Saturday, 13 April 2013

Manifesto BN

Manifesto akujanji Barisan Nasional (BN) ternyata menerima sambutan hangat pelbagai lapisan masyarakat dan juga pelbagai bangsa.

Rakyat Malaysia mula menyedari hanya dengan pemerintahan BN mereka akan berupaya menikmati taraf hidup dan kebahagian yang lebih selesa, bukan sahaja masyarakat biasa, tetapi juga bagi mereka yang terlibat dalam perniagaan.

Kemampanan ekonomi negara juga menjadikan banyak penganalisis ekonomi meramalkan manifesto akan memacu ekonomi Malaysia ke arah yang lebih baik sekaligus mendorong kepada status Malaysia negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Buktinya, pelbagai pihak, termasuk media cetak, elektronik, termasuk laman-laman sosial membicarakan manifesto BN, terutamnay berkenaan Bantuan Rakyat 1 malaysia (BR1M), dan sejuta rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun BN memerintah.

Berbanding 150,000 unit rumah dalam janji manifesto Pakatan Rakyat, ternyata BN jauh mengatasi mereka dari aspek perancangan dan pelaksanaan manifesto.

Berbeza dengan manifesto bukan janji PR, mereka hanya menumpu kepada persoalan menurunkan segala macam benda tanpa memikirkan impak ekonomi makro terhadap negara.

BN sebaliknya selain membantu kos sara hidup rakyat dengan bantuan-bantuan one-off, mereka juga memikirkan kaedah terbaik untuk terus membantu rakyat tanpa merisikokan ekonomi negara.

Dengan iklim ekonomi dunia yang perlahan dan kelembapan ekonomi di Eropah, pemikiran di luar kotak amat diperlukan bagi memastikan Malaysia terus mempunyai pertumbuhan ekonomi yang mapan.

Ternyata, transformasi Datuk Seri Najib Razak sejak beberapa tahun ini menunjukkan kejayaan apabila ekonomi negara terus berkembang sebanyak 5 peratus, malah negara luar turut terkejut degan perkembangan yang menurut mereka "di luar jangkaan".

Perkara itu bagaimanapun tidak diuatarakan pembangkang, sebaliknya lebih mempolitikkan isu manifesto seolah-olah manifesto mereka adalah yang terbaik, sedangkan tanpa manifesto pun, BN sebenarnya telah berjaya menjadikan ekonomi Malaysia lebih berdaya saing dan mapan.

BR1M ternyata memberikan impak ekonomi yang memberangsangkan apabila meningkatkan permintaan sekaligus mewujudkan proses jual beli yang rancak dalam ekonomi sehingga memungkinkan kitaran ekonomi domestik negara bergerak. Ini memberikan kesan besar, terutamanya peluang pekerjaan dan 'supply and demand' dalam konsep ekonomi.

Manifesto yang dilancarkan BN baru-baru ini juga dijangkakan akan memacu ekonomi negara ke arah yang lebih baik sekaligus menjadikan kuasa beli rakyat meningkat dan bakal mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik.

Jelas terpampang di media massa bahawa pakar ekonomi meyakini manifesto BN melebihi manifesto pembangkang.

Tanpa perancangan ekonomi dan hala tuju ekonomi yang kukuh, manifesto PR dilihat umpama sampah yang tidak mempunyai hasil sebaliknya akan menyebabkan negara muflis.

Jelas kelihatan betapa BN memikirkan setiap aspek kehidupan sehingga membolehkan manifesto itu dirangka dengan sebegitu baik tanpa meminggirkan mana-mana pihak.

Daripada aspek kos kehidupan, perumahan, pendidikan, warga emas, pengangkutan dan sebagainya, termasuk kehijauan alam, BN tidak langsung mengabaikan mana-mana aspek.

Sebaliknya mengambil pendekatan rakyat didahulukan bagi membolehkan pencapaian negara melonjak ke paras yang lebih baik. - BeruangBiru

No comments:

Post a Comment