Friday 14 September 2012

Orang Penang Tolak DAP?


Apa sekarang ni musim simbah cat merah ke? Tak suka aje simbah cat merah, nak cari publisiti aje simbah cat merah, nak raih simpati pun simbah cat merah. Hehehe...

Kayalah tauke kedai cat. Pengilang cat pun banyaklah buat untung. Buat cat merah banyak-banyak, jual. Kemudian, bolehlah simbah cat merah kepada siapa sahaja yang jadi musuh. 

Ingatkan Pak Nuar aje suka meraih simpati masyarakat dengan cerita-cerita bas mewahnya asyik disimbah cat merah oleh orang-orang suruhan musuh politiknya. Tak sangka pula DAP pun sama.

Siang tadi bas mewah Pak Nuar yang berhenti di Masjid Jamek Tangkak dalam rangka Jelajah Merdeka Rakyat PR untuk solat Jumaat disimbah cat merah oleh orang yang tidak dikenali. Ingatkan itu aje. Rupa-rupanya lagi awal daripada tu, tiga pusat khidmat wakil rakyat DAP termasuk Wisma DAP pun dah kena simbah dengan cat merah.

Wisma DAP kena simbah cat merah. Pusat khidmat wakil rakyat DAP pun kena simbah cat merah. Ini betul-betul marah ni. PERKASA punya kerja lagi ke?

Tapi, kejadian tu berlaku di Penang. Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, rakyat Penang sokong DAP. Rakyat Penang sayang dan mahukan DAP kekal memerintah Penang. Kononnya, DAP ni adil dalam pemerintahan. DAP berkhidmat untuk masyarakat sepenuh hati. DAP tak mengamalkan korupsi dan kronisme. 

Secara keseluruhannya, DAP lah satu-satunya parti yang paling adil dan saksama. PKR pun tak dapat tanding sebab ramai rakyat yang komplen dengan pemerintahannya. DAP tak ada orang komplen, malahan orang puji-puji lagi.

Agak-agaknyalah, orang Penang tolak DAP ke? Mungkin sebab tu ada yang nekad simbah cat merah. Kalau tak, dah tentu itu kerja orang-orang DAP sendiri untuk memburuk-burukkan nama baik UMNO/BN.

Kena lagi...


Aik! Macam mana boleh kena simbah cat lagi ni? Masuk ni dah tiga kali bas mewah Pak Nuar dicabul oleh orang-orang UMNO (pasti ini yang depa akan war-warkan, konspirasi UMNO).

Kasihan ada, pelik pun ada. Sebelum ni depa kata Johor bakal jatuh ke tangan depa sebab ramai orang Johor yang dah jatuh cinta dengan Pak Nuar. Depa kata orang Johor ramai yang sayang parti depa, sebab itulah depa yakin umumkan satu lagi negeri bakal berjaya depa takluk iaitu Johor.

Tapi, kalau orang Johor sayang depa, kenapa masa depa parkir depan masjid di Tangkak, bas depa dicemari oleh cat merah lagi? Itu sebagai tanda rakyat Johor sayang depa dan mengalu-alukan kedatangan depa ataupun rakyat Johor beri amaran yang depa tak diterima di tanah Johor?

Anak Merdeka rasa, daripada Pak Nuar membazir masa dan duit duk berkempen sini sana, lebih baiklah balik sahaja duduk di rumah. Jimat tenaga, jimat belanja. Hati pun tak sakit asyik nak bersihkan kesan cat yang mencemari bas mahal dan mewah tu.

Kalau dah confident sangat orang sayang depa, duduk di rumah pun orang undi juga. 

Wednesday 12 September 2012

Selangor Dah Jadi Republik Ke?

Sewaktu Anak Merdeka jalan-jalan ke laman blog orang tadi, Anak Merdeka terjumpa satu entry berkenaan PRU13.

Dalam entry tu, katanya Anwar Ibrahim dah buat keputusan yang Selangor tidak akan turut serta bersama Kerajaan Pusat ketika PRU13 nanti. Menurut pemahaman Anak Merdeka, jika tidak turut serta, bermakna, Selangor tidak akan ada pilihanraya ke 13.

Ini bermakna, ada dua kemungkinan. Sama ada Pakatan Pembangkang takut tidak dapat memerintah Selangor lagi selepas pilihanraya ataupun depa dah lupa yang setiap 5 tahun, pilihanraya umum akan diadakan untuk memberi peluang kepada rakyat memilih siapa yang layak menjadi wakil mereka.

Tapi, selama hari ini Pakatan Pembangkang heboh mengatakan yang rakyat bersama mereka. Rupa-rupanya, rakyat menolak BN dan menyokong Pakatan Pembangkang hanyalah sebuah retorik sahaja. Kalau ianya benar, sudah pasti Pakatan Pembangkang tidak sabar-sabar hendak mengadakan pilihanraya.

Pakatan Pembangkang sudah kecut. 

Anak Merdeka Tukar Link

Entry kali ini sekadar ingin memberitahu, Anak Merdeka sudah tukar link.

Saturday 8 September 2012

Betulkah Orang Kampung Hendak Ditembak Orang Suruhan Anwar Sebab Halang Laluan?



Biar betul ni!

Takkan sampai nak berbunuh-bunuhan pula si Anwar ni semata-mata sebab orang kampung halang laluannya?

Kena tunggu juga kesahihan cerita ni. Kalau tak betul, nanti dikira fitnah pula. Tapi, gambar tu apa pula ceritanya ye?

Penulis terbaca di banyak laman blog yang memaparkan cerita ini. Haishhh... Kalau benar bagai dikata, tak baik betullah sikap Anwar dan kuncu-kuncunya.

Kalau orang dah tak suka dan tak izinkan masuk ke kampung mereka, tak payahlah sampai nak menembak orang pulak. Orang kampung dah tentu-tentu tak bersenjata. Nak tunjuk hebat sangat, pergilah ke Palestin sana. Tengok boleh hidup lama ke tidak kat sana.

Sudahlah Anwar, orang dah tak suka, buat apa nak menebalkan muka lagi terhegeh-hegeh nak bagi ceramah dekat orang. Duduk rumah, buat amal ibadat lagi bagus daripada menghabiskan masa dan duit ringgit yang entah daripada sumbernya tu.


Agenda Pluralisme dan Liberalisme: PR Ingin Hapuskan Agama, Bangsa di dalam Kad Pengenalan

Kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat baru-baru ini dilaporkan telah membuat ketetapan bahawa ruang bangsa dalam semua dokumen rasmi kerajaan seperti kad pengenalan, sijil kelahiran dan sebagainya akan diisi dengan perkatan Malaysia sahaja sekiranya mereka memerintah negara. Alasannya ialah untuk memastikan keutuhan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. 

Menurut laman Suara PR, khabarnya juga, PR turut bercadang akan menghapuskan ruangan agama dan jantina bagi memastikan tiada perbezaan atau diskriminasi ke atas mana-mana pihak. 

Kita melihat bahawa rancangan PR ini tidak lain tidak bukan ialah untuk menepati matlamat akhir perjuangan sebenar mereka iaitu menghapuskan status ‘bumiputera’ serta menyebarkan fahaman pluralisme dan liberalisme total. Tindakan PR menerima baik malah menjulang para pejuang murtad dan LGBT seperti Ambiga dan yang seangkatan dengannya, sebagai wira dalam menentang kerajaan, adalah buktinya.

Dengan kad pengenalan baru tersebut, pastinya sukar untuk mengenalpasti pertukaran agama mahupun jantina seseorang. Bayangkan masalah yang bakal timbul jika jenazah seorang mualaf mungkin ditanam di perkuburan bukan Islam akibat tiada siapa dapat membuktikan agamanya. Atau bagaimana jenazah seorang yang menukar jantina akan disembahyangkan apabila segala-galanya menjadi keliru antara kejadian alam semulajadi dengan peraturan ciptaan manusia. 

Dan bayangkan juga nasib kaum Melayu tanpa status bumiputera. Bagaimana agaknya peniaga-peniaga kita akan dapat bersaing dengan peniaga-peniaga Cina yang sedia mengawal ekonomi Malaysia? Apakah jaminan mereka tidak akan didiskriminasi oleh peniaga, pengedar dan pembekal dari kaum Cina? Bagaimana dengan anak-anak Melayu kampung yang miskin dapat menyaingi anak-anak bandar dan kaum lain dalam merebut peluang ke menara gading? Bagaimana kita memastikan kaum Melayu yang rata-ratanya dari golongan pekerja dan pegawai kerajaan dapat mengimbangi jumlah penduduk di bandar-bandar besar jika tidak mampu membeli hartanah yang harganya menjulang tinggi? 

Ini belum lagi dibincangkan mengenai senario kuasa politik yang sama kuat atau lebih berat di kalangan bukan Islam di dalam kabinet PR. Dengan tekanan dari ‘pejuang hak asasi’ seperti Ambiga dan angkatannya, bagaimana kita memastikan yang pihak yang lemah terbela serta tuntutan Islam terlaksana dalam setiap krisis yang membabitkan Melayu dan Islam? 

Begitu banyak persoalan dan permasalahan yang bakal timbul dengan cadangan kad pengenalan baru PR ini. Tetapi, malang dan hairan sekali kerana PAS tidak pula membuat bising atau ‘berjihad’ menentang rancangan ini. 

Walaupun terdapat keraguan dan rungutan dari beberapa pihak di dalam PR tetapi tiada tentangan keras, dan akhirnya tenggelam begitu saja. 

Sewajarnya perkara ini tidak ditenggelamkan kerana ia bakal memberi impak yang besar kepada negara dan rakyat perlu menelitinya supaya tidak terngadah di kemudian hari. Begitupun, kita pasti, ramai dari kalangan penyokong PR sendiri yang musykil dan kurang percaya dengan laporan ini. 

Tetapi, inilah yang disebut oleh pemimpin mereka dan ianya dilaporkan oleh laman web pro mereka. Oleh itu, ia perlu diambil serius oleh setiap seorang dari rakyat Malaysia. Jangan sampai tersilap memberi mandat kepada parti yang bertunjangkan liberalisme dan pluralisme. Jangan sampai kita menangis air mata darah andainya generasi kita yang akan datang menghadapi krisis agama, bangsa dan juga jantina.

Alasan perpaduan yang digunakan oleh PR sebagai asas cadangan kad pengenalan ini tidak boleh dipakai sama sekali. Ini kerana Rakyat Malaysia telah pun bersatu sejak berpuluh tahun lalu. Kalaupun ada cabaran yang menggoyahkan perpaduan dalam negara sebelum ini, ia tidak lain tidak bukan, datangnya dari parti pembangkang juga, seperti DAP pada 13 Mei dan PAS yang pada satu ketika menganggap kaum bukan Islam itu najis malah UMNO juga sebagai kafir.

Rakyat Malaysia kekal bersatu di bawah BN hari ini walaupun pihak pembangkang yang bertopengkan NGO terus berusaha menghancurkannya. Di bawah slogan 1Malaysia, rakyat Malaysia akan terus bersatu tanpa perlu menghapuskan identiti semulajadi di dalam kad pengenalan kita. Penentuan bangsa adalah penting bagi mengenalpasti keturunan, mengenalpasti penyakit dan sebagainya. Kepastian agama juga penting, walaupun ia bersifat spiritual dan bukannya fizikal namun ia wajib bagi menentukan struktur kehidupan dan kematian seseorang. 

Jelas, penghapusan ruang agama, bangsa dan jantina dalam kad pengenalan adalah tidak perlu sama sekali kerana ia bukan ramuan kepada perpaduan. Ia hanyalah penyamaran yang digunakan untuk pembangkang bagi melindungi matlamat sebenar iaitu sebagai platform kepada fahaman pluralisme dan liberalisme di negara ini. - Beruang Biru

PR Lancar Jihad Pertahan Ammar dan Sin Yee

Dengan penangkapan ikon biadab, Ammar dan Sin Yee, PR dikatakan sedang mengatur langkah untuk membela kedua-dua mereka sebagai modal politik seterusnya. 

Di masa yang sama, ibu bapa Ammar yang pantas bertindak menyerahkannya kepada pihak polis telah pun meminta maaf kepada Perdana Menteri dan rakyat Malaysia atas tindakan biadap anak mereka. Malah, mereka juga sedang berusaha untuk berjumpa dengan Perdana Menteri bagi meminta maaf secara rasmi dan bersemuka sebagai tanda ikhlas dan insaf. 

Sin Yee bagaimanapun, menggunakan pentas politik untuk meminta maaf iaitu melalui DAP dan dengan membuat sidang media dalam bahasa Cina yang diterjemahkan. Tiada permohonan maaf secara langsung kepada Perdana Menteri yang dilafazkan, hanya permohonan maaf secara umum kepada rakyat Malaysia. Itupun entah tepat entah tidak dengan terjemahan yang diperdengarkan kepada kita. 

Tidak seperti Ammar, pihak Sin Yee tidak menyatakan minat untuk menemui Perdana Menteri dan meminta maaf secara rasmi dan bersemuka. Sebaliknya, dengan meminta bantuan DAP, parti itu pantas menjadikan tangan Sin Yee yang digari ketika tangkapan sebagai isu untuk menenggelamkan isu sebenar, iaitu bersikap biadab terhadap pemimpin negara.   

Namun, oleh kerana bukan hanya Sin Yee yang terlibat, DAP merasa bimbang jika sifat perkauman mereka kelihatan begitu ketara jika hanya Sin Yee yang dibela. Justeru, mahu tidak mahu, PR perlu kelihatan membela semua yang terlibat secara adil. Keputusannya, Ammar dan Sin Yee, kedua-duanya perlu dibela oleh PR. 

Untuk itu, kedua-dua mereka tidak boleh dibiarkan digambarkan sebagai pesalah tetapi perlu dijadikan wira. Bagi mencapai matlamat ini, PAS perlu melancarkan jihad untuk membela kedua-dua Ammar dan Sin Yee atas nama keadilan dalam Islam. 

Hujah yang digunakan oleh PR ialah kedua-dua mereka masih muda dan kesalahan yang dilakukan adalah tidak seberapa iaitu hanya memijak dan menunjuk punggung kepada gambar, bukannya kepala Dato’ Seri Najib. Oleh itu, mereka tidak layak dilayan seperti penjenayah dengan mengenakan gari ketika tangkapan. Tindakan tersebut akan digembar-gemburkan sebagai menunjukkan yang kerajaan tidak berperi-kemanusiaan, tidak bertimbang rasa dan sengaja ingin menutup hak bersuara rakyat. 

Di samping itu, DAP tetap juga akan menggunakan pendekatan perkauman bagi menaikkan kemarahan kaum Cina terhadap kerajaan. Beberapa isu akan ditimbulkan bagi menunjukkan layanan berbeza oleh polis terhadap peserta Cina dan Melayu yang ditangkap atau antara Sin Yee dan Ammar. 

Inilah antara strategi jihad PR untuk Sin Yee dan Ammar dan mereka bakal melancarnya secara serentak secepat mungkin. 

Nampaknya demi kuasa, PR, termasuk PAS sanggup melancarkan jihad membela perlakuan menunjuk punggung di khalayak ramai. Kerana kuasa PAS sanggup berjihad untuk anak Cina yang kurang ajar terhadap pemimpin Islam. Lebih buruk ialah si anak Cina itu langsung tidak menunjukkan keikhlasan dan keinsafan dalam permohonan maafnya. Sudahlah dibuat di dalam bahasa Cina yang mana Perdana Menteri tidak dapat memahaminya, lebih teruk lagi ialah hakikat bahawa seorang warganegara yang mengaku setia kepada negara tidak mampu berbahasa kebangsaan walaupun untuk memohon maaf. 

Inilah produk DAP dan produk inilah yang PKR dan PAS sedang bantu untuk diperkembangkan dan diperkuatkan. 

Nampaknya, jihad PR adalah jihad untuk memenangkan kafir harbi. - Beruang Biru

Friday 7 September 2012

Kaya Betul PKR, Bas Mewah Ada, Treler Pun Ada!



Amboiiii... Tak cukup dengan bas mewah, depa guna treler pulak dah. Gila banyak duit PR ni. Mana dana depa dapat ni?

Sebenarnya apa fungsi jelajah merdekarakyat menggunakan bas mewah dan treler ke serata Malaysia ni? Depa nak tunjukkan apa? Depa nak tunjukkan depa sanggup turun padang naik bas untuk jumpa rakyat? Itu yang depa nak tunjukkan?

Kalau depa nak tunjukkan depa sanggup bersusah payah turun padang naik bas jumpa rakyat serata Malaysia, depa tak payahlah membazir duit sediakan bas mewah dan treler bagai. Naik sahaja la bas ekspres tu. Turun kat mana-mana, sewa bilik murah. Janganlah pulak sewa bilik hotel tiga, empat ratus sewanya satu malam. Kalau nak lagi afdal, tumpang tidur kat masjid saja.

Tang mana depa dapat duit untuk sediakan treler ni pun Wan Azizah tak nak beritahu sewaktu beliau ditanya  dalam majlis pelancaran treler tu. Jawapannya sama belit seperti depa tuduh konspirasi UMNO.

Tetapi, yang peliknya, banyak-banyak duit depa, tak teringin pulak depa nak hantar peguam sekali masa budak tunjuk bontot kena tangkap tu.









Budak Tunjuk Bontot Lindungi Hishamuddin Rais Kena Buang Kolej!

Untungnya Hishamuddin Rais yang berjaya memperkudakan para belia untuk membuat kerja-kerja bodoh dan biadap bagi pihaknya. Tidak cukup dengan kibarkan bendera yang entah apa-apa, dilatihnya seorang remaja untuk menunjuk bontot di khalayak ramai.

Budak tunjuk bontot, atau nama sebenarnya Muhammad Ammar telahpun diserahkan kepada pihak polis oleh ibubapanya sendiri. Mereka menghantarkan anak mereka ke kolej dengan alasan kononnya pihak pengurusan ingin berjumpa Muhammad Ammar.

Kantoi juga budak tunjuk bontot. Ingatkan bijak sangat, rupanya jenis mangkuk ayun.

Pihak polis sudahpun membebaskan budak tunjuk bontot selepas kenyataannya diambil. Tunggu polis kumpul bukti pula untuk sabitkan beliau dengan kesalahan.

Cuma yang kasihannya, budak tunjuk bontot tu tak dapat pembelaan daripada pimpinan Pakatan Pembangkang terutama si Hishamuddin Rais yang dia lindung sangat tu. Budak tu dah kena buang kolej sebab kolej tak hendak pelajar yang ada masalah dengan undang-undang negara.


Tuesday 4 September 2012

Pakatan Pembangkang Sediakan RM1 Juta Untuk Bela Penderhaka?



Hebat!

Banyak betul duit Pakatan Pembangkang, sampai sejuta ringgit depa sediakan untuk tujuan pembelaan penyokong-penyokong depa yang bakal dikenakan tindakan oleh pihak polis. Semua gara-gara himpunan 'Janji Demokrasi' pada malam ambang merdeka lalu.

Itulah, sebelum berbuat sesuatu, tidak pandai menggunakan akal. Asal boleh sahaja hendak bertindak. Asal tindakan itu dapat membuatkan para pimpinan depa gembira dan puashati, apa sahaja depa mampu buat. Tidak kira perbuatan depa itu baik ataupun tidak.

Tindakan memalukan akhirnya memakan diri. Haaaa... Itulah yang telah dialami oleh salah seorang penyokong Pakatan Pembangkang yang khabarnya telah menunjukkan punggungnya di khalayak ramai. 

Beliau kononnya bersikap berani dan begitu patriotik dengan menunjukkan punggungnya kepada gambar Perdana Menteri dan isteri. Khabarnya, si mangkuk itu sudahpun ditahan oleh pihak polis. Kini beliau di'simpan' di dalam lokap.

Baguslah. Tangkap juga si bodoh yang mengibarkan bendera 'sang saka malaya' tu. Biadap sungguh depa ni semua. 

Seeloknya jatuhkan hukuman berat kepada depa yang tidak pandai menghormati orang lain ni. Taksub sangat dengan pemimpin depa sampai bertindak pun tanpa menggunakan akal. Malang betul nasib ibu bapa depa dapat anak biadap macam depa.

Kalau jatuhkan hukuman denda, denda banyak-banyak. Pakatan Pembangkang banyak duit. Dana depa peroleh daripada negara luar, daripada Israel. Lagipun, duit kerajaan negeri Selangor ada banyak. Setakat satu dua juta, perkara kecil saja.