Tuesday, 9 April 2013

#PRU13 SERANG ROSMAH BUKTI PAKATAN TAKUT KALAH

Pakatan pembangkang sering mengatakan mereka ingin mengajar rakyat erti politik dan sistem demokrasi sebenar dengan mendakwa selama ini kononnya rakyat telah dibodohkan dengan pendekatan kerajaan BN/UMNO. Mereka mendakwa pendekatan pembangkang adalah berpolitik secara matang selari dengan sistem demokrasi yang diamalkan oleh dunia luar khususnya barat.

Namun, seperti kebiasaannya, apa yang dikatakan sering kali tersasar dengan perlaksanaan yang dilakukan. Antara hujah yang sering digunakan, kononnya BN/UMNO takut untuk berlawan isu dengan pembangkang, maka pendekatan serangan peribadi, pembunuhan karakter (character assassination) sering kali digunakan untuk menyalahkan BN/UMNO.

Terbaru isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sekali lagi dijadikan sebagai modal kempen pembangkang untuk mewujudkan elemen kebencian di hati rakyat. Kalau dahulu mereka melemparkan fitnah terhadap Rosmah berhubung pemilikan cincin, kini portal suarapakatanrakyat mendakwa kononnya hampir 80 peratus kandungan manifesto BN adalah merupakan idea beliau.

Walaupun kebanyakan rakyat sedar, ia merupakan percubaan jahat pakatan untuk memburukkan beliau, namun apa yang dikesalkan ialah agenda jahat pembangkang untuk mengheret mereka yang tidak berkenaan ke kancah politik. Ini bukan sekadar dakwaan, kerana andai dilihat dari ‘track record’ mereka, puak-puak pencacai ini memang mahir dalam bab seumpama ini.

Contohnya lihat sahaja bagaimana mereka cuba memanipulasikan titah Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah, sehingga menimbulkan kemurkaan baginda baru-baru ini. 

Raja Nazrin bertitah institusi Raja dan takhta pada setiap masa wajib berada di atas politik kepartian, memisah dan menjauhkan diri daripada terlibat secara langsung dalam urusan dan kegiatan politik kepartian.

“Sebarang perbuatan yang mengaitkan nama dan batang tubuh Beta untuk meraih sokongan politik, sebenarnya boleh disifatkan telah mengheret istana ke dalam kancah politik kepartian serta boleh dianggap telah melanggar tatasusila serta kesopanan adab dan tertib berpolitik secara berhemah,” titah baginda.

Persolannya mengapakah isteri kepada Perdana Menteri itu juga turut ingin diseret sama ke kancah politik tanahair? Beliau bukan calon BN, jauh sekali menyimpan hasrat untuk menjadi pemimpin di dalam UMNO. Jawapannya mudah, pakatan pembangkang percaya dengan memburukkan Rosmah, mereka secara tidak langsung akan dapat merosakkan imej Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak yang pada ketika ini begitu dekat di hati rakyat. 
 
Di masa yang sama, mereka mengharapkan agar pimpinan Barisan Nasional mula merasa ragu dengan keupayaan Datuk Seri Najib memimpin gabungan parti politik terbesar negara. 

Kesimpulannya, apa yang cuba dilakukan ini boleh disifatkan sebagai tindakan terdesak untuk meraih simpati masyarakat. Ia ditambah dengan sokongan rakyat yang dilihat semakin berkurangan terhadap mereka khsusnya kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Atas sebab itu, telah menyebabkan mereka gusar dan takut. Ini kerana tanpa sebarang pendekatan yang menyeluruh bagi mengekang momentum BN/UMNO, impian untuk ke Putrajaya adalah merupakan suatu yang hampir mustahil. - BeruangBiru

1 comment:

  1. Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...


    Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini.Baca selanjutnya...


    SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.
    Baca selanjutnya...

    ReplyDelete