Sudah menjadi tabiat semula jadi pemimpin PR gemar mencipta
masalah dan merekayasa isu hangat, kemudian bila isu meleret-leret melibatkan
keselamatan awam dan negara mereka akan segera menuding jari menyalahkan
Kerajaan Pusat.
Itu yang berlaku di Lahad Datu, Sabah yang menyaksikan
pencerobohan oleh lebih kurang 100 orang pengikut Sultan Sulu yang kedatangan
mereka disebabkan jemputan oleh pemimpin PR selepas dijanjikan akan beroleh
wilayah pemerintahan sendiri di negeri itu.
Mereka yang melabel diri sebagai Tentera Kesultanan Sulu di mana
sebahagiannya bersenjata sehingga kini masih lagi bertahan dalam kepungan di
Lahad Datu, di masa yang sama pihak berkuasa masih meneruskan rundingan untuk
menyelesaikan isu ini secara aman.
PR yang menyedari peranannya dalam kemelut isu ini sudah diketahui
umum terutama selepas sumber Tentera Filipina mengesahkan jemputan itu
datangnya dari pemimpin pembangkang Malaysia, nyata tidak senang duduk dengan
pendedahan tersebut.
Rakyat Sabah yang sedari awal sudah mengesan wujudnya tangan ghaib
dalam isu ini akhirnya bangkit mengecam tindakan tidak patriotik pemimpin
pembangkang dari Semenanjung itu yang dikira cuba mengganggu gugat ketenteraman
penduduk Sabah.
PR kini tersepit tapi sudah menjadi lumrah dan kelebihan semula jadi
pemimpin PR segera bertukar lidah untuk menuding jari dan menyalahkan pula
pihak berkuasa kerana mengambil langkah berunding dengan kumpulan penceroboh
tersebut.
Sedangkan tujuan perundingan diadakan kerana pihak berkuasa
menyedari ada ruang penyelesaian secara aman tanpa perlu tunduk pada sebarang
tuntutan oleh kumpulan penceroboh.
Jika kekerasan menjadi keutamaan ia hanya menjadi pilihan akhir
setelah semua rundingan gagal membuahkan hasil, andainya saat itu tiba tidak
sukar untuk Angkatan Tentera Malaysia melaksanakan perintah demi menjaga
kedaulatan negara.
Namun selagi ada ruang perundingan, selagi itu jalan perundingan
dilakukan, itu polisi Malaysia sejak sekian lama.
Tapi saban hari pemimpin PR pula cuba memprovokasi khalayak supaya
bangkit mempertikaikan tindakan pihak berkuasa mendahulukan rundingan dengan
kumpulan penceroboh itu, di masa yang sama PR cuba memperlekehkan keupayaan
pasukan keselamatan negara dalam berdepan dengan isu sebegini.
Tindakan yang tidak matang sedemikian tidak membantu mengendurkan
suasana sebaliknya hasutan dan provokasi PR itu hanya menyebabkan jalan
perundingan yang dirintis boleh hancur berkecai.
Umum tahu, PR gemar melihat kekecohan dan kalau boleh berlakunya
pertumpahan darah di Lahad Datu di mana semua penceroboh yang mengaku sebagai
tentera Kesultanan Sulu itu mati dibunuh. Bila itu berlaku mereka mengharapkan
akan memperoleh keuntungan politik kepartian.
Pemimpin PR yang bertanggungjawab menabur janji kepada Sultan Sulu
dan pengikutnya, PR pula yang mahu melihat pertumpahan darah berlaku. Pelik?
Apa nak peliknya, provokasi dan putar belit isu memang amalan PR,
sama seperti mereka menghasut penyokong berdemo dan merusuh di atas jalan raya
dan bila berlaku sesuatu yang tidak diingini, pihak berkuasa pula yang
dijadikan kambing hitam untuk menutup kejahatan yang dilakukan oleh PR.
Apa pun kita doakan segalanya berjalan lancar, sementara kesabaran
menguasai suasana kita percayai sehari dua nanti isu ini akan selesai tanpa
perlu setitik darah pun menitis ke bumi. Insya-Allah. - BeruangBiru
No comments:
Post a Comment