Tuesday 30 April 2013

Belum Berkuasa DAP Dah Tunjuk Zalim

Tempoh kempen PRU-13 baru sahaja seminggu berlalu namun pemimpin pembangkang terutama sekali DAP sudah mula menunjukkan belang mereka apabila mengugut untuk menangkap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Alasannya ialah konon kerana Tun Dr Mahathir telah mengeluarkan kata-kata hasutan menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai perkauman.

Ugutan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam ceramahnya di Kluang, Johor itu mungkin dilihat satu perkara remeh bagi segelintir penyokong PR tapi hakikatnya itulah nawaitu sebenar pembangkang seandainya mereka diberi peluang berkuasa.

Dalam ceramah yang sama juga Karpal selaku suara rasmi DAP turut menegaskan pendirian parti itu untuk menghalang perlaksanaan hudud di negara ini, kenyataannya itu tentu sahaja sebagai peringatan kepada PAS.

Sehari dua kebelakangan ini PAS kembali menimbulkan polemik hudud dalam usahanya menarik kembali sokongan pengundi Melayu Islam, walau pun hakikatnya ia hanyalah retorik namun bagi DAP isu tersebut dikhuatiri boleh menjejaskan sokongan bukan Islam kepada DAP dan PR.

Berikutan itu ramai pemimpin DAP bangkit mempersoalkan kejujuran PAS selaku rakan dalam pakatan pembangkang kerana ia dilihat satu perlanggaran terhadap persetujuan bersama yang sepatutnya hanya fokus untuk mengalahkan BN.

Belum pun berkuasa DAP sudah berangan untuk menangkap orang itu dan ini, kemudian dengan selambanya mempersoalkan keazaman rakan sepakatan, maka tidak sukar dibayangkan tahap kezaliman yang bakal mereka lakukan dan betapa celarunya negara andai PR berada di singgah sana pemerintahan negara.

Apa pun, ini membuktikan laungan kebebasan dan ketelusan yang sering dilaungkan oleh PR hanyalah omongan kosong semata-mata dari sudut lain ia pastinya mengecewakan sesetengah penyokong PR yang selama ini sering diulit propaganda dan mimpi indah. - BeruangBiru

DAP Kata PAS Tak Boleh DiPercayai

Angin tiada ribut pun tidak, tiba-tiba sahaja Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez tampil mengingatkan orang bukan Islam supaya tidak memperjudikan nasib dengan mengundi PAS sambil menegaskan parti berlabel Islam itu tidak layak mendapat undinya.

Menurut Norman, "orang bukan Islam mesti sedar bahawa PAS akan melaksanakan apa yang digariskan sekiranya mendapat kuasa. Persoalannya adalah samada orang bukan Islam bersedia mengambil risiko dengan PAS?"

Dari kenyataannya itu jelas menggambarkan wujudnya keraguan mendalam di kalangan pemimpin DAP terhadap PAS.

Kebimbangan yang disuarakan pemimpin DAP Johor itu dipercayai berkait rapat dengan ura-ura Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din yang menegaskan PAS akan tetap melaksanakan hudud sekiranya PR memenangi PRU-13.

Walau pun hakikatnya apa yang diperkatakan PAS itu hanyalah retorik politik menjelang pilihan raya, namun bagi DAP ia tetap dianggap satu ancaman kepada pengaruhnya di kalangan orang bukan Islam.

Ia tidak mengejutkan kerana PAS dan DAP sedari dulu lagi memang tidak pernah serasi disebabkan masing-masing agak berbeza dasar dan arah haluan perjuangannya, ibarat air dan minyak yang tidak mungkin bercampur dan sebati hingga kiamat.

Dari sudut lain, DAP mempunyai sebab untuk meragui kejujuran PAS memandangkan parti berlabel Islam itu sebelum ini tidak pernah tetap pendiriannya dan acap kali bila PAS merasakan dirinya lebih kuat, bila-bila masa sahaja mereka sanggup mengkhianati rakan sepakatan.

Namun perkembangan terbaru ini tentunya bakal menambah lagi suhu kehangatan PRU-13, di masa yang sama senario ini secara langsung menonjolkan betapa rapuhnya kerjasama antara DAP, PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR). - BeruangBiru

Husam Biadap Hina Kakitangan Awam Rasuah

Kenyataan calon Pas bagi kawasan Parlimen Putrajaya kaitkan kematian Timbalan Ketua Pengarah yang ditembak mati kerana rasuah adalah biadap dan tidak tahu menghormati kematian arwah. Husam dilihat tidak berhati-hati dan tidak bertanggungjawab kerana sanggup menghina mangsa yang terkorban dengan mengaitkan dakwaan kerajaan korup dengan kematian yang berlaku beberapa hari lalu.

Dia turut mendakwa serangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein kepada beliau berhubung isu pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam seolah-olah ingin menutup maklumat mengenai kawalan keselamatan negara.

Beliau berkata Hishamuddin perlu berhenti untuk hanya mengeluarkan kenyataan sebaliknya menumpukan usaha menangkap individu yang bertanggungjawab menyebabkan kematian Datuk Shaharuddin Ibrahim. Hishamuddin sebelum ini membidas Husam kerana mendakwa pembunuhan Shaharuddin disebabkan kerajaan korup.

Tapi beliau menjawab bahawa ni bukan isunya, isu yang lebih besar,menurut beliau, sudah tiga hari kematian itu. Tapi penjenayah masih belum ditangkap. Apa masalahnya dengan Husam ini, subuk pula nak mengatur apa yang perlu dibuat, Ini mesti kes dekat Kelantan dulu dia tak buat kerja, lepas tu nak samakan menteri BN ni pun tak buat kerja.

Sebab itu dia lari ke Putrajaya, sebab nak tunjukkan konon-kononnya kerajaan tak efisien, padahal kenapa tak tanya diri sendiri kenapa lari ke Putrajaya? Kenapa tak pertahnkan sahaja kerusi di Kelantan tu?

Berani juga dia ni cakap Datuk Hisham nak sembunyikan kawalan keselamatan negara lepas serang dia tak tentu pasal. Bukan pada awalnya dia ke yang sibuk tak tentu pasal. Kematian itu dia yang pakai buat modal untuk politik sebab nak bangkitkan kemarahan rakyat la tu agaknya.

Siap bagi cadangan dekat Datuk Hishamuddin untuk fokus cari penjenayah tersebut. Cubalah cari sekali Husam ooiii, kan nak jadi wakil rakyat di Putrajaya, cubalah tunjuk hero sikit. Untung-untung dapat lah naikkan undi, itu pun kalau berjaya selesaikan lah kan.

Allahyarham Shaharuddin, 58, mati ditembak dua lelaki bermotosikal ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, Jumaat lepas. Itu baru crita Husam, cerita si Khalid gagap pun tak kurang hebatnya. dia berani perlekeh dasar gaji minima yang baru diumumkan kerajaan sambil mendakwa ia tidak akan dilaksanakan secara menyeluruh.

Malah dakwa Khalid, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mempunyai dasar yang jelas dalam menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh lebih tujuh juta pekerja di negara ini.

Namun penyandang Menteri Besar itu seolah-olah terlupa akan komitmen yang gagal dilaksanakan oleh kerajaan pembangkang di Selangor apabila segelintir penjawat awam negeri dinafikan hak untuk mendapat gaji minima RM1,500 yang ditawarkan.

Inilah orang cakap, lupa daratan. Sibukkan hal orang, hal sendiri lupa nak siapkan. Banyak juga pembangkang ni buat taik. Sudah-sudahlah tu, tak usah sibuk nak memerintah kalau benda kecil pun tak boleh tertunai.- BeruangBiru

Jika Tun Mahathir Ke-2 Terkaya di Dunia, Anwar Pertama?

Walaupun sudah bersara, Tun Mahathir kekal menjadi musuh utama pembangkang. Kesungguhan beliau membantu kempen Barisan Nasional dalam PRU-13 ini benar-benar menyesakkan dada pembangkang.

Sehingga ke satu tahap mereka tidak mampu menahan semarak aura Tun Mahathir dan tidak mampu juga untuk mematahkan kata-kata beliau, maka mereka bertindak melepas geram dengan mempersoalkan ajal beliau yang belum sampai. Mereka juga tidak mampu lagi menyembunyikan dendam peribadi terhadap beliau dengan menyatakan secara terbuka betapa cita-cita mereka untuk memenjarakan beliau sejurus berkuasa.

Serentak dengan itu, tentera siber mereka pun ditugaskan menyerang Tun Mahathir. Justeru, tersebarlah berbagai artikel untuk memburukkan beliau. Antara yang paling menarik ialah artikel yang menuduh beliau sebagai orang ke-2 terkaya di dunia seperti yang tertulis di sebuah blog pro-pembangkang:

Perkara yang paling aneh berlaku sehari yang lalu apabila nama bekas perdana menteri Malaysia, Mahathir Mohamad telah dengan misterinya dipadam dari senarai Wikipedia yang memberi maklumat tentang harta yang dimiliki oleh pemimpin semasa dan bersara di negara-negara serata dunia. Dengan menyebut 53 rujukan, Wikipedia telah menyenaraikan Mahathir sebagai bekas pemimpin negara yang kedua terkaya di dunia selepas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang memiliki sejumlah sekitar US $40 ke US$ 70 billion.

Kononnya, maklumat ini didapati dari Wikipedia, namun hilang sejurus selepas mereka melayarinya. Tidak pasti kenapa mereka mesti menyatakan maklumat tersebut hilang secara tiba-tiba. Apakah mereka cuba menggambarkan seolah-olah Wikipedia juga berada di bawah kawalan Tun Mahathir atau BN?

Sedangkan jika kita melayari Wikipedia berkenaan personaliti-personaliti politik di Malaysia, mahupun jika mencari maklumat mengenai mereka di ‘google search’ atau ‘yahoo search’, kita akan dapati bahawa kebanyakannya mengutamakan atau memaparkan maklumat yang cenderung berat sebelah di sebelah pembangkang. Justeru, di mana logiknya Wikipedia, google atau yahoo dikawal oleh Tun Mahathir atau BN.

Pelik juga apabila maklumat mengenai kekayaan Tun Mahathir ini hanya tersebar selepas beliau bersara dan menjelang pilihanraya ke-13. Sedangkan, selama 22 tahun beliau memerintah dan beberapa tahun kemudiannya setelah bersara, tiada pun yang mengungkit perihal kononnya beliau begitu kaya? Dengan begitu ramai musuh dan begitu hebat sekali ‘korupsi’ beliau sepertimana yang dituduh pembangkang, kenapakah tiada usaha dari pembangkang untuk membawanya ke mahkamah? Jika pembangkang boleh melakukan cubaan untuk menyaman beliau atas tuduhan memfitnah Anwar, kenapa tidak boleh mendakwa beliau atas tuduhan korupsi?

Jika alasannya ialah mahkamah tidak adil dan berada di dalam kawalan Tun Mahathir, kenapakah Anwar lepas bebas?

Oleh itu, pesan kita kepada pembangkang, sekiranya ingin memfitnah, sekurang-kurangnya, biarlah konsisten. Fitnah yang tidak konsisten mudah saja dikantoikan. Takkanlah dah terlalu banyak kali terkantoi pun masih belum belajar dari kesilapan lagi?

Mengikut senarai Forbes, orang yang ke-dua terkaya di dunia ialah Bill Gates dengan kekayaan berjumlah USD67billion. Tun Mahathir langsung tiada dalam senarai orang-orang kaya dunia.

Kehidupan Tun Mahathir juga membuktikan bahawa beliau tidaklah semewah mana. Tanpa gelaran Bekas Perdana Menteri dan Penasihat Petronas, segala kemudahan yang dinikmatinya dari segi perjalanan dan lain-lain tentulah sukar baginya. Namun, tentulah bohong juga jika dikatakan Tun Mahathir miskin. Jika benar beliau miskin maka tentulah satu penangan yang memalukan bagi Malaysia sebagai sebuah negara yang makmur. Tentulah ada yang tidak kena dengan negara ini jika bekas Perdana Menteri yang begitu banyak berjasa, bertaraf negarawan dan berdiri sebaris dengan pemimpin dunia akhirnya hidup dalam kemiskinan setaraf rakyat biasa.

Tidak kira betapa kaya atau miskinnya Tun Mahathir, apa yang pasti ialah beliau belum mampu memiliki atau menyewa jet peribadi dan helikopter seperti Anwar Ibrahim sekadar untuk berkempen. Namun, bohong juga jika dikatakan beliau tidak mampu tinggal di hotel mewah di luar negara. Pun begitu, beliau tidaklah sehebat Anwar yang mampu melakukannya beratus kali setahun dengan wang sendiri.

Jangan lupa bahawa Anwar keluar negara selalunya bukan atas jemputan, tetapi atas inisiatif sendiri untuk memburukkan negara ini. Berbeza dengan Tun Mahathir di mana kebanyakan perjalanan beliau adalah atas jemputan dan segala kos yang terbabit ditanggung pihak yang menjemput.

Oleh itu, jika Tun Mahathir dikatakan ke-dua terkaya di dunia, di mana pula kedudukan Anwar? Lebih dari itu, di mana pula kedudukan Bill Gates? Atau Carlos Slim Helu, iaitu orang yang terkaya di dunia pada ketika ini mengikut senarai Forbes?

Apakah pembangkang cuba menyatakan bahawa ‘Forbes’ juga dikuasai oleh Tun Mahathir kerana tidak memaparkan senarai sebenar? - BeruangBiru

SOKONGAN TERHADAP BN MELONJAK, PEMBANGKANG BAKAL KECUNDANG

Kurang tujuh hari sebelum hari mengundi pada 5 Mei 2013, lonjokan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional semakin mantap dan kukuh.

Di mana sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjejakkan kaki untuk berkempen dan bertemu rakyat, beliau di sambut dengan penuh kemeriahan dan keceriaan.

Ini merupakan satu indikasi amat positif bahawa rakyat sudah sedar bahawa BN sesungguhnya ikhlas apabila ia menyatakan iltizam untuk berubah menjadi kerajaan yang lebih prihatin, telus, bertanggungjawab dan dinamik.

Sokongan padu rakyat juga mencerminkan bahawa agenda transformasi yang digerakkan oleh Datuk Seri Najib diterima baik oleh rakyat dan ini dizahirkan dengan respons pro-aktif kepada calon-calon BN di seluruh negara sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke 13.

Kemungkinan BN menang besar dengan mendapat kembali majoriti dua pertiga di dalam Dewan Rakyat tidak boleh dinafikan lagi.

Bagaimanapun keadaan yang sama tidak boleh digambarkan bagi pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR, Pas dan Dap malah apa yang berlaku di dalam kancah politik Pakatan Rakyat adalah amat berbeza sekali dengan situasi yang dialami BN.

Pakatan Rakyat semakin goyang dan pakatan yang digembar gemburkan selama ini hanyalah satu khayalan atau 'marriage of convenience'.

Keadaan di dalam pembangkang sebenarnyya amat parah kerana sejak dari mula diasaskan sebagai Pakatan Rakyat ketiga-tiga parti sentiasa bertelagah dari segi ideologi.

Isu pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan oleh Pas sentiasa menjadi duri dalam daging dalam pakatan pembangkang.

Dap dengan disokong PKR tetap menentang sebarang usaha Pas untuk memghidupkan impiannya melaksana hukum jenayah Islam jika pembangkang berkuasa.

Malah pemimpin Dap Karpal Singh telah menyatakan parti itu bersama PKR akan menentang niat Pas untuk meminda Perlembagaan bagi melaksanakan hukum hudud.

Pas, PKR dan Dap hanya berkongsi kebencian mereka terhadap UMNO dan BN dan perasaan inilah yang menjadi tali politik yang mengikat perpaduan longgar mereka.

Selain daripada tidak ada apa-apa persamaan yang membolehkan pakatan tersebut bertahan lebih lama sehingga lepas PRU13.

Ini kerana Pakatan Rakyat hanya wujud untuk mendapatkan kuasa politik bagi kepentingan pemimpin-pemimpin pembangkang dan bukannya diasaskan untuk memperjuangkan nasib serta kebajikan rakyat.

Perbalahan Pas dan PKR umpamanya amat serius sehingga di tujuh kawasan parlimen serta dewan undangan negeri, calon daripada kedua-dua parti berlawanan antara satu sama lain.

Malah Presiden Pas Abdul Hadi Awang memperlekehkan calon-calon PKR yang mana ada di antara mereka dakwa beliau terlibat dalam penjualan pil kuda, menyokong fahaman komunis dan Marxist serta tergolong dalam kumpulan haru.

Dap juga tidak sunyi daripada masalah dalamannya di mana beberapa pemimpinnya bertindak bertanding sebagai calon bebas di Johor dan Melaka.

Percanggahan ideologi antara Pas, PKR dan Dap serta pendirian berbeza dalam beberapa isu penting yang melibatkan hak-hak orang Melayu dan agama Islam juga kini dipertikaikan rakyat.

Dalam isu kalimah Allah, Pas sehingga kini tidak dapat memberikan penjelasan yang memuaskan kepada penyokong dan rakyat bagaimana parti itu boleh tunduk kepada tekanan PKR dan Dap supaya kalimah itu boleh digunapakai oleh penganut Kristian dan kitab Injil.

Penyokong Pas melihat kepimpinan parti itu telah menjual maruah dan harga dirinya kepada Dap kerana sanggup berkompromi berhubung perjuangan 'Negara Islam'.

Kini dalam pakatan Pas tidak lagi boleh menyebut tentang negara Islam tetapi hanya sekadar 'Negara Berkebajikan'.

Begitu juga skandal video seks yang membabitkan Setiausaha Agung Pas, Mustapa Ali yang sehingga kini sunyi senyap.

Adakah langkah Abdul Hadi yang memilih untuk melakukan sembahyang hajat daripada menyiasat kesahihan video tersebut sengaja untuk menutup kerosakan moral dan akhlak pemimpinnya?

Pemimpin pakatan, Anwar Ibrahim juga tidak habis-habis dengan cerita skandal di sana sini yang hanya membuktikan pembangkang tidak langsung mempunyai kelayakan bukan sahaj dari penilaian kemampuan tetapi juga kredibiliti dari segi moral dan akhlak.

Laungan dan teriakan pembangkang menuju ke Putrajaya seperti yang mereka bertempik selama ini nampaknya semakin jauh kedengaran dan sampai ke 5 Mei nanti suara itu terus tidak kedengaran langsung. - BeruangBiru

RED BEAN ARMY UGUT ROGOL DAN BUNUH

Siapa sangka mereka yang selama ini mengatakan sebagai pejuang kepada hak kebebasan bersuara, sebenarnya secara diam turut menguna pakai startegi komunis dan gestapo untuk menakut-nakutkan rakyat. Inilah realiti politik yang ada di dalam DAP apabila mengunakan politik paling kotor dan hina demi kepentingan politik perkauman yang sempit.

Isu yang ingin dibincangkan adalah mengenai kumpulan cybertaroppers DAP yang dikenali sebagai ‘Red Bean Army’ yang berfungsi untuk menyerang, menghina, mengugut mana-mana kumpulan atau individu yang dilihat cenderung kepada BN/Umno. Ia bukanlah satu dakwaan semata-mata, kerana terdapat bukti yang jelas di samping pengakuan khusus dari bekas pemimpin DAPSY (Pemuda DAP) Shen Yee Aun.

Beliau ketika ditemui menjelaskan kumpulan pencacai tersebut ditubuhkan khusus untuk mewujudkan gerakan persepsi di kalangan maysrakat kononnya pakatan diterima oleh majoriti rakyat. Ia adalah merupakan sesuatu yang serius, kerana mereka yang menyatakan sokongan kepada BN/Umno akan diserang dengan ‘kejam’ oleh siber buli khususnya kepada masyarakat Cina.

Gambaran yang cuba diberikan, kononnya orang Cina mesti berdiri menentang Barisan Nasional. Ia adalah satu trend yang berbahaya dan jika tidak ditangani dengan betul kumpulan cybertroopers ini akan menjadikan golongan awam sebagai mangsa serangan.

Contohnya, Datuk Seri Michelle Yeoh seorang selebriti yang telah dijadikan sebagai mangsa dan sasaran dengan sumpah seranah dan cacian hanya kerana menyokong BN. Beliau yang pulang ke tanahair baru-baru ini, mengatakan bahawa dia benar-benar percaya dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan merupakan orang yang terbaik untuk memimpin negara.

Seterusnya seorang wanita yang merupakan ahli jawatankuasa sebuah pertubuhan NGO telah dilemparkan dengan pelbagai bahasa kesat. Tidak cukup dengan itu wanita itu turut diugut untuk dirogol dan di bunuh hanya kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak selari dengan pendirian pakatan pembangkang.

Dan yang terbaru, artis popular tanahair Azhar Sulaiman turut menjadi mangsa tindakan rakus dari Red Bean Army. Facebook beliau yang baru-baru ini mencetuskan kekecohan berikutan videonya yang mengutuk kepimpinan pakatan rakyat telah digodam oleh mereka yang tidak dikenali. Ia kerana Azhar secara terang-terangan menunjukkan sokongan kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Azhar telah memuat naik status di laman Twitternya, dengan menulis, “Facebook Saya Telah Di Hacked.Kurang Ajar!!!! Pakatan Rakyat Halang Hak Saya Untuk Bersuara-Ini Demokrasi dan Freedom Of Speech ??”

Menurut Shen, beberapa minggu lalu beliau telah membuat laporan polis berhubung isu tersebut. Sejurus selepas itu laporan juga telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi memantau dan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Ia disebabkan kerana ugutan yang berterusan diterima oleh seorang pelajar dari Universiti Monash yang muncul dalam Youtube pro-kerajaan. Shen turut menjelaskan sebagai salah seorang mantan pimpinan DAPSY beliau menerima tekanan yang paling dasyat.

Selain ugutan, mereka turut mencuri kenderaan yang dia gunakan setiap kali hadir ke program-program ceramah. Malah rakan-rakannya turut diugut dan diancam dengan kata-kata kesat.

“Mungkin kerana tidak tahan dan takut, ada di antara mereka yang telah mula menjauhkan diri daripada saya. Mereka turut mengatakan saya sebagai Perkasa Cina” katanya ketika ditemui. - BeruangBiru

Undi Saya Bukan Untuk Pas - DAP Johor

Ekoran desakan yang begitu kuat di kalangan penyokong dan pengikut akar umbi Pas, akhirnya pimpinan tertinggi Pas akhirnya terpaksa mengeluarkan kenyataan berhubung Hudud sehingga menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati dikalangan pimpinan DAP dan PKR. Seorang demi seorang pemimpin DAP terus menyuarakan bantahan terhadap PAS dan agenda hudud yang bakal dilaksanakan sekiranya PR memang PRU13.

Sebelum ini Norman Fernandez, Timbalan Pengerusi DAP Johor, telah mengeluarkan kenyataan agar rakyat khususnya di Johor agar tidak mengundi Pas kerana curiga dengan keikhlasan parti itu dalam perjuangan pakatan pembangkang. Malah dia turut mendesak agar DAP untuk sgera keluar daripada pakatan pembangkang selagi Pas masih menganggotainya.

“Saya akhirnya telah memutuskan bahawa Pas tidak layak mendapatkan undi saya. Penganut bukan Muslimin harus sedar apa yang bakal dilakukan oleh PAS jika ia diberi kuasa... DAP mesti sedar bahawa Pas bukan lagi sebuah rakan yang amanah dan boleh diharapkan. DAP harus mempunyai keberanian untuk mengaku hakikat ini,” katanya sebelum ini.

Tidak cukup dengan itu, Norman turut menyelar Ketua Pemuda Pas Johor sebagai 'fanatik agama'. Malah dia turut mengingatkan pengundi bahawa Suhaizan telah membuat deklarasi yang melarang orang Islam mengucapkan ‘Selamat Hari Krismas’ kepada orang Kristian.

Terbaru ahli jawatankuasa DAP Kedah S Neelamekan, turut mengambil pendekatan yang sama dengan membuat kenyataan terbuka membantah rancangan Pas untuk menubuhkan negara Islam. Dia yang menyifatkan Pas sebagai sebagai "berbahaya" turut mengatakan "Satu-satunya cara kita boleh menghentikan ini adalah untuk menghentikan Pas.

"Saya pasti tidak akan mengundi PAS dan saya menggesa ahli-ahli DAP dan rakyat Malaysia untuk melakukan perkara yang sama. Parti itu tidak layak undi kami, "katanya.

Walaupun pimpinan ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang itu, sebelum ini mengatakan mereka telah sepakat untuk mengarahkan semua pimpinan parti masing-masing agar tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hudud sehingga pendirian bersama mengenainya dibuat.

Namun nyata mereka gagal untuk memastikan arahan tersebut dipatuhi oleh pimpinan di peringkat negeri.

Kesimpulannya, walaupun pakatan pembangkang enggan mengaku, namun hakikat dan realitinya gabungan parti yang mendukung ideologi yang berbeza itu semakin goyah akibat tiada persefahaman. Pertelagahan merebut kerusi juga masih belum diselesaikan sehingga Pengerusi DAP Kedah telah menyuarakan ketidakpuasan hati beliau semalam. - BeruangBiru

Bibit-bibit 13 Mei Telah Bermula

Pilihanraya berdarah 1969 merupakan satu pengajaran keras yang tidak harus dan tidak akan dilupakan oleh rakyat Malaysia. Orang yang bijak pasti tahu bahawa mereka yang melupakan sejarah akan terpaksa melalui yang sama berkali-kali.

Bagaimanapun, setelah bertahun berlalu dalam suasana aman dan makmur, segala trauma dari tragedi tersebut, walaupun tidak pernah dilupakan, mula kelihatan bagai sebuah mimpi yang ngeri.

Pun begitu `jauh di dalam minda kita, kita sentiasa waspada kalau-kalau sejarah itu berulang, terutamanya sejak pemecatan Anwar Ibrahim. Sejak pemecatannya, beliau terus mengancam negara ini dengan drama ganas setiap kali melihat ‘peluang’ untuk berbuat demikian. Dan setiap kali juga, drama itu menyegarkan kembali ingatan terhadap tragedi 13 Mei.

Reformasi, Bersih atau apa jua nama demonstrasi yang didalanginya, matlamatnya adalah jelas iaitu untuk mencetuskan huru-hara, ketidakstabilan dan krisis. Kita pasti, sekiranya beliau kalah lagi dalam PRU kali ini, maka bagi Pakatan Rakyat, anarki adalah perlu untuk memastikan impiannya menjadi Perdana Menteri tercapai.

Beliau tahu bahawa impian tersebut tidak begitu sukar untuk dicapai dengan DAP, yang menjadi dalang utama tragedi 13 Mei, berada di pihaknya.

Mengimbas sejarahnya, tragedi tersebut tercetus apabila DAP tidak lagi mampu menyembunyikan warna sebenar mereka sebagai rasis dan chauvinis Cina. Sejak azali lagi, parti DAP lahir dan hidup atas kebencian terhadap Melayu, kerajaan, Sultan dan apa saja yang merujuk kepada perkara-perkara ini.

Sebelum pilihanraya 1969 yang diadakan pada 10 Mei, keadaan sudah pun mula tegang berikutan tempoh berkempen yang panjang iaitu 21 hari. Tempoh itu digunakan sepenuhnya oleh pembangkang (DAP, Gerakan dan PPP) untuk mempromosi perkauman, kebencian, prasangka, keraguan serta keangkuhan kerana kejayaan mereka menguasai ekonomi negara ini. Mereka juga menghina dan memperlekehkan Melayu yang ketinggalan jauh di belakang.

Bertitik tolak dari situ, keputusan PRU kemudiannya menyaksikan Perikatan kehilangan majoriti 2/3 iaitu pengurangan jumlah kerusi Parlimen dari 89 kepada hanya 66. Gabungan pembangkang Cina memenangi 25 kerusi manakala PAS 12.

Pembangkang menganggap keputusan tersebut sebagai kemenangan di pihak mereka, atau sekurang-kurangnya di Kuala Lumpur. Maka, pada 13 Mei, mereka pun mengadakan perarakan lengkap dengan penyapu yang diikat di kenderaan sebagai simbol ingin ‘menyapu bersih’ Melayu dari bandar itu. Mereka turut melaungkan kata-kata kesat dan mendabik dada bongkak terhadap Melayu.

Pertumpahan darah berlaku apabila mereka gagal mengawal diri dan berarak memasuki kawasan Melayu, iaitu Kampung Baru, untuk mempamerkan keangkuhan mereka. Jelas, mereka telah tersilap congak akan tahap kesabaran kaum Melayu yang selama ini dilihat lemah lembut dan suka mengalah. Mereka tidak menyangka bahawa kaum Melayu akan bangkit melawan mereka.

Dalam sekelip mata, Kuala Lumpur pun menyaksikan Cina dipancung, Melayu ditikam, rumah dibakar dengan sekeluarga di dalamnya, kereta dimusnahkan dan sebagainya. Dalam satu kejadian, kongsi gelap Cina telah mengarahkan semua kaum Cina keluar dari panggung wayang sebelum mereka masuk ke dalam dan membunuh semua Melayu. Keadaan huru-hara ini pantas merebak ke luar Kuala Lumpur terutama di bandar di mana terdapat ramai kaum Cina.

Maka, darurat pun diisytiharkan di Kuala Lumpur. Pasukan keselamatan seramai 2000 dari Rejimen Askar Melayu DiRaja dan 3600 polis dikerahkan untuk mengawal keadaan. 300 keluarga Cina dipindahkan ke pusat pelarian di Stadium Merdeka dan beberapa tempat lain bagi memastikan keselamatan mereka.

Pada 16 Mei, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan dengan perkenan YDP Agong, Sultan Ismail Nasiruddin Shah diketuai oleh Tun Abd. Razak. Dengan Parlimen digantung, maka Mageran memegang kuasa tertinggi selama 18 bulan. Mageran telah memperkenalkan langkah keselamatan bagi memulihkan keadaan termasuk menubuhkan pasukan sukarelawan, tentera sempadan dan battalion pasukan polis. Keadaan pulih secara perlahan-lahan.

Laporan rasmi menunjukkan kematian berjumlah 196 orang, cedera 439, hilang 39 dan ditahan 9143. Bagaimanapun ramai yang percaya bahawa jumlah kematian adalah jauh lebih tinggi. Angka-angka lain yang signifikan dalam sejarah ini ialah jangka masa kempen yang panjang iaitu 21 hari, serta keganasan yang bermula pada hari ke-3 selepas pilihanraya.

Sehingga ke hari ini, DAP terus konsisten menuduh UMNO sebagai dalang dan sebagai rasis kerana masih mengingati tragedi itu.

Soalnya, bagaimana UMNO boleh melupakannya jika DAP masih lagi membawa sikap perkauman yang sama sejak 1969 sehingga kini? Bukankah jelas bahawa orang-orang yang bijak tidak akan melupakan sejarah?

Ia mungkin satu kebetulan bahawa Pilihanraya ke-13 ini yang digelar sebagai ‘ibu kepada semua pilihanraya’, diadakan dalam bulan yang sama iaitu bulan Mei. Tetapi, kejadian bom di ceramah, letupan di bilik gerakan, pukul dan belasah serta kata-kata kesat termasuk membangkitkan semangat perkauman yang sedang dilakukan oleh DAP tidak mungkin satu kebetulan. Malah, ia memperlihatkan seolah-olah semua ini adalah dirancang. Dalam kata lain, seolah-olah ada percubaan untuk mengulangi sejarah 13 Mei 1969.

Hanya beberapa hari lepas, kita dikejutkan dengan pembunuhan pegawai tinggi kastam dengan tembakan. Ia mungkin tiada kena mengena dengan pilihanraya, namun kita tidak boleh menolak sebarang kemungkinan.

Penggunaan bahan letupan dan pembunuh profesional bukanlah cara Malaysia. Malaysia mungkin telah melihat jenayah ganas tapi bukan dengan cara ini. Jenayah sebegini pastinya dirancang rapi dengan dana yang banyak.

Maka, berbalik kepada Anwar Ibrahim, Raja Drama yang mempunyai hubungan akrab dengan puak Neo-con. Pihak Neo-con sudah terdedah sebagai dalang di belakang kejatuhan beberapa pemimpin dan kerajaan di beberapa negara seawal 1940-an lagi. Objektifnya ialah menguasai sumber negara tersebut, lokasi yang strategik dan seterusnya memerintah dunia. Ini dilakukan melalui rangkaian yang kompleks dalam bentuk NGO, agen, alat dan boneka yang telah dilatih, dibentuk, ‘dicipta’ dan ‘dipasang’ di negara-negara sasaran.

Modus Operandi mereka adalah sama dengan strategi perjuangan Anwar iaitu memburukkan kerajaan sedia ada, mengadakan demonstrasi jalanan yang kemudiannya bertukar menjadi ganas.

Kita telah pun menyaksikan perkara yang sama berlaku di negara-negara Arab, yang mana dirujuk sebagai ‘Arab Spring’. Kerajaan negara itu jelas telah gagal menangani ‘serangan’ oleh NGO, agen dan alat-alat Neo-con yang menyamar sebagai pejuang kebebasan, pertubuhan hak asasi serta parti politik. Akibatnya, satu demi satu negara Arab jatuh dengan pantas, bagaikan kesan domino.

‘Arab Spring’ inilah yang menjadi impian Anwar dan beliau tidak pernah menyembunyikannya. Beberapa kali beliau dilaporkan menyebutnya di dalam wawancara dan kenyataan dalam media antarabangsa. Antaranya, Financial Times pada 13 Januari 2013, Anwar berkata “Malaysia Spring dalam persiapan untuk berlaku. PR pasti menang mana-mana pilihanraya yang bersih”. Pada 24 Februari 2013 di Bangkok, Inter Press Service melaporkan Anwar berkata “Arab Spring adalah berguna bagi dunia Islam.” Dan pada 15 April 2013, kepada US business Channel, CNBC, mungkin menyedari kenyataannya sebelum ini adalah ‘silap’, maka Anwar meringankan sedikit nadanya dengan berkata, “Peralihan dalam demokrasi dilakukan melalui pilihanraya maka kita tidak boleh membandingkan Malaysia dengan Timur Tengah atau Arab Spring”.

Dengan hakikat impian ‘Malaysia Spring’ Anwar, dan DAP yang sarat dengan kebencian yang meluap-luap, serta dengan PAS yang mengalami kecelaruan emosi, ekstremisme rambang dan kesetiaan buta tuli, ditambah lagi dengan dana yang tiada hadnya dari pihak Neo-Con, maka tidak mustahil bahawa pengulangan sejarah 13 Mei kini berada dalam pembikinan.

Jika difikirkan, slogan pembangkang sendiri, iaitu ‘Ini Kalilah’ dengan sendirinya menggambarkan maksud yang jauh lebih besar dari sekadar ‘sebuah pilihanraya yang paling penting’. ‘Ini Kalilah’ seolah-olah tiada pilihan, iaitu hanya sekali ini sahaja dan buat kesekian kalinya.

Oleh itu, bukanlah satu paranoia atau tokok tambah jika dikatakan bahawa keganasan yang berlaku dalam kempen pilihanraya kali ini hanyalah permulaannya. Satu keganasan yang jauh lebih besar dan serius dijangka berlaku pada hari pengundian, sepertimana yang didedahkan oleh bekas pemimpin DAP yang telah meninggalkan parti itu.

Tetapi jika kita melihat kembali sejarah 1969, hari ketiga selepas pilihanraya adalah hari yang benar-benar bahaya di mana kemenangan atau kekalahan boleh saja menjadi punca.

Adakah kita sudah bersedia? - BeruangBiru

Wednesday 17 April 2013

Zuraida sahkan surat palsu Yusuf Qardhawi wujud?

Pilihan raya dah semakin dekat, dan pemimpin pembangkang mula terdesak mengumpul sokongan demi memastikan mereka terus dapat memegang tampuk kuasa dan angan-angan ke Putrajaya.

Ternyata apa yang dikatan Zul Nordin menjadi kenyataan apabila Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin mula "menjual" cerita ulama dunia Dr Yusuf Qardhawi memberikan surat kepada Anwar Ibrahim dan mengatakan hanya Anwar yang layak memerintah Malaysia.

Dr Yusuf Qardhawi tidak mengundi di Malaysia lah Zuraidah!

Ia dilihat strategi Pakatan Rakyat untuk menarik undi kumpulan pengundi Melayu dengan menggunakan sentimen ulama dan agama. Mungkin mereka terdesak sehingga terpaksa menunjukkan seolah-olah mendapat sokongan orang luar.

Atau mereka tidak percaya dengan ulama negara ... yalah, semua ulama dah mula menolak PAS, dan ulama PAS pula tak boleh harap. Sudah-sudahlah Zuraidah ... ingatlah nasib bertanding pun belum tentu menang di kerusi Ampang.

Rakyat Malaysia bukan bodoh sangat nak percaya bulat-bulat apa yang diperkatakan Zuraidah. Mungkin Dr Yusuf Qardhawi sendiri pun tak tahu ila dia keluarkan surat itu. Saja si Zuraidah ni nak jaja cerita.

Zulkifli Noordin sebelum ini mendakwa Pakatan Rakyat akan menyebarkan risalah palsu yang mendakwa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan ulama terkenal dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Beliau turut mendakwa menerima salinan risalah bertarikh 2 Mac, didakwa sebagai surat dari ulama berkenaan yang mengandungi sokongan kepada Anwar.

Menggunakan nama Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi ini merupakan politik terdesak Anwar untuk ke Putrajaya. Rakyat Malaysia jangan tertipu dengan risalah palsu yang merupakan taktik kotor pembangkang.

Perlumbaan untuk menggunakan nama ulama besar tersebut dalam kempen politik di Malaysia bermula apabila kumpulan penyokong Anwar giat menyebarkan rakaman berhubung fatwa yang dikeluarkan Dr Yusuf terhadap pertuduhan Liwat II yang dihadapi oleh ketua pembangkang.

Anwar dalam ceramahnya juga sering mengulangi fatwa oleh Ketua Ulama Islam Sedunia itu, bahawa sesiapa yang membantu menyebarkan berita fitnah tersebut maka jatuh hukumnya sebagai fasik.

Sibuk-sibuk Zuraidah mengesahkan kewujudan surat berkenaan, pemimpin PAS pula menolak campurtangan orang luar dalam arena politik negara.

Mana satu ni? Siapa punya cakap kita boleh percaya? pening-pening

Kemudian bila bertelagah sesama parti komponen, buat mesyuarat dan keluar satu resolusi "bersetuju untuk tidak bersetuju." - BeruangBiru

500,000 rakyat Selangor seranah Khalid Ibrahim

Kelemahan Khalid Ibrahim mentadbir Selangor semakin jelas apabila gagal menangani isu air di Selangor sehingga menyebabkan rakyat mengalami kesukaran menjalankan urusan seharian. Kumpulan ahli perniagaan mula merungut apabila terpaksa menanggung kerugian ekoran masalah air yang tidak dapat diselesaikan Khalid, sedangkan air adalah sumber utama bukan sahaja untuk perniagaan, tetapi juga kepada rakyat biasa.

Kedegilan Khalid apabila lebih rela mempolitikkan isu air daripada menyelesaikannya amat dikesali rakyat Selangor, malah beliau juga telah membuatkan rakyat Selangor semakin menyampah dengan Pakatan Rakyat. Khalid pula sibuk menyalahkan Umno dan Barisan Nasional (BN) serta menjadikan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sebagai mangsa sedangkan puncanya adalah kelemahan pentadbiran beliau sendiri.

Beliau juga seringkali menafikan Selangor tidak mempunyai masalah air, sedangkan 500,000 penduduk Selangor terseksa apabila tidak menerima bekalan air selama empat hari. Daripada menyelesaikan isu air Khalid pula sebaliknya meluluskan pembinaan projek solar : SOLAR PHOTOVALTAIC POWER PLANT yang kosnya mencecah RM 1 bilion.

Lebih mengejutkan, projek itu dilaksanakan melalui runding terus yang melibatkan kepentingan pemimpin DAP seperti Teresa Kok menerusi proksinya seorang ahli DAP, Kok Chee Keong yang mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut, dan diluluskan hanya dalam tempoh lapan hari selepas dicadangkan.

Mungkin Khalid mempunyai masalah membuat pilihan ataupun sengaja memekakkan telinga untuk menyelesaikan maslaah air penduduk Selangor. Bukan sehari dua isu air ini menjadi perhatian rakyat, sebaliknya pentadbiran Khalid cuba menyalahkan Syabas apabila menuduh syarikat konsesi air itu gagal menjalankan tanggungjawab sedangkan beliau telah menghalang syarikat itu menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan.

Kemudian keluarkan idea untuk teknologi membran dan lebih teruk lagi nak beli Syabas. Apa cerita teknologi membaran? Apa cerita nak beli Syabas? Mana satu pilihan Khalid juga tidak dapat dipastikan ... makin caca marba pentadbiran Khalid. Kerajaan Negeri Sembilan cuba membantu namun ditolak mentah-mentah.

Bodoh sombong. itulah yang paling tepat untuk Khalid, lebih mementingkan diri sendiri daripada kepentingan rakyat. Mungkin bila rumah beliau sendiri tiada air baru menyesal tidak diteruskan Projek Langat 2. - BeruangBiru

Raja Drama Anwar Ibrahim terus Burukkan Negara Di Mata Asing

Anwar Ibrahim nampaknya semakin tidak waras dan untuk ingat pada asal usul di mana dia dilahirkan dan dibesarkan pun semakin terhakis menipis. Mungkin dia lebih selesa dan seronok untuk tidak berada di negara yang sudah cukup permai dan sentosa seperti Malaysia ini.

Menurut Anwar, Malaysia ini sudah menjadi sebuah negara yang tidak lagi selamat untuk didiaminya, alasannya kerana ada pihak yang cuba untuk membunuh beliau. Itu diucapkan Anwar dalam sebuah wawancara bersama FT.com di Paris.

Dan di situ juga Anwar Ibrahim mengambil peluang untuk terus memburukkan negara sambil mengeluarkan fakta-fakta yang salah tentang Malaysia kepada wartawan asing. Beliau juga berkata program “affirmative action” untuk mengurangkan jurang ekonomi antara kaum adalah hasil idea beliau.

Seronok betul mengaku sesenang hati, orang lain membanting tulang nak melaksanakan, dia pula menjaja nama. Sudahlah dituduh Malaysia bukan negara demokrasi yang sebenar.

Nak demokrasi bagaimana lagi, nak Bersih kita bagi sampai tiga siri. Nak berhimpun kita sediakan tempat. Sampaikan nak berkempen pun, kita dah bagi peluang bentang manifesto selama 10 minit dalam tv. Tapi, ditolaknya mentah-mentah.

Yang dia nak, reformasi....jangan jadi seperti Arab Spring sudahlah. Malaysia dah cukup aman dan makmur. Cuma ada pihak yang suka buat huru hara cucuk isu kaum. Beliau juga menuduh sistem kehakiman Malaysia sebagai kejam dan berkata beliau telah diseksa dalam penjara, dan ramai lagi pesalah-pesalah yang diseksa dalam penjara di Malaysia.

Itu tuduhan, yang dia punya auta tak kira pula. Diberi racun arsenik lah, disuntik darah HIV lah, sakit tulang lah. Tapi, sampai sekarang masih sihat berkempen berceramah jauh lewat malam.

Kalau diikutkan, sudah arwah insan bernama Anwar Ibrahim ini. Tahap arsenik 77 kali ganda dalam badan, sepatutnya beliau akan serta merta mati.
Disuntik darah HIV, tiga tahun paling lama untuk hidup..sampai sekarang ok lagi..

Sakit tulang belakang, ehhh...atas pentas bukan main lincah menari.. Memang Drama King! Dalam wawancara tadi tu, Anwar kat beliau lebih selesa berada di luar negara kerana tidak perlu bimbang diganggu atau dibunuh.

Kenapa tak duduk sahaja diam-diam di luar negara, duduk bermastautin di sana. Rehat cukup-cukup dari penyakit yang kat atas tadi. Tapi ni masih ligat lagi pergi seantero Malaysia, tak ada yang nak membunuh pun... Kamu yang nak bunuh diri kamu sendiri saudara Anwar Ibrahim..

Jangan nak berdrama lagi, sudah-sudah lah tipu diri sendiri. Sampai bila nak begini.- BeruangBiru

Tak habis-habis penyokong pembangkang keluar parti

Sebelum ini 600 ahli PKR Kuantan, termasuk penggerak jentera Fuziah Salleh meninggalkan PKR. Kali ini giliran 100 ahli PAS dan PKR kawasan Anwar Ibrahim di Permatang pauh meninggalkan parti dan ini menjadikan Anwar semakin tertekan untuk bertanding di sana. Sudahlah Papagomo juga akan bertanding di sana, ditambah dengan tindakan keluar parti itu, Anwar semakin gelabah. Penyokong Anwar itu juga sah menyertai Umno sejurus meninggalkan Pakatan Rakyat. Orang sendiri pun sudah tidak ingin lagi degan Anwar.

Mereka beramai-ramai menyerahkan borang menyertai UMNO di hadapan Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said. Mereka yang terdiri daripada golongan muda pembangkang di kawasan Parlimen Permatang Pauh dilihat memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) kerana tidak lagi sebulu dengan pimpinan parti.

Kesemua 100 Pemuda Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari cawangan Titi Timbul dan Kubang Hulu di sini mengisytiharkan diri keluar dari parti itu dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd. Said berkata, kesemua bekas ahli pembangkang itu bertindak keluar parti selepas kecewa dengan wakil rakyat pembangkang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dan Penanti yang didakwa mengabaikan soal kebajikan penduduk di kawasan itu.

Kelemahan kepimpinan dan mengabaikan tanggungjawab juga menjadi perkara pokok kenapa mereka tinggalkan pembangkang.

Malah, permohonan bantuan untuk bina surau pun tiada di negeri Pulau Pinang dipimpin Guan Eng itu apabila permohonan mereka ini diabaikan setelah berjanji untuk membina surau bagi penduduk flat di sana.

Sebelum ini 100 ahli Pas dari Kampung Pening Lalat, Gual Tokdeh menyertai Umno selepas kecewa dengan sikap pemimpin parti itu yang disifatkan semakin bongkak.

Borang keahlian mereka diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim dalam Majlis Selamat Tinggal Pas di kampung tersebut.

Jelas mereka rasa terhina dengan kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan bantuan Kerajaan Pusat seperti memberi makan ayam dan lembu.

Perubahan prinsip Pas semakin berubah sejak bersekutu dengan DAP dan PKR sehingga sanggup menggadai akidah orang Islam terutamanya dalam isu kalimah Allah juga menjadi punca mereka meninggalkan PAS.

Keangkuhan Nik Aziz juga menurut bekas penyokong itu semakin jelas apabila mengeluarkan kenyataan menghina terhadap sesama manusia sedangkan beliau sendiri tidak memberi apa-apa bantuan kepada rakyat. - BeruangBiru

Pemimpin Pembangkang Masih Guna Sentimen Yusuf Qardhawi

Mutakhir ini, ramai menjadi saksi pertelingkahan dan perbalahan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) melibatkan ketiga-tiga buah parti komponen pakatan pembangkang itu. Antara kes yang terbaru sekarang ialah berkenaan perebutan kerusi di antara PAS, DAP, dan PKR. Masing-masing berebut nak kan kerusi di tempat yang diidamkan. Apa lagi sekarang PSM dah mula mengorak langkah untuk bergabung dengan Pakatan Rakyat membentuk satu lagi komponen dalaman.

Tetapi, ramai mana pun yang bergabung dalam PR nampaknya parti itu gagal mencapai kata sepakat dan perpaduan. Ini dilihat sebagai satu kelebihan untuk BN menyusun strategi dalam memastikan pilihan raya kali ini memberi kelebihan untuk mereka.

PR kerap begaduh dan berbalah, tak masuk lagi perbalahan dalam PKR sendiri, sesama ahli sahaja dah berbulu. Calon mana-mana kerusi pun masih belum dapat diperhalusi inikan pula nak tentukan siapa yang selayaknya jadi Perdana Menteri jika mereka berjaya merampas kerajaan.

Mereka ini dilhat sebenarnya membawa agenda masing-masing dan tidak menetapkan satu matlamat yang jitu dalam membawa Pakatan Rakyat mengharungi pilihan raya. Banyak pertelingkahan yang secara terangnya menunjukkan bahawa masing-masing ada dan punya agenda tersendiri dan tidak akan berlakunya perbicangan diantara mereka.

Seperti baru-baru ini, Anwar tunjukkan lagi dia punya keras kepala dan kuku besi. Kononya Ulama tersohor dunia, Dr Yusof Al Qardhawi menyokong beliau untuk menjadi Perdana Menteri. Tuan Guru Hadi Awang pula bertegas tidak perlu ada campur tangan luar dalam menentukan siapa yang perlu jadi PM, kan dah terang bahawa mereka tidak ada kesepakatan.

Kalau tidak, masakan Hadi tak nak jumpa minta sokongan dengan ulama tersebut. Ini lah perbalahan dalam PR yang dilihat sebagai satu kelebihan untuk UMNO, mereka teruskan berbalah dan dalam masa yang sama sempat lagi menyalahkan UMNo dalam semua hal yang terjadi seperti video seks Mustafa Ali.

Namun UMNO tetap steady kerana ini sebenarnya kelebihan mereka bersikap tenang untuk memberi mereka lebih ruang untuk fokus dan tumpuan bagi menempuh pilihan raya.

Sekarang UMNO hanya perlu fokus pada manifesto dan masa depan negara, biar mereka terus berbalah, biar mereka jadi luncai yang terjun dengan labu-labunya...biarkan.... - BeruangBiru

Pasukan Transformasi BN Harapan Rakyat


Tiada siapa yang dapat memuaskan hati semua orang, itulah hakikat kehidupan yang perlu diterima oleh semua manusia yang waras dan matang. Lebih-lebih lagi dalam memperkatakan tentang calon pilihanraya, di mana ia melibatkan hati rakyat keseluruhan, golongan majoriti, minoriti serta ahli-ahli politik sendiri.

Hari ini, Perdana Menteri telah mengumumkan calon-calon yang bakal bertanding dalam PRU-13 dan sedikit masa lagi kita mungkin akan berpeluang membezakan antara ahli politik yang waras dan matang dengan yang tidak. Ini kerana, mana mungkin kesemua yang terlibat berpuas hati dengan keputusan Perdana Menteri tidak kira walaubagaimana bijak, baik, ikhlas atau bersih pun calon yang terpilih itu.

Kadangkala, ketidakpuasan hati itu bukan kerana mempunyai masalah dengan calon, tetapi hanya kerana mempunyai kepentingan diri untuk meletakkan orang lain atau mungkin juga, diri sendiri. Namun, kewarasan dan kematangan seharusnya membantu kita menerima keputusan seadanya bagi membolehkan kita bergerak ke hadapan.

Dengan memberi berbagai alasan untuk tidak menerima hakikat dan enggan bergerak ke hadapan, dengan sendirinya membuktikan bahawa orang sebegini sememangnya tidak layak untuk dicalonkan.

Sebagai rakyat, kita berpeluang memilih yang terbaik dan menolak yang tidak waras dan tidak matang itu. Nampaknya, Dato’ Seri Najib telah mencuba sedaya upaya untuk menampilkan yang terbaik dengan mengambil kira suara akar umbi dan rakyat keseluruhan.

Jika kita asyik merungut dengan sikap segelintir pemimpin kecil BN yang mengada-ngada, sombong, korup dan bodoh, tetapi di masa yang sama kita juga tidak sanggup mengundi pembangkang yang jauh lebih jahat, korup dan bodoh lagi, maka inilah masanya kita memberi sepenuh sokongan kepada pilihan Dato’ Seri Najib.

Kita juga sering merungut mengenai bagaimana personaliti yang berpotensi dicantas dan ditolak sejak di peringkat bawahan, malah daripada peringkat penyerahan borang keahlian lagi. Mereka yang berpelajaran tinggi disekat kerana bimbang mengatasi Ketua Cawangan dan Bahagian. Mereka yang kuat bekerja, rajin, amanah dan ikhlas diketepikan kerana bimbang akan terserlah ‘bintangnya’ sehingga menampakkan betapa bertentangannya sikap tersebut dengan penggalas jawatan yang sedia ada. Sehinggakan akhirnya, semua jawatan politik di isi oleh mereka yang kebanyakannya sudah tidak relevan lagi. Akibatnya, yang tidak tahu dan tidak mahu bekerja terus berada di atas sehingga menimbulkan rasa benci dan muak rakyat terhadap UMNO/BN.

Justeru, keputusan Dato’ Seri Najib untuk meletakkan 45% muka baru bagi kerusi DUN dan 33% bagi Parlimen, membuktikan bahawa Dato’ Seri Najib benar-benar serius dalam membawa transformasi ke dalam Barisan Nasional. Selain itu, sejumlah 91% yang tercalon mempunyai kelayakan akademik sekurang-kurangnya diploma ke atas.

Jelas, Dato’ Seri Najib sedar bahawa untuk survival parti, BN perlu mengutamakan suara rakyat dari suara segelintir mereka yang tidak berpuas hati.

Objektif BN ialah berkhidmat untuk rakyat, bukan pemimpin-pemimpin Bahagian, Cawangan dan Ahli-ahli Jawatankuasa mahupun Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan mereka. Dan objektif yang sama wajib dipegang oleh semua calon-calon yang terpilih kali ini. Buktikan yang anda adalah pilihan yang tepat.

Bagi mereka yang tidak terpilih, bukan bermakna semuanya tidak bagus, tidak menunjukkan prestasi yang baik atau tergolong dalam golongan yang tidak matang dan tidak waras tadi. Tidak dapat dinafikan kemungkinan ada pilihan yang tidak begitu tepat, namun terimalah itu sebagai takdir yang pasti ada hikmahnya.

Lagipun, jika benar anda seorang yang matang, waras dan masih relevan, maka buktikanlah ia dengan cara meneruskan perjuangan walaupun tidak dicalonkan. Jika itu juga sukar untuk dilakukan, maka bersaralah dengan cara terhormat, sebagai seorang manusia yang berpendirian. Sekiranya benar anda seorang yang berkebolehan seperti yang anda war-warkan, maka yakinlah rezeki ada di mana-mana dan bukannya hanya melalui politik.

Sedarlah bahawa politik hari ini bukan lagi seperti 15 tahun dahulu di mana sedikit kelemahan tidak akan membawa padah yang besar. Hari ini politik menjangkaui sempadan kawasan dan negara. Jika tersalah langkah, negara, bangsa dan agama menjadi taruhan. Oleh itu, ini bukan masanya untuk kita memikirkan tentang diri sendiri dan beremosi, tetapi lihatlah transformasi ini sebagai langkah pertama ke arah sebuah bangsa yang berilmu, matang, berprinsip dan bermaruah.- BeruangBiru

Ariff Sabri Bakal Berkubur Di Raub

Parlimen Raub yang mempunyai 49.12% pengundi Melayu, 43.51% pengundi Cina, India 6.48% dan lain-lain 0.90% telah dimenangi BN pada PRU12 2008 dengan majoriti 2,752 undi melalui calonnya, Dr. Ng Yen Yen menewaskan Abu Bakar Lebai Sudin dari DAP.

Kawasan itu umumnya dianggap oleh DAP sebagai satu kerusi yang berpotensi dimenanginya dalam PRU 13, justeru itu untuk merealisasikannya DAP menaruh besar kepada calon kitar semula Ariff Sabri Abdul Aziz bagi merampas Parlimen Raub dari genggaman BN.

Ia mungkin satu kebanggaan bagi Ariff Sabri kerana tindakannya keluar dari UMNO pada Januari 2012 semata-mata untuk mengintai peluang menjadi calon DAP akhirnya berbaloi dengan pengesahannya sebagai pembawa panji DAP bagi Parlimen Raub.

Namun harapannya untuk menang hakikatnya terlalu menggunung tinggi dan langsung tak terdaya dipikul oleh Ariff Sabri, apatah lagi bekas ADUN Pulau Manis (2004-2008) itu bukanlah seorang yang berpengaruh malah hubungannya dengan rakyat Pahang juga terlalu besar jurangnya.

Sewaktu Ariff Sabri menjadi Wakil Rakyat selama sepenggal pun jasa baktinya tak terasa dek rakyat setempat dalam DUN Pulau Manis, inikan pula mahu menyumbang bakti untuk penduduk yang jauh lebih besar dalam Parlimen Raub.

Lawannya di Parlimen Raub iaitu EXCO Kerajaan Negeri, Dato' Hoh Khai Mun bukannya kecil anak, sebaliknya merupakan pemimpin MCA yang cukup berkaliber dan cukup dihormati ramai kerana kerja buatnya yang bermanfaat untuk rakyat tanpa mengira kaum.

Hoh Khai Mun yang juga merupakan bekas ADUN Bilut dan kini adalah Ketua MCA Bahagian Bentong dijangkakan tidak berhadapan laluan sukar untuk mengekalkan Parlimen Raub dengan majoriti yang lebih besar pada PRU kali ini.

Berdasarkan trend sokongan semasa, BN berpeluang mengekalkan penguasaannya di dua daripada tiga DUN dalam Parlimen Raub dengan undi yang lebih selesa selain memberi tentangan sengit kepada DAP di kerusi DUN N7 Tras serta berpeluang mengurangkan majoriti kemenangan DAP di situ.

Dengan rekod perkhidmatan Hoh Khai Mun, trend sokongan umum yang semakin memihak kepada BN di seluruh negara termasuk di Parlimen Raub, tidak syak lagi ia merupakan mimpi ngeri untuk DAP dan Ariff Sabri pastinya akan terkubur di Raub sekaligus menjadi noktah akhir hayat politiknya. - BeruangBiru

“Financial Times, A Malaysian Story”: Sebuah Kisah Dongeng Dari Anwar Ibrahim

Financial Times baru-baru ini telah menyiarkan sebuah kisah tentang Malaysia, ditulis oleh Simon Kuper seorang kolumnis bahagian sukan berdasarkan wawancaranya dengan Anwar Ibrahim di sebuah hotel mewah, iaitu Hotel Bristol di Paris, Perancis. Seorang penganut Judaism, beberapa tulisan Kuper turut tersiar di dalam Jewish Chronicle sebelum ini.

Entah kenapa seorang kolumnis sukan mewawancara ahli politik pembangkang Malaysia adalah satu misteri yang tersendiri. Dan kenapakah seorang ahli politik tegar perlu melawat Paris ketika demam pilihanraya begitu hangat di negaranya, adalah satu lagi misteri. Itu belum lagi disebut tentang bagaimana beliau mampu menanggung perbelanjaan lawatan tersebut.

Wawancara itu bermula dengan sebaris lagu lama, yang dinyanyikan oleh Anwar di mana jika kita tidak mengenali beliau, maka kita mungkin menyangka yang Kuper sebenarnya mewawancara seorang penyanyi. Tetapi, bagi yang mengenali Anwar, ‘seorang pelakon’ adalah lebih tepat untuk menggambarkan dirinya.

Kuper tidak bertanyakan Anwar tentang ‘sepak-takraw’ atau ‘silat’ atau mengenai sukan lain di Malaysia, tetapi membawa pembaca kepada sebuah kisah dongeng dari seorang yang selamanya menjadi ‘bakal Perdana Menteri Malaysia’.

Untuk Kuper, Anwar membuatkan kisahnya berbunyi seolah-olah beliau merupakan seorang mangsa penganiayaan yang telah dihumban ke dalam penjara bawah tanah Alcatraz. ‘Kurungan Pengasingan’ adalah ayat yang digunakan untuk menggambarkan kehidupan di penjara Malaysia selama 6 tahun atas tuduhan liwat dan salahguna kuasa. ‘Menyanyi’ merupakan satu-satunya cara untuk menenangkan diri dan kerana itulah beliau gemar menyanyi, katanya.

Tentu sekali, Anwar menafikan semua tuduhan walaupun ketiga-tiga hakim dari Mahkamah Rayuan telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka yakin Anwar bersalah tetapi terpaksa melepaskan beliau kerana mangsa yang masih trauma dan takut, telah tidak dapat mengingati tarikh jenayah berlaku dengan tepat. Ingatlah bahawa Anwar sebelum itu adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri yang mempunyai kawalan ke atas polis dan pihak berkuasa yang lain.

Pastinya Kuper telah terlepas pandang akan surat-surat, tulisan dan pesanan yang dihantar oleh Anwar kepada dunia luar dari dalam ‘kurungan pengasingannya’. Kerananya, kerajaan Malaysia pada ketika itu terpaksa berhadapan dengan berbagai tekanan dari barat yang percaya, atau memilih untuk percaya bahawa Anwar tidak bersalah. Pun begitu, suaranya tidak pernah disekat dan beliau bebas berkata apa sahaja yang beliau suka.

Jelas, Anwar telah tidak menyebut fakta bahawa beliau ditempatkan dalam ‘sel kelas pertama’ dengan keistimewaan ‘tukang urut ‘on-call’’ bagi memastikan beliau sentiasa ‘sihat’ ketika di penjara.

Anwar juga menggambarkan dirinya sebagai seorang bijakpandai dan terbuka dengan memberitahu Kuper bahawa beliau menjadi seorang yang banyak membaca ketika di penjara. Antara lain beliau membaca Injil, Lao Tse, Shakespeares dan bermacam-macam lagi.

Selain dari butiran yang menarik ini, mana-mana wartawan politik yang lain pasti akan merasakan keseluruhan wawancara tersebut adalah ‘standard’ atau telah dijangka dari Anwar Ibrahim. Tetapi, pastinya tidak begitu bagi seorang wartawan sukan seperti Kuper.

Wawancara tersebut ternyata hanya berkisar dari kisah yang sama di mana Anwar menuduh Malaysia sebagai mengamalkan demokrasi olok-olok dan bahawa Ketuanan Melayu adalah masalah utama bagi negara ini. Cuma, pada kali ini Anwar menambah sedikit lagi iaitu kononnya semua pesalah di penjara Malaysia disiksa. Sebolehnya, Anwar menggambarkan Malaysia sebagai terkebelakang, tidak bertamadun, kejam, tidak demokratik dan korup serta berada dalam kemiskinan dan ketidakstabilan selamanya.

Dan bukanlah Anwar Ibrahim namanya jika beliau tidak turut menokok tambah kisah drama aksi tentang dirinya dipasang pepijat dan mungkin dibunuh pada bila-bila masa sahaja.

Tentu sekali juga, Anwar sengaja tidak menyebut tentang bagaimana beliau telah menjelajah ke seluruh pelusuk kampung dan bandar untuk berkempen dan berceramah sepanjang masa. Malah, beliau juga pernah menggunakan kenderaan awam, kononnya untuk meninjau keadaan rakyat sebagaimana seorang Perdana Menteri beraksi dalam program mendekati rakyat. Dalam semua siri jelajah, ceramah dan tinjauan itu, tiada satu pun percubaan untuk menyepak kakinya agar tersungkur, apatah lagi membunuhnya. Namun, Anwar terus hidup dalam imaginasinya kononnya beliau adalah seorang yang paling berpengaruh di dunia. Oleh itu, beliau akan menggunakan begitu ramai pengawal peribadi pada bila-bila masa beliau terasa ingin menunjuk-nunjuk.

Hakikatnya, Malaysia langsung tidak sepertimana yang digambarkan Anwar. Negara ini sentiasa aman sehingga dicemburui oleh jiran-jirannya serta dicontohi oleh negara bermasyarakat majmuk yang lain. Ekonomi negara juga kekal kukuh dan rakyat cukup gembira dengan transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri.

Justeru, mungkin Kuper belum lagi menyedarinya, iaitu bahawa Anwar adalah seorang yang ‘sakit’. Dari cara beliau merujuk kepada ‘Shah Iran’, ‘Vladimir Putin’, dan dalam banyak ceramahnya, turut menyebut ‘Ghandi’, ‘Mandela’ dan ‘Suu Kyii’ sudah cukup untuk membuktikan bahawa beliau sedang berilusi. Beliau nampaknya benar-benar percaya yang beliau layak berada dalam liga yang sama dengan para lagenda tersebut.

Akhir-akhir ini beberapa media barat sudah mula menyedari hakikat ketidakstabilan Anwar. Pernah sebuah media barat menggelarnya sesumpah kerana sering berubah pendirian dan sikap bergantung kepada siapa di sekelilingnya. Kerana itu, hari ini kita boleh mendapati senarai sekurang-kurangnya ratusan orang yang rapat dengannya yang telah meninggalkannya. Mereka juga mengakui telah tertipu dan terpedaya dengan dongeng dan lakonannya. Antara mereka termasuklah peguam-peguamnya, pembantu-pembantunya, rakan-rakan karibnya dan juga penyokong tegarnya.

Anwar memberitahu Kuper bahawa beliau datang dari keluarga biasa. Beliau memanggil jiran bukan Melayunya sebagai ‘uncle’ atau ‘auntie’ sebelum menyertai persatuan pelajar Islam di Universiti dan kemudiannya UMNO. Ini diceritakan bagi menunjukkan sifat beliau yang tidak rasis.

Untuk pengetahuan Kuper, semua orang Malaysia memanggil jiran bukan Melayu mereka yang lebih tua sebagai ‘uncle’ atau ‘auntie’. Ia merupakan budaya negara ini dan tiada apa-apa yang signifikan tentangnya lagi.

Sebaliknya, Anwarlah yang sebanarnya memperkenalkan perkauman di kalangan komuniti Melayu ketika beliau memegang jawatan Mengeri Pelajaran. Beliau juga yang memperkenalkan baju kurung dan tudung sebagai seragam sekolah bagi mewujudkan ruang pemisahan antara Melayu dan bukan Melayu. Sehingga ke hari ini, kenyataannya yang bersifat prejudis terhadap kaum Cina di awal tahun 80an masih tersimpan kemas dan boleh dicapai di Youtube. Hakikatnya, beliau dijemput ke dalam UMNO bagi mengimbangi ektremisme dan rasisme PAS pada ketika itu.

Anwar juga mengkritik DEB kononnya ia menyebabkan yang kaya semakin kaya, iaitu orang-orang UMNO.

Jika Kuper membuat sedikit kerjarumah sebelum berjumpa Anwar, tentu beliau boleh bertanyakan Awnar bagaimana DEB menguntungkan bapanya, abangnya, kakak dan adiknya, rakan-rakannya termasuk teman-teman tidurnya sehinggakan kesemua mereka menjadi kaya sekelip mata apabila beliau menjadi Menteri Kewangan. Jika ia merupakan satu polisi yang buruk yang membawa kepada korupsi, nepotisme dan kronisme, maka ia adalah kerana Anwar yang mempeloporinya.

Oleh itu, rakyat Malaysia tidak mungkin menggelar Anwar sebagai Bapa Politik Wang jika beliau bukan ‘pengasas’nya.

Dan jika Kuper membuat sedikit kerjarumah juga, beliau pasti tahu bahawa pembangkang di Malaysia telah memenangi 4 negeri dalam pilihanraya yang lepas, iaitu prestasi terburuk Barisan Nasional. BN juga tidak pernah memenangi Kelantan sejak 20 tahun lalu.

Jika BN begitu korup dan mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas media, sistem kehakiman, polis dan segala-galanya, maka tidak mungkin parti ini akan mengalami keadaan yang dipanggil ‘prestasi terburuk’ itu. Dan tidak mungkin Anwar akan terlepas dari dakwaan? Atau lebih dari itu, kenapa BN harus membiarkan Anwar hidup begitu lama? Kenapa tidak dibunuh saja sejak 15 tahun lalu daripada membiarkan beliau mengganggu, mengacau dan menyusahkan kerajaan setiap hari?

Pendek kata, jika BN begitu kejam dan berkuasa, kenapa tidak ‘diselesaikan’ sahaja Anwar Ibrahim sejak 1998 lagi?

Apapun, kita faham, bagi seorang wartawan sukan, Kuper tidak mungkin mampu bertanyakan soalan-soalan tersebut. Tetapi, kita pasti, dalam beberapa tahun lagi, seperti juga semua wartawan lain, Kuper akan mula menyedari bahawa beliau telah sebenarnya mewawancara seorang yang ‘sakit’ dan ‘berilusi’ akibat tidak dapat menerima hakikat kegagalan menjadi Perdana Menteri.- BeruangBiru

Senarai Penipuan Oleh Serikandi PKR

Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail yang turut menjadi calon PKR Tambun semalam menyerlahkan sifat penipunya di hadapan lebih kurang 3,000 orang di dalam satu ceramah di Perak.

Ingatkan hanya Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan pemimpin-pemimpin atasan PKR sahaja yang gemar penipu rupanya pemimpin bawahan PKR juga semuanya mempunyai karektor yang sama. Mereka mampu menipu hidup-hidup, sehingga kelihatan seolah-olah mereka sendiri benar-benar percaya dengan penipuan mereka. Bukan mudah untuk menipu dengan muka selamba kecuali ia telah lama diamalkan dan sudah menjadi cara hidup mereka.

Malangnya, walaupun mereka gemar menipu tetapi penipuan mereka tidak berkualiti. Sepertimana Nurul Izzah yang terserlah kebodohan dalam setiap penipuan, begitulah juga dengan Siti Aishah.

Antaranya hujah atau penipuan Siti Aishah di dalam ceramah tersebut ialah:

1. Siti Aishah memperlekehkan soal air di Sabah yang tidak cukup dan semua rumah mempunyai tong air untuk menadah hujan.

Bagi menjawab Siti Aishah, BN mengakui bahawa tekanan air di Sabah masih bermasalah kerana negeri itu terlalu luas. Selain itu, Sabah juga digalakkan untuk memaksimakan anugerah hujan yang banyak di negeri itu sebagai antara penyelesaian harian. Yang pasti, BN bukan seperti PR yang sering menafikan kelemahan dan menipu untuk menutup keburukan sendiri sepertimana yang berlaku di Selangor.

2. Kemudiannya, menurut Siti Aishah, pemberian BR1M dilakukan dengan meminjam dari Petronas sebanyak RM2.1 billion tanpa perlu membayar balik, dengan syarat membenarkan Petronas naikkan harga RON95 selepas pilihanraya.

Apa yang boleh kita katakan ialah, bagi Siti Aishah untuk berimaginasi sebegitu tinggi dan mencipta penipuan sebegini adalah sesuatu yang agak mengkagumkan. Kita tahu bahawa PR telah banyak menjanjikan pemberian tunai dan penurunan harga barang dengan cara ‘mengikis’ Petronas. Mungkin kerana itu, maka Siti Aishah menyangka yang BN juga turut tidak punya idea lain untuk memberi bantuan tunai kepada rakyat selain dengan cara ‘mengikis’ Petronas.

Namun, hakikatnya, BR1M pertama kali disebut oleh Dato’ Seri Najib hanya setelah pengumuman pendapatan negara meningkat sebanyak RM26 bilion dari tahun 2010 ke 2011, selain pelaburan luar negara dan domestik mencatatkan jumlah RM120 bilion..

Apabila negara terus mencatatkan angka ekonomi dan pendapatan yang kukuh maka, BR1M bukan sahaja diteruskan tetapi ditingkatkan. Jelas, BN tidak memberi BR1M dengan cara meminjam dari Petronas atau sesiapa pun jua dan dengan apa syarat pun jua.

3. Isu Lahad Datu juga cuba diputar-belit oleh Siti Aishah, kononnya gambar Anwar dengan Misuari yang tersebar adalah gambar lama tahun 1997 atas satu lawatan rasmi. Walhal, ia adalah gambar terbaru yang tersebar melalui pendedahan pihak risikan.

Pelik, Siti Aishah juga bagaikan cuba membela Nur Misuari dan menggambarkan seolah-olah Nur Misuari tidak terlibat dalam insiden Lahad Datu. Kononnya Lahad Datu adalah tanggunjawab Sultan Sulu.

Hakikatnya, seluruh dunia telah menyaksikan kenyataan Nur Misuari yang turut mengancam Malaysia melalui insiden Lahad Datu. Malah ramai pengganas yang tertangkap dan terkorban telah dibuktikan sebagai orang-orang Nur Misuari, atau MNLF.

Tidak cukup dnegan itu, Siti Aishah berbohong lagi konon Sultan Sulu dijemput ke Persidangan Agong UMNO 2012 maka itulah buktinya bahawa UMNO terlibat dalam insiden Lahad Datu. Apa nak dikata…kata orang, nak menipu pun biarlah berilmu jika tidak tentu akan digelakkan orang sepertimana yang berlaku pada Nurul Izzah yang ingin sangat menipu tentang pasukan keselamatan negara tetapi tidak tahu apa-apa.

Untuk pengetahuan Siti Aishah, yang dijemput ke persidangan UMNO bukan Sultan Sulu, tetapi Al-Haj Murad Ebrahim, iaitu Pengerusi MILF kerana Malaysia terlibat dalam membantu proses keamanan antara MILF dengan kerajaan Filipina. Apakah Siti Aishah tahu perbezaan antara MNLF dan MILF? Tidak mustahil pemimpin PKR ini tidak tahu kerana setakat yang terdedah sebelum ini, Harakah sememangnya tak tahu langsung.

4. Siti Aishah juga begitu yakin bercakap tentang kewujudan VCD-VCD lucah pemimpin PR, termasuk Nik Aziz, kononnya dicipta UMNO. Untuk pengetahuan Siti Aishah lagi, UMNO tidak sebodoh itu untuk mencipta sesuatu yang terlalu sukar untuk dipercayai. Namun, tidak mustahil Siti Aishah lebih tahu tentang VCD lucah memandangkan yang tertangkap menyebarkan VCD lucah Mustafa Ali, Setiausaha Agong PAS juga bukanlah orang UMNO tetapi orang PKR sendiri.

Mungkinkah Siti Aishah juga berada dalam ‘jentera pembikin VCD lucah’ yang sama?

5. Kita juga hairan apabila Siti Aishah mengakui bahawa Tok Guru Nik Aziz sentiasa mempunyai wang yang banyak di dalam simpanannya. RM5,000 adalah biasa saja di bawa ke mana-mana oleh Nik Aziz di dalam kain pelikatnya, kata Siti Aishah.

Nampaknya, sia-sia PAS menjaja yang Nik Aziz seorang yang warak, zuhud dan sederhana, tiba-tiba Siti Aishah pula menggambarkan Nik Aziz sebagai mewah dan tidak hairan dengan wang setakat ratusan ringgit pula. Soalan kita, dari mana Nik Aziz dapat wang sebegitu banyak? Dari langit? Berapa gaji Menteri Besar Kelantan sehingga boleh mengusung ribuan ringgit di dalam kain pelikat setiap hari? Dan untuk apa?

6. Akhirnya, Siti Aishah cuba menggunakan nama Allah SWT untuk menarik perhatian pendengar. Katanya, 18 minggu lalu Nik Aziz mendapat petunjuk melalui solat hajat bahawa UMNO bakal tumbang dan membisikkannya kepada Anwar Ibrahim.

Oleh kerana nama Allah SWT yang digunakan maka biarlah Siti Aishah menjustifikasi kata-katanya ini kepada Allah SWT sahaja.

Namun, setakat yang kita lihat, solat hajat Nik Aziz agar Tun Mahathir pecah perut, agar UMNO tumbang, agar semua pengundi hanya nampak bulan, yang didoakan selama bertahun-tahun lamanya tidak pernah diperkenankan. Malah, sehingga kini, UMNO, Tun Mahathir atau Dato’ Seri Najib belum tumbang, tetapi yang tumbang adalah Nik Aziz sendiri sehingga kejang kaki, tidak boleh berjalan sehingga terpaksa didukung orang.

Itulah antara senarai pembohongan Srikandi PKR dalam satu ceramah yang pendek namun padat dengan pembohongan semata-mata.

Sebagai pengundi, kita wajar bertanya kepada diri sendiri, inikah bakal pemimpin negara atau wakil rakyat? Iaitu seorang wanita yang hanya mampu berbohong dengan hujah-hujah dangkal sebab tak buat ‘homework’? Yang percaya bahawa Nik Aziz itu mampu membuat ramalan dan mendapat petunjuk dari langit?- BeruangBiru

Protes Pengundi Balik Pulau, tunjuk sokongan kepada Yusmadi

Tindakan Anwar Ibrahim meletakkan calon bukan orang tempatan di Balik Pulau untuk menggantikan penyandang Ahli Parlimen Yusmadi Yusoff terus mendapat tentangan dari pengundi-pengundi Balik Pulau sendiri. Terbaru, kira-kira 70 orang penduduk Balik Pulau mengadakan protes secara terbuka terhadap pimpinan tertinggi PKR yang dikatakan membelakangkan kehendak dan keperluan masyarakat di kawasan parlimen tersebut.

Tindakan Anwar tidak mengendahkan ketidakpuasan hati penduduk Balik Pulau juga dilihat sebagai satu penghinaan kepada pengundi-pengundi yang merasakan Anwar Ibrahim hanya mementingkan diri sendiri dan rakan-rakan rapat beliau semata-mata. Anwar dalam ceramahnya minggu lepas mengumumkan calon bidan terjun yang tidak dikenali di Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar Wan Chik sebagai calon PKR bagi parlimen tersebut.

Sejak beberapa bulan lalu, sudah terdengar beberapa spekulasi Yusmadi tidak akan dicalonkan di Parlimen Balik Pulau. Malah Yusmadi sendiri, sudah memberikan peringatan kepada kepimpinan tertinggi PKR bahawasanya penduduk tempatan hanya mahukan anak tempatan menjadi wakil rakyat di sana.

Jadi, pengumuman itu membenarkan spekulasi mengenai calon Balik Pulau yang terbang beberapa bulan lepas.

Jelas di sini, tidak ada tempat di dalam PKR untuk mereka yang mempunyai gaya kepimpinan yang bersih dan tidak banyak masalah seperti Yusmadi. Gaya kepimpinan yang bersih, pandai cakap tapi tak pandai buat kerja pun masalah juga. Yusmadi ni jarang balik kawasan. Almaklumlah, takde lesen kereta.

Itu pasallah semua rungutan dan permohonan daripada penduduk tidak dipedulikan oleh beliau. Tapi orang macam ni pun masih ade yang nak protes menyokong. Parti PKR ni memang parti kelakarlah. Dari akar umbi sampi ke ketua umum, semuanya tak boleh pakai.

Tapi ada juga desas-desus penyingkiran Yusmadi ini disebabkan desakan daripada DAP Penang. Tapi itu setakat cerita kedai kopi laa.

Berita yang lebih meyakinkan, Anwar mencalonkan Bakhtiar kerana beliau seorang tokoh korporat yang mampu memberikan sumbangan kewangan kepada parti dan menolak calon pokai si Yusmadi.

Dalam ceramah anjuran pakatan pembangkang di pasar awam di sini yang dihadiri 300 orang, Bakhtiar yang juga seorang aktivis reformasi sejak 1998, berkata: “Esok selepas kita menang, anda semua tukar kereta Camry daripada Proton Wira yang digunakan sekarang.”

Kekayaan Bakhtiar telah membuatkan Anwar senyum lebar kerana calon bebal ini mempunyai duit sendiri tanpa perlu bergantung kepada duit poket Anwar.

Apa dah jadi dengan PKR ni, hari-hari gaduh. Kalau bukan gaduh dengan Pas, gaduh dengan Dap, kalau bukan dengan parti lain, mereka gaduh sesama sendiri. PKR ni memang parti untuk protes saja ka? Hari-hari mesti gaduh pasal calon.. - BeruangBiru



Gelombang Merah: Tok Pa Calon MB Kelantan

Pengumuman calon BN Kelantan yang akan berentap dengan PAS dan PKR dalam PRU13 pada 5 Mei 2013 telah pun diumumkan oleh Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, di mana 25 muka baru telah diperkenalkan bagi merealisasikan Gelombang Merah Kelantan Berubah.

Beberapa otai politik yang berpengaruh seperti Tengku Razaleigh Hamzah kekal bertanding mempertahankan Parlimen Gua Musang, sementara Datuk Dr. Awang Adek Husain pula akan menggalas cabaran untuk menawan kembali Parlimen Bachok.

Datuk Seri Mustapa Mohamed yang lebih dikenali ramai dengan gelaran Tok Pa pula akan bertanding mempertahankan Parlimen Jeli di masa yang sama diberi tanggungjawab bertanding di DUN Air Lanas.

Senario ini mengesahkan lagi yang beliau adalah calon muktamad sebagai Menteri Besar Kelantan sekiranya BN berjaya menewaskan PAS kelak.

Manakala Bapa Kebangkitan Bola Sepak Kelantan iaitu Presiden KAFA, Datuk Seri Annuar Musa tidak berdepan sebarang masalah untuk mengibarkan kembali panji BN di Parlimen Ketereh di samping memastikan ketiga-tiga DUN dimenangi BN.

Salah satu kerusi DUN, iaitu N25 Kok Lanas akan dipertahankan oleh Datuk Mohd Alwi Che Ahmad yang tika ini adalah Ketua Pembangkang di DUN Kelantan dan merupakan calon sesuai sebagai Timbalan MB.

Pertembungan di antara BN dan PAS di Kelantan pada PRU13 ini pastinya agak sengit di mana BN bukan sahaja dijangkakan bakal mengulangi kebangkitannya seperti yang berlaku pada PRU 11 2004, malah bersandarkan trend semasa tampak jelas BN berpeluang cerah untuk menoktahkan hayat politik PAS di negeri ini.

Kombinasi lima orang warlord Kelantan ini pastinya mampu merealisasikan misi Gelombang Merah & menukar pucuk pimpinan negeri dari PAS kepada BN. Apatah lagi tika ini majoriti rakyat Kelantan semakin muak dengan permainan politik PAS dan kegagalan pimpinan parti itu dalam mengemudi Kelantan ke tahap yang lebih baik.

Rakyat Kelantan pernah kecewa sekali pada tahun 2004 apabila usaha menobatkan Tok Pa sebagai MB gagal walau pun tika itu PAS sudah di hujung tanduk, sekarang masanya dalam PRU13 ini rakyat Kelantan telah membulatkan tekad untuk memastikan hasrat itu menjadi realiti. - BeruangBiru

Saturday 13 April 2013

Krisis Dalaman Komponen Pakatan Petanda Tsunami Bakal Hantui Mereka

Cerita mengenai konflik di kalangan parti komponen Pakatan Rakyat (PAS, PKR, DAP) sememangnya tidak dapat disangkal lagi oleh pimpinan-pimpinan mereka. Walaupun acapkali Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang mahupun Hadi Awang cuba ‘berfantasi’ dengan menunjukkan kemesraan di antara mereka, namun realitinya kita dapat lihat betapa konflik yang wujud itu sebenarnya sudah melangkaui tahap kritikal.

Manifestasinya adalah apabila sehingga kini pun, pertikaian berhubung pembahagian kerusi antara mereka masih wujud di mana mereka sendiri tidak menolak kebarangkalian untuk berlakunya pertarungan tiga penjuru di sesetengah kerusi. Tikam-menikam yang berlaku di Johor juga menguatkan lagi andaian betapa huru-haranya keadaan yang bakal wujud sekiranya mereka ditakdirkan membentuk kerajaan di peringkat persekutuan.

Lihat sahaja bagaimana Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng yang berhempas pulas mengangkat taraf PKR di negeri tersebut ‘diliwat’ oleh Kit Siang dan pimpinan DAP negeri. Sudahlah kerusi Gelang Patah yang diidamkan terpaksa dikorban, setelah diumumkan menjadi calon di Segamat, kena bantah lagi dengan DAP..Betapa bijak kita dapat lihat permainan DAP ini..Tak keterlaluan dikatakan PKR terutamanya Anwar, sudah kena ‘game’ dengan DAP.

Dua perkara tersebut sekadar gambaran betapa krisis di dalam Pakatan itu sangat kritikal sebenarnya. Menambahkan lagi parah parti-parti ini, krisis yang melanda sebenarnya bukan sekadar di kalangan tiga parti tersebut, bahkan konflik dalaman parti masing-masing juga tidak kurang hebatnya. Makanya, kalau dah sesama anggota parti pun berantakan, tak hairanlah jika suasana yang sama juga berlaku di antara ketiga-tiga parti ini.

Antara keretakan dalaman yang paling panas sekali dapat kita lihat adalah yang melibatkan pimpinan PAS Kedah iaitu di antara Menteri Besar, Azizan Razak dengan Exco kerajaan negeri, Phahrolrazi. Peperangan di antara puak penyokong Phahrolrazi dan Azizan Razak dikatakan sejak kebelakangan ini sudah semakin terbuka..sudah tiada rahsia lagi.

Dikhabarkan, selain daripada 11 kawasan kuat PAS yang membantah kedudukan Azizan sebagai Pesuruhjaya PAS negeri, bilik-bilik gerakan di luar kawasan kuat ini seperti Langkawi, Kuala Kedah dan Baling juga telah ditutup bagi menunjukkan protes terhadap beliau dan meminta agar PAS pusat segera campur tangan menanganinya sekiranya mahu mengelakkan jentera parti di kawasan-kawasan tersebut lumpuh pada pilihanraya nanti. Ia seterusnya akan menjejaskan usaha mereka untuk mempertahankan kuasa sebagai pentadbir negeri jelapang padi itu.

Memburukkan lagi keadaan apabila puak-puak yang menyokong Phahrol yang tidak sedar diri dan perasan bagus dengan mengisytiharkan dirinya bersedia menjadi Menteri Besar itu, dikatakan telah memulakan pemberontakan mereka terhadap Azizan. Difahamkan, ‘puak taksub Phahrol’ telah memacakkan bendera PAS berwarna hitam, bukan yang tradisinya berwarna hijau, sebagai tanda protes mereka terhadap kepimpinan Azizan. Malah difahamkan juga, di mana sahaja terdapatnya bendera PAS berwarna hitam, di situ juga terpampangnya kain rentang menolak Azizan sebagai Menteri Besar.

Berdasarkan maklumat sumber, situasi tersebut boleh dilihat di kawasan Sungai Limau dan sekitar parlimen Jerai di mana di kawasan tersebut terdapat banyak kain rentang dan bendera hitam PAS dinaikan. Malah puak pemberontak ini dikatakan akan memasang lebih banyak lagi bendera dank ain rentang di kawasan lain. Malah keadaan yang sama turut dapat dilihat di Baling.

Justeru, melihatkan keadaan ini persoalan yang timbul adalah bagaimana ia akan ditangani oleh pemimpin PAS Pusat? Tindakan bijak harus disegerakan atau risikonya adalah mereka akan kehilangan kuasa di negeri Kedah. Sesuatu yang pastinya tidak diingini mereka daripada berlaku.

Apapun cerita konflik PAS di Kedah ini hanya sekelumit bingkisan daripada puluhan, bahkan tidak keterlaluan dikatakan ratusan konflik dalaman yang cuba dinafikan pimpinan tertinggi Pakatan. Ini belum diselitkan lagi mengenai konflik dalaman DAP Johor yang menolak campur tangan ‘Lim Dynasty’ di negeri tersebut. Juga, jangan dilupa mengenai ahli Parlimen PKR yang ‘berhijrah’ beramai-ramai meninggalkan parti itu sedikit waktu dulu.

Keadaan ini nyata berbeza dengan harmoni yang wujud di dalam Barisan Nasional. Hubungan yang wujud di antara parti-parti komponen dilihat begitu jitu sekali di mana kesepakatan yang sejati telah benar-benar ditonjolkan. Perselisihan yang timbul diselesaikan secara profesional dengan tidak ada isu berbangkit selepas itu. Tidak seperti Pakatan yang mana boleh dikatakan hanya pimpinan tertingginya sahaja yang syok sendiri kononnya mencapai kata persetujuan sedangkan di peringkat akar umbi terus bercakaran.

Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah keadaannya kini boleh dikatakan sudah terbalik..Umno dan komponen lain BN yang dahulunya didakwa pembangkang sebagai terkenal dengan sikap tikam belakangnya, kini dilihat lebih bersatu padu berkat daripada dasar transformasi janaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Manakala di peringkat Pakatan pula, sejak ‘tsunami suam-suam kuku’ melanda landskap politik negara pada 2008, majoriti pemimpin mereka dari peringkat tertinggi hingga ke sekecik-kecik anak sudah dikuasai dengan sifat gila kuasa. Buruan utama mereka ketika ini hanyalah mahukan kuasa. Sejak 2008, hampir kesemua mereka ini ‘perasan’ yang diri mereka layak untuk bergelar YB..Lantas tidak hairan mengapa kini bunga-bunga tsunami bakal melanda mereka pula sudah kelihatan... - BeruangBiru

Manifesto BN

Manifesto akujanji Barisan Nasional (BN) ternyata menerima sambutan hangat pelbagai lapisan masyarakat dan juga pelbagai bangsa.

Rakyat Malaysia mula menyedari hanya dengan pemerintahan BN mereka akan berupaya menikmati taraf hidup dan kebahagian yang lebih selesa, bukan sahaja masyarakat biasa, tetapi juga bagi mereka yang terlibat dalam perniagaan.

Kemampanan ekonomi negara juga menjadikan banyak penganalisis ekonomi meramalkan manifesto akan memacu ekonomi Malaysia ke arah yang lebih baik sekaligus mendorong kepada status Malaysia negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Buktinya, pelbagai pihak, termasuk media cetak, elektronik, termasuk laman-laman sosial membicarakan manifesto BN, terutamnay berkenaan Bantuan Rakyat 1 malaysia (BR1M), dan sejuta rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun BN memerintah.

Berbanding 150,000 unit rumah dalam janji manifesto Pakatan Rakyat, ternyata BN jauh mengatasi mereka dari aspek perancangan dan pelaksanaan manifesto.

Berbeza dengan manifesto bukan janji PR, mereka hanya menumpu kepada persoalan menurunkan segala macam benda tanpa memikirkan impak ekonomi makro terhadap negara.

BN sebaliknya selain membantu kos sara hidup rakyat dengan bantuan-bantuan one-off, mereka juga memikirkan kaedah terbaik untuk terus membantu rakyat tanpa merisikokan ekonomi negara.

Dengan iklim ekonomi dunia yang perlahan dan kelembapan ekonomi di Eropah, pemikiran di luar kotak amat diperlukan bagi memastikan Malaysia terus mempunyai pertumbuhan ekonomi yang mapan.

Ternyata, transformasi Datuk Seri Najib Razak sejak beberapa tahun ini menunjukkan kejayaan apabila ekonomi negara terus berkembang sebanyak 5 peratus, malah negara luar turut terkejut degan perkembangan yang menurut mereka "di luar jangkaan".

Perkara itu bagaimanapun tidak diuatarakan pembangkang, sebaliknya lebih mempolitikkan isu manifesto seolah-olah manifesto mereka adalah yang terbaik, sedangkan tanpa manifesto pun, BN sebenarnya telah berjaya menjadikan ekonomi Malaysia lebih berdaya saing dan mapan.

BR1M ternyata memberikan impak ekonomi yang memberangsangkan apabila meningkatkan permintaan sekaligus mewujudkan proses jual beli yang rancak dalam ekonomi sehingga memungkinkan kitaran ekonomi domestik negara bergerak. Ini memberikan kesan besar, terutamanya peluang pekerjaan dan 'supply and demand' dalam konsep ekonomi.

Manifesto yang dilancarkan BN baru-baru ini juga dijangkakan akan memacu ekonomi negara ke arah yang lebih baik sekaligus menjadikan kuasa beli rakyat meningkat dan bakal mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik.

Jelas terpampang di media massa bahawa pakar ekonomi meyakini manifesto BN melebihi manifesto pembangkang.

Tanpa perancangan ekonomi dan hala tuju ekonomi yang kukuh, manifesto PR dilihat umpama sampah yang tidak mempunyai hasil sebaliknya akan menyebabkan negara muflis.

Jelas kelihatan betapa BN memikirkan setiap aspek kehidupan sehingga membolehkan manifesto itu dirangka dengan sebegitu baik tanpa meminggirkan mana-mana pihak.

Daripada aspek kos kehidupan, perumahan, pendidikan, warga emas, pengangkutan dan sebagainya, termasuk kehijauan alam, BN tidak langsung mengabaikan mana-mana aspek.

Sebaliknya mengambil pendekatan rakyat didahulukan bagi membolehkan pencapaian negara melonjak ke paras yang lebih baik. - BeruangBiru

Kajian Beberapa Universiti Sahkan Khalid Hidap Penyakit Gagap

BANDAR TUN RAZAK: Kajian Universiti Pasir Tuntung yang dikeluarkan semalam menunjukkan Pakatan Haram hanya akan berjaya memenangi pilihan raya sekiranya mereka berjaya mengubati bekas Menteri Besar Selangor yang menghidapi penyakit Gagap yang kronik.

Dalam laporan terbaru yang dikeluarkan itu, penyakit Gagap itu semakin menjadi-jadi dan bertukar menjadi sawan apabila Khalid dalam ucapannya baru-baru ini mendakwa Pakatan Haram mampu menawan 215 daripada 222 kerusi parlimen.

Khalid dengan nada Gagap berkata, beliau menerima maklumat itu daripada emel yang dikirimkan kepada beliau oleh rakan-rakan beliau daripada beberapa buah universiti yang beliau sendiri tidak di manakah letaknya universiti-universiti itu.

Jelas pakar perubatan, fakta sebenar yang cuba disampaikan oleh Khalid adalah Pas menang 2 kerusi, PKR menang 1 kerusi dan DAP menang 5 kerusi. Tetapi disebabkan penyakit gagap yang menjadi-jadi, Khalid tersebut 215 kerusi boleh menang. - Media Gagapku.

Apa punya malang nasib rakyat Selangor ada Menteri Besar macam ini. Cukup-cukuplah menipu wahai Khalid. Secara logik dan munasabah, kalau nak sangat ke Putrajaya sekalipun, takkan lah BN mampu menang 7 kerusi sahaja.

Kalau betullah seperti yang dikata: “berdasarkan kajian yang dibuat oleh beberapa universiti, Pakatan akan menang 215 kerusi,", beranikah Khalid mendedahkan universiti mana yang membuat kajian terperinci tu? Jelas sekarang ini, rakyat perlu tolak Khalid Ibrahim sekiranya gagal memberikan perincian penyelidikan kepada media dan umum.

Sawan habis dah si Khalid ni, kem Azmin mesti tengah bersorak sakan melihat kebodohan Khalid di hapadan 200 orang penyokong Pakatan Haram di Bandar Tun Razak. Biarlah Bandar Tun Razak tu kembali kepangkuan parti anaknya.

Bagaimana nak menang 215 kerusi kalau sampai sekarang Pakatan masih lagi gagal mencapai kata sepakat krisis pembahagian kerusi? Isu Chegu Bard sebagai contoh, bagai nak gila, orang Penang dibuatnya apabila Pas dan PKR sama-sama berkeras untuk meletakkan calon. Itu belum dikira isu di Alor Star dan beberapa kerusi lagi yang kecoh apabila Anwar membuat pengumuman calon PKR.

Ada yang merajuk, ada yang marah, ada yang terus balik tinggalkan ceramah dan tidak kurang juga ada yang kena boo, jadi rationalnya mana mungkin pakatan pembangkang mampu untuk merampas begitu banyak kerusi sekiranya isu dalaman mereka masih lagi belum selesai.

Kesimpulannya, dari sibuk membuat ramalan yang tak masuk akal, ader baiknya Khalid fikirkan cara terbaik untuk selesaikan masalahnya dengan Azmin, sebab dikalangan para pencacai PKR, isu ini amat merungsingkan. - BeruangBiru

Hadi, Nik Aziz Mungkir Janji

Manusia dipegang pada janji. Manusia yang tidak menepati janji adalah manusia munafik. Ulama yang tidak menepati janji dan dengan sengaja menipu semata-mata untuk kepentingan diri dan puaknya, adalah Ulama jahat sepertimana yang diperingatkan oleh AlQuran.

Sedar atau tidak, Nik Aziz dan Hadi Awang adalah antara Ulama munafik yang memungkiri janji. Ingatkah bagaimana Nik Aziz menghentam bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir sebagai gila kuasa dan diktator serta mencabar beliau bersara? Kata Nik Aziz ketika itu, jika Tun Mahathir sanggup bersara, maka beliau juga akan bersara.

Sebaik keadaan negara kembali pulih dan berada di landasan yang tepat, maka Tun Mahathir pun bersara. Tetapi, sejurus selepas itu, apabila ditanya kepada Nik Aziz, Nik Aziz pula ‘berikrar’ akan memegang jawatan sampai mati. Malah, sehingga hari ini Menteri Besar Kelantan yang gagal itu tetap bertegas akan terus mempertahankan jawatan.

Begitu juga dengan Presiden PAS si Hadi Awang. Ketika Amanat Hadi kembali menghantui dirinya tahun lepas, beliau juga membuat kenyataan tidak akan bertanding lagi. Kenyataan tersebut berbunyi merendah diri dan tawaduk. Namun, semua itu hanya sementara sahaja rupanya. Apabila orang-orang kelilingnya memberi isyarat seolah-olah beliau masih diperlukan, dengan pantas Hadi menyambutnya daan membuat kenyataan akan terus mempertahankan kerusinya.

Tindakan kedua-dua pemimpin bergelar Ulama ini bukan sahaja menunjukkan kemunafikan yang jelas, tetapi ia turut menjejaskan parti mereka yang mereka ‘anuti’. Jelas, mereka bukan lagi berjuang kerana parti tetapi diri sendiri.

Akibat dari ketamakan kuasa, PAS Terengganu, atau Marang, khasnya, kini berpecah. Ramai pemimpin-pemimpin pelapis kecewa kerana mereka telah memasang cita-cita untuk menggantikan Hadi Awang apabila beliau mengumumkan tidak akan bertanding lagi. Nampaknya, cita-cita mereka terpaksa ditangguhkan lagi kerana Hadi Awang masih belum puas berkuasa, malah berangan-angan lebih tinggi untuk menjadi Perdana Menteri.

Di Kelantan juga, keadaan yang hampir sama berlaku apabila Nik Aziz enggan berundur sedangkan beliau kini sudah menjadi liabiliti bagi negeri dan juga parti. Namun, sikap PAS yang taksub kepada gelaran ‘ulama’ dan penampilan ‘jubah dan serban’ serta cakap-cakap yang berbunyi ‘Islam’, telah menidakkan akar umbi PAS dari menentang Nik Aziz secara nyata mahupun mengakui kelemahannya mentadbir.

Pendek kata, biarpun tindakan dan perbuatan Nik Aziz hitam dan dilihat hitam, namun mulut penyokong-penyokongnya tetap akan menyatakan ia putih.

Hakikat yang perlu diterima oleh semua ahli PAS ialah tiada siapa yang boleh menyimpan cita-cita untuk menjadi Presiden atau Mursyidul Am PAS atau Menteri Besar Kelantan, selagi kedua-dua ‘ulama’ itu masih hidup. Nik Aziz tahu bahawa tanpa jawatan, beliau hanyalah seorang orang tua nyanyuk yang tidak punya signifikan apa-apa di dalam dunia ini. Tiada apa sumbangannya kepada rakyat Kelantan, mahupun umat Islam keseluruhan selain dari memecahbelahkan dan membawa kesesatan semata-mata.

Hadi Awang pula tentu sekali tidak sanggup mengenepikan peluang untuk menjadi Perdana Menteri. Beliau begitu yakin dan teruja sekali apabila Haron Din mengambil langkah besar-besaran untuk menolak Anwar. Hadi, diketahui sebagai ‘next in line’ bagi jawatan tersebut, sekiranya Anwar tidak diterima ramai. Justeru, atas dasar inilah Hadi memutuskan untuk terus bertanding kerana merasakan kerusi Putrajaya sudah tidak jauh lagi. Beliau tidak sanggup berundur sebelum berjuang.

Apapun, yang pasti, perjuangan mereka berdua bukanlah kerana Islam dan sekiranya kedua-dua makhluk munafik lagi gila kuasa ini menang, maka ia bukan bermakna kemenangan Islam, tetapi kemusnahan keseluruhan struktur ummah, negara dan juga agama. - BeruangBiru

DAP tiada pengalaman memerintah

Pemimpin DAP jelas tidak mempunyai kemahiran untuk memerintah negara apabila semakin banyak kelemahan dan kemerosotan berlaku di bawah pentadbiran mereka di Pulau Pinang.

Antara isu yang dibangkitkan adalah berlakunya kemerosotan kemasukan pelaburan ke Pulau Pinang pada tahun lepas yang mana jelas menunjukkan bahawa kerajaan negeri pimpinan DAP tidak mempunyai pengalaman untuk mentadbir sesebuah negeri.

Perkara itu juga turut diakui Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang berkata Lim Guan Eng gagal mentadbir Pulau Pinang apabila negeri itu gagal menarik pelaburan dan menggambarkan kerajaan negeri tidak mempunyai pemikiran dan perancangan yang holistik.

Hanya BN yang mampu mentadbir negara kerana mempunyai 55 tahun pengalaman dan kematangan serta berhadapan dengan pelbagai krisis dan berjaya mengatasinya dalam tempoh itu.

Kerajaan negeri Pulau Pinang pula kerana tiada perancangan holistik, mencetuskan kekeliruan dan huru-hara, contohnya sebagai contoh isu terowong.

Naib Pengerusi Gerakan negeri Ong Thean Lye juga mendedahkan kemasukan pelaburan ke Pulau Pinang menjunam 73 peratus pada tahun lepas dengan mencatatkan jumlah RM2.47 bilion berbanding RM9.11 bilion yang direkodkan pada tahun 2011.

Ong berkata Pulau Pinang adalah antara lima negeri teratas dalam menarik pelaburan semasa di bawah pimpinan BN, namun pada 2012 negeri ini berada di tangga keenam.

Sudah jelas hanya BN yang mampu membawa perubahan dan meningkatkan kemasukan pelaburan ke Pulau Pinang sekiranya diberi mandat sekali lagi oleh rakyat.

Tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang meluluskan tender projek terowong dasar laut bagi menghubungkan kawasan pulau dan tanah besar negeri ini menunjukkan belang sebenar parti itu yang tiada pengalaman dalam melaksanakan urusan takbir urus kerajaan.

Langkah diambil kerajaan negeri dalam meluluskan tender projek itu jelas menggunakan kaedah terbalik tanpa melibatkan perbincangan dengan pihak-pihak yang akan menerima kesan secara langsung sekiranya projek itu dilaksanakan.

Sedangkan kaedah itu bukan merupakan pendekatan terbaik dalam proses membuat keputusan oleh sebuah kerajaan.

Pembinaan projek terowong dasar laut itu mula dibantah apabila Pemuda Barisan Nasional (BN) mendedahkan mengenai pemberian tender projek mega bernilai RM6.3 kepada sebuah syarikat yang hanya mempunyai modal berbayar sebanyak RM2.

Guan Eng bagaimanapun mendakwa berlakunya kesilapan 'salah taip' berhubung kos sebenar projek terowong dasar laut berserta tiga lebuh raya yang diumumkan, beliau berkata itu tidak menjadi masalah.

Jelas mereka tidak berpengalaman mentadbir sebaliknya hanya merapu mengatakan mereka menguruskan tata-kelola yang baik, sedangkan hakikatnya adalah jauh panggang dari api.

Pemilihan parti sendiri pun hari biru, lagikan nak memerintah negara.

DAP juga terpaksa mengubah keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) selepas mengesan kesilapan pengiraan undi.

Ahli akar umbi parti itu sehingga hari ini terus mendesak agar DAP mengadakan pemilihan semula untuk membuktikan ketelusan, namun mendapat respon hambar daripada pemimpin tertinggi.

Mereka fikir mentadbir negara sama macam mentadbir kumpulan kongsi gelap ke?

Hancur Malaysia jika mereka bejaya menawan Malaysia. - BeruangBiru

#PRU13 : 215 Kerusi Milik Pakatan? Sah Khalid Ibrahim Mamai!



Khalid Ibrahim buat lawak sekali lagi. Kali ini lawak bingainya dibuat di hadapan kira-kira 200 orang yang menghadiri majlis pengumuman calon Pakatan Rakyat di Bandar Tun Razak.

Hendak menipu pun agak-agaklah sedikit. Rakyat kini bukannya bodoh lagi. Maklumat semua di hujung jari. Cakap berdegar-degar tetapi jika tiada bukti disertakan, siapa yang mahu percaya. Sekadar jadi bahan ketawa bolehlah.

Entah di mana Menteri Besar Selangor ini dapat ilham buat lawak bingai sebegitu tidak pula penulis ketahui. Mungkin daripada keinginannya menjadi Menteri Besar sekali lagi selepas PRU13 barangkali yang membuatkan fikirannya menjadi tidak rasional dan akhirnya membodohkan diri sendiri di hadapan orang ramai.

Entah sawan apa agaknya yang menjangkiti Menteri Besar Selangor ini agaknya apabila dengan yakinnya dia mengatakan Pakatan akan menang 215 kerusi berdasarkan kajian yang dibuat oleh beberapa buah universiti. Universiti mana agaknya tu Dato’ Seri?

Jika kebiasaannya pecacai Pakatan Pembangkang akan meminta bukti dan fakta jika situasi seumpamanya berkaitan Barisan Nasional, seeloknya Khalid Ibrahim pun harus ditekan untuk memberikan bukti kebenaran kata-katanya di dalam ceramah yang telah diberikannya kepada umum.

Mana perincian penyelidikannya Dato’ Seri? Jika betul ada, apa kata bentangkan sahaja kepada media dan umum supaya rakyat boleh menilainya. Kalau setakat cakap tanpa bukti, baik tak payah cakap. Membuang masa rakyat melayan angan-angan kosong Pakatan Pembangkang yang perasan kewujudan mereka itu masih lagi relevan.

215 kerusi bukannya sedikit. Menang besarlah Pakatan Pembangkang jika betul bagai diwar-warkan oleh Khalid Ibrahim itu. Baki hanya 7 kerusi untuk Barisan Nasional. Menangislah Barisan Nasional nampak gayanya. Memang lawak bingai.

Kesawanan Khalid Ibrahim makin hari makin ketara. Semakin hampir PRU13, semakin bertambah-tambah kebingaiannya. Entah esok lusa, dia umumkan pula hasil kajiselidik pandangan umum, Pakatan Rakyat menang semua kerusi. Bersorak sakanlah kem Azmin Ali mentertawakan lawak bingai Khalid Ibrahim ini.

Oleh itu, rakyat harus menolak Khalid Ibrahim dalam PRU13 nanti jika beliau gagal memberikan perincian tentang penyelidikan bagai yang telah diwar-warkannya itu. Cakap tanpa bukti samalah seperti makan nasi tanpa lauk, langsung tidak boleh dipercayai. Lebih baik dengar cerita orang gila yang dah sememangnya kita tahu tidak benar daripada dengar cerita bohong yang dijaja oleh orang siuman seperti Khalid Ibrahim.

Rakyat Selangor ramai yang tidak berpuashati dengan Khalid Ibrahim serta kuncu-kuncunya. Kalau sudah ramai yang marah, bagaimana boleh dikatakan 215 kerusi bakal menjadi milik Pakatan Rakyat. Tidak mungkin rakyat marah dan memberikan undi kepada Pakatan rakyat sebagai tanda protes.

Justeru, rakyat harus membuat penilaian yang sewajarnya sebelum memilih untuk memberikan undi kepada Pakatan Rakyat yang ternyata tidak mampu memenuhi segala janji mereka kepada rakyat ketika PRU12. Empat tahun tempoh percubaan telah diberikan oleh rakyat kepada Pakatan Rakyat dan terbukti mereka tidaklah lebih baik daripada Barisan Nasional bahkan lebih teruk lagi daripada itu.

Rakyat harus menolak Pakatan Rakyat dan memilih Barisan Nasional yang selama lebih 50 tahun telah memberikan khidmat cemerlang kepada rakyat untuk masa hadapan negara yang lebih baik daripada kini.

SUMBER : SGB

Isu CEC DAP: PR Tidak Layak Persoal SPR

DAP terkenal dengan kelantangan dan kelancangan mulutnya menghentam kerajaan atas apa saja yang dilihat korup, kotor atau salah di mata mereka.  Di masa yang sama, mereka mempromosi PR, khasnya DAP sendiri sebagai sebuah parti yang menjunjung segala nilai murni yang tidak diamalkan oleh kerajaan BN. 

Justeru, slogan Cekap, Amanah dan Telus dijadikan simbol pentadbiran parti itu di Pulau Pinang.  Kononnya, pentadbiran kaum Cina lebih bersih dan professional berbanding pemerintahan kaum Melayu.  Dan kononnya kaum Cina lebih bijak dan bermaruah dari kaum Melayu.  Itulah yang dimomokkan dan diterap ke dalam jiwa anak-anak DAP sejak dahulu kala lagi. 

Bagi DAP, jika ada segelintir Melayu yang berjaya atau kaya, ia adalah kerana dia atau ibubapanya atau nenek moyangnya pernah memakan rasuah.  Sama ada itu, ataupun kerana mempunyai pertalian dengan kerabat diRaja atau orang-orang penting dalam negara.  Kononnya juga, anak-anak Melayu di Pusat Pengajian Tinggi Awam bukannya benar-benar bijak tetapi berpeluang melanjutkan pelajaran hanya kerana sistem kuota. 

Namun, pengalaman berpuluh tahun di sektor swasta menyatakan sebaliknya iaitu kebanyakan kaum Cina yang berjaya adalah kerana kroni.  Secara umumnya, sektor swasta di Malaysia menggunapakai sistem rasis iaitu menghadkan jumlah dan jawatan tertinggi kaum bukan Cina, terutama Melayu, setakat tahap tertentu dan jabatan yang perlu sahaja.  Manakala bagi kaum mereka, walaupun tidak punya kredibiliti akan tetap diberikan peluang yang luas untuk naik pangkat ataupun gaji. 

Buktinya boleh dilihat di dalam DAP sendiri di mana seorang yang hanya lulus SPM diberikan tugas sebagai Pengarah Strategik Pilihanraya sehingga menyebabkan kecelaruan undi.  Malah, dalam pentadbiran negeri pula, kita dapati DAP gagal menyediakan pembentangan yang tepat mengenai projek mega yang dicadangkan di Pulau Pinang yang mana menunjukkan kesilapan pengiraan yang tidak boleh diterima akal.   Pendedahan demi pendedahan dilakukan oleh beberapa pihak juga menyaksikan pemberian projek juga dilakukan dengan cara tidak telus di negeri itu sehingga ada di antaranya membawa kepada perletakan jawatan. 

Malah pembahagian kerusi bagi parti sendiri juga menyaksikan ketidakcekapan yang parah dalam parti Cina kiasu itu.  Kerana kerusi juga, kita melihat beberapa pemimpin DAP meletakkan jawatan walaupun pilihanraya semakin hampir.  

Semua ini membuktikan yang DAP bukanlah sebijak mana.  Lebih dari itu, DAP bukanlah parti yang telus, cekap mahupun amanah.  Sikap kukubesi DAP cukup terserlah, terutama di saat-saat genting menuju pilihanraya ini.   Tidak cukup dengan menolak demokrasi dengan memboikot media, DAP juga menafikan hak ahli-ahli sendiri untuk bersuara. 

Apa yang menarik sekali mengenai perkembangan ini ialah, DAP langsung tidak membela diri atau tidak mampu membela diri apabila ketidaktelusan dan ketidakcekapan mereka itu terbukti melalui pemilihan CEC.   Dalam dilema antara mengaku tidak telus, atau mengaku bodoh, DAP telah memilih untuk mengaku bodoh atas alasan tidak tahu mengira undi menggunakan komputer.   

Tindakan tersebut membuktikan kedua-duanya iaitu DAP itu adalah bodoh dan tidak telus sekali gus.  

Isu ini akhirnya dibawa kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) oleh ahli-ahli DAP sendiri.  

Oleh kerana licik tetapi bodoh, akhirnya DAP tidak boleh lari lagi.  Hari ini, dilaporkan bahawa Lim Guan Eng tidak berani menyerahkan senarai 753 perwakilan yang tidak menerima surat untuk menghadiri Kongres Kebangsaan ke-16 bagi membolehkan mereka mengundi kepada ROS. 

DAP cukup sedar bahawa mereka tidak boleh terlepas dari tuduhan tidak telus dan tidak cekap ini.  Oleh itu, mereka terlebih dahulu membayangkan akan bertanding menggunakan lambang sekutu mereka jika parti itu dibatalkan oleh ROS. 

Bagi memperbetulkan keadaan, pembatalan tersebut, jika benar-benar berlaku, bolehlah dijadikan peluru untuk menembak BN pula iaitu kononnya takut dengan DAP. 

Namun, kita pasti rakyat tidak semudah itu untuk diperdaya lagi oleh DAP.  Kita sudah cukup masak dengan sikap DAP iaitu, setiap kali terkantoi, DAP akan mengalih cerita ke lain agar kesalahan mereka dilupakan.  Contohnya, isu mendiang Teoh Beng Hock di mana kesnya adalah kes rasuah DAP, tetapi dialihkan sehingga menjadi kes SPRM tidak cekap melindungi saksi. 

Kita pasti, DAP akan berbuat yang sama dalam isu CEC ini iaitu menjadikan ia sebagai isu BN takutkan DAP sehingga memaksa ROS membatalkan pertubuhan parti itu.  Sedangkan kes sebenarnya ialah DAP tidak telus, tidak cekap dan bodoh kerana menipu, memanipulasi dan menafikan hak ahli-ahli sendiri. 

Segala perkembangan ini wajar dijadikan pengajaran dan diambilkira dalam memilih kerajaan.  Tanyalah kepada diri sendiri, sanggupkah kita mempunyai kerajaan seperti DAP?  Bayangkan, jika ahli-ahli sendiri pun boleh dipijak-pijak dan disepak-sepak, apatah lagi rakyat?  Dan apatah lagi kaum lain, terutamanya kaum Melayu? 

Dalam keadaan ini, di manakah kredibiliti DAP, mahupun PR untuk mempersoal integriti sesiapa terutama, SPR?  Jika pemilihan parti sendiri juga tidak boleh dikira dengan tepat dan telus, di manakah letaknya maruah dan kelayakan PR untuk mempertikai SPR?  

Berdasarkan apa yang berlaku, terbuktilah bahawa segala demonstrasi BERSIH yang dipromosi PR sehingga menyebabkan kecederaan, kemusnahan dan kerugian sebenarnya tidak mempunyai makna sama sekali. - BeruangBiru