Sehari selepas bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dipecat dari terus menganggotai Majlis Syura Ulama PAS, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat terus meraikannya dengan upacara memotong kek di kediaman Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh. Walaupun secara lahiriahnya acara memotong kek itu diadakan sempena ulangtahun kelahiran Mursyidul Am PAS itu yang ke 82 tahun, namun tersiratnya ia menggambarkan kegembiraan Karpal Singh yang dikongsi bersama dengan Nik Aziz dalam meraikan dendam terindah yang sudah dilunaskan. Karpal pernah ditempelak oleh Nasharudin berhubung isu hudud, manakala Nik Aziz pula sehingga kini terus berpatah arang dengan peranan utama yang dimainkan Ahli Parlimen Bachok, Kelantan itu semasa ura-ura kerjasama diantara UMNO dan PAS melalui Kerajaan Perpaduan (UG) dulu. Nik Aziz ketika diminta mengulas status Ustaz Nasharudin yang masih kekal sebagai ahli PAS, secara sinis memberi gambaran kedudukan bekas Timbalan Presiden PAS itu dalam parti kini ibarat suami isteri yang bila-bila masa sahaja boleh bercerai berai. "Itu dia punya pasallah, saya sebut kelmarin kepada wartawan orang laki bini lagikan bercerai. Padahal kita nak sambut bini itu dengan sembelih lembu, palu gong gendang lah, selawat kepada Nabi, tetapi boleh bercerai. Ini kerana parti (Ini kan pula dalam parti)". Maksudnya jika isteri sendiri pun boleh diceraikan, apa sangatlah kalau memecat Nasharudin dari Majlis Syura Ulama PAS. Hatta kalau Nasharudin mahu keluar parti menyertai UMNO sekalipun, itu bukannya persoalan besar bagi PAS. Lebih-lebih lagi pada perkiraan Nik Aziz dan PAS, status Nasharudin itu sendiri yang dilihat rapat dengan pimpinan UMNO seumpama isteri yang telah curang pada suami sendiri. Itu anggapannya. Soal bukti dan peluang untuk membela diri, itu lain punya hal yang tidak perlu difikirkan. Dari sudut lain, walau dibaca berkali-kali kenyataan Mursyidul Am PAS itu, kelihatannya seperti Nik Aziz begitu memandang mudah hubungan suami isteri bila mana ia dikaitkan dengan isu pemecatan Nasharudin dan kedudukannya dalam PAS. Tapi nak pelik apa? Kan sudah menjadi pengetahuan umum dalam PAS telah lama wujud polisi sumpah baiah talak tiga yang menjadikan isteri kepada calon-calon PAS dalam PRU sebagai bahan taruhan bertujuan menjamin suami masing-masing kekal dalam parti dan tidak mengubah haluan melompat ke parti lain. Satu persoalan yang menarik untuk difikirkan, kenapa baru sekarang PAS bertindak dan dimasa yang sama masih mengekalkan Nasharudin sebagai ahli PAS, bukankah itu seperti tindakan gantung tidak bertali dari seorang suami? Amat dayus dan bacul sifatnya bilamana seorang suami hanya berani mengambil tindakan gantung tidak bertali terhadap isterinya sedangkan jika begitu yakin telah wujud kelakuan curang sewajarnya diceraikan sahaja, bukan begitu? - BeruangBiru

Thursday, 31 January 2013
PAS Umpamakan Nasharudin Isteri Curang
Tuesday, 22 January 2013
Isu Kalimah Allah: Petunjuk Pemerintahan Syaitan Berkepala Tiga
Isu Kalimah Allah yang menggelegak di dalam Pakatan Rakyat nampaknya masih belum menunjukkan tanda-tanda akan sejuk. Sifat kiasu semulajadi DAP tidak memungkinkan parti tersebut berganjak walau seinci. Manakala, PAS pula terdesak ingin meyakinkan penyokong mereka bahawa mereka mampu mempertahan Islam. Sementara PKR mengambil pendirian serupa dengan DAP atas alasan ianya telah dipersetujui lebih awal di dalam pakatan mereka termasuk oleh PAS. Justeru, U-turn yang dibuat PAS berdasarkan keputusan Majlis Syura adalah tidak boleh dipakai atas alasan kesilapan PAS tidak merujuk kepada Majlis Syura terlebih dahulu sebelum bersetuju, tidak harus dibebankan kepada PR. Akhirnya, yang perlu menanggung akibat dari kesilapan PAS tersebut adalah Islam dan umat Islam. Namun, sebagai umat Islam, kita telah diajar agar melihat hikmah di sebalik sesuatu. Hikmahnya dari ‘tragedi’ ini ialah kita diperlihatkan dengan jelas gambaran corak pemerintahan Pakatan Rakyat yang haru biru. Lihat saja bagaimana walaupun setelah beberapa minggu berlalu, isu ini masih juga belum selesai. DAP dan PKR sepakat berpegang kepada keputusan awal dan membakulsampahkan saja PAS dan Majlis Syuranya. PAS pula masih ingin bertahan, mungkin sebahagiannya atas keinsafan dan sebahagian lagi atas keperluan kepada sokongan umat Melayu. Apa pun faktornya, kita tidak melihat kesungguhan dan kekuatan PAS kerana di dalam laporan media rasmi mereka seperti Harakah mahupun Harakahdaily, PAS masih menafikan yang keputusan Majlis Syura tersebut adalah U-turn, tetapi konon konsisten untuk tidak membenarkan Kalimah Allah diguna bukan Islam. Harakah menipu pembacanya bahawa U-turn itu hanyalah putar-belit media UMNO. Sedangkan yang bangun menempelak pendirian U-turn PAS adalah DAP dan PKR dan bukan hanya UMNO. Tetapi, malang sekali, Harakah terlalu takut untuk menempelak DAP atau PKR, dan hanya berani menempelak UMNO. Jelas di sini bahawa kuasa tertinggi tidak wujud di dalam PR melainkan secara ilusi. Jika tidak sudah tentu kuasa tertinggi akan meletakkan noktah kepada isu ini hanya dengan satu arahan. Tetapi ini tidak berlaku kerana Anwar Ibrahim, yang sepatutnya memainkan peranan sebagai Ketua Umum, hanyalah simbol kepimpinan Melayu semata-mata. Sedangkan hakikatnya, kedudukan Anwar adalah jauh lebih rendah dari pegawai biasa parti DAP seperti Zairil yang memakai nama Melayu tetapi bukan Melayu. Anwar hanya boleh membuat kenyataan, tetapi kenyataan Anwar samalah seperti kenyataan Majlis Syura, iaitu tiada bernilai walau satu sen jua. Di dalam Barisan Nasional, semua parti-parti komponen menerima Pengerusi BN sebagai Ketua di mana walaupun semua keputusan dibuat secara kolektif dan demokrasi tetapi kuasa tertinggi tetap berada di tangan Pengerusi. Jika terjadi pertelagahan pendapat yang berlarutan, Pengerusi mampu mengarahkan pihak yang terbabit agar menghentikannya dengan memberi kata pemutus kepada mereka. Dengan itu, parti kekal stabil untuk membolehkan ia bergerak seiring dengan kerajaan dalam berkhidmat kepada rakyat serta menguruskan negara. Kesetiaan dan semangat setiakawan seperti yang diamalkan BN ini tidak wujud di dalam PR. Kita sedia maklum bahawa DAP tidak akan sekali-kali akur dengan perintah Anwar atau perintah sesiapa jua. Dan PAS pula sudah ‘tawar hati’ dengan Anwar tetapi takut kepada DAP. Apabila ketua tidak dihormati dan kuasanya tidak diiktiraf maka apa akan terjadi jika parti ini menjadi pemerintah? Apa akan terjadi kepada isu Kalimah Allah ini di bawah pemerintahan PR? Kita dapat menggambarkan bagaimana sementara Karpal Singh melayan PAS bertekak di media, injil berbahasa Melayu dengan menggunakan Kalimah Allah secara syirik terus diedar kepada anak-anak sekolah. Apabila UMNO mengkritik, PAS pula membela DAP sebagai tidak bersalah kerana tidak faham Islam. Maka, perselisihan semakin parah sedangkan ‘Perdana Menteri Anwar Ibrahim’ pula hanya memerhatikannya sahaja sambil menjegil-jegilkan mata kepada PAS sebagai isyarat untuk mengalah. Mungkin akan ada seorang dua pemimpin PAS mengalah, tetapi dua tiga orang yang lain enggan pula mengalah. Lalu berterusanlah mereka bertekak sesama sendiri sedang Injil berbahasa Melayu sudah sampai ke seluruh pelusuk tanah air mengelirukan dan menggoyahkan akidah umat Islam. Justeru, bagi mereka yang berfikir, tentu dapat melihat bahawa isu kalimah Allah ini adalah sebenarnya petunjuk langsung dari Allah SWT berkenaan kedudukan Islam dan umat Islam di bawah Pakatan Rakyat. Gambarannya tampak begitu jelas bahawa kita akan berada sebuah neraka jika diperintah oleh syaitan berkepala tiga.- BeruangBiru
Kalimah Allah: Hinanya Majlis Syura PAS Di Mata PR
Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh tanpa berselindung meneruskan asakannya kali ini dengan nada 'merayu' menuntut PAS supaya menarik balik keputusan Majlis Syura Ulama parti itu untuk menghalang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam khususnya dalam Bible versi Bahasa Melayu.Bunyinya seperti mendayu-dayu memujuk, tapi ramai yang faham itu hanya isyarat bernada 'lembut' yang jelas kehendaknya. Suka atau tidak, PAS terhimpit antara memartabatkan pendirian rasmi Majlis Syura ataupun mendahulukan kepentingan politiknya dalam PR. Sebelumnya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali telah tampil dengan kenyataan tegas bahawa pakatan pembangkang, PR tetap kekal dengan keputusan Majlis Pimpinan Tetinggi PR pada 8 Januari 2013 yang membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible. "Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (Pas) tidak berkaitan dengannya," kata Azmin dalam sidang akhbar di ibu pejabat PKR pada 17 Januari lepas. Demikian hinanya kedudukan Majlis Syura Ulama PAS di mata PKR, sedangkan sebagai rakan sepakatan sepatutnya PKR dan DAP perlu belajar menghormati rakan sendiri sekalipun mereka sudah masak sangat dengan sikap lalang PAS yang kerap berubah pendirian mengikut kehendak politik kepartian. Jika dilihat dari segi struktur organisasi PAS, kedudukan Majlis Syura adalah yang tertinggi dalam parti berlabel Islam itu. Seandainya PAS mendominasi pengaruh dan kedudukannya dalam PR, tentunya desakan mendayu dari DAP dan kenyataan tegas yang memperlekehkan taraf Majlis Syura oleh PKR tidak akan timbul. Tapi disebabkan kedudukan PAS dalam PR sekarang hanyalah setaraf balaci yang terdesak mahu mencapai angan-angan untuk sama-sama ke Putrajaya bersama PR, maka senanglah DAP dan PKR memanfaatkannya untuk kepentingan mereka. Lagipun Karpal Singh dan Azmin Ali yang diketahui ramai adalah suara rasmi PR dalam isu-isu sensitif, kedua-duanya amat faham benar selagi PAS kekal bersama PR, mahu tidak mahu PAS perlu menurut keputusan muktamad yang telah lama dipersetujui. Kalau PAS benar-benar jantan dan bermaruah, sudah lama mereka tinggalkan PR dan tidaklah termalu sendiri dengan pendirian flip flop Mursyidul Am dan Presiden PAS sekejap patuh kehendak PR dan kemudiannya bila teruk dikecam khalayak barulah menyerahkan keputusan selanjutnya kepada Majlis Syura pula. Antara kemahuan politiknya utk kekal dengan PR dan kesucian kalimah Allah s.w.t yang wajib dipertahankan, telah meletakkan PAS dalam keadaan tersepiot dan terhimpit. Inilah bahananya apabila satu kerjasama politik yang longgar hanya ditemukan dengan titik persamaan berkongsi musuh yang sama sahaja. Tatkala kerjasama dalam BN wujud demi membangunkan negara & rakyat, PR pula yang menggabungkan DAP, PKR dan PAS atas asas rapuh seringkali diselubungi isu-isu yang tidak berkesudahan dan masing-masing pula langsung tiada sikap hormat menghormati sesama sendiri. Bila sudah demikian, tak sukar untuk rakyat jangkakan yang negara ini akan berantakan sepanjang masa sekiranya PR diberi peluang walau sepenggal pun untuk memerintah tanahair tercinta ini.-BeruangBiru
Friday, 11 January 2013
Himpunan 12 Januari untuk Halalkan Penzinaan Anwar-Shamsidar
12 Januari ini merupakan tarikh penting bagi
Pakatan Rakyat di mana mereka akan mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat iaitu
kesinambungan dan kemuncak usaha terdesak mereka untuk menghuru-harakan Malaysia
menjelang pilihanraya ke-13. Memandangkan beberapa himpunan tajaan mereka
akhir-akhir ini menunjukkan kemesorotan yang ketara dari jumlah peserta, maka
himpunan ini diharap mampu menyemarakkan kembali semangat penyokong mereka yang
semakin malap.
Namun, pada hari yang sama, kedengaran satu lagi
perhimpunan yang juga dianjurkan oleh pembangkang. Himpunan ini dinamakan
Himpunan Shamsidar, iaitu isteri kepada Azmin Ali yang juga merupakan watak
utama dalam Kes Liwat 1 Anwar Ibrahim.
Beliau didakwa menjadi kekasih gelap Anwar, di mana hubungan mereka juga
disyaki telah menghasilkan seorang anak luar nikah. Apa yang membuatkan kita
mengucap panjang, ternganga terkejut dan menggeleng-gelengkan kepala kehairanan
ialah hubungan tersebut dikatakan berlaku atas restu Azmin.
Semua kisah ini terakam kemas dalam dokuman
perbicaraan serta masih terus menjadi bahan perbincangan politik semasa. Selama
itu juga, tiada sebarang usaha bersungguh-sungguh dari mana-mana pihak untuk
membersihkan nama Shamsidar. Namanya terus membusuk, sama busuk dengan nama
Anwar dan juga Azmin.
Kemuncaknya ialah kenyataan akhbar oleh
Nallakaruppan iaitu bekas sahabat Anwar merangkap bapa ayam kepada Shamsidar,
yang bertajuk “Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual”.
Setelah tidak tahan didesak dan dicabar agar
membuktikan tuduhan Nalla tidak benar, Anwar akhirnya memfailkan saman fitnah
terhadap Nallakaruppan serta syarikat penerbitan, Utusan Melayu (M) Bhd. yang
menyiarkannya. Akibatnya, kes tersebut kini bakal dibicarakan dalam beberapa
hari sahaja lagi di mana Anwar akan terpaksa berhadapan beberapa saksi, yang
kebanyakannya merupakan mereka yang dinamakan sebagai pasangan seksualnya -
termasuklah Shamsidar. Terlambat menyedari
yang beliau telah masuk perangkap, Anwar cuba memohon agar nama-nama mereka ini
digugurkan dari senarai saksi. Namun, permohonan Anwar gagal.
Oleh itu, Himpunan Shamsidar pada 12 Januari ini
dilihat sebagai usaha terdesak Anwar untuk memastikan Shamsidar tidak menjadi
saksi. Ia juga boleh dilihat sebagai langkah pertama ke arah membersihkan nama
Shamsidar. Apapun, yang jelas dapat dilihat ialah Anwar panik dan tidak berani
berhadapan dengan Shamsidar serta saksi-saksi lain.
Sedangkan, logiknya, jika beliau tidak bersalah,
kenapa perlu meminta nama-nama mereka digugurkan? Bukankah kemunculan mereka
sepatutnya menggembirakan Anwar kerana beliau berpeluang membuktikan yang
beliau bukan biseksual seperti didakwa Nallakaruppan?
Walaubagaimanapun, pembangkang menuduh bahawa
himpunan ini hanyalah satu propaganda bodoh Barisan Nasional. Apatah lagi
dengan pertindihan tarikh yang sama dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang
berskala mega, maka tentulah tidak logik
mengadakan Himpunan Shamsidar di hari yang sama, kerana ia tidak mungkin
berjaya mendapat impak yang diharapkan.
Nampaknya, penyokong pembangkang telah terlepas
pandang akan strategi pemimpin-pemimpin mereka sendiri. Bukankah BERSIH sebelum
ini juga menghimpunkan Himpunan Hijau bersama-sama kerana bimbang tidak mampu mencapai
sasaran jumlah peserta? Bukankah pembangkang gemar berhimpun di tempat yang
sedia terdapat ramai orang seperti di masjid selepas solat Jumaat?
Maka, strategi yang sama juga dapat dilihat
dalam Himpunan Shamsidar ini iaitu bergabung dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat
agar kedua-dua himpunan dilihat mempunyai jumlah penyertaan yang cukup ramai.
Justeru, tidak perlulah penyokong pembangkang mempersoalkan
sama ada Himpunan tersebut adalah sesuatu yang benar atau hanya propaganda. Adalah
lebih baik jika mereka mempersoalkan kenapakah Anwar tidak mahu Shamsidar
menjadi saksi?
Kita pasti, penyokong pembangkang mampu meneka
jawapannya iaitu, kerana segala-gala yang dituduh terhadap Shamsidar dan Anwar,
adalah benar belaka.
Himpunan menyelamatkan Shamsidar ini sebenarnya
adalah himpunan untuk menghalalkan penzinaan antara isteri orang dan suami
orang lain. Himpunan Shamsidar adalah himpunan untuk menutup kes paling
terkutuk, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan ahli politik yang membawa imej
Islamik dan bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri di sebuah negara
Islam.
Oleh itu, sama ada Himpunan Shamsidar ini satu
propaganda atau tidak, kita sama-sama fikirlah sendiri… - BeruangBiru
Kalimah Allah: Guan Eng Tepuk Tangan Pemimpin PAS Bertelagah
Kebelakangan ini Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dikhabarkan kerap tersenyum dan kelihatan gah bangga tak terkata bila mana pegawai atau rakan-rakan pemimpin parti berborak cerita mengenai isu kalimah Allah s.w.t. Daripada wajah keruh mencuka gara-gara serabut memikirkan tentangan dalaman berikutan pemilihan jawatan CEC tempohari yang tiba-tiba menjadi pertunjukan magik ala David Corperfield, terus sahaja terukir senyum dibibirnya. Memang layaklah untuk Guan Eng tersenyum bangga, hatta kalau Guan Eng sambil tidur malam tiba-tiba mengigau bertepuk tangan dengan air liur basi meleleh pun, tak usahlah ada yang terasa pelik bin ajaib. Bukankah dek kerana keberaniannya semasa menyampaikan ucapan Kristmas akhir tahun 2012 itulah anak lelaki kesayangan Penasihat DAP itu telah membuktikan kepimpinannya mempunyai keupayaan untuk kekal menjadi abang besar kepada balaci setianya, iaitu PAS. Dalam ucapan Kristmas itu, Guan Eng tanpa berselindung mengulangi tuntutan supaya kalimah Allah s.w.t dibenarkan untuk kegunaan Bible versi Bahasa Melayu bagi menggantikan perkataan God yang selama ini sering diguna pakai dalam Bible Bahasa Inggeris. Lebih manis lagi bagi Guan Eng dan DAP, dek kerana isu kalimah Allah s.w.t itulah juga menyebabkan kepimpinan PAS terpaksa bertelagah sesama sendiri. Pertentangan terbuka ini menyebabkan ramai ahli dan penyokong PAS keliru dan termanggu sendirian. Mereka resah mana satu puak yang mahu didukung dan disokong dengan penuh wala dan mana satu yang wajib menjadi prioritinya - pilihan yang dikira sukar bagi mereka, antara mendahulukan kebenaran agama ataupun mengutamakan kepentingan politik kepartian. Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Haron Din, Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Harun Taib serta tidak ketinggalan ialah Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali tegas dengan pandangan kalimah suci Allah s.w.t hanya milik Islam. Pandangan mereka benar kerana sekalipun di beberapa sudut bumi ini ada wilayah yang penduduknya beragama Kristian menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Tuhan Jesus, namun hakikatnya Allah s.w.t Yang Maha Esa sama sekali tidak boleh disamatarafkan dengan konsep ketuhanan triniti dalam Kristian. Dalam Kristian penganutnya beriktikad yakin adanya Tuhan Jesus, Tuhan Bapa dan Roh Kudus. Sedangkan, Allah s.w.t hanya satu, Dia yang berkuasa mencipta manusia dan alam semesta, akan tetapi bila dibiarkan kalimah Allah tergadai kepada agama lain khususnya Kristian, bermakna ia seperti meredhakan perbuatan menyekutukan Allah s.w.t. Manakala dipihak yang satu lagi yang lebih liberal dan menguasai tampuk kepimpinan dan dasar PAS pula tetap dengan pendirian songsang mereka mahukan kalimah Allah s.w.t dibiarkan tergadai kesuciannya demi keutamaan mengejar undi masyarakat Kristian. Pemimpin PAS yang termasuk dalam golongan liberal yang terkenal dengan gelaran Anwarinas, Erdorgan dan Parasit ini diketuai oleh Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat manakala penggerak aktifnya ialah Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad yang didukung oleh majoriti pemimpin PAS di peringkat Pusat dan Negeri. Selepas lebih kurang seminggu bertelagah sambil bersandiwara, akhirnya keputusan yang dicapai selepas Mesyuarat Pimpinan Tertinggi PR seperti dijangkakan ramai, kemenangan memihak kepada puak liberal. Muktamad sudah untuk kali kedua yang dasar PAS bersama PR kini ialah untuk menjayakan proses menggadaikan kesucian kalimah Allah s.w.t dan akidah ummah. Maka terus tersengihlah Guan Eng sambil bertepuk tangan dengan senang hatinya kerana hasil usahanya, DAP dan Gereja Kristian semakin melebarkan pengaruh dalam PR termasuklah meneruskan tradisi membalacikan PAS untuk entah ke berapa puluh kalinya. Simbolik untuk meraikan kejayaan itu pula membawa kepada acara kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat atau lebih tepat lagi Himpunan Menyokong Gadaian Kalimah Allah di Stadium Merdeka hujung minggu nanti. Tika itu Guan Eng akan lagi kerap bertepuk tangan bersama pimpinan DAP dan PKR yang lain. Tiada lagi masalah untuk DAP meneruskan agenda mengacau bilau kesucian agama Islam serta akidah penganutnya kerana selagi sebahagian besar kepimpinan PAS Pusat dalam genggaman puak liberal Anwarinas, selagi itulah DAP kekal sebagai abang besar kepada PAS. Tinggal lagi sekarang, DAP bersama PR serta dengan gandingan mantap dari pimpinan PAS hanya perlu fokus untuk memenangi PRU 13 bagi merealisasikan kalimah Allah s.w.t benar-benar termaktub dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.- BeruangBiru
HKR: Himpunan Untuk Sokong Kristian Guna Kalimah Allah Dalam Bible
Ini adalah kali kedua dalam tempoh lebih dua tahun, PAS sebagai wakil parti Islam dalam PR telahpun bersetuju untuk terus tunduk taat pada tuntutan DAP dan penganut Kristian yang mahu menggunakan kalimah Allah dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu. DAP berhak berasa bangga, begitu juga para paderi dan gereja Kristian juga berhak untuk berasa lega dek kerana usaha dakyah mereka mahu menodai kalimah Allah s.w.t melalui PR hanya menerima sedikit saja tentangan dari PAS. Untuk itu, wajarlah Himpunan Menyokong Gadaian Kalimah Allah atau lebih dikenali sebagai Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka Sabtu nanti menjadi platform rasmi bagi PR bagi meraikan kejayaan menodai kesucian kalimah Allah s.w.t. Himpunan yang mensasarkan kehadiran sejuta orang peserta ini sudah pun mendapat kebenaran pihak pengurusan Stadium Merdeka. Entah bagaimana para pemimpin PR mahu menyumbat keseluruhan 1,000,000 orang manusia ke dalam stadium yang hanya mampu memuatkan 30,000 orang sahaja, sukar untuk difikirkan. Mungkin mereka akan menggunakan kaedah mantik ala tin sardin, biar padat bertindih depan belakang atas dan bawah, seandainya ada yang mati sesak nafas atau panik, itu belakang kira, yang utamanya sejuta manusia mesti disumbat masuk ke dalam stadium tersebut. Dalam pada itu, sebelum ini Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Haron Din pernah menyatakan adalah kufur jika orang Islam menyokong kalimah Allah digunakan oleh Kristian, namun pendirian itu tidak berbekas pun di hati sebahagian pemimpin dan penyokong PAS. Ustaz Haron Din, pakar jampi serapah yang suatu ketika dulu diangkat melambung oleh pemimpin dan penyokong PAS sebagai ulama terulung yang paling disegani pun tak diendah pandangannya, apa lagilah bangkangan dari ustaz cabuk seperti Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib. Paling penting, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sudah kecut telurnya digenggam geng Anwarinas dan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pernah dianggap sebagai nabi baru oleh ustaz kebudak-budakan pro PAS pun telah bersetuju. Dengan bermodalkan alasan ia membuka ruang dakwah kepada orang bukan Islam sudah cukup utuh bagi PAS bersetuju dengan dasar PR membenarkan orang Kristian menggunapakai kalimah suci Allah s.w.t. Padahal, hakikatnya sepanjang PAS bersama DAP dan PKR, fakta menunjukkan PAS yang terlebih-lebih kencang dengan hasutan dakyah Kristian dan pluralisme yang sudah lama sebati dalam DAP & PKR. Soal mudarat yang meluas hasil dari kesanggupan PAS menggadaikan kalimah Allah s.w.t dan kesan dari penggadaian kalimah Allah s.w.t bakal menyebabkan kebesaran Allah s.w.t kelihatan setaraf dengan konsep ketuhanan trinity Kristian, pada pandangan PAS itu hanya soal remeh temeh. Begitu juga perihal setiap tahun hampir dua juta orang Islam di Indonesia menukar agamanya kepada kepercayaan Allah itu Jesus gara-gara kitab Bible versi Bahasa Indonesia juga bukannya satu keutamaan untuk PAS fikirkan. Yang terpenting sekarang PAS sudah nekad untuk bersama-sama DAP dan PKR bagi menjayakan agenda liberalisme dan pluralisme, dengan demikian kesungguhan untuk menjayakan Himpunan Menyokong Gadaian Kalimah Allah hujung minggu nanti amatlah dituntut dari para penyokong PR beragama Islam. Ayuh semua, Sabtu nanti jangan lupa. Bawa segala anak pinak, pak menakan kaum keluarga, sama-sama kita jayakan Himpunan Menyokong Gadaian Kalimah Allah demi membuktikan kebenaran slogan PAS Untuk Semua. Itu pun kalau anda sanggup dan redha kesucian kalimah Allah s.w.t terus dinodai, serta agama Islam dan akidah umatnya diperkotak katikkan oleh PKR dan DAP yang wataknya menyamai perangai Yahudi dan Nasrani. Jika tidak demikian, penuhi saja waktu hujung minggu bersama keluarga, nescaya selamatlah kita dari dipalit kemurkaan Allah Yang Maha Esa.- BeruangBiru
Subscribe to:
Posts (Atom)