Monday 25 February 2013

Calon YB PAS-Siapa Sebenarnya Raja Bahrin?


Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang terletak di Gong Badak, Kuala Terengganu runtuh lagi ketika proses baikpulih sedang dijalankan baru-baru ini. Stadium yang memakan belanja RM292 juta ketika pembinaannya telah runtuh kali pertama pada tahun 2009.

Dikatakan ketika stadium tersebut hendak dibina pada tahun 2008, tiada kontraktor tempatan yang berkelayakan serta berkemampuan untuk menjalankan projek mega tersebut dan tanggungjawab menyiapkan stadium tersebut telah diserahkan kepada kontraktor asing daripada Korea. Pereka bentuknya pula seorang kerabat diraja Terengganu.

Namun, setahun kemudian, stadium yang terbesar di Pantai Timur ini runtuh sebahagian bumbungnya. Menurut Jawatankuasa Siasatan yang telah ditubuhkan ketika itu, faktor-faktor yang menyumbang kepada keruntuhan bumbung stadium berkenaan dikatakan berpunca daripada bahan dan kualiti hasil kerja yang tidak memenuhi spesifikasi, faktor reka bentuk yang tidak memadai, bumbung yang tidak dibina dengan sempurna dan kawalan kualiti yang tidak dilaksanakan di tapak projek.

Runtuhan kali kedua baru-baru ini menimbulkan kekecohan di kalangan penyokong PAS. Spekulasi yang dibawa kononnya keruntuhan disebabkan oleh tuhan tidak memberkati kerajaan negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional.

Pereka bentuk Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sebenarnya merupakan kerabat diraja yang satu ketika dahulu pernah mendapat liputan yang meluas di media massa. Siapa yang tidak kenal Raja Bahrin yang menikahi seorang wanita warga Australia dan kemudian membawa lari dua orang anaknya ke Malaysia selepas bercerai dengan wanita tersebut?

Raja Bahrin adalah orang yang bertanggungjawab merekabentuk stadium yang menelan belanja besar tersebut. Kontraktor daripada Korea itu pula sekadar menyiapkan stadium mengikut rekabentuk yang telah disediakan oleh beliau.

Kini, apabila runtuhan berlaku sekali lagi ketika proses baikpulih dijalankan dan mengakibatkan beberapa orang pekerja tercedera, Raja Bahrin cuba menyalahkan kerajaan negeri dan kontraktor Korea yang telah menyiapkan stadium tersebut.

Adakah Raja Bahrin yang kecewa dengan kerajaan negeri Terengganu yang telah menolak projek yang diusulkannya dan berpaling kepada PAS serta menyimpan cita-cita menjadi wakil rakyat DUN Ladang ini berasa malu untuk mengakui kecuaiannya membuat rekabentuk yang tidak selamat sehingga tergamak cuba menyalahkan pihak lain?

Agaknya inilah mentaliti orang PAS. Tidak mahu mengakui kesilapan sendiri dan lebih suka menyalahkan orang lain walaupun terang dan nyata kemusnahan itu berpunca daripada dirinya sendiri.

Layakkah Raja Bahrin yang telah menaungi persatuan yang diterajui perogol bersiri, bernama Ustaz Zul yang telah memusnahkan masa depan mangsanya menjadi calon Menteri Besar sekiranya PAS berjaya memperolehi Terengganu pada PRU13 nanti?

PRU13, rakyat Terengganu harus bijak memilih calon yang tepat yang boleh menjalankan amanah dan tanggungjawab serta boleh memberikan kesejahteraan kepada negeri dan rakyat. Jangan tersalah pilih orang yang tidak jujur dan tidak mahu mengakui kesilapan sendiri.

1 comment:

  1. Bukan tak ada kontraktor tempatan yang berwibawa . Tapi kerana tamak, Idris Jusoh melalui syarikat dia yang joint venture dengan syarikat Korea, SUKWON IDCHE ENGINEERING telah mengenepikan syarikat milik kerajaan negeriEPIC JV sebagai kontraktor utama. IDCHE bermaksud CHE IDris.

    Syarikat tersebut tiurus tadbir oleh adik ipar beliau, Nazri Abbas.

    ReplyDelete