Akhir-akhir
ini politik Malaysia semakin kerap dihiasi dengan kisah pertelingkahan antara
parti-parti sekutu di dalam pakatan pembangkang akibat isu-isu semasa. Antaranya, isu Kalimah Allah, jelas
meretakkan hubungan PAS dengan DAP walaupun terdapat suara-suara di dalam PAS
yang tidak mampu mengakui hakikat itu.
Isu yang sama juga menjauhkan lagi PAS dengan PKR kerana parti PKR jelas
mempunyai pendirian yang sama dengan DAP.
Walaupun
PAS pada hakikatnya, akur dengan kehendak PKR dan DAP tetapi ‘pertelingkahan
mulut’ di media perlu diteruskan bagi memberi gambaran kepada penyokong PAS
kononnya parti itu tidak akan mengalah.
Namun, ketidaksanggupan PAS untuk keluar dari Pakatan Rakyat dengan
sendirinya menandakan PAS telah pun kalah dan akur kepada DAP dan PKR.
DAP
dan PKR pula secara umumnya tidak bermasalah dari segi isu-isu semasa. Tetapi, perkembangan terbaru di Johor, telah
membuktikan bahawa pendirian yang sama dalam isu semasa bukan jaminan yang
kedua-dua parti itu tidak bertelagah.
Pendek
kata, secara dasarnya, Pakatan Rakyat kini telah retak seribu, dan hanya
menanti belah dan hancur lebur sahaja sahaja.
Masalah
PKR dan DAP di Johor dikatakan berpunca dari Pengerusi PKR Johor, Datuk Dr.
Chua Jui Meng. Perkara ini dibangkitkan
sendiri secara terbuka oleh Dr. Boo Cheng Hau, Pengerusi DAP negeri. Semuanya kerana berebutkan kerusi
pilihanraya di mana Chua dikatakan telah ‘membuat serangan hebat’ terhadap DAP
Johor secara bawah tanah, sejak beberapa bulan lalu.
Antara
serangan yang dilakukan oleh Chua ialah menuduh DAP sebagai bongkak bagi
menafikan beberapa kerusi kepada DAP sekali gus, mengelakkan penguasaan DAP di
negeri itu. Chua juga dituduh telah
tidak menghormati sejarah persefahaman dan hubungan erat antara parti komponen
dalam PR di Johor yang terjalin sejak dahulu dengan mengumumkan diri sendiri
sebagai calon Gelang Patah sedangkan pembahagian kerusi belum pun muktamad.
Alasan
Chua bahawa beliau berhak berbuat demikian sebagai Pengerusi PKR Negeri
memperlihatkan keangkuhan dirinya mengatasi DAP yang menjadi sasaran tuduhan
bongkak.
Dalam
PRU-12, kawasan parlimen Gelang Patah dimenangi oleh calon Barisan Nasional
(BN) Tan Ah Eng dengan menewaskan calon PKR Zaliha Binti Mustafa sebanyak
33,630. Dalam pilihanraya kali ini, PKR
dikatakan ingin bertanding semula di kawasan tersebut tetapi Timbalan Pengerusi
DAP Tan Kok Wai telah mengumumkan untuk meletakkan calon DAP di situ. Justeru, tindakan Chua mengumumkan diri
sendiri menyebabkan keadaan menjadi tegang serta janggal.
Hari
ini Karpal Singh dilaporkan menegaskan bahawa DAP tidak mengambil ringan aduan
Dr. Boo dan akan menyiasat perkara tersebut segera demi kepentingan PR. Walaubagaimanapun, tiada kenyataan dari pihak
PKR mengenai perkara yang sama.
Oleh
itu, Dr. Boo terpaksa ‘menyeru’ Ketua Pembangkang, iaitu Anwar Ibrahim atau
Presiden PKR, Wan Azizah agar masuk campur dan memantau politik PR di Johor
bagi memastikan perancangan menawan negeri tersebut berjalan lancar.
Pelik
sekali, apabila Anwar terpaksa ‘diseru’ untuk masuk campur, sedangkan dalam
kebanyakan isu, Anwar akan masuk campur secara suka rela. Malah, dalam pemilihan parti PKR juga Anwar
bukan sahaja masuk campur tetapi ‘menggaul rata’ sebelum menapis dan membuang
mana-mana yang dilihat ‘tidak begitu setia’ atau tidak memberi keuntungan
kepadanya.
Selain
itu, bukanlah rahsia yang Anwar juga telah masuk campur dalam politik dalaman
PAS melalui kuncu-kuncunya yang digelar parasit oleh mereka-mereka yang arif
mengenai strateginya.
Berdasarkan
hakikat ini, mungkin Karpal, Dr. Boo dan DAP wajar memikirkan semula ‘seruan’
mereka agar Anwar atau isterinya masuk campur dalam pertelingkahan DAP-PKR di
Johor.
Adalah
tidak mustahil bahawa usaha mengsabotaj DAP yang didakwa dilakukan oleh Chua
Jui Meng adalah sebenarnya berpunca dari ‘campur tangan Anwar’?
Sesungguhnya,
amaran telah dikeluarkan kepada rakyat bahawa ‘perang’ di dalam PR adalah
sesuatu yang pasti dan akan berterusan.
Ia bukan sahaja kerana ketiga-tiga parti membawa pendirian, sifat dan
halatuju yang bertentangan, tetapi juga kerana karektor individu-individu yang
menerajui parti-parti tersebut.
Maka,
senarionya kini dan selama-lamanya ialah, PKR akan terus menikam DAP di Johor,
dan sembunyi tangan. DAP akan terus
menikam PAS di Pulau Pinang, dan sembunyi tangan juga. PKR terus meracun PAS dari dalam dan DAP pula
terus memijak PAS dari atas. PAS pula
sedang menghancurkan diri sendiri kerana terlalu sayang pada PKR dan DAP
walaupun saban hari berendam air mata, disepak terajang dan diludah dan ditunjal
kepala.
Melihat
bagaimana DAP-PKR-PAS ‘berbunuhan’ sesama sendiri, Pakatan Rakyat mungkin akan
mati sendiri pada bila-bila masa sahaja, tanpa BN perlu melancarkan
serangan. - BeruangBiru
No comments:
Post a Comment