Saturday 31 March 2012

Undi Pas Dapat Elaun?


Kartun ni memanglah menarik, tetapi lebih menarik lagi dialognya. Kalaulah betul mengundi PAS dapat elaun setiap bulan, bertuahlah badan. Tak perlulah susah payah bekerja, duit rakyat banyak dalam simpanan kerajaan persekutuan. Almaklumlah, semua rakyat (agaknya la) membayar cukai.

Duit cukai duit rakyat. Namun rakyat yang tak pernah membayar cukai pun mengaku duit cukai tu duit depa dan bersungguh-sungguh melalak sini sana menuntut kerajaan mengembalikan hak rakyat kepada rakyat. Banyak mana sangatlah hasil kutipan cukai dari rakyat (yang membayar). Itulah yang depa mahukan dibelanjakan untuk menyediakan kemudahan pendidikan peringkat tinggi secara percuma. Jalanraya percuma baguslah, tetapi lebuhraya pun depa nak percuma juga. Macam mana?

Bukannya sedikit bilangan pelajar yang diterima masuk ke universiti. Kalaulah semuanya hendak diberikan percuma, naik lemaklah pelajar-pelajar ini. Malaslah hendak belajar. Lulus atau tidak, habis belajar atau tidak, nanti dapat kerja atau tidak, tiada apa yang perlu dirisaukan. Tiada hutang yang perlu dibayar. Duit belanja makan dan tempat tinggal yang ibu bapa beri sepanjang pengajian tidak perlu dibayar semula, sebab itu memang sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk menanggung keperluan anak.

Tidak perlulah bekerja, negara berkebajikan tentu akan memberi percuma semua keperluan rakyat. Tutup sahajalah kilang-kilang, segala pasaraya, segala ladang, badan pun tak penat, elaun ada untuk buat belanja. Tapi bila dah tutup kilang-kilang, dah tutup pasaraya, dah tutup ladang, daripada mana pula datang hasil untuk dijadikan sebagai elaun nanti?


Wow! Bukan main santai lagi depa duk main facebook dalam Dewan. Dah serupa macam tengah rehat-rehat di ruang tamu rumah pulak. Buat kerja yang diamanahkan belum tentu depa siapkan, dalam Dewan pun depa buat macam rumah depa sendiri. Haih… Inilah dia pilihan rakyat yang mahukan perubahan.

Dulu masa BN pegang Selangor, depa sibuk kata BN tak buat kerja. Depa pakat ajak rakyat ramai-ramai tolak BN. Depa racun fikiran rakyat supaya pangkah Pakatan. Tengoklah sekarang! Depa lagi teruk daripada BN. Siap main FB masa bersidang lagi. Hebat!

Konon nak dalamkan sungai untuk rakyat, pasir pun depa duk korek. Rakyat tak tahu depa buat itu bukan sebab rakyat, tapi sebab pasir bagi depa keuntungan. Sampah yang tak bagi depa keuntungan tu, tengoklah depa buat apa? Depa biarkan sampah tu bertimbun, berulat dan busuk. Agak-agak kalau sampah tu boleh jadikan poket depa kembung, dah tentu depa sapu semua masuk dalam laman depa. Masa tu barulah rakyat dapat hidup dalam suasana bersih.

Lepas ni jum pakat ramai-ramai tolak Pakatan pulak. Buat apa pilih wakil rakyat yang sibuk bekerja di FB tapi tak pedulikan kerja-kerja di alam realiti. Jum ramai-ramai anak muda, kita pi mengundi wakil rakyat yang boleh bekerja untuk kita. Pilihan kita menentukan masa depan kita.

Agaknya Memang Dasar Perjuangan Pakatan Adalah Dengan Mengambil Kredit Dari Perjuangan Orang Lain Kot!

Rupa-rupanya, pengunduran Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil daripada jawatan menteri yang disandangnya seperti yang telah diumumkannya sebelum ini disebabkan tempoh menjadi Senatornya sudah tamat itu disalahfahamkan oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat. Kelakar betul bila depa mengaku ianya atas kehebatan Rafizi yang berjaya mengharu birukan kehidupan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat itu.


Agaknya memang sudah menjadi dasar perjuangan Pakatan Rakyat mengambil kredit di atas perjuangan orang lain kot. Iye lah kan, nak buat depa tak pandai, apa yang depa tahu hanyalah menabur janji-janji kosong dan membuat fitnah. Selebihnya depa hanya menunggu peluang untuk mengambil pujian atas sesuatu kebaikan yang dilaksanakan orang lain.

Lawak betullah depa ni. Rafizi yang sudah menggigil kepala lutut tu dikatakan sudah masuk senarai giant killer seperti Nurul Izzah, anak kepada dewataraya depa.  Raja lawak pun kalah kalau macam ini punya cerita. Sila baca lawak di bawah. Inilah yang dikatakan, lembu punya susu, sapi terhegeh-hegeh ambil nama.

SETELAH BERBULAN-BULAN BERTARUNG

AKHIRNYA GERGASI WANITA UMNO REBAH !
SETELAH BERBULAN-BULAN BERADU KEKUATAN
AKHIRNYA GERGASI WANITA UMNO TUMBANG !
MENUMBANGKAN KETUA WANITA UMNO PUSAT INI
BUKAN KERJA MUDAH.
INI SATU KEJAYAAN BESAR BUAT PARTI KEADILAN !
INI SATU KEMENANGAN MANIS BUAT RAFIZI !
BUKAN SEKADAR NURUL IZZAH SEORANG GIANT KILLER !
RAFIZI JUGAK SUDAH MASUK HALL OF FAME GIANT KILLER !
TAHNIAH RAFIZI !
Tapi ini semua sudah tidak menghairankan lagi. Memang sudah menjadi kebiasaan Pakatan Rakyat mengambil kredit di atas tindakan orang lain yang mendatangkan pujian. Barisan Nasional yang bertungkus lumus membantu rakyat, bila sudah selesai, tup-tup depa tunjuk muka depan media. Apatah lagi dengan bantuan MalaysiaKini yang menjadi lidah depa untuk menipu rakyat. Dengan senyum lebarnya depa mengambil kredit walaupun tiada sebesar hama pun depa menghulur bantuan.

Entah bilalah depa hendak sedar, hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.

Memang Dah Dasar Pakatan Pembelit, Tang Orang Wajib Buat, Tang Diri Sendiri,Taknak Pulak!

cantik kereta di belakang tu!

Inilah dia adanya mentaliti puak Pakatan. Bila tiba tang orang lain, depa jatuhkan hukum wajib untuk orang isytiharkan harta yang dimiliki. Bila diberi alasan, tindakan tersebut kurang sesuai atas faktor keselamatan, depa kata, takut sebab dah makan banyak duit rakyat.

Sebaliknya bila kena pada batang hidung sendiri, usia muda harta berjuta sedangkan jawatan yang disandang tidak seberapa, pandu kereta yang harganya pun berjuta sedangkan semua orang tahu depa bukan lahir dalam golongan keluarga kaya-raya, mati-mati depa mengelak. Alasannya, bahaya, nanti penjenayah tahu dan tak pasal-pasal mereka jadi mangsa rompak.

Haaa… Tahu pulak takut. Kalau orang lain kena rompak, depa tak peduli, tapi jangan kena kat depa. Kalau kena, alamat berhimpun lagi depa ni nanti, pastu mintak siasatan telus daripada Suruhanjaya Diraja, taknak polis siasat sebab konon orang UMNO yang jadi perompaknya dan polis pasti akan berat sebelah.

Entah sampai bila depa nak jadi macam tu. Sentiasa meragui kerajaan dan sentiasa memfitnah UMNO-BN. Apa selama hari ini, sudah lebih 56 tahun BN memegang tampuk pemerintahan, tiada sebarang faedah dan kebaikankah yang mereka dapat? Apa selama hari ini, depa sentiasa teraniayakah?

Kalau nak sama rata sangat macam yang depa laung-laungkan kepada rakyat tu, apa lagi, janganlah malu-malu dan beri banyak alasan untuk mengisytiharkan segala harta benda yang depa ada. Sekurang-kurangnya, rakyat yang percayakan ketulusan depa tu dapat mencongak serba sedikit pendapatan mereka berbanding harta benda mereka. Masa tu nanti rakyat bolehlah tahu, siapa yang banyak beri kemudahan kepada rakyat dan siapa yang banyak makan duit rakyat.

Banyak Betul Duit Pakatan Nak Hapuskan PTPTN. Dapat Dana Dari Mana Tu?


Banyak betul duit Pakatan ni ye sampai berani beri janji nak hapuskan tol dan PTPTN kalau rakyat pilih depa. Mana depa dapat dana tu? Bukannya sikit duit nak dikeluarkan untuk pelajar yang dapat peluang melanjutkan pelajaran ke universiti. Sedangkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional pun hampir tak larat bila mana pinjaman yang diberi tidak dibayar semula, inikan pulak pembiayaan yang tidak perlu berbayar yang dijanjikan oleh Pakatan ni.


Boleh ke depa tunaikan janji depa tu nanti kalau depa dapat sokongan rakyat dan diberi kepercayaan memegang tampuk pemerintahan negara? Dapat ke mereka mengekalkan kepercayaan rakyat tu selama mereka memerintah? Jangan nanti janji tinggal janji saja seperti yang sedang berlaku sekarang ni. Rakyat Selangor dah merasainya. Rakyat Pulau Pinang juga dah merasa. Rakyat Kedah apatah lagi, kawasan melayu pun nak dibangunkan perkuburan bukan Islam.


Rakyat pun janganlah mudah terpedaya dengan janji-janji manis puak Pakatan ni. Sebagai seorang manusia yang mempunyai akal fikiran yang waras, seharusnya kita tahu menilai yang mana kaca yang mana permata. Seharusnya kita boleh berfikir, di mana datangnya duit untuk diberi pinjam kepada orang lain jika apa yang telah diberi sebelum ini tidak dibayar semula.


Begitu juga dengan para peminjam yang telah menikmati kemudahan yang diberikan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional untuk mereka meneruskan pelajaran sehingga mendapat segulung ijazah, janganlah lupa untuk membayar semula pinjaman tersebut. Ini bukannya apa, untuk memberi kemudahan yang sama kepada generasi seterusnya pula.

Adat meminjam, haruslah dibayar semula kepada yang memberi supaya ia dapat diagihkan pula kepada orang lain. Hidup tentunya akan menjadi lebih manis jika segala yang ada di dunia ini dikongsikan bersama.

Tuesday 27 March 2012

Depa Ni Tak Faham Kot?

Nak kata jahil agama, depa orang PAS. Tapi cara pemikiran depa tak macam orang yang betul-betul menghayati agama. Haihhh... Apa nak kata?

Terbaca blog salah seorang ahli PAS tadi. Katanya akibat kerajaan mencanangkan kepada rakyat yang negara kita ni paling selamat, menyebabkan rakyat hilang rasa takut untuk keluar ke mana-mana dan akhirnya terjadilah kejadian rogol sewenang-wenangnya. Terlupakah penulis itu tentang qada' dan qadar serta takdir tuhan?

Paling selamat di Asia Tenggara bermakna, paling selamat di antara semua negara yang termasuk di dalam kelompok Asia Tenggara. Jika dibandingkan tahap keselamatan negara kita dengan Thailand, jauh lebih selamat di negara kita.

Paling selamat bukan bermakna tidak akan langsung ada kejadian jenayah yang berlaku. Kemungkinan ada di mana-mana. Sentiasa berhati-hati dan menjaga diri sebaiknya jika tidak mahu kejadian jenayah berlaku kepada diri kita. Jangan harapkan kerajaan sahaja nak menjaga keselamatan rakyat. Sudah menjadi tugas kita untuk menjaga diri sendiri. Nyawa kita takkanlah orang lain yang harus menjaganya.

Syabas buat semua anggota keselamatan yang selama ini bertungkus lumus menjalankan tugas menjaga keselamatan rakyat dan negara dengan penuh tanggungjawab. 

Nyanyuk Ke Atau Lidah Dah Terbelit Orang Tua Hitam Ni?


Entah apalah agenda orang tua hitam ni agaknya ye? Sekejap cakap begitu, sekejap cakap begini. Sekejap kata nak keluar UMNO sebab nak perbetulkan UMNO yang kononnya tak betul. Sekejap pula kata dipaksa oleh Setiausaha Agung UMNO untuk mengeluarkan dirinya daripada UMNO.

Katanya ramai pemimpin Pakatan yang merupakan kawan-kawannya memujuk dia menyertai Pakatan tetapi dia buat keputusan sendiri untuk menyertai parti tersebut. Itu katanya. Tambahnya lagi, dia mahu membawa perjuangan sebenar UMNO ke tempat yang sepatutnya. Huh!

Patutlah sangat berjuang untuk rakyat melalui Pakatan tu. Lagi nak menghapuskan hak rakyat adalah. Lebih mengembungkan poket sendiri sahaja. Agaknya itulah yang dimahukan oleh orang tua hitam ni agaknya, dapat habuan besar daripada Pakatan untuk menyertai mereka. UMNO dah tak mahu dah orang yang depan belakang cakap lain-lain ni.

Elok sangatlah berambus daripada UMNO. Ikutlah telunjuk Anwar Aljuburi tu. Memang di situlah tempat yang paling sesuai untuk orang tua hitam yang dah nyanyuk ni.

Berita Baik Untuk Belia Bumiputera


Ada berita baik untuk lepasan SPM dan STPM yang baru mendapat keputusan. Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan) melalui program sulungnya, Peneraju Tunas Potensi memberikan biasiswa kepada 100 orang pelajar yang bernasib baik untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.

Pelajar yang mendapat 5A ke atas bagi lepasan SPM dan 2A ke atas untuk lepasan STPM, mempunyai ciri-ciri kepimpinan, keluarga berpendapatan kurang RM3000 dan yang paling penting bumiputera adalah menetapi kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Yayasan.

Apa tunggu lagi? Kepada adik-adik yang kurang berkemampuan tetapi bercita-cita tinggi hendak meningkatkan taraf hidup, cubalah membuat permohonan untuk mendapatkan biasiswa ini. Pendidikan dan usaha yang tidak mengenal penat lelah akan menghasilkan kejayaan seterusnya meningkatkan taraf hidup.

Pakatan Yang Tidak Membawa Berkat!!


Inilah yang dibangga-banggakan oleh PAS dan PKR yang sanggup berkongsi menubuhkan Pakatan Rakyat bersama DAP daripada bersatu dengan UMNO yang sememangnya memperjuangkan hak orang melayu. Akhirnya apa yang terjadi? DAP demand pula hendakkan lebih kerusi pada pilihanraya yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Banggalah lagi. Sokong lagi parti yang sejak azali kewujudannya untuk menghapuskan hak orang melayu, sistem beraja dan juga merendah-rendahkan kesucian agama Islam.

Tengoklah dasar komunis mereka sudah semakin terserlah. Tidak dapat kerusi yang sebelum ini ditandingi oleh PAS, mereka sanggup pula bertanding tiga penjuru. Pakatan apa namanya tu? Biasanya orang kaitkan perkataan 'pakatan' ni dengan membawa berkat, tapi Pakatan yang satu ini bukannya membawa berkat, tetapi bakal membawa kehancuran.

Moga-moga PAS mahupun DAP, senang cerita Pakatan Rakyat lah, tidak akan menang di Kedah. Biarlah Barisan Nasional menguasai semula negeri yang penuh lagenda itu supaya boleh dibangunkan dan diperindahkan lagi untuk menarik lebih ramai pelancong datang.

Monday 26 March 2012

Himpunan Aman Untuk Tuntut Kebebasan Imam Baling Selipar Tak Dapat Sambutan??



Mahkamah sudah pun menjatuhkan hukuman selepas membicarakan kes imam tersebut seadilnya. Hanya setahun penjara harus dijalani namun ada pula yang mengambil kesempatan mempolitikkan hukuman tersebut.

Jingga 13 yang menjadi penaung himpunan tersebut ditemani dua orang peguam PKR yang perasan diri mereka hebat yang turut hadir meramaikan orang. Begitu juga dengan Solidariti Mahasiswa Malaysia yang kerjanya tidak lain tidak bukan hanya menjadi tukang angkat sepanduk dan penyorak menjadi penambah perisa. Namun kehadiran beberapa kerat ini sahaja tidak menepati sasaran yang dirancangkan.

Kalau benda salah, siapa yang hendak menyokong selain daripada mereka-mereka yang merasakan diri mereka terlebih pandai dan terlebih adil. Orang ramai pun punya akal fikiran. Mana yang salah, mereka pun mahu pesalah itu dikenakan hukuman. Hanya puak Pakatan sahaja yang bukan sahaja membela orang yang salah malahan turut menyanjung tinggi.

Insaflah Jingga 13. Insaflah Solidariti Mahasiswa Malaysia. Jangan diikutkan mereka yang sudah sesat lagi menyesatkan tu. Yang salah biarkan sahaja dia menjalani hukumannya.


Lari Dari Rumah, Berlakon Diculik, Sanggup Pulak Buat Laporan Palsu Kata Dirogol!

Kasihan budak-budak remaja zaman sekarang ni. Kurang kasih sayang gamaknya sampai sanggup mengaku diri dirogol dan sanggup pulak membuat laporan palsu mengenainya. Apa hebat sangatkah dirogol? Kalau anak-anak dara zaman tok nenek kita dulu, kalau kena rogol aje, malu besar sampai tak sanggup nak hidup lagi. Terbalik pulak dengan budak remaja zaman sekarang. Lagi bangga ada bila dah buat maksiat. Agaknya dunia ni dah betul-betul hampir ke penghujungnya kot.

Pada pandangan penulis, remaja yang baru-baru ini berlakon seperti diculik padahal dia dengan rela hati melarikan diri ke rumah teman lelakinya membuat laporan palsu dirogol teman lelakinya itu kerana mahu ibu bapanya merestui percintaannya bersama teman lelakinya itu dan seterusnya menikahkan mereka. Tetapi mungkin remaja itu tidak terfikir bahawa tindakannya itu telah mengaitkannya dengan pihak polis yang sudah sememangnya tugas mereka untuk mencegah jenayah.

Apabila telah berkaitan dengan pihak polis, sudah semestinya pelbagai prosedur harus dijalani untuk memastikan keadilan dapat ditegakkan. Kes rogol pastinya akan dirujuk kepada pihak hospital di mana mangsa akan diperiksa oleh doktor yang bertauliah.

Sekarang ini, siapa yang susah? Akibatnya, diri sendiri yang akan menanggung kemungkinan didakwa kerana membuat laporan palsu.

Nak Salahkan Siapa Ni?

Siapa yang harus dipersalahkan apabila kanak-kanak yang hanya berusia sebelas tahun sudah pandai menghantar SMS berbaur jenayah? Adakah kerana pengaruh persekitaran, salah asuhan ibubapa ataupun pengaruh televisyen yang menyiarkan cerita-cerita yang kurang sesuai ditonton oleh kanak-kanak?

Kes kematian adik Nurul Nadirah atau lebih dikenali dengan panggilan manjanya, Dirang, sudah berjaya diselesaikan. Pelakunya sudah berjaya diberkas dan sedang di dalam tahanan polis. SMS yang diterima oleh keluarga Dirang, yang meminta wang tebusan pula diterima ketika mayat mangsa masih belum ditemui.

Setelah disiasat, rupa-rupanya SMS ugutan meminta wang tebusan tersebut datangnya daripada seorang kanak-kanak. Advance sungguh kanak-kanak zaman sekarang. Kecil-kecil lagi sudah pandai berimaginasi jenayah.

Nak salahkan siapa ni?

Inilah Padahnya Tak Boleh Kawal Nafsu!

Petikan dari Harian Metro hari ini;
SABAK BERNAM: Perjalanan pulang dua beradik ke rumah selepas membeli kad prabayar berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka dirogol dalam kereta selepas motosikal yang mereka naiki dilanggar dalam kejadian di Parit 13, Sungai Panjang, di sini, kelmarin.
Ketika kejadian mangsa berusia 17 tahun yang menunggang motosikal bersama adiknya berusia 15 tahun dilanggar sebuah Proton Saga, kira-kira jam 9 malam di kawasan sunyi.

Berikutan perlanggaran itu, kedua-dua beradik itu terjatuh sebelum suspek berhenti dan menarik mangsa ke dalam kereta.

Suspek yang berusia 19 tahun dikatakan sanggup mendukung mangsa yang meronta-ronta ke dalam kereta sebelum membawanya lari dengan meninggalkan adik remaja itu kesakitan seorang diri di tepi jalan.

Adik mangsa bergegas pulang ke rumahnya kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian dan menceritakan kepada keluarga yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Sabak Bernam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, siasatan awal polis mendapati suspek membawa mangsa ke tempat sunyi sebelum merogolnya dalam kereta, kira-kira jam 10.30 malam.

Menurutnya, mangsa terpaksa menuruti kehendak suspek selepas diugut akan dirogol beramai-ramai jika enggan mematuhi permintaan itu.

Katanya, selepas dirogol, mangsa ditinggalkan di tepi jalan sebelum ditemui orang ramai.

“Suspek melarikan diri selepas menyedari menjadi buruan penduduk.

“Akibat gagal mengawal kenderaannya, kereta dipandu suspek terbabas, tetapi lelaki itu dapat meloloskan diri ke kebun sawit berhampiran dan meredah sawah padi bagi menyelamatkan diri.

“Suspek dikatakan turut meminta bantuan di rumah majikannya yang terletak berhampiran tempat kejadian.

“Bagaimanapun, usaha suspek meraih simpati majikannya gagal kerana selepas menceritakan kejadian yang berlaku, lelaki itu dipaksa menyerah diri kepada polis, semalam,” katanya. Beliau berkata, siasatan polis mendapati suspek menggunakan kereta milik majikannya ketika melakukan jenayah itu.
Akibat nipisnya iman di dada, akhirnya membuatkan diri sendiri merana. Bukan sahaja mendapat malu, malah bakal dihukum penjara dan sebatan juga atas keseronokan yang hanya seketika dapat dirasa.

Itulah kata orang tua-tua, ikut hati, mati, ikut nafsu, lesu. Kalau dah kemaruk sangat nakkan seks, kahwinlah. Buat apa nak merogol anak dara orang. Kalau kahwin, dapatlah seks yang sah tak kira masa. Tengah makan pun boleh.

Cakap Tak Serupa Bikin!

Dengar cerita ada penyokong BN yang dibelasah ala-ala samseng dek orang-orang PKR. Kononnya penyokong PKR kata sebab orang BN tu yang kacau program ceramah diorang. Katanya orang BN tu tak ada adab, tak macam depa yang sangat bersopan santun yang tak pernah kacau program ceramah orang BN.

Tapi apa cerita dengan hal yang baru berlaku ke atas Menteri Belia dan Sukan, merangkap Ahli Majlis Tertinggi Umno yang telah dihalang oleh penyokong tegar Anwar Aljuburi ketika hendak menghadiri program BN di kawasan Parlimen Permatang Pauh?

Bersopan sangatkah macam tu punya perangai?

Hahahaha... Fitnah Salah Orang La Pulak Puak Pakatan Ni.


Itulah dia penyokong puak Pakatan yang suka memfitnah membabi buta. Takkan dengan bini sendiri pun takleh nak menari ataupun berpegangan tangan. Benda halal kan. Ke depa nak kata, benda halal tak boleh, benda haram aje yang boleh?

Apa depa ingat boleh samakan dengan dewataraya yang depa duk sanjung-sanjung tu ke? Benda halal ada, benda haram jugak yang dia suka. Bukan setakat perempuan aje pulak tu, siap lelaki pun dia sondol jugak. Cara macam itu ke yang boleh? Moden sangatlah tu ye? Adoiiii...

Bawak-bawaklah bertaubat wahai para penyokong dewataraya yang memang dah terang-terang buat benda haram tu. Biarlah dia sorang aje yang sesat, tak payahlah hang semua nak ikut dia sekali.

Thursday 15 March 2012

Macam Mana Hendak Tarbiyah Orang Muda Kalau Orang Tuanya Pun Bercakaran Sesama Sendiri?

Tarbiyah membawa maksud cara ideal dalam berinteraksi dengan fitrah manusia, baik secara langsung melalui kata-kata mahupun secara tidak langsung dalam bentuk keteladanan, sesuai dengan sistem dan peringkat khusus yang diyakini, untuk memproses perubahan dalam diri manusia menuju kondisi yang lebih baik. Ia sering dikaitkan dengan sebuah parti Islam yang terdapat di negara kita yang pastinya sudah sangat dikenali oleh kita semua tidak kira tua ataupun muda.

Semakin hampir kita akan menghadapi pilihanraya, semakin banyak pula cerita-cerita kurang enak yang didengar mengenai sebuah parti Islam ini. Bermula dari pegangan mereka yang sudah semakin tidak ketentuan arah, corak tindakan mereka yang lebih kepada mengikut arahan dan perkenan rakan kongsi di dalam Pakatan Rakyat, sehinggalah kepada krisis dalaman mereka sendiri.

Mereka mendekati semua golongan terutama golongan tua yang mudah percaya bersama segala cerita kurang enak tentang parti bertentangan yang sudah lama memerintah negara. Bercerita tentang kegagalan kerajaan sedia ada dalam mengagihkan semua yang sepatutnya menjadi hak rakyat kepada yang berhak. Bercerita tentang korupsi dan rasuah serta pemberian tender kepada kroni namun dalam tidak sedar, mereka sebenarnya berniat begitu.

Tidak ketinggalan mereka mendekati golongan muda untuk menarik mereka menjadi penyokong. Melakukan apa sahaja untuk mengajak mereka meninggalkan parti sedia ada dan mengikut mereka yang kononnya melaksanakan konsep negeri berkebajikan. Segalanya untuk rakyat namun apabila sudah mendapat sokongan, perbalahan sesama sendiri pula tersaji.

Krisis dalaman yang berlaku baru-baru ini sehingga memaksa PAS pusat membentuk sebuah Jawatankuasa Pemandu untuk memantau perjalanan pemerintahan sebuah negeri di utara tanahair yang berada di bawah pemerintahan mereka menunjukkan betapa mereka juga sama. Gila kuasa hendak memegang tampuk pemerintahan sehingga sanggup saling menjatuhkan sesama sendiri.

Mengapakah mereka berebut hendak mendapatkan jawatan yang tertinggi? Salah satu faktornya adalah wang yang menjadikan mereka gelap mata. Tidak dapat memerintah bermakna tidak dapat mengagihkan sebarang projek kepada kroni. Apabila ini berlaku, kekayaan tidak dapat dikumpul dan sekiranya ketika pilihanraya yang bakal tiba nanti mereka tertewas, peluang untuk itu langsung tidak akan diperolehi lagi.

Bagaimana hendak mentarbiyah orang muda dan mengajak menukar pegangan jika mereka sendiri bercakaran berebut jawatan hanya kerana wang?

Barang Makan Pun Nak Curi, Siapa Yang Harus Dipersalahkan?

Gambar Sekadar Hiasan

Pelik-pelik perangai manusia hari ini. Tidak mengandung pun, dia menyamar mengandung. Kita punyalah kasihan tengok dia penat bawa perut, rupa-rupanya bukan ada bayi di dalam, sebaliknya ada susu tin sahaja di dalam baju.

Rasanya dalam tempoh sebulan dua ni, ada beberapa kes mencuri barang makanan khasnya susu tepung untuk bayi di mana modus operandinya dengan memasukkan barang curian ke dalam baju. Apalah punya manusia. Makanan yang akan menjadi darah daging pun dari hasil mencuri.

Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Kalau tanya Pakatan Rakyat, depa memang akan kata itu salah kerajaan. Maklumlah, kerajaan tak pandai mengawal harga barang macam depa sampaikan rakyat terpaksa mencuri sebab tak mampu membeli. 

Depa tak akan salahkan pemborong yang menyorokkan barangan sehingga menyebabkan kekurangan barang keperluan di pasaran dan akhirnya pekedai menaikkan harga. Depa pun tak akan salahkan diri pencuri tu sendiri sebab malas bekerja, tak mampu mengawal nafsu untuk mencuri dan langsung tiada rasa malu kepada sesama manusia dan tuhan.

Makanan yang dimakan haruslah dari sumber yang halal, barulah kehidupan sentiasa sejahtera. Kalau ia datangnya dari sumber yang haram, alamatnya, haru birulah hidup. Dan bila hidup dah haru biru, mulalah berkira-kira nak haru birukan hidup orang lain pula.

Monday 12 March 2012

Apa Sahaja Yang Tidak Baik Berlaku, Mereka Kata Semuanya Salah Kerajaan!!



Dua tiga hari ini, di akhbar, blog dan ‘Facebook’ sibuk memperkatakan tentang kisah seorang ibu tua yang lumpuh yang ditinggalkan oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Kuala Lumpur. Pelbagai andaian dibuat terhadap tindakan anak ibu malang tersebut. Ada yang bereaksi positif, beranggapan mungkin si anak menghadapi sebarang masalah sehingga terpaksa meninggalkan ibunya buat sementara waktu di situ. Namun ada juga yang memberikan reaksi negatif, marah dengan tindakan tidak berperikemanusiaan anak tersebut.



Ibu malang tersebut telah diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan diletakkan sementara di Pusat Sehenti jabatan itu di Sungai Buloh sementara menanti proses mencari waris terdekat untuk tindakan susulan setelah kisahnya disiarkan di dalam akhbar dan berlegar di laman maya. Menurut pegawai Bahagian Warga Tua Dan Keluarga JKM, proses tersebut mengambil masa 30 hari sebelum ibu malang tersebut ditempatkan di pusat jagaan kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Di dalam masa yang sama, anak tunggal ibu malang tersebut berjaya dihubungi oleh Harian Metro.

Motif sebenarnya hanyalah ingin memberi keselesaan kepada ibunya tetapi tidak berkemampuan yang menyebabkan dia mengambil tindakan meninggalkan ibunya di hotel bajet tersebut. Penulis dapat merasakan niat baik anak tersebut namun kerana kurang berkemampuan, tindakan kurang bijak tersebut terpaksa diambil.

Apa yang ingin penulis kupas mengenai kisah ini di sini hanyalah pandangan sesetengah orang yang menyokong pembangkang yang hanya tahu menyalahkan kerajaan apabila berlakunya kejadian seperti ini. Kerajaan dikatakan korupsi, tidak mengambil peduli tentang kesusahan rakyat dan hanya membesarkan tembolok sendiri serta seharusnya digantikan dengan kerajaan baru.

Penulis sebenarnya pelik dengan pemikiran orang-orang yang menyokong pembangkang ini. Adakah kerajaan akan tahu sesiapa dalam kalangan rakyat yang menghadapi kesusahan jika mereka tidak pergi ke saluran yang betul yang telah disediakan oleh kerajaan? Sama juga seperti perut yang lapar. Jika kita hanya berdiam diri dan tidak mahu berusaha ke kedai makan ataupun memasak sendiri, adakah ada sesiapa yang tahu bahawa perut kita sedang lapar?

Rakyat beragama Islam yang susah tidak mendapat bantuan walaupun telah memohon kepada Pusat Zakat sedangkan kutipan zakat yang terkumpul banyak jumlahnya menyebabkan mereka bertindak mendapatkan bantuan daripada pihak gereja. Itu kata salah seorang penyokong pihak pembangkang kepada penulis.

Di manakah keyakinan terhadap Allah seorang Islam itu jika sanggup merendahkan martabat agama Islam yang suci dengan meminta-minta kepada golongan bukan Islam yang sememangnya menanti hendak menjatuhkan Islam dan menyebarluaskan agama mereka? Bukankah Allah telah memberikan anggota yang cukup, sihat dan tenaga untuk mereka berusaha mendapatkan rezeki yang halal serta memenuhi keperluan mereka? Berusahalah sehabis daya. Mengapa perlu meminta-minta? Bukankah telah dinyatakan, tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima?



Adakah kerajaan baru yang mereka inginkan itu boleh memberikan apa sahaja yang mereka minta? Adakah kerajaan baru itu akan lebih baik daripada kerajaan sedia ada? Sedangkan baru kerajaan negeri yang mereka pegang, sudah pelbagai masalah yang timbul, korupsi berleluasa, umat Islam teraniaya dan dinafikan hak, projek banyak diberikan kepada kroni, inikan pula jika mereka memegang tampuk pemerintahan utama. Penulis bimbang, ketika itu umat Islam langsung tiada hak, agama rasmi tidak lagi agama Islam, LGBT berleluasa, penjualan arak seperti menjual minuman ringan dan seks bebas dihalalkan.



Sebelum nasi menjadi bubur, biarlah kita mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan umat Islam mendapat hak yang sepatutnya. Jangan sudah terhantuk baru hendak tengadah. Ketika itu nanti, penyesalan sudah tidak berguna lagi.