Saban hari kita dihidangkan cerita fitnah tentang korupsi yang berlaku dalam kerajaan terutamanya tentang pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia daripada negara Perancis. Begitu juga cerita kononnya akibat cemburu isteri Perdana Menteri terhadap Altantuya yang membantu dalam usaha pembelian tersebut menyebabkan wanita Mongolia itu dibunuh dan mayatnya telah diletupkan.
Fitnah tentang kerajaan Barisan Nasional mengamalkan kronisme dalam pemberian tender yang mengembungkan poket kaum keluarga sendiri turut dijaja seolah-olah mereka yang bernaung di bawah jenama Pakatan Pembangkang suci murni dan tidak sesekali berbuat perkara yang sama. Namun, bangkai gajah tidak akan boleh ditutup dengan nyiru. Penyelewengan Pakatan Pembangkang tidak selamanya dapat disembunyikan. Ianya sedikit demi sedikit terbongkar walaupun fitnah terhadap kerajaan digembar-gemburkan dan diperbesarkan untuk menutup kecurangan mereka.
Perdana Menteri terutamanya dijadikan mangsa fitnah oleh pecacai Pakatan Pembangkang yang begitu kemaruk hendakkan pemimpin liwat kesayangan mereka menjadi Perdana Menteri. Perkara yang tiada, direka dan disensasikan oleh mereka ini dengan tujuan agar reputasi Datuk Seri Mohd Najib terjejas dan rakyat menolak beliau serta Barisan Nasional pada PRU13 nanti.
Namun, dalam tidak sedar, semakin hari semakin populariti Datuk Seri Mohd Najib melonjak naik. Usaha memajukan negara tidak sesekali beliau pinggirkan walaupun nama beliau cuba dibusukkan oleh segelintir manusia yang tidak tahu bersyukur yang menabur fitnah kononnya beliau sengaja melewatkan pembubaran Parlimen kerana takut kalah kepada Pakatan Rakyat.
Bahkan, tanpa mengenal erti penat beliau turun padang bertemu rakyat di seluruh negara. Usaha berterusan Perdana Menteri dan kerajaan dalam memastikan transformasi yang telah dicanangkan turut membuahkan hasil.
Rakyat ternyata gembira dengan segala pemberian oleh kerajaan yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka. Ini menjadikan rakyat terus menerus menyokong kerajaan Barisan Nasional untuk terus memerintah negara supaya segala kemudahan yang sedang dinikmati tidak terputus.
Bukan mudah menjadi Perdana Menteri. Ia bukan sekadar jawatan yang memerlukan seseorang itu pandai berjanji, tetapi ianya memerlukan seseorang yang tahu bekerja dengan jujur untuk memastikan rakyat terus mendapat manfaat dan negara terus membangun. Ia juga perlu memastikan pelaburan baru sentiasa masuk ke dalam negara untuk memastikan sumber pendapatan negara terus meningkat dan pembangunan dapat digandakan.
Seperti seorang ketua rumah yang perlu memastikan semua isi rumahnya mendapat makan pakai yang cukup, kesihatan yang baik, keselamatan terjamin dan kehidupan yang bahagia, begitulah juga dengan seorang Perdana Menteri. Beliau perlu memastikan seluruh rakyat mendapat segala kemudahan insfrastruktur, peluang pekerjaan yang mencukupi, keselamatan yang terjamin dan kehidupan yang aman di bawah pentadbirannya.
Datuk Seri Mohd Najib berjaya menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepadanya setelah mendapat mandat mentadbir negara. Golongan berpendapatan rendah adalah golongan yang paling banyak mendapat manfaat daripada kerajaan tadbiran beliau.
Rumah mampu milik banyak dibangunkan di seluruh negara untuk memberi peluang golongan berpendapatan rendah mempunyai rumah sendiri. Harga yang ditawarkan sememangnya mampu untuk dijelaskan oleh golongan sasaran ini. Bukan seperti rumah mampu milik berharga lebih RM400 ribu seperti yang dibangunkan di Pulau Pinang yang berada di bawah pentadbiran DAP.
Tidak cukup dengan itu, bantuan seperti BR1M diberitakan akan dijadikan pemberian tahunan kepada golongan berpendapatan rendah. Pelbagai lagi bantuan lain seperti BL1M dan sebagainya diberikan kepada rakyat untuk meningkatkan taraf hidup mereka walaupun Pakatan Pembangkang sibuk mencanangkan ianya adalah rasuah kerajaan kepada rakyat.
Penulis tidak melihat segala pemberian daripada kerajaan ini sebagai rasuah kepada rakyat sepertimana dakwaan Pakatan Pembangkang. Sebaliknya penulis berterima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional yang berterusan berusaha mempertingkatkan taraf hidup rakyat dan membangunkan negara setaraf negara maju lain.
Sepertimana Perdana Menteri begitu yakin Barisan Nasional akan memperolehi 2/3 kerusi di Parlimen, penulis juga merasakan begitu. Dengan sokongan yang diberikan oleh rakyat kepada semua program yang dilaksanakan kerajaan, penulis yakin, mandat untuk mentadbir negara akan diserahkan sekali lagi kepada Barisan Nasional.
Rakyat sudah tertipu sekali apabila janji-janji yang telah ditaburkan oleh Pakatan Pembangkang di beberapa buah negeri yang telah diberi mandat memerintah tidak ditunaikan. Tidak mungkin rakyat akan tertipu sekali lagi kali ini.
Rakyat tidak perlukan janji-janji manis, apa yang diperlukan adalah manfaat yang boleh diperolehi daripada kepercayaan yang telah diberikan kepada pemerintah. Dan penulis melihat itu hanya mampu diberikan oleh Barisan Nasional.
Justeru, sama-samalah kita menolak Pakatan Pembangkang yang hanya tahu berjanji dan berbohong tetapi tidak tahu bagaimana untuk melaksanakan amanah. Jangan benarkan pemimpin liwat menerajui negara. Kekalkan Barisan Nasional sebagai pemegang mandat mentadbir negara untuk kemajuan dan keamanan yang berterusan.
SUMBER : Suara Generasi Baru
No comments:
Post a Comment