolitik iaitu tanpa tipu helah atau muslihat serta menyatakan kebenaran
secara konsisten, tidak kira sama ada sesama sendiri atau di depan rakan
sekutu, di depan musuh atau di dalam media.
Lihat saja bagaimana para Ulama ini yang masih
enggan mengambil risiko kehilangan peluang untuk menang PRU, maka mereka pun
menghantar ‘bola’ ke kaki Ku Li. Tetapi
dihalang oleh Anwar dan DAP. Justeru,
apakah kesudahannya permainan para Ulama di dalam Majlis Syura ini?
No comments:
Post a Comment