Thursday, 11 April 2013

Khalid lebih utamakan elektrik dari air di Selangor?

Isu air di Selangor semakin meruncing apabila penduduk di beberapa daerah di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat mula mengeluh berlaku gangguan bekalan air di kediaman mereka. 

Meskipun telah dinasihatkan agar kerajaan dipimpin Khalid Ibrahim itu meneruskan pembinaan Projek Langat 2, beliau masih berdegil, sebaliknya mengutamakan pembinaan projek solar: SOLAR PHOTOVALTAIC POWER PLANT yang kosnya mencecah RM 1 bilion. 

Lebih mengejutkan, projek itu dilaksanakan melalui runding terus yang melibatkan kepentingan pemimpin DAP seperti Teresa Kok menerusi proksinya seorang ahli DAP, Kok Chee Keong yang mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut, dan diluluskan hanya dalam tempoh lapan hari ia dicadangkan. 

Pada 14 Disember 2011 , Yayasan Selangor telah menerima sepucuk surat buat kali pertama dari GOLDSINO INVESTMENT DEVELOPMENT LIMITED yang berpangkalan di Zhuhai, China, untuk menjalankan projek SOLAR PHOTOVALTAIC POWER PLANT di atas kedua-dua keping tanah tersebut untuk tempoh pajakan 25 tahun. 

Apa yang mengejutkan surat yang dihantar itu adalah surat pertama , tetapi dalam surat berkenaan syarikat itu telah menyatakan ayat seperti berikut,: 

“we would to express our sincere appreciation to Yayasan Selangor for inviting us to participating for the above project”. 

Difahamkan perbincangan awal antara mereka dengan Teresa Kok, mereka telah diajar supaya menulis begitu kerana Teresa akan terselamat jika apa-apa yang boleh menyangkutkannya. 

Pada 22 Disembar 2011 Yayasan selangor telah mengeluarkan ‘letter of intent’ (LOI) kepada syarikat berkenaan yang ditandatangani oleh Raja Amir Shah. 

Persoalannya, bagaimana projek yang mencecah RM 1 bilion dalam masa 8 hari sahaja boleh dikeluarkan LOI? 

Pada 27 Disember 2011 satu mesyuarat telah diadakan melibatkan Yayasan Selangor dengan Goldsino Investment Development Limited, yang mana dalam mesyuarat itu Yayasan Selangor diwakili lapan orang, manakala syarikat berkenaan hanya diwakili oleh, Kok Chee Keong selaku proksi Teresa Kok. 

Yayasan Selangor memiliki dua keping tanah di Dengkil dan Kuala Kubu Baru. Tanah yang bernombor PT 39693 di Dengkil telah disewakan kepada kroni Dr Halimah Ali (Adun Pas Selat Klang) untuk dijadikan sekolah persendirian dengan sewa yang cukup murah. 

Tanah kedua bernombor PT 521 di Kuala Kubu Baru yang menempatkan Dua Kem Bina Semangat yang disewakan kepada PLKN. Keluasan kedua-dua kawasan tanah berkenaan dianggarkan 40-50 ekar. 

Jelas di sini dilihat bagaimana Yayasan Selangor yang ditubuhkan untuk membantu anak-anak Selangor dalam pendidikan telah dijadikan ‘vehicle’ oleh DAP untuk mereka mengaut keuntungan. 

Lima tahun mereka memerintah Selangor kita dapat melihat bagaimana rakusnya DAP dalam menjahanamkan negeri Selangor. 

Dengan mudah, dua keping tanah untuk kebajikan rakyat Selangor dambil dan digunakan demi kepentingan DAP, hanya dalam tempoh yang singkat! - BeruangBiru

No comments:

Post a Comment