Thursday 28 February 2013

Konvensyen Pakatan Gagal Dapat Sambutan, Bukti Penolakan Rakyat

Di saat ini, pimpinan pakatan pembangkang sedang ‘pecah kepala’ memikirkan pelbagai cara dan kaedah terbaik bagi memastikan rakyat dapat ditipu lagi dengan janji manis di dalam ‘manifesto bukan janji’ yang telah di bentangkan ketika konvensyen baru-baru ini. Ini kerana kegagalan mereka dalam memastikan rakyat terpedaya dengan tawaran ‘manifesto bukan janji’ itu bakal menyebabkan percubaan mereka merampas Putrajaya gagal di realisasikan.

Namun di masa yang sama, mereka masih merasa gentar apabila melihat kehadiran yang hadir ke konvensyen tersebut tidak seperti yang diharapkan. Ia secara jelas memberikan mesej bahawa perjuangan dan ideologi pakatan pembangkang belum diterima masyarakat secara keseluruhan.


Konvensyen yang diadakan di Shah Alam baru-baru ini, dikatakan hanya dihadiri sekitar 1000 – 1200 orang sahaja. Berbanding laporan yang dikeluarkan oleh portal rasmi DAP, The Rocket yang mengatakan ia di hadiri oleh hampir 3000 orang.

Dan sudah menjadi resam, buat portal dan media pembangkang untuk ‘bermain’ dengan angka kehadiran setiap kali program pembangkang diadakan, Ia bertujuan bagi menunjukkan kononnya setiap kali pembangkang mengadakan program ia mendapat sambutan yang hebat dari rakyat, walaupun pada hakikatnya ia adalah sebaliknya.

Lebih menarik perhatian, bila portal pembangkang Malaysiakini langsung tidak melaporkan jumlah kehadirin pada program tersebut dan hanya memfokuskan kepada ‘manifesto bukan janji’ pakatan pembangkang yang dilancarkan sejurus selepas konvensyen tersebut diadakan.

Sekiranya benar, pendekatan dan ideologi pakatan pembangkang mula mendapat tempat di hati sebilangan besar pengundi dan masyarakat di negara ini, masakan program yang begitu penting ini gagal menarik kehadiran puluhan ribu orang.


Berbalik kepada isu kehadiran, rationalnya sekiranya kita melihat dari gambar yang di ambil dari pemandangan atas ketika program yang diadakan itu berlangsung, jumlah kehadiran yang diadakan itu tidak seperti yang dilaporkan.

Mari kita perhatikan dengan lebih terpeinci lagi, dewan tempat berlangsungnya kovensyen tersebut hanya mempunyai keluasan 408 meter persegi dengan ukuran 24m x 17m. Dan secara dasarnya ia hanya mampu memuatkan kira-kira 730 buah kerusi sahaja.

Seterusnya melalui penelitian yang dibuat terhadap gambar tersebut, kerusi para tetamu telah dibahagikan kepada 5 bahagian. Di setiap bahagian pula mempunyai anggaran 20 baris yang mana setiap satu baris mempunyai sekitar 12 kerusi. Dengan pengiraan mudah 5 (bahagian) x 20 (baris) x 12 (unit kerusi setiap baris), maka kita akan mendapat anggaran jumlah tempat duduk yang disediakan hanyalah sekitar 1,200 orang sahaja.

Dan gambar keseluruhan program yang diterima pula, menunjukkan dewan tersebut gagal dipenuhi dengan kehadiran seperti yang dilaporkan. Namun sekiranya kita mempersoalkan jumlah yang dinyatakan ini, sudah pasti mereka akan menjawab sebilangan besar hadirin lagi berada di luar dewan.

Jawapan klise yang sering diterima dari pimpinan pembangkang bagi menyokong hujah seperti yang dilakukan ketika program kebangkitan rakyat, bersih dan sebagainya. Mungkin disebabkan atas dasar ini, penurunan indeks kebebasan media di negara ini sedikit menurun seperti yang dikeluarkan oleh Freedom House, ekoran dari penipuan laporan yang sering dikeluarkan oleh media pembangkang.

Dan yang paling menghairankan, di mana pakar matematik pakatan pembangkang, Prof Dr Shahrir Md Zain yang sebelum ini membuat pengiraan berhubung kehadiran semasa program himpunan yang lalu? Atau mungkin juga beliau tersilap letak ‘kalkulator’ (mesin kira-kira automatik) yang pernah digunakan sebelum ini.

Ia mungkin juga antara sebab mengapa pakatan pembangkang enggan mengumumkan calon perdana menteri sekiranya berjaya merampas kerajaan persekutuan kelak. Ia bagi mengelakkan kemarahan pengikut dan penyokong mereka khususnya dari Pas terus menolak Anwar sekaligus memberikan undi sabotaj kepada pakatan pembangkang.

SUMBER : Klik Sini

Gemparrr!!! Manifesto PR Mengkafirkan Orang Islam

BUKAN sedikit, tapi ramai yang terkejut dengan ketiadaan perkataan ‘hudud’, ‘negara Islam’, ‘hukum Islam’ dan seumpama dengannya di dalam Manifesto Rakyat yang dilancarkan Pakatan Rakyat kelmarin.

Bukan itu sahaja, isu royalti yang setengah mati diperjuangkan puak-puak ini di Kelantan, turut tidak mendapat tempat di dalam Manifesto tersebut. Takkan Rafizi tertinggal kot. Khabarnya dia tidur dalam pejabat demi nak menyiapkan manifesto ni, itupun boleh tertinggal juga?

Macam tak logik.

Bagaimanapun, isu itu (royalti tertinggal) adalah perkara lain yang akan dibincangkan di masa yang lain juga. Hari ini, Beruang lebih nak menumpukan kepada perkataan-perkataan Islamik seperti disebutkan di atas yang tercicir (atau sengaja dicicirkan) dari Manifesto ini.

Suka atau tidak, kebelakangan ini, semua perlu menerima hakikat bahawa PAS sudah kembali kepada perjuangan asalnya, iaitu menegakkan Negara Islam dan melaksanakan hudud. Walaupun Muktamar 2011 sudah membuat ketetapan untuk menerima Negara Berkebajikan sebagai asas perjuangan yang baru, tapi sama ada kita semua sedar atau tidak, PAS tidak pernah mengatakan perjuangan negara Islam dan hudud ini digugurkan.

Ada? Confirm tidak ada. 

Suka juga nak disebutkan, negara Islam dan hudud ini juga adalah 2 jenama politik PAS yang berkait rapat dengan Amanat Haji Hadi tahun 1981. Dalam amanat tersebut, UMNO dituduh kafir kerana menolak perundangan Islam (hudud) dan mengamalkan politik suku, agama suku. Ini boleh baca sendirilah dalam internet, tak perlu nak cerita panjang lebar.

Jadi, apa natijahnya bila sekarang PAS sendiri menerima manifesto yang di dalamnya tidak langsung menyebut tentang hudud dan Negara Islam? Yang kering air liur menuduh UMNO kafir kerana kononnya menolak Islam dulu, dah kemana hilang, bila perlembagaan ‘Lord Reid’ ini juga yang dipertahankan Pakatan Rakyat dalam manifestonya?

Ingat, Amanat Hadi memang dilancarkan tahun 1981, tapi falsafah itu dipegang hingga kini – 32 tahun selepas ianya mula disebut. Buktinya, kalau sesiapa tanya Nik Aziz sekarang, kenapa tolak UMNO, jawapannya ialah UMNO tolak Islam. Sudah tentu ‘Islam’ yang dimaksudkan Nik Aziz ialah perundangan Islam (hudud).

Kalau Beruang katakan penerimaan PAS terhadap Manifesto Rakyat yang mempertahankan perlembagaan sedia ada ini sebagai mengkafirkan orang Islam, agak-agak PAS setuju tak? Kalau tak setuju, kenapa? Bukankah ia tak selari dengan tafsiran PAS mengenai perlembagaan ini dulu?

Kononnya, perlembagaan Negara sedia ada ni kan perlembagaan kafir, penjajah, Lord Reid yang buat kata PAS. Tapi siapa sangka ya, kemudiannya dia juga bersama-sama dengan DAP dan PKR pertahankan (secara bertulis lagi) perlembagaan sedia ada!!

Inilah padahnya kalau mempolitikkan agama. Sampai satu masa Tuhan nak tunjuk, habis bercanggah dengan apa yang dia juga cakap dan buat dulu.

Kesimpulannya, dengan perkembangan sekarang, semua ahli PAS perlu bertaubat dan mengucap 2 kalimah syahadah semula. Mana yang dah meninggal dunia kerana percayakan perlembagaan Negara kafir seperti yang didakwa Hadi dan PAS, dosanya akan ditanggung oleh sesiapa yang terlibat.

Ini sesuai dengan sabda Nabi Muhammad saw “..sesiapa yang membuat (mengajarkan) perkara baik, baginya ganjaran dan ganjaran orang yang mengikutnya sedangkan tidak dikurangkan sedikitpun ganjaran orang yang mengikutnya. Dan barang siapa yang membuat (mengajarkan) perkara keburukan, baginya dosa dan dosa orang yang mengikutnya sedangkan tidak dikurangkan sedikitpun dosa orang yang mengikutnya.." [Riwayat Muslim dalam kitabnya, Sahih muslim] - BeruangBiru


Konspirasi Jenayah Terancang Antara PI Bala Dan Deepak

Setelah hampir lima tahun menyepi kerana melarikan diri ke Chennai India, bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam atau lebih dikenali dengan panggilan PI Bala, tampil buat julung kalinya di sebuah program ceramah pakatan pembangkang anjuran Chegu Bard. Dia sebelum ini telah menarik perhatian masyarakat di negara ini dengan kenyataan bersumpahnya (SD1) pada 1 July 2008.

SD1 antara lainnya cuba untuk mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes pembunuhan bekas model Monggolia Altantuyya. Namun 3 hari selepas itu, Bala sekali lagi menarik perhatian umum, apabila tampil membuat kenyataan bersumpah (SD2) bagi menafikan tuduhan yang dilakukan sebelum ini di dalam SD1 pada 4 Julai 2008.

Sejurus selepas kenyataan tersebut, dia akhirnya ‘hilang’ dari pengetahuan umum serta gagal untuk di kesan, dipercayai telah melarikan diri ke luar negara. Seperti yang telah diduga ketika negara sedang berada di ambang pilihanraya umum, Bala akhirnya muncul semula bersama pimpinan pakatan pembangkang. 

Kehadirannya bukan sahaja untuk mengatakan kononnya SD1 adalah benar namun turut mengatakan objektif utamanya adalah untuk memastikan kerajaan BN/Umno tumbang sekaligus meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Ekoran dari itu, maka satu program ceramah telah diadakan oleh Chegu Bard dan konco-konconya di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor semalam. Namun apa yang peliknya program tersebut hanya mampu mengumpul sekitar 800 – 1000 orang sahaja, walaupun pihak penganjur berhempas pulas mempromosikan program tersebut dan mengangarkan kehadiran sekitar 5 – 10 ribu.

Ia secara tidak langsung membuktikan rakyat secara keseluruhan tidak merasakan pertuduhan Bala mempunyai hujah yang kuat dan boleh dijadikan sebagai sandaran. Maka walaupun pihak penganjur cuba mengumpan masyarakat untuk hadir dengan mengatakan Bala akan membuat pendedahan terbaru, ia tetap gagal menarik perhatian masyarakat. 

Tambahan pula tindakannya yang ‘flip flop’ sebelum ini, membuatkan rakyat kembali berfikir dan menilai semula kredibiliti Bala yang jelas meragukan dan mempunyai agenda tersembunyi. 

Bala juga ketika ditanya mengenai pendirian beliau mengenai kerajaan, mengatakan sejak dari kecil lagi telah wujud perasaan benci terhadap kerajaan BN/Umno. Dan tanpa berselindung mengatakan dia adalah merupakan antara tenaga pengerak kepada gerakan Hindraf suatu ketika dahulu.

Maka atas sebab itu, Chegu Bard berusaha untuk menyucikan kembali imej Bala dengan mengatakan wujud ancaman sehingga membahayakan nyawa beliau yang telah menyebabkan Bala bertindak mengeluarkan SD2 dan melarikan diri ke luar negara. 

Dan ketika seisi pendedahan yang diadakan itu, acapkali juga Chegu Bard terpaksa memainkan peranan dalam menentukan hala tuju percakapan Bala agar dapat dikaitkan dengan pimpinan negara. Dan lebih menghairankan percakapan beliau juga tersekat-sekat dan sering terlupa dengan fakta yang terkandung di dalam SD1. Percakapan Bala pada malam semalam seolah-olah bercakap dengan mengunakan skrip pihak tertentu dan bukannya berdasarkan pengalaman sendiri seperti yang di dakwa.

Sedangkan Bala sebelum ini mendakwa SD1 satu adalah merupakan kenyataan beliau sendiri berdasarkan fakta sebenar sepanjang berkhidmat dengan Razak Baginda. Sekiranya pertuduhan tersebut mempunyai asas dan kebenaran, masakan Bala boleh terlupa ‘poin-point’ penting pertuduhan? Melainkan SD1 adalah merupakan hasil ciptaan dan rekaan semata-mata yang direka khusus untuk merosakkan imej Datuk Seri Najib dan isteri beliau.

Bagi menyelamatkan keadaan, Chegu Bard terpaksa mengunakan alasan, ekoran telah berada dalam tempoh yang lama di luar negara, maka Bala sudah tidak lagi fasih untuk bertutur dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Sedangkan isu terlupa fakta dengan tidak fasih bercakap adalah dua fakta yang jauh berbeza.

Dan yang paling mengejutkan, Bala juga secara tidak sengaja mendedahkan bahawa dia telah dibayar oleh Deepak sebanyak RM100 ribu tunai dan diberi sebuah kondomiun di Berjaya Times Square. Wang tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun bini Bala beserta dokumen perjanjian hakmilik kondominium tersebut.

Ia secara tidak langsung membuktikan wujud konspirasi dan jenayah terancang diantara Bala dan Deepak. Dan yang paling penting ialah, Bala gagal megemukan sebarang bukti yang kukuh dalam pertuduhan beliau.

Kesimpulannya isu yang cuba dibawa ini adalah merupakan sandiwara terbaru pakatan pembangkang dalam mempegaruhi rakyat sebagai satu strategi untuk merampas kerajaan. Jenayah terancang ini juga jelas membuktikan terdapatnya dalang sebenar di sebalik sandiwara yang sengaja diada-adakan ini. - BeruangBiru


Isu Kalimah Allah: Anwar Dakwa Hadi Menipu

Tika ini ramai ahli dan penyokong PAS yang belum kebas dari demam terkejut dan masih lagi dalam kebingungan gara-gara pendirian rasmi PR yang telah muktamad menggugurkan agenda perlaksanaan hukum hudud dari Manifesto PR.

Tambah mengeruhkan keadaan bila mana Manifesto PR tanpa agenda hudud itu turut disepakati dan diperakui oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. 

Lebih parah lagi, tiga hari selepas Manifesto PR bertemakan "Pakatan Harapan Rakyat" dilancarkan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-4 di SACC Shah Alam, Selangor pada 25 Februari 2013 lepas, tak semena-mena Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tampil menyalahkan Hadi Awang berhubung kontroversi isu kalimah Allah.

Ketua Umum PKR itu mendakwa ketetapan bersama PR pada 8 Januari 2013 lalu untuk membenarkan kalimah Allah s.w.t diguna pakai oleh orang bukan Islam termasuklah untuk kegunaan kitab Bible versi Bahasa Melayu hanya dimuktamadkan selepas mendapat penerangan dan persetujuan Presiden PAS.

Maksudnya, PR tidak akan mengambil ketetapan sedemikian jika Hadi menerangkan perkara benar. Tapi disebabkan Hadi telah menyembunyikan kebenaran, akhirnya PR terjerumus ke kancah kontroversi. Ini dakwaan serius, ia seperti menuduh Hadi telah menipu Anwar dan PR.

Anwar juga menegaskan kenyataan rasmi yang diiktiraf sebagai dasar PR yang disepakati bersama berhubung isu itu juga dibaca dan ditandatangani sendiri oleh Hadi Awang sebagai mewakili PAS. Gayanya seperti Anwar mahu memberitahu khalayak yang kesilapan yang dilakukan oleh PR disebabkan Hadi.

PAS patut tampil ke depan mempertahankan maruah Presidennya, itu pun kalau terasa masih ada sekelumit keberanian untuk berdepan dengan Anwar. Tapi jika berdiam diri atau sekadar sepintas lalu sahaja menjawab dakwaan Anwar, bermakna betullah dakwaan itu.

Anwar memang akan sedaya upaya melepaskan dirinya dari dikaitkan dengan kesilapan pendirian PR dalam isu kesucian kalimah Allah s.w.t, dengan cara mengalihkan beban ke bahu Hadi. Itu kehebatan Anwar dalam bab spin sana sini. Hadi dan pemimpin PAS sahaja yang masih belum sedar.

Pun begitu, sama ada Anwar, Hadi mahupun PR dan PAS, kesemua mereka telah melakukan telah memilih pendirian dalam isu sensitif ini. Suka atau tidak, kenalah terima hakikat selagi PR kekal dengan pendirian 8 Januari 2013, selagi itulah amarah umat Islam akan terus menghantui PAS dan PR. - BeruangBiru


Masa Dah Tiba Untuk Orang Cina Beralih Kepada BN

Tsunami politik yang melanda negara semasa PRU 12 2008 memang diakui besar impaknya sehingga mengakibatkan Barisan Nasional (BN) buat pertama kalinya hilang serentak penguasaan di lima buah negeri - Perak, Selangor, Kelantan, Kedah dan Selangor.

Serentak dengan itu juga BN kehilangan majoriti dua pertiga manakala undi popular yang menyebelahi BN hanya kira-kira 51% sahaja dari keseluruhan jumlah pengundi yang keluar mengundi.

Disingkap kembali keadaan serba mengejutkan tika itu memang menyebabkan ramai pemimpin BN terbeliak biji mata sukar mempercayainya. Kiranya SPR selaku pengendali pilihanraya benar-benar bias menyebelahi BN sebagaimana tohmahan oleh pemimpin PR, tentunya keadaan sedemikian tidak berlaku.

Mujurlah di sebalik kejutan tsunami itu tidak menyebabkan pemimpin BN patah semangat, masing-masing cuba berlapang dada bermuhasabah diri dan ternyata langkah itu tepat dalam membantu BN membuat anjakan paradigma.

Kini senario telah banyak berubah terutama sekali semenjak peralihan kepimpinan negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Dato' Seri Najib Tun Razak. Satu demi satu transformasi dilakukan manakala segala kelemahan lalu diperbaiki dan diperbetulkan.

Lantaran itu, tidak menghairankan apabila ramai penganalisis politik serta ekonomi dalam dan luar negara menjangkakan PRU 13 kelak sudah pasti menjadi milik BN termasuklah mempunyai peluang cerah untuk BN menguasai kembali negeri-negeri yang kini dijajah oleh PR.

Biduk sudah berlalu, kiambang bertaut semula apabila trend mutakhir ini jelas menunjukkan majoriti pengundi orang Melayu Islam dan India sudah kembali mendukung perjuangan BN. Demikian halnya dengan kaum Bumiputera Bukan Melayu sama ada di Semenanjung, Sabah mahupun Sarawak juga semakin solid bersama BN.

Mereka sedar, undi protes yang dilakukan semasa PRU 12 dulu yang membolehkan PR memerintah di beberapa negeri jelas sekali tidak layak dijadikan contoh ikutan. Lebih banyak mudarat berbanding manfaat.

PAS yang menjadi harapan PR untuk meraih sebanyak mungkin undi Melayu Islam kini semakin kehilangan sokongan. PKR pula hanya didukung segelitir sahaja pengundi Melayu Islam manakala masyarakat India juga semakin menjauhkan diri dari parti kroni anak beranak itu.

Angan-angan PR untuk memegang tampuk pemerintahan negara dan menambah koleksi pemerintahan di negeri lain semakin kelam. Semakin jauh panggang dari api.

Persoalan sekarang ke arah mana haluan pengundi Cina menjelang PRU 13 nanti? Adakah mereka akan beralih semula kepada BN seperti mana rakan-rakan lain dari kalangan masyarakat Melayu dan India yang majoritinya sudah nekad mengundi BN?

Dilihat dari perkembangan terkini memang sudah wujud sedikit sebanyak peralihan sokongan pengundi Cina dari PR kepada BN, namun masih dilihat belum cukup besar. Barangkali sebahagian besar yang lain masih teruja dengan janji manis PR, ada kemungkinan.

Atau mungkinkah para pengundi keturunan Cina sudah nekad untuk mengiakan segala propaganda PR bahawa masyarakat Cina akan terus utuh dengan pendirian untuk cuba merealisasikan hasrat PR menjajah Putrajaya? Malang sekali jika benar demikian.

Menurut kajian badan pemikir Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI), jika pengundi Cina solid menyokong PR maka senario selepas PRU 13 ialah Kerajaan Pusat dikuasai sepenuhnya orang Melayu, India & Bumiputera lain, manakala DAP yang disokong pengundi Cina kekal sebagai pembangkang.

Jika senario itu menjadi realiti, masyarakat Cina diambang kerugian kerana wakilnya dalam Kerajaan Pusat pimpinan BN kelak semakin mengecil. Bila itu berlaku, siapa yang mahu dipersalahkan?

Justeru itu, para pengundi dari kalangan masyarakat Cina perlu berfikir sedalam-dalamnya kerana waktu sudah semakin suntuk. Kini masanya untuk mereka beramai-ramai beralih arah dengan kembali menyokong BN yang tentunya memberi manfaat untuk kebaikan bersama. - BeruangBiru


Kurang Ajar!! Bala Balik Malaysia Untuk Tipu Rakyat

Bekas penyiasat persendirian P. Balasubramaniam (PI Bala) mungkin merasa sedikit hampa apabila sambutan kepulangannya di KLIA tempohari hanya menarik perhatian kira-kira 50 orang pemimpin dan penyokong PKR sahaja, berkali ganda kurang dari jangkaan awalnya.

Ia satu permulaan yang kurang baik sementelah lagi di saat PKR begitu terdesak memerlukan penampilan PI Bala untuk digandingkan dengan penjual karpet, Deepak Jaikishan bagi menjayakan kesinambungan ceritera fiksyen mengenai kematian model Mongolia, Altantuya Shariibuu.

Walaupun begitu, PI Bala masih boleh berbangga kerana kepulangannya tetap juga diberi sambutan ala-ala pemimpin parti, jauh lebih baik berbanding Helmi Malik yang terpaksa menanggung malu sendirian selepas kantoi menggunakan kad pengenalan palsu di Indonesia.

Bagi pembaca yang tidak mengenali siapa Helmi Malik, bolehlah membuat carian di Google mengenai berita dan gambar Exco Kerajaan PKR Selangor, Elizabeth Wong yang terkangkang bersama hutan belukarnya.

Paling penting sekembalinya PI Bala ke tanahair sudah ada kerjaya yang menanti, walaupun bukan lagi sebagai penyiasat persendirian, tapi setidak-tidaknya dengan menjadi penceramah untuk kempen politik PKR tentunya banyak habuan menanti setiap kali selesai berceramah.

Lagi pun inilah masanya untuk PI Bala membalas jasa PKR yang sejak lebih kurang 5 tahun lalu telah menanggung segala kos sara hidupnya di India. Tambahan pula bukan payah mana sangat pun untuk berceramah di depan khalayak, yang penting bijak memutar belit fakta yang diadun dengan temberang nescaya mendapat tepukan gemuruh dari penyokong pembangkang.

Ramai pemimpin PKR tahu gandingan PI Bala dengan Deepak kelak tidak mampu membawa pertambahan sokongan kepada parti itu memandangkan terlampau banyak keraguan umum terhadap kredibiliti kedua-duanya berikutan banyak versi cerita yang bertukar ganti fakta dan fiksyennya.

Ditambah pula dengan kes songlap RM50,000 wang milik Razak baginda yang sepatutnya diserahkan oleh PI Bala kepada Altantuya Shariibuu, lagilah membukit keraguan ramai terhadap apa sahaja kata-kata yang bakal diucapkan oleh PI bala semasa di pentas ceramah atau ketika temu bual dengan media.

Jika PI Bala tidak menggelapkan wang tersebut yang diterimanya di Hotel Malaya, tentunya Altantuya tidak perlu susah-susah datang ke Malaysia untuk menuntut wang dengan Razak Baginda malah tak mustahil kes kematiannya juga tidak berlaku.

Kasihan Altantuya dek kerana wang yang dituntut gagal diperolehnya manakala disebabkan kesilapan Azilah dan Sirul salah faham dengan arahan Razak Baginda, akhirnya nyawa wanita malang itu berakhir dan mayatnya berkecai diletupkan dengan C4. 

PI Bala pula berseronok dengan wang yang disonglap dan tergamak mereka-reka cerita mengikut skrip garapan Anwar Ibrahim dan pemimpin PKR lain melalui Akuan Bersumpah Pertama (SD1) demi habuan tambahan semata-mata untuk mengaitkan kejadian pembunuhan Altantuya dengan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak.

Apa pun, PI Bala sudah membuktikan dirinya memang kebal dari perasaan malu atau bersalah, selepas SD2 yang menceritakan kebenaran sekaligus membatalkan SD1 yang penuh penipuan, kini PI Bala tiba-tiba kembali semula demi untuk menyambung penipuan SD1 selepas dijanjikan imbuhan baru.

Bimbang didesak kenapa tidak melakukan SD3 atau seterusnya bagi membatalkan SD1, maka kitab Hindu Bhagavad Gita dijadikan sandaran. 

PI Bala mungkin bangga kehebatan dalam memutar belit cerita dan mampu pula merekayasa pelbagai versi berbeza, namun berapa ramai yang sanggup terus ditipu olehnya? Ada memang ada, tapi tiba masanya kelak kebenaran hakiki akan menimbus kebatilan. Itu semestinya. - BeruangBiru


Meh Nak Habaq!!! ASLI Pun Ramal BN Terus Berkuasa Weh!

Pilihan Raya Ke-13 (PRU 13) yang akan berlangsung bila-bila masa dari sekarang adalah yang paling sengit dalam sejarah dengan kebanyakan kawasan DUN dan Parlimen yang dipertandingkan akan menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Rakyat (PR). 

Namun demikian, rata-rata kajian dan analisis oleh pelbagai pihak yang disokong oleh senario semasa jelas menunjukkan BN akan kekal berkuasa di samping menawan semula beberapa negeri yang sebelumnya jatuh ke tangan PR. 

Terbaru, badan pemikir bukan kerajaan, Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI) turut meramalkan PRU 13 akan menyaksikan BN kembali menerajui Kerajaan Pusat berikutan kembalinya sokongan kuat majoriti pengundi Melayu Islam ke pangkuan BN. 

Hasil kedapatan dari kajian ASLI itu hampir sama dengan laporan kajian oleh Economist Intelligence Unit (EIU), badan pemikir terkenal di London yang baru-baru ini turut meramalkan BN akan muncul sebagai juara dalam PRU 13. 

Dalam pada itu, ASLI melalui laporan analisisnya menjangkakan sekurang-kurangnya 123 hingga 135 kerusi Parlimen sudah pasti menjadi milik BN, manakala Kedah dan Selangor juga akan turut dikuasai BN. 

Jika kena gaya percaturannya, angka tersebut akan melonjak mencecah 150 kerusi Parlimen bergantung pada keupayaan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak memikat lebih ramai pengundi India di samping mengembalikan kepercayaan sebahagian besar pengundi Cina yang berada atas pagar untuk mengundi BN. 

Di Sarawak juga ASLI menjangkakan parti komponen utama BN Negeri iaitu PBB yang menjadi tonggak Kerajaan Negeri akan meneruskan tradisi menang di semua kerusi yang dipertandingkan, sementara di Sabah pula BN akan terus menjadi Kerajaan Negeri. 

Menurut badan pemikir itu lagi senario di Kelantan dan Pulau Pinang masih memihak kepada PR, bagaimana pun Pulau Pinang berkemungkinan masih berpeluang dikuasai BN seandainya UMNO berupaya meraih sokongan mantap dari pengundi Melayu Islam. 

Kecuali Kelantan, hampir semua yang dijangkakan oleh ASLI ada banyak persamaan dengan kajian intensif terkini yang dilakukan oleh BN di semua peringkat cuma sedikit sebanyak ada perbezaan dari segi jumlah kerusi yang bakal dimenangi BN di peringkat Parlimen. 

Berdasarkan kajian intensif BN itu, pada PRU 13 nanti BN dijangkakan menang di 160 kerusi Parlimen manakala di Kelantan akan menyaksikan peralihan Kerajaan Negeri dengan jangkaan minima 25 kerusi DUN pasti milik UMNO, manakala PAS pula hanya selesa di 17 kerusi yang lain. Baki 3 kerusi DUN lagi bergantung pada strategi saat akhir kedua-dua pihak. 

Pastinya semua kenyataan ini agak pahit untuk diterima PR, namun tidaklah sepahit mana jika mereka menyedari kejayaan PR dalam PRU 12 2008 dulu hakikatnya adalah hasil sumbangan undi protes oleh sejumlah besar pengundi-pengundi BN. 

Walau apa pun, para pemimpin BN dan jenteranya tetap tidak boleh mengambil mudah dengan trend semasa yang semakin memihak kepada BN sekarang. Senario boleh berubah sekiranya sesaat sahaja BN terleka, justeru itu terus gandakan usaha supaya matlamat kemenangan dua pertiga dapat direalisasikan. - BeruangBiru

Cekik Dan Ugut Bunuh – Politik Ekstrim PAS Tidak Harus Dipandang Ringan


Mulanya penulis agak tertanya-tanya, melibatkan parti mana dengan parti mana dan mangsa dari parti mana pula.

Menurut laporan Bernama, 4 lelaki ditahan kerana bertindak ‘mencekik leher’ dan ‘mengugut bunuh’ seorang penyokong sebuah parti politik yang keluar parti itu untuk menyertai parti lain di Kampung Jerung Seberang, Wakaf Tapai di sini Isnin.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7 petang, mangsa yang berusia 53 tahun bersama isteri 50-an dan anak berada di rumah sebelum didatangi empat suspek yang tinggal di kampung sama lantas mengugut untuk membunuh dan membakar rumahnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan berkata kejadian berpunca apabila suspek dikatakan tidak berpuas hati dengan mangsa yang mewakili 81 lagi penduduk menaikkan kain rentang berbunyi “Kami Penduduk Kampung Bukit Cempedak Sokong Parti sambung bacaan di klik sini


Pas Gagal Pertahan Dan Daulatkan Islam dalam Manifesto Pembangkang


Penulis tidak berhasrat untuk mengulas lanjut mengenai manifesto pakatan pembangkang yang di lancarkan semalam, kerana telah mendapat ulasan, padangan yang meluas. Ada yang bersetuju dan tidak kurang juga yang hanya memandang sinis akan perkara-perkara yang digariskan di dalam manifesto terbabit. Namun secara keseluruhan ia hanyalah merupakan ‘gula-gula politik’ atau janji manis yang cuba diberikan sebagai satu usaha untuk mempengaruhi rakyat agar memilih pakatan dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Dan tidak lupa juga kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 28 Ogos yang lalu yang mengatakan ‘manifesto (pakatan 2008) bukanlah satu janji yang perlu ditunaikan. Begitulah mudahnya alasan yang diberikan oleh mereka bagi mengelakkan dari terus dipertanggungjawab terhadap pembohongan yang pernah diberikan kepada rakyat.

Sedangkan menurut kamus Oxford, manifesto ditakrifkan sebagai satu pernyataan, janji atau deklarasi secara bertulis yang digunakan seseorang atau sebuah parti politik semasa kempen pilihan raya bagi mendapat perhatian, simpati dan sokongan pengundi. Oleh yang demikian sekiranya ia bukanlah sebuah janji, maka rakyat seharusnya tidak lagi tertipu dengan permainan politik pembangkang demi mengejar kuasa.

Yang lebih mengelikan hati, ialah bila mana pakatan pembangkang mengedarkan ribuan poster mengenai manifesto tersebut yang secara jelas cuba mengangkat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz sebagai pemimpin utama. Sedangkan sebelum ini, mereka begitu ghairah untuk hanya mempromosikan Anwar sebagai calon pemimpin yang akan diangkatkan sebagai perdana menteri sekiranya diberikan tampuk kuasa di Putrajaya.

Atau ini sebagai petanda, Anwar telah mula sedar pelbagai isu yang melanda beliau selama ini telah membuatkan rakyat khususnya masyarakat Islam dan Melayu dan menolak dirinya sebagai pemimpin utama di dalam pakatan pembangkang. Mungkin atas sebab itu jugalah mereka enggan mengumumkan calon perdana menteri yang bakal dilantik sekiranya pembangkang diberikan mandat oleh rakyat kelak.

Isu pluralisme atau kesamarataan dalam agama sahaja, sudah cukup membuatkan rakyat khususnya masyarakat Islam untuk menolak Anwar. Di tambah pula dengan kebenaran yang diberikannya berhubung pengunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Kristian akhirnya membuatkan rakyat mula sedar akan perangai Anwar yang sebenarnya.

Walaupun isu urutan gambar di dalam poster tersebut adalah merupakan isu kecil, namun pada pendapat penulis ia membawa signifikasi yang lebih besar. Ini kerana dari segi protokol ia mengambarkan kepada hireaki seseorang itu di dalam parti atau sesebuah organisasi.

Walaupun ia sesuatu yang pelik, namun mengenali Anwar ia bukanlah satu yang mustahil. Mungkin juga benar, Anwar tidak pernah mengharapkan agar dirinya ditabal sebagai perdana menteri dan ia hanyalah khabar angin yang sengaja disebarkan oleh pihak-pihak tertentu.

Mungkin juga, apa yang diharapkan oleh Anwar adalah lebih jauh daripada itu. Jangan terkejut sekiranya sejurus sahaja pakatan berjaya menguasai kerajaan persekutuan, satu perlembagaan baru dibentuk untuk melantik Anwar sebagai Presiden di sebuah negara republik Malaysia.

Berbalik kepada isu manifesto yang dibentangkan itu, menurut sumber terdapat rungutan dari sebilangan besar penyokong dan pengikut Pas di akar umbi. Ini kerana secara keseluruhan ia langsung tidak menyentuh mengenai pembangunan atau perancangan untuk memartabatkan Islam.

Sedangkan di dalam beberapa siri pilihanraya umum yang diadakan sebelum ini, Pas ketika membentangkan manifesto mereka pasti akan meletakkan kedaulatan Islam sebagai objektif utama. Benarlah seperti yang didakwa sejurus selepas mengambil keputusan untuk bersama DAP dan PKR, Pas akhirnya terpaksa akur dan tunduk dengan gesaan agar tidak lagi meletakkan Islam sebagai perjuangan utama.

Ini kerana, apa yang penting pada ketika ini adalah memastikan pakatan pembangkang berjaya untuk merampas kuasa untuk melangkah ke Putrajaya. Walaupun ia secara tidak langsung mengkhianati perjuangan Islam yang selama ini dipertahankan.

Wednesday 27 February 2013

Pakatan Bengong!! Rakyat Memang Sudah Dapat Rawatan Kesihatan Percuma Pun!!


KUALA LUMPUR 27 FEB: Memberi kemudahan rawatan kesihatan percuma kepada rakyat antara tawaran baru Pakatan Rakyat yang tidak mampu dilaksana Umno BN.
menifesto pakatan rakyat 2013
Dalam manifestonya, Pakatan menjamin kemudahan kesihatan percuma kepada semua rakyat melalui hospital kerajaan, dan memberi galakan sepenuhnya kepada sektor swasta menawarkan khidmat kesihatan pada kadar berpatutan.
Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Dr Idris Ahmad berkata, dengan tawaran itu, rakyat bakal menerima kemudahan kesihatan asas percuma dan tidak lagi terbeban dengan bayaran mahal seperti sekarang.
“Sepatutnya memang begitu, saya bersetuju jika beri rawatan percuma kepada rakyat, kerana pesakit yang pergi klinik atau hospital kerajaan bukan orang kaya.
“Perlu diingatkan juga bukan semua rakyat kakitangan awam. Menyalur bantuan kesihatan secara percuma kepada rakyat perkara yang baik dan dinanti-nanti rakyat,” katanya ketika dihubungi.
Pada muka 28 manifesto itu, Pakatan juga komited untuk menghapuskan monopoli pembekalan ubat, pembinaan hospital dan kelengkapan hospital oleh beberapa syarikat yang berkait rapat dengan elit kekuasaan yang mengaut keuntungan melampau.
Turut ditawar, perkhidmatan wad percuma akan dilaksana semua hospital kerajaan dengan menghapuskan bayaran wad kelas 2 dan 3.
“Kemudahan kesihatan percuma adalah hak asasi manusia yang perlu disalurkan kepada rakyat. Biasanya kelas wad 2 dan 3 akan dikenakan bayaran sekiranya mereka bukan kakitangan awam.
“Kalau ke hospital atau klinik kerajaan, tiada ubat yang bagus diberikan. Semuanya ubat asas sahaja. Doktor akan menyarankan pesakit beli di farmasi,” kata pakar sakit puan itu.
Dalam manifesto itu, Pakatan mahu memenuhi sasaran seorang doktor bagi setiap 550 rakyat dalam tempoh penggal pertama pentadbiran, berbanding nisbah sekarang, seorang doktor bagi setiap 800 rakyat.
“Dalam akta perubatan, setiap klinik sama ada swasta atau kerajaan mesti ada seorang doktor, tidak boleh hanya ada pembantu doktor atau jururawat sahaja, apa yang berlaku sekarang sudah melanggar akta tersebut.
“Ini semua hanya untuk kaburi rakyat supaya mereka tertarik. Masih banyak kemudahan tidak disediakan di hospital atau klinik kerajaan. Sebagai contoh, kalau di luar negara, perkhidmatan ultrasound disediakan, tapi negara kita langsung tiada,” kata Idris merujuk kekurangan Klinik 1Malaysia.
Katanya, klinik tersebut hanya untuk mengaburi mata rakyat, bukan tanda prihatin kerajaan. - KeadilanDaily
Ulasan WK

Sudah namapun klinik, baik kerajaan mahupun swasta sememangnya tidak berapa lengkap peralatannya. Justeru, disebabkan kekurangan itulah, maka setiap kes yang tidak boleh dirawat di klinik, akan disarankan untuk ke hospital bagi mendapat rawatan selanjutnya.


Tang mana yang nak diberi percuma lagi agaknya? Selama ini pun di hospital-hospital kerajaan sudah memberikan rawatan percuma kepada pesakit. Cuma perlu bayar RM1 semasa mendaftar sahaja, selebihnya tidak perlu lagi mengeluarkan wang poket.

Oh, nak mansuhkan bayaran wad kelas 2 dan 3 rupanya. Bayaran wad kelas 2 dan 3 sebelum ni pun tidaklah mahal mana. Orang kata, masih lagi mampu dibayar oleh pesakit. 

Pulak tu, 'check in' la dulu, tak perlu sediakan GL dan sebagainya macam hospital swasta selalu praktikkan. Nanti masa nak keluar, baru bayar. Maksudnya, dah sihat baru bayar. Kalau swasta, mati kejung la kat situ, takde duit, tak mahunya depa beri rawatan.

Rasanya nanti, kalaulah jadi dimansuhkan bayaran wad kelas 2 dan 3 tu, dibimbangi pesakit yang mampu duduk di wad kelas 1 pun akan minta dimasukkan ke wad 2. Dan ketika itu timbullah pula masalah, kekurangan katil dan pesakit yang benar-benar tak mampu terpaksalah menunggu. 






Betulkah BTN asuh siswa jadi anti-pembangkang?

Pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata beliau berpengalaman hadir ke satu kursus Biro Tata Negara (BTN) cuba menurutnya cuba menerapkan elemen kepartian dan menyemai rasa perkauman ke dalam pemikiran mahasiswa.

“Saya dahulu dihantar ke Biro Tata Negara (BTN) kerana saya pemegang biasiswa. Dia punya isi kandungan sangat-sangat partisan.

“Jadi kalau betul hendak cakap non-partisan, kena berlaku adil,” katanya sewaktu bercakap pada wacana ‘Kuasa Politik Mahasiswa’ di Shah Alam petang tadi.

Beliau membangkitkan perkara itu ketika mengulas pandangan seorang lagi ahli panel, Tun Faisal Ismail Aziz berhubung Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Exco Pemuda Umno itu sebelum itu menyatakan bahawa AUKU berperanan untuk memastikan pelajar mengambil sikap tidak memihak kepada parti politik dalam politik kampus.

Nik Nazmi seterusnya berkata, dakwaan bahawa BTN berperanan menjelaskan dasar kerajaan juga tidak benar kerana kursus berkenaan menurutnya cuba mengasuh mahasiswa untuk bersikap anti-pembangkang.

“BTN ada berbeza dengan institut kerajaan lain seperti Institut Tadbir Negara (INTAN) yang mengadakan latihan tentang pentadbiran atau pun menerangkan dasar-dasar umum kerajaan.

“BTN menghantar mesej parti, ada elemen-elemen kaum dan sebagainya.

“Ia menyebabkan saya tidak bersetuju (kerana) ia juga menyerang pemimpin-pemimpin pembangkang,” katanya.

Biar siswa pilih

Beliau turut meningkah pandangan Tun Faisal tentang peranan AUKU dalam gerakan mahasiswa.

Menurutnya, mahasiswa sewajarnya diberikan pilihan untuk menentukan pendirian mereka.

“Bersikap partisan atau tidak, itu kita bagi mahasiswa pilih kerana Perlembagaan membenarkan mereka berbuat demikian,” katanya.

Tambahnya lagi, kerajaan hanya meminda AUKU, yang kini membolehkan mahasiswa menjadi ahli serta memegang jawatan dalam parti politik, apabila mahkamah memutuskan akta itu bertentangan dengan Perlembagaan.

“Pindaan Seksyen 15 hanya dibuat apabila kerajaan kalah dalam kes mahkamah

“Apabila mahkamah kata ia (AUKU) bertentangan dengan Perlembagaan, barulah mereka ambil tindakan,” katanya.

Mahkamah Rayuan pada hujung tahun 2011 mengisytiharkan Seksyen 15 (5)(a) AUKU 1971 yang melarang mahasiswa menyatakan sokongan atau bangkangan dalam aktiviti politik sebagai tidak sah di sisi undang-undang.

Panel tiga hakim dalam keputusan 2-1 memutuskan seksyen itu tidak munasabah dan melanggar kebebasan bersuara. 

SUMBER : Klik Sini

Ulasan WK

Depa ni agaknya tak sedar yang selama ni depa sendiri merekrut mahasiswa menjadi anti kerajaan. Lebih teruk lagi, mereka ini menghasut mahasiswa menjadi pendemo jalanan.

Mereka juga tidak sedar, semenjak Pakatan Pembangkang yang kononnya dikatakan Pakatan harapan rakyat ini ditubuhkan, mahasiswa menjadi semakin kurang ajar.

Agaknya kalau BTN lebih kepada Pakatan Pembangkang, barulah dikatakan oleh depa ini yang BTN itu sebuah entiti yang telus dan adil.

Gemparrr!!! Puaka Rosmah Jadikan Deepak Kurang Siuman!

Dalam Islam ada sihir, ada penggunaan sihir hitam yang ‘dihantar’ melalui perantara samada perantara zahir atau ghaib. Masyarakat Melayu percaya wujudnya ilmu hitam ini dengan panggilan ‘santau’ dan kesan yang amat teruk dipercayai yang terkena santau akan bermula dengan muntah darah dan berakhir dengan maut.

Sihir atau ilmu hitam ini bukan saja dalam masyarakat Melayu sahaja dan bukannya orang Islam sahaja yang mempercayainya. Bangsa lain dan agama lain juga percaya dan wujudnya kepercayaan ini bukan setahun dua malah sejak beribu tahun lagi. Masyarakat Kristian, Hindu dan Buddha masih percaya bahawa rumah yang mereka diami perlu ‘dipagar’ dari gangguan makhluk halus seawal mereka diami rumah tersebut. Orang Islam juga melakukan perkara yang sama, adakah solat hajat dan bacaan Surah Yaasin ketika mula untuk memasuki rumah baru.

Malah penggunaan perantara alam roh dan alam zahiriah yang dikenali sebagai Bomoh dikalangan orang Melayu masih wujud dan masih ‘berbisa’ amalan mereka. Bomoh untuk penyakit, bomoh untuk kenakan orang dan juga bomoh untuk mendapatkan sesuatu masih lagi mendapat khidmat masyarakat Malaysia. Semua bangsa dan semua agama masih percaya kononnya masih ada manusia yang boleh jadi perantara alam ghaib ini.

Dari peniaga yang inginkan perniagaan mereka laris, ahli politik yang inginkan kedudukan mereka kekal berkuasa, bomoh akan gunakan dan dibayar sihir untuk musnahkan musuh politik dan peniaga ingin hapuskan saingan perniagaan mereka. Landasan agama akan diketepikan bila nafsu iblis menguasai diri dan perasaan tamak haloba meresapi jiwa yang rosak.

Mangsa sihir POLITIK terbaru !!! tidak mengenal siapa ;

Deepak, nama yang baru muncul dalam arena politik Malaysia, muncul saat Perhimpunan Agung UMNO di PWTC baru-baru ini dan kemunculannya membawa UMNO huru-hara menjawab isu yang dibawa beliau. Walaupun isu yang dibawa Deepak lebih kepada masalah peribadi, masalah perniagaannya, tetapi oleh kerana bersangkut paut dengan pemimpin UMNO Negeri Selangor, Raja Ropeah yang juga Ketua Wanita UMNO Selangor ketika ini maka Deepak pada awalnya cerdik dan bijak melontarkan isu perniagaan atau peribadinya disaat PM Datuk Seri Najib ingin merasmikan Perhimpunan Agung UMNO.

Deepak Jaikishan, peniaga karpet terkenal dilihat cuba melawan arus, bukan saja Raja Ropeah dikaitkan dengan masalah perniagaannya yang dikatakan tidak menjadi malah turut mengaitkan hubungan rapat beliau dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam beberapa urusniaga kontrak membekal dan memasang karpet di bangunan yang ada di Putrajaya.

Kisah serangan bertali arus tanpa jemu Deepak Jaikishan bukan lagi dilihat sebagai cara beliau untuk dapatkan semula wang yang kononnya dilaburkan dalam syarikat yang ada kaitan dengan Raja Ropeah tetapi mula membuka lembaran baru kononnya ‘skandal’ beliau dengan DS Rosmah Mansur yang dikatakan amat rapat dengannya hinggakan Deepak menganggap DS Rosmah sebagai Kakaknya sendiri.

Deepak mendapat liputan khas bukan sahaja dalam akhbar arus perdana tetapi juga mendapat perhatian khas akhbar-akhbar milik Pakatan Rakyat kerana isu yang dibawa Deepak mampu membuat kepimpinan Barisan Nasional bercelaru dalam menjawab setiap isu yang diutarakan oleh beliau walaupun kadang-kadang dilihat oleh penganalisa politik bahawa Deepak tidak konsisten dalam penceritaan isunya sendiri.

Kini, menurut sumber rapat, adik beliau sendiri, Rajesh Jaikishan mendakwa sekarang ini Deepak mula berperangai anih.

Deepak mula bercakap sendirian, mula takut untuk memegang talipon bimbitnya sendiri dan seolah trauma setiap kali mendengar deringan panggilan masuk termasuk dari mana-mana ‘handphone’ yang ada disampingnya. Pernah Deepak menengking saudara dan kawan rapatnya sendiri yang datang melawat beliau hanya kerana deringan dari talipon bimbit yang berbunyi.

Tegas sumber, yang paling ketara bila menjelang tengah malam keadaan Deepak mula dilihat seperti beliau bukan lagi dirinya. Dari seorang yang sentiasa mementingkan kekemasan berpakaian, Deepak mula suka BERBOGEL dalam rumahnya sendiri atau dalam bilik hotel yang beliau diami. Walaupun suhu sejuk bilik berhawa dingin, Deepak tetap akan berbogel dan berjalan mundar mandir berjalan sambil menghisap jari kelingking.

Malah menurut sumber rapat, ahli keluarganya sendiri sudah mula memanggil beberapa bomoh tanpa pengetahuan Deepak sendiri dari pelbagai fahaman agama termasuk bomoh Melayu. Jawapan semua bomoh hampir sama, Deepak terkena puaka sihir Melayu ! puaka Orang Asli yang datang khabarnya dari Negeri Sembilan.

Menurut Bomoh Melayu yang dikatakan dibawa khas dari Pantai Timur, sihir yang dikenakan pada Deepak dapat dilihat dengan jelas pada perubahan wajah beliau. Tambah Bomoh tersebut kadang-kadang wajah Deepak akan dilihat seolah berseri, cerah dan kadang-kadang kalau diperhatikan di waktu petang akan mula berubah menjadi agak gelap dan wajah akan jadi senget ke kiri walaupun tidak ketara. “..Bercakap pun kadang-kadang akan jadi gagap..” tegas bomoh tersebut.

Bomoh yang hanya ingin dikenali sebagai Pok Ya mengakui terpaksa menjalan tugas mengubat Deepak secara rahsia kerana Deepak pasti tidak akan bersetuju dan akan menyangkal keras bahawa beliau telah terkena Ilmu Sihir Hitam yang amat dasyat. Menurut Pok Ya lagi, semasa beliau menjalankan upacara pengubatan Ilmu Sihir tersebut, beliau terjumpa tulang temulang kecil yang dipercayai tulang manusia atau tulang babi hutan putih. Pok Ya masih belum dapat kepastian tulang mayat apakah itu kerana ianya ambil masa untuk memeriksa secara terperinci. - BeruangBiru

SUMBER : Klik Sini

Kurang Ajar!!! Roh Altantuya Menangis Difitnah Deepak!


Baru-baru ini Deepak Jaikishan, si penjual karpet yang menghadapi masalah hutang piutang keliling pinggang pernah cuba menarik perhatian ramai dengan dakwaan bahawa Abdul Razak Baginda sebenarnya seorang lelaki yang mengalami masalah mati pucuk.

Hebat tak hebat si penjual karpet ini mengalahkan doktor pakar sakit tuan, sampaikan rahsia peribadi yang serba sulit lagi mengaibkan seperti masalah mati pucuk seorang lelaki lain pun dia boleh ketahui.

Tapi Deepak terlupa satu perkara hakiki, Razak Baginda sudah terbukti kejantanannya kerana memiliki seorang anak, Roweena hasil hubungan perkongsian hidup dengan isterinya yang sah bernama Mazlinda Makhzan yang sehingga kini masih kekal bersama.

Sebetulnya, tujuan Deepak merekayasa fitnah sedemikian matlamatnya hanya satu - untuk meyakinkan khalayak bahawa ketika Altantuya Shariibuu di bunuh, model dari Mongolia itu sedang berbadan dua dan bayi yang di kandungnya itu pula bukan anak Razak Baginda. 

Agaknya bergegar tempat persemadian Altantuya tika ini gara-gara rekayasa terbaru ini, tak pasal-pasal roh Altantuya meraung dan menangis kerana menjadi mangsa fitnah Deepak dan PR yang memanipulasi peristiwa tragis yang menimpanya demi kepentingan politik.

Deepak sebenarnya dalam usaha mengikut skrip garapan PR, cuba menonjolkan keselarasan cerita supaya selari dengan fitnah Pakatan Rakyat (PR) yang sebelum ini menghebohkan kononnya Altantuya mempunyai hubungan sulit dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan sedang mengandungkan anak luar nikah hasil hubungan mereka berdua.

Dengan demikian, PR mengharapkan fakta sebenar kes yang menyebut bahawa Altantuya adalah kekasih gelap Razak Baginda akan dilupakan oleh khalayak, sebaliknya rakyat diharapkan akan meyakini dengan fitnah rekayasa mereka kononnya Altantuya mati dibunuh ketika sedang mengandung semata-mata untuk menyembunyikan hubungan sulit PM dengan wanita itu.

Sebelum ini PR pernah menyebarkan gambar superimposed kononnya sebagai gambaran bahawa Najib pernah makan semeja bersama Razak baginda dan Altantuya. Mereka juga pernah membuat spekulasi kematian Altantuya disebabkan urus niaga pembelian kapal selam Scorpeane, semata-mata untuk tambah sensasi dan perencah dalam fitnah sensasi ini.

Kesungguhan PR mengadu domba dan memprogandakan kisah fiksyen ini memang tampak jelas sekali niat jahatnya, tanpa mempedulikan kemungkinan tika ini roh si mati sedang merintih menangis minta jangan diganggu lagi.

Hakikatnya PM langsung tidak bersangkut paut dengan kisah rekayasa penuh fiksyen garapan PR mahupun Deepak. Kenal pun tidak, mana mungkin Altantuya tiba-tiba sedang mengandungkan anak Najib? Jadi logik rekayasa PR kononnya Altantuya di bunuh ketika mengandungkan anak Najib tentulah sukar di terima akal.

Kebenarannya, Altantuya dan Razak Baginda memang benar saling mengenali, malah sudah acap kali Razak memberi wang ringgit bagi memenuhi tuntutan teman wanitanya itu. Itu benar dan terbukti faktanya. Jadinya, jika benar Altantuya mengandung ketika mayatnya diletupkan, maka anak itu bukan anak Najib sebaliknya anak Razak Baginda atau lelaki lain. 

Malah tuduhan liar pembangkang yang menyebut kononnya isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor terlibat langsung melepaskan tembakan ke arah perut Altantuya juga langsung tidak boleh diterima kala. Kononnya Datin Seri Rosmah sama-sama memanjat bukit jauh ke dalam hutan semata-mata untuk membunuh Altantuya.

Walhal realitinya mana mungkin untuk Datin Seri Rosmah berada di tempat kejadian sedangkan ketika itu beliau sebenarnya sedang melayani anak-anak yatim di Kuala Lumpur. Manakala PM pula menyertai rakyat berbuka puasa di Kedah.

Itu sahaja sebenarnya sudah cukup untuk membongkar fitnah dan penipuan PR serta Deepak. Rekayasa ini memang menarik kalau dibaca sebagai novel fiksyen tapi bila tidak berpijak di bumi nyata dengan isi berterabur dan bercanggah, orang ramai pun bosan jadinya.

Gempar!!! Siapa Tanggung Bala Sepanjang 5 Tahun Menghilang?


Selepas lebih kurang 5 tahun penyiasat persendirian Balasubramaniam Perumal (PI Bala) menghilangkan diri bersembunyi di India, Ahad lepas bersamaan 24 Februari 2013, akhirnya PI Bala muncul di KLIA dengan sambutan hangat oleh kira-kira 50 penyokong PKR.
Sambutan yang diberikan oleh PKR terhadap PI Bala itu mengesahkan lagi wujudnya peranan parti itu dalam merencanakan komplot jahat mereka memanipulasi dan mensensasikan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya untuk dikaitkan dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.
Lagi pun bila mana perkara pertama yang dilakukan PI bala ialah bersumpah bersaksikan kitab Hindu Bhagavad Gita bahawa Akuan Bersumpah (SD) pertama yang mengaitkan Najib dalam pembunuhan Altantuya kononnya adalah benar, manakala SD 2 pula dilakukan secara terpaksa, tambah jelas lagi peranan PKR dalam kes ini.
Sepatutnya jika PI Bala berhasrat menafikan pula SD2, bukankah lebih elok dilakukan pula SD ketiga. Alang-alang sudah berkali-kali buat akuan bersumpah yang saling bercanggah, elok juga buat sampai SD10, tak gitu?
Menarik untuk dilihat apa reaksi penerimaan orang Melayu Islam dalam PKR dengan sumpah PI Bala dengan kitab Hindu Bhagavad Gita itu, mungkin mereka teruja barangkali memandangkan Ketua Umum PKR sendiri sampai sekarang tak meyakini kebenaran sumpah laknat yang bersaksikan Allah s.w.t.
Semasa di temu bual oleh pihak media di KLIA itu juga PI Bala telah mengumumkan kesediaannya untuk membantu kempen Pakatan Rakyat (PR) dengan menjelajah ke seluruh negara konon bagi membongkar kebenaran di sebalik peristiwa tragis pembunuhan Altantuya Shariibuu.
Ia tidak pun mengejutkan khalayak, kerana umum tahu SD1 yang diikrarkan oleh PI Bala mempunyai kaitan rapat dengan pemimpin-pemimpin utama PKR yang sedari awal lagi mengharapkan manipulasi dan spekulasi mengenai kes pembunuhan Altantuya akan memalapkan sinar politik Najib.
Usaha PR gagal selepas SD2 oleh PI Bala menafikan pembabitan Najib, tambahan pula Raja Petra Kamaruddin yang pernah merekayasa fiksyen kisah Altantuya dengan memanipulasi kehebatan imaginasinya juga telah mengakui PM mahupun isterinya langsung tiada sangkut paut dalam kes tersebut.
Sebaliknya umum didedahkan pula dengan peranan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang pernah terlibat berusaha memujuk suspek pembunuhan, Azilah dan Sirul supaya sengaja membabitkan nama Najib dalam kes sensasi itu.
Sebetulnya apa sahaja gerak geri PI Bala selepas ini ia tidak membantu pun PR dalam usaha mereka untuk memporak-perandakan kepercayaan rakyat kepada PM, kerana keraguan umum terhadap kredibiliti penyiasat persendirian yang pernah diupah oleh Razak Baginda teramat besar sekali.
Khalayak sebenarnya lebih tertarik untuk mengetahui kenapa PI Bala sanggup menggelapkan wang RM50,000 yang diamanahkan oleh Razak Baginda yang sepatutnya diberikan kepada Altantuya dan jika PI Bala tidak bermaksud menyonglapnya, sekurang-kurangnya khalayak umum ingin tahu di mana wang itu sekarang.
Paling penting khalayak ingin tahu siapakah dalang utama yang menaja, menanggung dan menampung segala kos kehidupan PI Bala di luar negara sejak lebih kurang 5 tahun lalu?
Tidak sedikit kos tanggungan tersebut, dari hal upah tutup mulut, kos perumahan, makan minum dan kenderaan serta kos harian lain, jumlahnya besar, setakat RM50,000 yang disonglap oleh PI Bala dari Razak Baginda tentunya tidak mencukupi.
Tentu sahaja penajanya dari kalangan pemimpin utama PKR, kerana parti ini juga sebelum ini menaja kehidupan kekasih gelap Elizabeth Wong iaitu Helmi Malik di Indonesia dalam usaha mereka ‘menyejuk bekukan’ kisah hubungan sulit kedua-dua mereka dari terus menjadi perhatian umum.
Persoalannya siapa nama pemimpin itu dan dari manakah sumber kewangan yang diperolehnya? - BeruangBiru

Tuesday 26 February 2013

PAS Ucap Selamat Tinggal Kepada Perlaksanaan Hudud


Umum sudah maklum manifesto PR sempena PRU 13 sepatah perkataan pun tidak menyebut perihal perlaksanaan hukum hudud, membuktikan PR tidak berhajat pun untuk membantu merealisasikan gebang politik yang dicanangkan oleh PAS.

Atau boleh juga dikatakan bahawa PAS sudah tidak berminat membicarakan perlaksanaannya kerana sudah memahami senario semasa dan populasi penduduk negara ini belum mengizinkan ke arah perlaksanaannya.
Tapi penulis lebih percaya, ketidaksediaan PAS mendesak rakan sekutunya dalam PR seperti PKR dan DAP memasukkan janji perlaksanaan hudud adalah disebabkan polisi PAS sendiri yang sedari awal lagi hanya berminat memanipulasikan undang-undang Islam itu demi meraih kepentingan politik kepartian.

Ini dibuktikan dengan kenyataan pada 14 Disember 2011 oleh seorang pemimpin PAS Kelantan yang juga adalah ADUN PAS Pasir Tumbuh merangkap Timbalan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ahmad Baihaki Atiqullah yang pernah menegaskan bahawa;-

“Keuntungan bagi PAS mungkin di negeri yang ramai orang Melayu tapi di negeri luar seperti Selangor boleh jadi tidak untung. Apabila isu hudud di manipulasi, mungkin ada ‘backfire’ daripada pengundi bukan Islam,” demikian katanya ketika ditemu bual oleh Malaysiakini di Kota Bharu hujung pada hujung tahun 2011.

Walau dibaca berulang kali kenyataan pemimpin PAS itu, ia tetap membuktikan satu perkara, yakni isu perlaksanaan hudud yang sering menjadi zikir politik PAS sejak hampir 3 dekad lalu nawaitu utamanya hanyalah untuk manfaat kepartian PAS sahaja.

Kenyataan Timbalan Ketua Penerangan PAS Kelantan itu juga banyak kebenarannya kerana terbukti betul hudud hanya mainan politik PAS, ia terbukti di Kedah sekalipun PAS menguasai negeri itu tapi satu draf hudud pun langsung tak di bawa ke DUN untuk dibincangkan, hatta di Perak sebelum kejatuhan Kerajaan DAP-PAS juga isu hudud menjadi taboo bagi pimpinan PAS.

Sementara di Selangor yang mana PAS turut menganggotai Kerajaan Negeri juga tak kedengaran kesungguhan PAS untuk membicarakan isu hudud apatah lagi untuk mengusulkan draf mengenainya di DUN Selangor.
Tapi disebalik semua itu, di Kelantan dan Terengganu isu hudud masih terus dimainkan oleh PAS dan seringkali menjadi bualan hangat penyokong mereka baik di kedai-kedai kopi mahupun ketika mereka melakukan ziarah kempen politik dari rumah ke rumah.

Tidak pernah lekang dari kutukan dan makian penyokong dan pemimpin PAS terhadap Kerajaan Pusat yang ditunjangi UMNO dan BN, kononnya kerana menolak perlaksanaan hudud dan enggan memartabatkan undang-undang Islam.

Tidak cukup dengan propaganda sedemikian, ditohmah pula yang UMNO lebih mendaulatkan Perlembagaan buatan manusia ataupun kerap digelar oleh penyokong PAS sebagai perlembagaan Lord Reid, perlembagaan penjajah dan jahiliah.

Untuk menampakkan perbezaan PAS supaya lebih kelihatan Islamik berbanding UMNO maka pemimpin dan penyokong PAS tanpa segan silu mendabik dada yang Al-Quran & Hadis serta undang-undang Islam akan berada di kedudukan tertinggi berbanding Perlembagaan Negara sedia ada sekiranya PAS dan PR memerintah Malaysia.

Sama ada mereka sedari atau sengaja buat pekak dan bisu, semasa PR melancarkan Buku Jingga yang menjadi Dasar Bersama PR dan ditandatangani sama oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang secara jelas memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa PR berikrar akan mempertahankan Perlembagaan Negara dan segala isi peruntukan yang terkandung di dalamnya.

Bagi rakyat Malaysia yang waras dan segelintir penyokong PAS yang masih berakal tentu faham ikrar dalam Buku Jingga itu seperti boomerang yang tepat ke dahi pemimpin dan penyokong PAS. Bak kata orang tua-tua, ibarat menjilat ludah sendiri.

Kandungan Manifesto Rakyat, Pakatan Harapan Rakyat yang dilancarkan oleh PR dan dipersetujui bersama oleh DAP, PKR dan PAS semalam yang langsung tidak menyentuh isu hudud, barangkali sesuai kalau dikatakan manifesto itu ibarat nota selamat tinggal oleh PAS kepada isu perlaksanaan hudud.

Malah tidak keterlaluan jika penulis katakan Manifesto PR itu juga simbolik pengakhiran propaganda PAS untuk mengangkat kedudukan Al-Quran & Hadis ke tempat tertinggi mengatasi Perlembagaan Negara sekarang yang dikatakan sekular dan jahiliah.

Ia satu kejayaan manis kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim kerana buat pertama kalinya Anwar menepati janji. Kenapa penulis berkata demikian? Ada sebabnya.

Pada 9 November 2011 sewaktu Anwar berdialog dengan kira-kira 200 orang pemimpin masyarakat Cina dari 65 NGO di Subang Jaya, Selangor, Ketua Umum PKR itu telah secara terbuka menegaskan janjinya bahawa isu perlaksanaan hudud tiada tempat dalam dasar PR
Anwar mengulangi bahawa Pakatan berfungsi atas dasar bahawa sebarang keputusan mesti mendapat konsensus kesemua ketiga-tiga parti komponennya dan mengikut perlembagaan persekutuan, atau jika tidak, ia tidak akan dilaksanakan.
Katanya, apabila orang bertanya tentang pendiriannya mengenai undang-undang hudud, beliau memberitahu mereka bahawa pendirian PKR dan Pakatan Rakyat adalah untuk menyokong perlembagaan. Anwar Ibrahim, Meloyakini, 9 November 2011

Lebih setahun berselang, terbukti Anwar menepati janjinya. Semalam Manifesto PR dilancarkan setelah dipersetujui dan ditandatangani bersama oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang serta pemimpin PKR dan DAP. Tiada bantahan dari PAS sekalipun janji hudud tak termaktub dalam agenda PR.

Penulis cuba membayangkan entah apa reaksi rakan-rakan dari PAS jika mereka menyedari selama bertahun-tahun lalu mereka sudah tertipu dengan propaganda bombastik berhubung isu hudud. Mungkin akan ada yang hentak kepala pada dinding atau ada tepuk dahi berkali-kali tanda kesal di kencing hidup-hidup oleh PAS.

Tapi betulkah penyokong PAS akan menyedari dan benar-benar menginsafinya? Jangan bermimpi, sebahagian besar ahli dan penyokong PAS sudah diasuh untuk wala’ buta tuli pada pucuk pimpinan parti, usahlah pelik kalau dalam jangka waktu terdekat ini UMNO & BN juga yang jadi sasaran tohmahan mereka. - mykmu.net