Pakatan
Rakyat masih belum dapat mencari titik penyelesaian dalam isu ‘Kalimah
Allah’. Media juga berselang seli
menyiarkan kenyataan antara ahli-ahli Majlis Syura dengan Karpal Singh yang
tidak habis-habis menempelak dan menghentam sesama sendiri.
Majlis
Syura menganggap isu tersebut selesai dengan membuat keputusan bahawa ‘Kalimah
Allah’ tidak boleh digunakan di dalam Injil Kristian dan bahawa keputusan itu
tertakluk kepada ahli-ahli PAS sahaja.
Tetapi, Karpal menafikan ianya selesai, selagi Majlis
Syura tidak menyatakan secara jelas untuk membenarkan Kalimah Allah digunakan
di dalam Injil serta menerima hakikat bahawa Majlis Syura tidak ada hak
bersuara di dalam Pakatan Rakyat, melainkan di dalam PAS sahaja.
Menganalisis
perkembangan ini secara terperinci, kita akan mendapati bahawa isu ini
sebenarnya telah lama selesai bagi Pakatan Rakyat.
Ini
kerana Majlis Syura sendiri telah menegaskan bahawa keputusan majlis tersebut
hanyalah tertakluk kepada ahli-ahli PAS sedangkan hakikatnya, tidak mungkin ada
ahli PAS yang terlibat menterjemah atau mencetak Injil dalam bahasa Melayu
untuk membolehkan mereka menggunakan Kalimah Allah di dalamnya.
Di
masa yang sama, Majlis Syura sebenarnya tidak menghalang, dan tiada hak untuk
menghalang mana-mana ahli DAP atau sesiapa sahaja yang bukan ahli PAS untuk
berbuat demikian sepertimana yang ditegaskan oleh Karpal Singh.
Ertinya,
kedua-dua pihak telah pun menemui titik persetujuan iaitu “Kalimah Allah boleh
digunakan di dalam Injil, kecuali oleh ahli-ahli PAS”.
Justeru,
perbalahan antara Majlis Syura dan Karpal Singh di media hanyalah lakonan
dengan skrip yang penuh dengan ayat tersirat.
Seperti juga isu Hudud, Isu Kalimah Allah ini juga adalah satu lagi
Telenovela yang tiada penghujung bagi PR, walaupun secara dasarnya ia telah pun
tamat dengan PAS akur kepada kehendak DAP.
Bukan
kita tidak tahu bahawa DAP perlu menunjukkan pada kaum bukan Melayu betapa
mereka kuat, tegas dan mampu mengawal PAS dari membawa unsur-unsur Islam ke
dalam pentadbiran PR. Isu kalimah ini,
bukan sahaja menjadi ‘tanda aras’ kepatuhan PAS kepada DAP, tetapi juga
merupakan strategi serampang dua mata di mana ia turut memberi kelebihan kepada
puak Kristian untuk memurtadkan umat Islam.
Sedangkan
PAS pula perlu menunjukkan pada umat Islam yang parti itu kekal tegas
mempertahankan Islam dari dinodai oleh mana-mana pihak memandangkan imej ‘Islam’
parti itu sudah rosak teruk kerana kalah dengan UMNO dalam isu Amanat Hadi,
kalah dengan DAP dalam isu Negara Islam, hudud, judi, arak, rumah urut, pusat
hiburan dan juga salon serta tidak mampu menempelak PKR dalam isu pluralisme,
liberalisme mahupun isu menyokong negara Israel.
Telenovela
Kalimah Allah ini, adalah talian hayat terakhir PAS untuk memperlihatkan yang
parti itu masih se-‘Islam’ dulu.
Justeru, ia perlu terus ditayang untuk tontonan umum sekurang-kurangnya
sehingga pilihanraya. Skripnya juga akan
berterusan di mana Karpal dan Majlis Syura saling berbalah dan bercakaran.
Hakikatnya,
jika benar perbalahan ini bukan hanya sebuah Telenovela, maka sudah tentulah
PAS telah meninggalkan PR. Bayangkan,
sedangkan Nasharuddin Mat Isa juga sanggup PAS ‘ceraikan’, tetapi PAS tidak
sanggup meninggalkan kerjasama yang membawa risiko kepada akidah umat Islam dan
pencemaran kepada kesucian ‘Kalimah Allah’. - BeruangBiru
No comments:
Post a Comment