Saturday 30 March 2013

Undi 2000 Pun Tak Tahu Kira, Bagaimana DAP Hendak Mengira Jumlah Berbilion?

DAP adalah parti yang tidak berkebolehan. Noktah.

Tajuk dan kenyataan di atas adalah lengkap dan padat. Tetapi, dengan hanya menulis sedemikian, mungkin puak-puak DAP tidak akan dapat memahami maksudnya.

Maksud yang perlu difahami di sini ialah, seseorang itu semestinya bersikap rasis tegar, tidak rasional dan tidak waras untuk menyokong sebuah parti yang tidak mampu mengira undi yang tidak sampai 2000 pun, dalam pemilihan jawatankuasa pusat mereka yang lalu. Dan sekiranya parti itu tidak mampu mengira walaupun sebanyak 2000, bagaimana kita boleh mengharapkan mereka mampu mengira sehingga berjuta atau berbilion ringgit? Jika mereka tidak tahu mengira, bagaimana kita boleh memberi mandat untuk mereka menerajui negeri, apatah lagi negara?

Oleh kerana DAP tidak berkebolehan, maka kos untuk pembinaan terowong mega yang diumumkan pada jumlah RM4.08 billion pada tahun 2011, kini menunjukkan jumlah RM6.3 billion pula. Nampaknya, segala cakap-cakap besar Lim Guan Eng tentang amalan tender terbuka yang mampu menurunkan kos dari jumlah asal RM8 billion, adalah tidak bermakna sama sekali.

Mengimbas pemilihan CEC, DAP memberi alasan bahawa komputer telah mengsabotaj mereka sehingga beberapa ratus dari undi telah hilang. Dan dalam mega projek ini, komputer dikatakan bermain silap mata pula dengan DAP sehingga menyebabkan pertambahan RM2.25 billion dari kos asal.

Jika ini bukan masalah tidak cekap matematik, maka ia tentulah masalah tidak cekap komputer.

Ini kerana DAP tidak seharusnya ‘tersalah taip’ kerana mereka sepatutnya tidak perlu pun menaip jumlah tersebut. Jumlah itu akan dikira secara automatik oleh komputer. Jika mereka enggan menunjukkan keseluruhan jalan pengiraan di dalam ‘worksheet’ komputer itu, maka ‘manusia’ hanya perlu memetik jumlah yang telah dikira secara automatik tersebut dan mengisikannya di dalam kertas kerja, kenyataan atau pembentangan yang perlu. Itu saja.

Susah sangatkah untuk memetik dan menyalin semula jumlah tersebut?

Jika benar ia merupakan masalah tersalah taip, maka mungkinkah nama-nama seperti ‘Annie and Party’, ‘Pinny’, ‘Davy’, ‘Jimmy’ dan ‘Terry’ yang muncul dalam kertas kerja mengenai projek tersebut yang telah didedahkan sebelum ini juga sebenarnya tersalah taip?

Selama ini DAP sering menuduh UMNO sebagai ketinggalan, Melayu lembab, bodoh dan malas tetapi akhirnya terbukti DAP lebih teruk lagi, malah bengap. Namun, sekurang-kurangnya kita tidak perlu mendengar alasan yang memualkan dari mereka iaitu segala kesilapan adalah berpunca dari UMNO.

Untuk rekod, Melayu UMNO yang dikatakan lembab, bodoh, malas dan rasis oleh DAP inilah yang menerajui negara tanpa melakukan kesilapan bodoh sepertimana yang dilakukan oleh Lim Guan Eng itu. Mungkin Guan Eng tidak menyedari bahawa UMNO yang sama juga yang membawa Malaysia ke tahap hari ini di mana kaum Cina dan lain-lain, bebas merebut peluang sehingga menjadi taukeh besar.

Guan Eng tidak pula merasa malu atas kesilapan ini, tetapi sebaliknya memanggil mereka yang menunjukkan kesilapannya sebagai tidak professional. Oleh itu, penulis tertanya-tanya apakah DAP juga mempunyai masalah dalam penguasaan bahasa.

Semakin jelas bahawa Lim Guan Eng bukanlah seorang yang bijak. Beliau wajar mengambil kursus komputer, mengulang pelajaran matematik atau akaun, serta memantapkan penguasaan bahasa sebelum bertanding dalam pilihanraya kali ini.

Guan Eng seharusnya tahu bahawa kesilapan membentangkan kos untuk sebuah projek mega yang mampu memberi kesan kepada pembayar cukai adalah tidak boleh diterima sama sekali. Perlu diingatkan bahawa Guan Eng bukannya mengurus sebuah kedai runcit kecil, tetapi sebuah negeri. Beliau bukan bercakap tentang belanjawan rumahtangga – duit poket anaknya atau wang dapur isterinya. Tetapi beliau bercakap tentang terowong mega yang kontroversi yang bernilai berbilion ringgit, kalaupun bukan berkenaan undi untuk memilih jawatankuasa yang akan membantunya menguruskan negeri.

Ini hanyalah beberapa kesilapan yang dapat kita dedahkan. Apakah agaknya yang akan kita jumpa jika meneliti secara terperinci angka-angka dalam pentadbiran Pulau Pinang. Dan apalah agaknya yang ‘tersalah taip’ atau ‘masalah komputer’ yang kita akan temui jika melakukan yang sama terhadap keseluruhan pentadbiran DAP. - BeruangBiru

Pulau Pinang Semakin Menjunam Di Bawah Lim Guan Eng & DAP

Setelah hampir lima tahun DAP mentadbir kerajaan negeri Pulau Pinang, keadaan sosioekonomi di negeri Pulau Mutiara itu dilihat semakin bertambah teruk, dengan kesesakan lalulintas yang semakin kronik, pembangunan hartanah mewah yang mengabaikan keperluan rakyat berpendapatan rendah, ditambah dengan keadaan ekonomi yang mengalami defisit yang berkali ganda sejak 2009.

Menurut analisis terkini kedudukan Pulau Pinang pada ketika ini telah merosot jatuh ke tangga ke-6 apabila gagal mengekalkan jumlah kemasukan pelabur yang hilang hampir dari separuh. Lebih membimbangkan negeri tersebut dikatakan bakal menghadapi masalah pengangguran yang serius menjelang 2-3 tahun lagi.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dalam tempoh empat bulan pertama bagi tahun 2012, ranking kemasukan pelabur asing jatuh ke tangga ke-6, manakala jumlah pelaburan domestik dan luar menjunam ke tangga ke-7.

Malah sebelum ini, negeri tersebut dilaporkan telah mengalami penurunan hampir 73 peratus dalam jumlah pelaburan keseluruhan dari RM9.11 bilion pada 2011 kepada hanya RM2.47 bilion tahun lalu. Sedar atau tidak, kerajaan Guan Eng juga telah mengalami defisit selama 4 tahun berturut-turut yang membuktikan kegagalan mereka dalam mengurustadbir.

Kerajaan pimpinan Guan Eng juga menerima satu lagi tamparan hebat apabila Bosch Solar Energy Malaysia Sdn. Bhd. (Bosch Solar) dikatakan telah membatalkan rancangan membina kemudahan solar bernilai RM2.2 bilion di negeri itu.

Ia membuktikan kegagalan kerajaan pimpinan DAP itu, yang dilihat tidak bersungguh-sungguh dalam usaha mengekalkan kemasukan pelaburan asing ke negeri ini seperti yang pernah dilakukan oleh Barisan Nasional (BN).

Malah pendekatan Guan Eng yang cuba menyembunyi fakta dan gemar dengan berdiam diri daripada menjawab segala persoalan mengenai perkembangan ekonomi negeri dikatakan antara punca kepada permasalahan ini.

Ini kerana secara tidak langsung telah menyebabkan para pelabur meragui dan was-was dengan ketelusan kerajaan negeri yang kononnya mempraktikkan slogan Cekap, Akauntabiliti, Telus (CAT).

Malah sebelum ini ramai yang telah terpedaya dengan kenyataan Guan Eng yang kononnya telah berjaya mengurangkan beban hutang negeri sedangkan pada hakikatnya ia dilakukan dengan bantuan Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. - BeruangBiru

JAHANAM!!! PEMBANGKANG SERANG SPR PULA!

Menjelang Pilihan Raya Umum ke 13, pembangkang menggunakan taktik untuk menyerang Suruhanjaya Pilihan Raya, institusi yang mengurus serta mengendalikan proses pilihan raya di negara ini sejak era Merdeka.

Pembangkang menyerang SPR habis-habisan kerana mereka tahu jika institusi ini tidak ditewaskan maka harapan untuk ke Putrajaya tidak akan tercapai sama sekali.

Sejak PRU 2008, pembangkang menimbulkan banyak isu yang mempertikaikan kewibawaan SPR serta menuduh badan itu sebagai alat perkakas UMNO untuk terus memegang tampuk berkuasa di negara ini.

Hujah mereka adakah lemah dan penuh dengan kontradiksi.

Di satu pihak pembangkang mengkritik dan melempar pelbagai tuduhan tidak berasas kepada SPR tetapi pada masa yang sama apabila keputusan mana-mana pilihan raya memihak serta dan memberi kemenangan kepada calon pembangkang, tidak pula kedengaran sepatah bangkangan pun dari pemimpin mereka.

Tidak pula pembangkang membantah keputusan PRU 2008 yang memberi mereka kemenangan di empat buah buah negeri - Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak serta mengekalkan kuasa di Kelantan.

Malah Pas sudah memerintah Kelantan sejak pilihan raya 1990 tetapi tidak pula pembangkang mempertikaikan keputusan yang memenangkan parti itu.

Sejak Mach 2008, SPR mengendalikan sebanyak 16 pilihan raya kecil di seluruh negera samada disebabkan kematian atau perletakan jawatan wakil rakyat di kawasan terbabit.

Separuh daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan semula dimenangi oleh parti-parti daripada Pakatan Rakyat manakala bakina oleh BN.

Jika benar SPR sebuah badan yang menjadi 'cawangan' atau 'parti komponen' kepada BN sudah tentu kesemua 16 kerusi tersebut wajib dimenangi oleh BN sahaja tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.

Ini menunjukkan SPR berlaku adil dan melaksanakan pilihan raya secara telus dan professional sebagai mana yang diamanahkan semasa ia ditubuhkan.

Apa yang pembangkang mahu ialah supaya SPR mengikut selera politik PKR, Pas dan Dap dengan memihak dan memenangkan calon-calon mereka dalam pilihan raya.

Inilah sifat hipokrit yang dipamerkan oleh pemimpin PKR, Pas mahupun Dap selama ini.

Bagi mereka SPR perlu tunduk kepada segala tuntutan mereka sehingga seolah-olah badan itu dilihat perlu menurut semua perintah pembangkang.

Apabila SPR memberi alasan munasabah dan logik mengapa beberapa tuntutan pembangkang tidak boleh dipenuhi dari segi perundangan dan perlembagaan negara, mereka akan mengadakan demonstrasi seperti tiga siri himpinan Bersih sebelum ini.

Tujuan utamanya ialah untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang sah dipilih rakyat dengan menggunakan agenda menuntut keadilan dalam proses pilihan raya.

Pembangkang hanya menggunakan alasan menuntut pilihan raya bersih, telus dan adil untuk melindungi motif sebenar mereka iaitu untuk mencetuskan rusuhan jalanan dan keadaan huru hara di negara ini.

Apabila negara terjerumus dalam demonstrasi yang bertukar menjadi rusuhan dan keganasan maka mudahlah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menggunakan keadaan itu untuk meminta campur tangan asing.

Ini terbukti apabila Anwar dan Pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasan bersungguh-sungguh berkempen di Australia untuk meminta negara itu masuk campur sebagai pemantau PRU13 tetapi permintaan mereka di tolak mentah-mentah.

Kini pembangkang menggunakan strategi mengheret SPR ke mahkamah untuk memaksa badan itu menyemak semula serta membersihkan senarai daftar pemilih di kawasan di mana mereka akan bertanding.

Kalau sebelum ini Ahli Parlimen Klang dari Dap, Charles Santiago gagal usahanya untuk mendapatkan keputusan mahkamah menyemak semula daftar pemilih yang diwartakan di kawasannya, terkini Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah pula mengambil tindakan yang sama.

Apa yang ingin mereka lakukan ialah mempertikaikan senarai pengundi berdaftar yang sudah pun diwartakan di semua kawasan parlimen di seluruh negara.

SPR telah memberi cukup masa dan peluang kepada semua parti politik malah mempamerkan senarai pengundi yang berdaftar di setiap kawasan bagi membuat sebarang bantahan sekiranya ada.

Namun dalam tempoh yang diberikan SPR, pembangkang tidak pun ambil kisah untuk menyemak serta membuat perbandingan dengan senarai yang mereka miliki.

Hanya setelah tempoh bantahan tamat dan pilihan raya semakin hampir, barulah pembangkang menimbulkan pelbagai isu berkenaan daftar pengundi semata-mata untuk menyerang SPR dan menuduh badan itu tidak adil dan menyeleweng.

PKR, Pas dan Dap mahu layanan istimewa daripada SPR bukan atas dasar keadilan atau ketelusan tetapi untuk menekan badan itu supaya menjadi hamba kepada pembangkang. BeruangBiru

Mr Pindah Bernama Lim Kim Siang

Penasihat DAP Lim Kit Siang yang sudah sah akan bertanding di Parlimen Gelang Patah, Johor pada PRU 13 nanti pastinya akan dikenang sebagai salah seorang pemimpin politik yang kerap berpindah-randah dari satu negeri ke negeri yang lain.

Sejak berkecimpung dalam dunia politik, pemimpin veteran DAP yang cukup dekat dengan gaya kepimpinan diktatorship dan kuat amalan nepotismenya itu sudah bertanding di empat negeri iaitu Melaka, Selangor, Pulau Pinang dan Perak.

Johor yang kini menjadi tumpuannya untuk PRU 13 merupakan negeri yang kelima, sekaligus mencatatkan satu lagi rekod peribadi yang menjadi kebanggaannya. Ianya tentu sukar untuk ditandingi oleh mana-mana pemimpin BN.

Di kalangan pemimpin BN jarang sangat yang mempunyai tabii pindah-randah sedemikian kerana masing-masing tahu nawaitu utama mereka bertanding dalam pilihan raya adalah untuk berkhidmat kepada rakyat setempat.

Tika ini PR sudah mempunyai watak Mr Mansuh yang dipelopori oleh Ketua umum PKR, Anwar Ibrahim dek kerana hobinya yang gemar menabur janji yang kemudian sering dimungkiri dan dicapati.

Justeru itu, memang elok sangat gelaran Mr Pindah pula dinobatkan kepada Kit Siang sesuai dengan kegemarannya berpindah-randah ke sana ke mari. Dengan wujudnya watak Mr Mansuh dan Mr Pindah, ia pasti menambah keunikan PR pada pandangan rakyat.

Mungkin bagi Kit Siang apabila dapat bertanding sana sini ia dianggap satu keseronokan baginya sedangkan sebagai pemimpin sepatutnya beliau perlu fokus untuk menunaikan harapan rakyat yang sebelumnya telah memilihnya sebagai wakil mereka.

Tiap kali bertanding pula tak pernah cukup sekadar mencuba nasib di kerusi Parlimen tapi diletakkan juga dirinya sebagai calon untuk bertanding di peringkat DUN. Dibuatnya gelanggang PRU ini semacam peluang untuk meningkatkan gaji dan elaun peribadinya pula.

Pemimpin muda dalam parti terus ternanti-nanti entah bila berpeluang maju ke hadapan, dah lah nak menggalas jawatan tinggi dalam parti terhalang dek anak menantu Kit Siang, nak bertanding mewakili parti dalam pilihan raya pun sayup-sayup saja kelihatan peluangnya.

Dunia politik PR yang sememangnya penuh warna-warni dan unik, tapi keunikan sebegini dengan wujudnya politikus berwatak Mr Pindah bernama Lim Kit Siang dan Mr Mansuh yang sinonim dengan Anwar Ibrahim, ia sebenarnya tidak memberi manfaat kepada khalayak.

Politikus seperti Mr Pindah dan Mr Mansuh hanya sekadar menambah kemeriahan politik, sedangkan realitinya rakyat lebih memerlukan lebih ramai pemimpin politik yang komited dalam menabur jasa dan bakti untuk kepentingan masyarakat dan negeri. - BeruangBiru

Enggan Iktiraf Kerajaan Sementara: Helah PR Untuk Mencetus Huru-hara

Pembangkang Malaysia terkenal dengan bermacam-macam jenis ‘pakar’. Dari ‘pakar’ agama, ‘pakar’ ekonomi sehinggalah ke ‘pakar’ peperangan. Malangnya, ‘pakar-pakar’ mereka seringkali berbuat kenyataan yang kelakar.

Misalnya, ketika mengulas Himpunan Kebangkitan Rakyat yang lalu, PR telah mengemukakan kenyataan dari ‘pakar matematik’ yang menganggarkan peserta seramai 700,000 orang di dalam stadium berkapasiti 30,000 orang termasuk kawasan sekitar yang merangkumi jalanraya sejauh lebih kurang 1.5km. Kenyataan ‘pakar’ tersebut telah menjadi bahan lawak jenaka kerana tidak masuk akal, tambahan pula apabila gambar-gambar yang disiarkan pihak PR dibuktikan sebagai telah diedit.

Kini, sekali lagi PR menampilkan ‘pakar’ iaitu pakar perlembagaan, Prof. Aziz Bari yang menyatakan tentang isu kerajaan sementara. Beliau mengulas mengenai isu terbubarnya DUN Negeri Sembilan semalam, sebagai menyebabkan negeri itu kini diperintah oleh kerajaan haram.

Kita tidak faham kenapa isu pembubaran DUN secara automatik dan juga kerajaan sementara perlu dijadikan modal politik oleh PR. Entah apa agaknya yang diharapkan oleh PR dengan membangkitkan soal haram atau tidaknya kerajaan negeri apabila DUN telah terbubar.

Kalaupun DUN terbubar dan kerajaan sementara dianggap haram ia tetap tidak memberi mereka hak untuk mengangkat diri sendiri sebagai kerajaan negeri.

Sebenarnya, tidak ada istilah ‘kerajaan haram’ setelah DUN terbubar. Kerajaan hanya menjadi haram apabila dilantik secara tidak sah, antaranya dengan cara menggulingkan kerajaan sedia ada melalui jalan belakang, tanpa melalui proses undang-undang dan melantik diri sendiri sebagai ketua negara. Cara inilah yang cuba dilakukan oleh pihak PR berkali-kali melalui demonstrasi jalanan dengan percubaan membangkitkan semangat ‘Arab Spring’.

Mengikut lunas yang diiktiraf dan diterimapakai di peringkat antarabangsa, ‘kerajaan sementara’ atau ‘caretake government’ adalah amalan atau konvensyen di negara-negara yang mengamalkan Common Law. Ia diamalkan di Britain sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen yang menjadi rujukan bagi Negara-Negara Komanwel.

Justeru, istilah kerajaan sementara sememangnya wujud iaitu di dalam tempoh antara pembubaran sehingga terbentuk kabinet baru, maka urusan pentadbiran waktu itu adalah di bawah tanggungjawab kerajaan sementara.

Kerajaan sementara bukannya dilantik sesuka hati tetapi telah melalui proses perlantikan mengikut perlembagaan juga, iaitu melalui pilihanraya yang lepas. Tanpa kerajaan sementara, bagaimana negeri atau negara boleh berfungsi dan berada di dalam keadaan terkawal di antara tempoh tersebut?

Apakah kerana terlalu sangat menginginkan suasana huru-hara maka PR mengharapkan agar di dalam tempoh ini, kerajaan dianggap ‘tidak ada’ agar mereka boleh berbuat apa saja kerana tiada siapa yang berkuasa untuk menghalang mereka? Apakah Prof. Aziz Bari berharap selepas terbubar maka, tentera dan polis semua ‘meletakkan senjata’, ‘rehatkan diri’ atau ‘keluar baris’ agar beruk-beruk tukang demo pembangkang boleh bermaharajalela kerana tiada kerajaan yang berkuasa?

Tentulah tidak masuk akal untuk membiarkan negara berada dalam keadaan tanpa pemerintah walaupun untuk seketika cuma. Kerana itulah kewujudan kerajaan sementara adalah penting.

Namun, selain dari memikul tanggungjawab memastikan negara atau negeri terkawal termasuk memastikan apa yang telah diluluskan sebelum ini diteruskan, termasuk urusan pentadbiran rutin seperti gaji penjawat awam, kerajaan sementara tidak boleh sama sekali membuat perubahan seperti mengumumkan dasar-dasar baru atau meluluskan perbelanjaan bagi projek baru mahupun membatalkan apa-apa keputusan yang telah dibuat sebelum itu.

Dalam tempoh ini juga biasanya tiada dibuat pelantikan baru bagi mana-mana segmen kerajaan, misalnya terhadap para hakim, ketua-ketua jabatan dan institusi lain.

Apa yang lebih penting untuk diberi perhatian ialah kuasa substantif Parlimen adalah terhenti setelah terbubar, maka semua pihak wajar berwaspada bagi mengelak dari menyalahi Akta Pilihanraya 1954 dan peruntukan Akta 1954 dari segi membantu atau mempengaruhi calon-calon yang bakal bertanding dalam Pilihanraya nanti.

Secara ringkasnya, kerajaan sementara adalah sesuatu yang perlu, dan tindakan PR menganggap kerajaan sementara adalah kerajaan haram hanyalah tindakan orang yang kehabisan modal politik kalaupun tidak tindakan orang yang teringin sangat untuk membuat huru-hara.

Jelaslah, tidak ada isu langsung mengenai Kerajaan Sementara sepertimana yang Prof. Aziz Bari ‘gusarkan’. Mungkin beliau telah tertinggal kelas agaknya ketika bab ‘kerajaan sementara’ diajar dahulu. - BeruangBiru

Demokrasi Ala DAP: 753 Perwakilan Dinafikan Hak Mengundi

DAP merupakan singkatan kepada Democratic Action Party atau dalam Bahasa Melayu disebut sebagai Parti Tindakan Demokratik. Seimbas lalu mungkin ada yang beranggapan inilah sebenar-benarnya parti politik yang memenuhi ciri-ciri demokrasi yang wajar disokong.

Secara teorinya kelihatan begitulah, sementelah lagi pemimpin-pemimpin DAP juga sering mendabik dada sebagai juara demokrasi serta cukup lantang bila membicarakan perihal kebebasan bersuara, ketelusan dan hak asasi manusia.

Tapi seperti mana biasa, bercakap mengenai teori sememangnya mudah dan kelihatan indah-indah belaka namun bila masuk bab praktikal selalunya hancur tak terdaya diterjemahkan dan langsung tak mampu direalisasikan. Itu hakikat yang sering terjadi.

Lihat saja kemelut yang berlaku dalam DAP selepas selesai pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC) yang dilangsungkan Disember 2012 lalu, sampai sekarang tak selesai-selesai juga ibarat rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi.

Ramai ahli dan pemimpin DAP yang terus mempersoalkan ketelusan dalam pemilihan itu berikutan perubahan mendadak keputusan pemilihan yang kononnya disebabkan kesilapan pengiraan, malah turut mempertikaikan kenapa seramai 753 perwakilan dinafikan hak mengundi.

Mustahil hanya 1823 orang perwakilan sahaja yang layak memilih pemimpin pilihan mereka sedangkan jumlah keseluruhan perwakilan ialah 2,576 orang.

Malah beberapa hari sebelum pemilihan CEC, Setiausaha Penganjur Kebangsaan DAP, Teresa Kok dan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow sendiri telah mengesahkan seramai 2,576 perwakilan dari 730 bahagian akan mengundi bagi memilih ahli CEC yang baru.

Jika dikatakan 753 orang perwakilan yang kebanyakannya keturunan India dan beberapa orang lagi perwakilan berbangsa Melayu dan Cina itu tidak layak mengundi, amatlah tidak logik memandangkan nama masing-masing telah disahkan sebagai perwakilan.

Nak dikatakan semua 753 orang perwakilan yang dinafikan hak ini sengaja tidak hadir atas sebab kesihatan atau malas, tentunya mustahil. Kalau sekadar 100 atau 200 orang saja yang ponteng, logiklah juga.

Jelas sekali pasti ada sesuatu yang tak kena dan semestinya wujud penyelewengan di peringkat kepimpinan DAP yang dikuasai dinasti Lim Kit Siang dan anak beranak Karpal Singh itu.

Bila bercakap soal kebebasan, ketelusan dan hak asasi bukan main lagi DAP ke depan nak jadi juara, alih-alih dalam parti sendiri rupanya ramai ahlinya dinafikan hak untuk memilih pemimpin yang disukai. Nampak sangat DAP cumalah parti politik yang cakap banyak buatnya tidak.

Barangkali menyedari penyelewengan dan ketidaktelusan ini semakin disedari ahli-ahlinya, maka sebab itulah beberapa hari lepas Lim Kit Siang dan Karpal Singh sibuk membuat andaian kemungkinan DAP akan diharamkan konon kerana adanya komplot dari BN dan ROS.

Orang yang ketakutan dengan bayang-bayang sendiri, tambahan pula memang wujud keraguan munasabah yang menjadi perhatian umum, biasanya begitulah cepat melatah mencari alasan dan kambing hitam.

No action talk only, itu kesimpulan yang sesuai di cop atas dahi kepimpinan DAP. Dulu dan sekarang sama saja. - BeruangBiru

Friday 29 March 2013

Kebebasan Media ala Pakatan Pembangkang

Senario pada masa kini memperlihatkan banyak maklumat yang disebarkan melalui media komunikasi berlaku dengan agak bebas dan terbuka. Kebebasan dan keterbukaan tersebut kadangkala menjejaskan kredibiliti dan maruah golongan atau individu tertentu yang sepatutnya dipelihara. Atau mungkin pada satu masa akan mengakibatkan berlakunya pendedahan mengenai kelemahan keselamatan negara ini yang amat perlu dipelihara dan dijaga. 

Namun masih ramai yang mudah terpengaruh dengan tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang kononnya negara ini telah gagal dalam memberikan peranan yang seluas-luasnya kepada pengamal media. 

Malah antara salah satu perkara yang dibangkitkan oleh mereka dalam ‘Manifesto Bukan Janji’ yang dibentangkan baru-baru ini ialah kononnya untuk menghormati kematangan pengamal media bagi menyusun atur industri media supaya bebas dan bertanggungjawab sesama pengamal media tanpa campur tangan kerajaan. 

Sedangkan menurut J.C Merrill melalui bukunya ‘Kewartawanan Sejagat, 1977’ mengatakan secara realitinya di seluruh dunia kebebasan media dan komunikasi adalah sesuatu yang terlalu ideal sehinggakan tidak ada sebuah negara pun di dunia ini yang benar-benar mengamalkan kebebasan tersebut. 

Namun begitu, Indeks Kebebasan Akhbar (PFI) 2011-2012 yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders mencatatkan Malaysia berada di tangga ke-122 sekali gus memperlihatkan lonjakan berbanding PFI 2010 di mana Malaysia di tangga 144. Dalam PFI terbaru ini Malaysia mendahului negara Asia Tenggara misalnya Singapura di tangga 135, Thailand (137), Filipina (140) dan Indonesia (146). 

Mungkin ada bertanya apa maknanya lonjakan Malaysia dalam indeks yang dikeluarkan oleh Reporters Without Borders? Jawapannya indeks ini bukanlah terlalu penting. Tetapi ia boleh memberitahu dunia tentang tahap kebebasan media negara ini. Ia sekaligus menafikan tanggapan bahawa di Malaysia tiada kebebasan media. Itu sahaja. 

Sekiranya tidak ada kebebasan media, bagaimana boleh wujud banyak portal berita, blog dan akhbar pembangkang di negara ini? Sebahagian besarnya bukan sahaja mengkritik kerajaan malah menyiarkan laporan palsu. Apakah semua ini masih lagi menafikan wujud kebebasan media? 

Harakah sebagai contoh, tidak pernah menyiarkan laporan atau analisis tentang pembangunan rakyat, begitu juga Suara Keadilan, portal Malaysiakini dan Malaysian Insider. Mengikut definisi, Harakah dan Suara Keadilan bukanlah akhbar tetapi buletin yang membawa suara parti. Tetapi berapa orang yang faham definisi ini? 

Buktinya banyak membandingkan kononnya Harakah dan Suara Keadilan lebih telus apabila menghentam dasar kerajaan. Apakah makna ketelusan itu mesti menghentam dasar kerajaan? Tetapi apabila akhbar arus perdana mengkritik dasar-dasar pembangkang, itu dikatakan tiada kebebasan media. 

Semua ini membuktikan kebebasan media di negara ini cuba diselindungkan. Kebebasan melapor, menyiar dan masyarakat pula ada kebebasan mengakses portal atau membeli akhbar di tempat umum adalah kebebasan media. 

Lebih menghairankan di sebalik kata-kata retorik pakatan pembangkang yang kononnya pejuang kebebasan media, di masa yang sama merekalah sebenarnya yang banyak menindas / mengherdik wartawan serta mengenakan pelbagai sekatan terhadap media. 

Ironinya pihak mendakwa juara memperjuangkan kebebasan media adalah yang paling banyak menyaman media. Contoh yang paling mudah, cuba kita lakukan sedikit analisa, berhubung siapakah yang paling banyak mengemukakan saman terhadap media selain dari makhluk bernama Anwar Ibrahim? 

Betul, mereka memang berhak mengambil tindakan tetapi bukankah ini bertentangan dengan prinsip kebebasan media yang dilaung-laungkan? 

Dan siapakah juga yang sering menghalang wartawan dari hadir untuk membuat sebarang liputan? Lihat sahaja di pintu masuk pejabat parti PKR yang secara jelas meletakkan nota, bagi menghalang dan melarang akhbar Utusan Malaysia dan stesyen televisyen TV3 hadir mana-mana program dan sidang akhbar yang diadakan mereka. 

Bukankah itu satu bentuk menghalang kebebasan media? Nampak gayanya puak-puak pimpinan makhluk bernama Anwar ini hanya pandai cakap tak serupa bikin! Kalau beginilah caranya, alamat Malaysia akan hancur jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan.  - BeruangBiru

13 Perkara yang akan Anwar Ibrahim lakukan menjelang PRU13

Anwar Ibrahim kita kenal sebagai seorang yang banyak sandiwara dan licik. Menjelang PRU13 ni macam-macam perkara telah direncanakan Anwar untuk meraih simpati dan undi rakyat Malaysia, perkara itu telah pun didedahkan Zul Noordin sebelum ini.

Antara 13 perkara yang akan Anwar lakukan untuk meraih simpati adalah dengan cuba membuktikan dia tidak terlibat dalam seks songsang dengan Saiful Bukhari, dengan menggunakan kenyataan bapa Saiful sendiri, dan perkara ini telah pun berlaku apabila bapa Saiful, dalam satu sidang media mengatakan dia meminta maaf kepada Anwar, dan sekaligus menyertai PKR.

Anwar juga dikatakan akan merancang kejadian di ditembak dalam kempen pilihan raya, tapi dipercayai peluru pada ketika itu tidak mengenai dirinya, sebaliknya isteri dan anaknya ... sandiwara satu keluarga.

Seorang pegawai kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat Saiful dan Azizan adalah rekaan semata-mata.

Anwar juga dikatakan akan bersumpah tipu :"Demi Allah, saya tak buat apa yang Umno tuduh", sekaligus pembangkang kemudiannya akan mengangkat Anwar kerana berani bersumpah dia tidak meliwat Saiful.

Jam Omega tiruan juga akan dikeluarkan Anwar di saat-saat akhir kempen sebelum hari mengundi. Kenapa saat akhir? Sebab pada masa itu, polis tidak akan sempat untuk menyiasat ketulenan jam tersebut.

Anwar juga dikatakan akan memujuk ahli Parlimen dan ADUN PKR yang lompat parti untuk menyertai PKR dan memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak merasuah mereka dengan wang ringgit. Keluarga mereka ini dikatakan sedang ditekan dan ditawarkan bayaran lumayan.

Azmin Ali akan keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan emaknya. Seolah-olah Mak Tom memaafkannya dan menerimanya, Sedangkan video tersebut telah diambil ketika Mak Tom pengsan dan tidak sedarkan diri.

Peguam-peguam dan polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk supaya mengaku bahawa Najib terlibat dalam kes tersebut. Pembangkang dikatakan sedang cuba memujuk para pegawai penyiasat kes Altantuya dengan persediaan untuk membayar mereka supaya tampil membuat kenyataan memang Najib terlibat dalam kes Altantuya.

Tidak cukup dengan mainan dan sandiwara terhadap Umno dan Datuk Seri Najib, pembangkang juga akan serang isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan skandal. Dipercayai seorang bekas pegawai Rosmah sedang dipujuk, digoda, dan dijanjikan habuan wang ringgit untuk membuat akuan Rosmah terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat.

Setiap ahli Pas juga akan diminta bersumpah untuk mengundi Pakatan dalam PRU nanti. Mengikut maklumat yang diterima dari orang dalam Pas, bahawa setiap ahli Pas akan diminta bersumpah "wallahi, wabillahi, watallahi, aku ahli Pas, bersumpah dengan nama Allah, dalam PRU 13, aku hanya akan mengundi calon DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon DAP, PKR dan PAS" 
 
Anwar juga akan tunjuk surat palsu Yusuf Al-Qaradawi yang kata Anwar patut jadi PM Malaysia.

Kemudian Pakatan akan umum dan haramkan Umno dan BN.

Terakhirnya, lelaki yang berwajah seperti Anwar akan muncul dan mengakui dialah yang berlakon dalam video seks skandal Chinadoll.
 
Licik bukan, inilah perancangan Anwar untuk cuba meraih simpati rakyat Malaysia. Apa sahaja jalan akan digunakannya tanpa mengira batas agama semata-mata nafsu politik dan kemaruk nak jadi PM.

Tak percaya? Sama-sama kita tunggu dan lihat kesudahan episod pelakon drama yang diberi jolokan pemimpin Anugerah Tuhan ini. - BeruangBiru

Hari Polis ke-206 Di Sambut Sayu #OpsDaulat

Sambutan Hari Polis ke-206 yang diadakan baru-baru ini telah disambut dengan semangat patriotik yang disulam dalam suasana yang penuh kesayuan. Menitis air mata mereka yang hadir pagi itu apabila melihat wajah sayu balu dan waris keluarga yang terkorban hadir menerima kenaikan pangkat bagi mengenang jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan.

Suasana bertambah sayu apabila mendengar pendeklamasi membacakan bait-bait puisi bagi mengambarkan pengorbanan para perwira negara yang mempertahankan kedaulatan negara. Malah perasaan itu turut dikongsi oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak yang jelas terpancar kesedihan di wajahnya tatkala bertemu dengan waris anggota yang terkorban dalam krisis pencerobohan itu.

Di dalam perutusan blog 1Malaysia, Datuk Sri Najib turut melahirkan kagum dengan semangat warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama ini. Malah menurut Perdana Menteri, membesar di rumah bersama ayahandanya Allahyarham Tun Abdul Razak, sentiasa membuatkan dirinya sedar dalam menghargai perjuangan pasukan polis sejak zaman darurat sehinggalah kepada insiden 13 Mei.

“… mereka sentiasa menjadi benteng keselamatan kepada kita semua” katanya.

Perdana Menteri turut melahirkan rasa bangga apabila melihat semangat juang mereka yang bertugas semasa Ops Daulat.

“Kita juga kagum dengan keberanian lapan anggota serta pegawai PDRM yang sanggup menggadaikan nyawa mereka demi mempertahankan kedaulatan negara” katanya lagi.

Mereka yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas militan di Kampung Tanduo pada 1 Mac ialah ASP Zulkifli Mamat, 29; dan Sjn Sabarudin Daud, 46; manakala anggota yang gugur di Semporna pada 2 Mac ialah ACP Ibrahim Lebar, 52; Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27; DSP Michael Padel, 36; Sjn Mejar Baharin Hamid, 49; Sjn Mejar Abdul Aziz Sakirun, 48; dan Sjn Salam Togiran, 42.

Perbarisan pada sambutan itu turut disertai oleh 93 anggota yang terlibat secara langsung dalam Operasi Daulat yang diterbangkan khas dari Sabah untuk sambutan Hari Polis itu. Kumpulan yang terdiri daripada 50 anggota dan 13 pegawai Komando VAT69 dan Jabatan Siasatan Jenayah itu mengenakan pakaian seragam lengkap semasa operasi di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Bagi meneruskan perjuangan mereka di Sabah, Datuk Sri Najib telah mengumumkan penubuhan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) supaya kestabilan dan keselamatan di Sabah terus dipelihara. Yang mana menerusi inisiatif itu, kerajaan akan dapat memastikan proses pilihan raya yang adil dan bersih tidak digugat di kawasan terbabit.

Walaupun kadar jenayah telah menurun 27 peratus sejak tiga tahun kebelakangan ini, namun Perdana Menteri berpendapat masih banyak lagi yang perlu dilakukan bagi memastikan kadar jenayah itu terus menurun.

Turut menarik perhatian, ialah usaha yang dilakukan oleh pasukan PDRM yang telah melakukan pelbagai transformasi termasuk memperkenalkan perkhidmatan komuniti polis dengan tahap profesionalisme dan integriti yang tinggi.

"Sudah pasti pelbagai transformasi yang diperkenalkan itu tidak boleh membawa perubahan dalam sekelip mata, ia memerlukan masa serta fokus untuk melakukan penambahbaikan terhadap pasukan polis," katanya lagi dalam entri bertajuk 'Pasukan Polis Moden Yang Membanggakan Kita'. - BeruangBiru

Taktik Terdesak PR: Guna Pengaruh Musuh Untuk Jatuhkan Musuh

Tidak ada yang lebih memalukan bagi sebuah parti politik daripada terpaksa menggunakan pengaruh musuh untuk menjatuhkan musuh. Tetapi, inilah yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat iaitu menggunakan pengaruh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir, untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib.

Jelas sekali yang PR cukup sedar bahawa parti mereka sudah kehilangan pengaruh secara drastik dan bahawa pemimpin mereka sendiri tidak punya ‘aura’ yang cukup kuat untuk mempengaruhi rakyat.

Taktik ini pastinya difikirkan setelah melihat bagaimana pendapat dan pandangan kritis Tun Mahathir terhadap pemerintahan Tun Abdullah sebelum ini, telah berjaya mempengaruhi rakyat jelata untuk meyakini bahawa ketidakpuasan hati mereka terhadap kepimpinan adalah berasas. Akibatnya, Tun Abdullah telah terpaksa menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Dato’ Seri Najib, yang mana amat ditakuti oleh pembangkang.

Ketakutan pembangkang terhadap Dato’ Seri Najib amat ketara apabila mereka terlebih dahulu mencipta berbagai-bagai fitnah terhadap beliau bagi memastikan bukan beliau yang menjadi pengganti Tun Abdullah.

Malang bagi pembangkang, kesungguhan mereka menyerang Dato’ Seri Najib hanya menambahkan keyakinan rakyat bahawa beliaulah calon yang terbaik.

Malah, rekod juga menunjukkan bahawa Tun Mahathir sentiasa berdiri di belakang Dato’ Seri Najib selama krisis kepimpinan berlaku di dalam kerajaan ketika itu. Beberapa kali beliau dirakam menyatakan bahawa pilihan pertama beliau adalah Dato’ Seri Najib, tetapi telah tersilap membuat keputusan untuk memberi peluang terlebih dahulu kepada Tun Abdullah kerana berpegang kepada budaya ‘seniority’, serta percaya bahawa Dato’ Seri Najib boleh menunggu kerana usia beliau masih muda.

Namun, semua itu telah dilupakan oleh pembangkang dan sebaliknya memilih untuk ‘berpegang’ kepada kenyataan Tun Mahathir baru-baru ini apabila ditanya sama ada Dato’ Seri Najib perlu meletak jawatan jika BN kalah atau corot dalam PRU-13? Untuk makluman, perkara yang sama pernah ditanya oleh Malaysian Insider beberapa bulan lepas dan hari ini ia ‘disemarakkan’ semula oleh Malaysiakini serta disebarkan oleh laman-laman sosial PR.

Tun Mahathir seperti biasa menjawab soalan tersebut secara terus terang, bahawa begitulah sewajarnya, iaitu mana-mana kepimpinan yang bertanggungjawab harus meletakkan jawatan jika tidak berjaya mendapat keputusan yang memuaskan. Ini adalah jawapan ‘standard’ tidak kira dalam konteks pemerintahan negara, mahupun organisasi dan termasuklah dalam bidang sukan di mana jurulatih yang gagal, wajar bersara atau ditukarkan sahaja.

Memandangkan kita cukup kenal bahawa Tun Mahathir amat konsisten dengan kenyataan atau pendiriannya, maka jawapan seperti itu sudah pasti telah dijangkakan oleh pembangkang. Buktinya, beliau berkata demikian kepada Tunku Abdul Rahman dan berkata yang sama kepada Tun Abdullah Badawi apabila sokongan terhadap kepimpinan mereka mula lemah dan parti pemerintah mendapat keputusan yang tidak memuaskan dalam Pilihanraya.

Maka, bagi pembangkang untuk menggunakan jawapan ‘standard’ Tun Mahathir itu sebagai modal politik mereka untuk menjatuhkan Dato’ Seri Najib amatlah menyedihkan. Nampak sangat yang mereka sudah benar-benar kehabisan modal.

Lebih pelik lagi, modal ini digunakan sedangkan rakyat boleh melihat sendiri bagaimana akhir-akhir ini Tun Mahathir begitu sibuk ke sana ke mari memuji-muji kepimpinan Dato’ Seri Najib dan menyeru rakyat agar memberi sepenuh sokongan dan berdiri teguh di belakang Perdana Menteri. Beliau turut memetik angka-angka ekonomi yang menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan di bawah kepimpinan Dato’ Seri Najib dan sentiasa menyokong apa jua tindakan kerajaan.

Berdasarkan apa yang berlaku ini, apa yang cuba digambarkan oleh PR iaitu Tun Mahathir ragu-ragu dan kurang yakin terhadap kepimpinan Dato’ Seri Najib tentulah tidak masuk akal sama sekali. Lebih-lebih lagi, apabila PR turut membayangkan kononnya Tun Mahathir lebih ‘menggemari’ Tan Sri Muhyiddin untuk menerajui negara.

Strategi untuk melaga-lagakan pemimpin-pemimpin BN sesama sendiri tidak menjadi kerana ia tidak benar sama sekali. Pemimpin tertinggi UMNO atau BN bukan seperti pemimpin tertinggi PKR atau DAP, ataupun PAS yang asyik bertelagah gila kuasa kerana telah dihasut oleh parasit-parasit yang berkembang biak dan merebak sehingga ke akar umbi parti-parti mereka. Kepimpinan tertinggi UMNO/BN tidak lagi mengalami masalah berebut kuasa sedemikian kerana semua yang bermasalah begitu telah lari kepada pembangkang.

Secara logiknya, apa pun pendapat dan pandangan Tun Mahathir dan siapa pun yang beliau ‘gemar’ tidak seharusnya menjadi masalah PR. Kenapa PR perlu bergantung kepada pendapat dan pengaruh seorang musuh ketat untuk menarik sokongan rakyat?

Akhir sekali, kata-kata Tun Mahathir hari ini bahawa “tiada calon yang lebih sesuai untuk mentadbir Malaysia, selain Dato’ Seri Najib,” sewajarnya diambil sebagai titik noktah kepada strategi terdesak pembangkang ini. - BeruangBiru

3 Sebab Sidek Baba Tinggalkan Anwar

Sebut sahaja nama Profesor Datuk Dr. Sidek Baba tentu ramai yang mengenalinya sebagai salah seorang sahabat yang mempunyai hubungan akrab dan cukup rapat dengan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Sebagai bekas Naib Presiden ABIM dan Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Sidek juga dikenali umum kerana peranannya dalam mengembangkan pengaruh Anwar di kalangan pelajar UIAM ketika zaman kegemilangan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Dr Sidek yang kini adalah pensyarah Kanan di UIAM juga pernah di tahan di bawah ISA ketika kemuncak isu liwat melibatkan Anwar pada 1998, justeru itu ramai yang percaya hubungan mereka berdua akan berkekalan dan mustahil akan terungkai sama sekali.

Namun persahabatan kedua-duanya tidak berkekalan apabila semenjak tiga tahun lalu Dr. Sidek telah bertindak meninggalkan Anwar selepas lebih 30 tahun mereka bersahabat. Ramai yang sukar mempercayainya malah tidak mengetahui kenapa dan mengapa Dr Sidek mengambil tindakan demikian.

Bagaimana pun ketika menyertai program Wacana Cuit: Dilema Melayu Moden di Menara MARA pada 26 Mac 2013, Dr Sidek telah mengambil peluang tersebut menjelaskan tiga sebab kenapa beliau meninggalkan Anwar sekaligus keluar dari landasan perjuangan bekas sahabat baiknya itu.

Tiga sebab yang dimaksudkannya itu ialah mengenai persoalan moral, sokongan kepada agenda pluralisme agama dan masalah kredibiliti, yang mana ketiga-tiganya cukup rapat dengan Anwar yang akhirnya mendorong Dr Sidek untuk mengambil keputusan muktamad menjauhkan diri.

Menurut Dr Sidek, terlalu banyak persoalan moral yang melingkari hidup Anwar dan agak sukar untuk diterimanya, apatah lagi bila diimbas semula pesanan Anwar ketika bersama ABIM dulu yang sering menegaskan seseorang pemimpin bukan sahaja mesti bersih tetapi juga kelihatan bersih.

Dalam majlis yang dihadiri sekitar 1,000 orang kakitangan MARA itu juga, Dr Sidek meluahkan kekecewaannya terhadap Anwar kerana perubahan drastik bekas mentornya itu yang kini menjadi pendukung pemikiran liberal serta cukup dekat dengan golongan pluralisme agama.

Ucapan Anwar di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 menurut Dr Sidek adalah bukti nyata yang tidak dapat disangkal lagi mengenai penglibatan Anwar dengan pendukung liberal dan pluralisme agama.

Selain itu, Dr Sidek juga menjelaskan keraguannya terhadap hubungan rapat Anwar dengan para pelobi berbangsa Yahudi yang dianggap sangat berbahaya kepada keselamatan negara selain menjejaskan kredibiliti Anwar yang sebelum ini dilihat sebagai Islamik.

Kesemua sebab yang diutarakan oleh Dr Sidek di atas adalah asas penting yang mendorongnya meninggalkan Anwar meskipun lebih 30 tahun lalu mereka berdua akrab bersahabat.

Dr Sidek bukanlah satu-satunya sahabat seperjuangan Anwar dari ABIM yang telah hilang kepercayaan terhadap Ketua Umum PKR itu, ramai lagi yang lain antaranya bekas Presiden ABIM, Dr Yusri Muhammad serta bekas pengasas NGO itu, Tuan Haji Ustaz Ismail Mina.

Sebelum mengambil tindakan yang tentunya sukar itu, Dr Sidek terlebih dahulu melakukan siasatan sendiri dengan menemu bual seramai 28 orang individu yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Anwar diikuti dengan solat istikharah bagi memohon petunjuk Allah S.W.T.

Selepas itu barulah beliau membuat keputusan muktamad menjarakkan diri dari Anwar dan parti-parti pembangkang. - BeruangBiru

PENDEDAHAN! Kenali Anwar Ibrahim Manusia Pelbagai Wajah

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ini sangat terkenal dengan keupayaan untuk menukar "imej" dan "wajah" dalam banyak situasi. Apabila berhadapan dengan kumpulan Melayu, dia akan kata,"saya Melayu, Islam, takkan saya nak hancurkan Melayu."

Namun bila berjumpa dengan orang Cina dia kata lain pula,"Pakatan berjanji akan mengembalikan hak rakyat termasuk Cina, India, Melayu bila kita tawan Putrajaya." Hilang dah perjuangan Melayu Islam yang dia kata dekat orang Melayu.

Suatu ketika dahulu semasa mengetuai ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) dia begitu bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam, tapi sokong Lina Joy murtad. Paling yang tidak dapat dilupakan adalah ketika ditemubual akhbar Wall Street Journal mengenai mengiktiraf kedaulatan Israel sekiranya PR memerintah Malaysia.

Anwar dengan jelas mengatakan: "Some refuse to recognize the state of Israel,” he said, “but I think our policy should be clear – protect the security [of Israel] but you must be as firm in protecting the legitimate interests of the Palestinians.” (Dipetik WSJ)

("Sesetengah orang enggan mengiktiraf Israel,"katanya, "tetapi saya rasa polisi kita perlu jelas - melindungi keselamatan (Israel) tapi kamu mesti tegas dalam melindungi kepentingan rakyat Palestin.")

Namun bila ditanya Anwar kata dia tidak kata mempertahankan Israel, dasar talam dua muka. Pernah dulu dipaparkan muka Anwar kena tumbuk semasa di Penjara Sungai Buloh dengan lebam-lebam satu muka, dia kata kena suntikan HIV dan sebagainya, tapi sekarang sihat walafiat, siap boleh bejoget atas pentas ceramah.

Semakin hampir dengan PRU13, semakin galak Anwar bersandiwara dan bermuka-muka dengan orang ramai, semata-mata demi undi dan Putrajaya.

Ramai orang bertanya siapa Anwar Ibrahim yang sebenarnya? Apakah dia seorang pejuang Islam atau sememangnya seorang yang munafik? Atau apakah dia sememangnya seorang patriot yang cinta hanya pada negara yang sanggup mati memperjuangkan hak bangsanya?

Atau apakah dia sebenarnya seorang pengkhianat yang sanggup memperjudikan masa depan negara dan bangsa serta agama sehingga sanggup menjadi tali barut kuasa asing, semata-mata untuk merebut tempat di Putrajaya?

Pada hakikatnya, makhluk bernama Anwar ini sebenarnya memakai banyak topeng yang beraneka warna untuk disesuaikan dengan golongan masyarakat yang ingin mengenalinya dari dekat. Disebabkan terlalu banyak topeng yang digunakan maka akhirnya dengan kuasa Allah SWT, kini dia sendiri secara sedar atau tidak telah melondehkan semua tembelang yang dilakukannya itu. -BeruangBiru

Najib Yakin Peroleh Majoriti 2/3

Financial Times dan Reuters membawa berita baik untuk rakyat Malaysia iaitu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib, telah menyatakan keyakinannya bahawa Barisan Nasional mampu memenangi majoriti 2/3 di dalam Pilihanraya ini. Keyakinannya amat bererti bagi kebanyakan golongan peniaga, terutamanya, kerana golongan inilah yang amat gusar dengan kredibiliti dan kebolehan pembangkang dalam menerajui ekonomi.

Hakikat bahawa Anwar Ibrahim juga menyatakan bahawa ini adalah peluang terbaik baginya untuk menang, dilihat sebagai satu kenyataan politik semata-mata daripada seorang yang asyik tertembak kaki sendiri di saat-saat genting ini.

Dengan mengenepikan skandal seksnya, rakyat Malaysia kini memerhatikan Anwar secara ‘dekat’ apabila namanya berkali-kali disebut dalam penyiasatan pencerobohan pengganas di Lahad Datu. Sehingga ke hari ini, Anwar gagal menjelaskan kenapa beliau berjumpa dengan pemimpin MNLF beberapa kali dan apa yang dibuat oleh ‘orang-orangnya’ di Filipina beberapa hari sebelum pencerobohan tersebut.

Ia tidak mungkin satu kebetulan untuk Anwar membangkitkan isu Malaysia akan kehilangan Sabah dan membuat bising mengenai pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah tanpa mengikut prosedur, sebelum peristiwa berdarah tersebut tercetus di Sabah.

Tetapi, kesilapan Anwar yang paling besar dalam menangani isu ini ialah beliau cuba menutup mulut media dari mengorek cerita sebenar darinya dengan cara mengugut untuk menyaman jika mereka bertanyakan kenapa beliau tidak menyaman pihak yang pertama sekali mendedahkan pendalangannya iaitu Reuters dan media Filipina?

Beliau mungkin meraih keuntungan politik jika berbuat demikian, tetapi hakikat bahawa beliau tidak melakukannya, menunjukkan yang laporan tersebut pastinya berasas.

Tiada siapa yang waras akan mengundi seorang yang tidak tahu menghargai nyawa manusia. Tiada siapa yang sanggup mengundi seorang yang sanggup menggadaikan sebuah negeri kepada pengganas demi untuk menjadi Perdana Menteri.

Negara jenis apakah yang Perdana Menterinya sendiri seorang pengkhianat?

Seperti juga masalah-masalah lain yang menimpa Anwar, tiada siapa yang menganiaya dirinya melainkan dirinya sendiri. Ini adalah masalah biasa bagi seorang yang begitu terdesak, tidak tertahan-tahan, teruja dan tergila-gila untuk berkuasa.

Anwar boleh saja berjuang dengan cara yang betul, iaitu bekerja bersungguh-sungguh untuk membuktikan kredibiliti partinya dan berkhidmat kepada rakyat di kawasannya dengan baik. Dengan cara ini, tidak mustahil suatu hari nanti beliau akan berjaya memenangi hati rakyat Malaysia di mana mereka mungkin akan melupakan segala kisah-kisah buruk, jijik lagi membusukkan mengenai dirinya.

Tetapi, beliau memilih untuk berjuang secara kotor, menggunakan pintu belakang dan mencetuskan suasana tidak aman. Malah, ‘Arab Spring’ merupakan impiannya, lalu bagaimana kita tidak melihat adanya hubungan antara dirinya dengan pertumpahan darah di Lahad Datu?

Sedang Anwar sentiasa berada di dalam ‘mode’ menyerang kerajaan dan apa saja yang berbunyi BN, Dato’ Seri Najib pula amat bertentangan dengannya.

Berbeza dari Anwar, Perdana Menteri lebih suka bercakap mengenai pencapaian kerajaan daripada menyerang musuh politiknya.

Di dalam wawancara dengan Financial Times, misalnya, Dato’ Seri Najib jelas begitu bersungguh-sungguh bekerja sebagai Perdana Menteri mahupun sebagai pemimpin parti. Beliau menjelaskan bagaimana sebuah kerajaan yang kuat amatlah perlu bagi mempercepatkan proses transformasi bagi negara ini. Beliau juga menekankan bagaimana beliau telah melakukan perubahan dari segi undang-undang di dalam UMNO begi memudahkan ahli untuk mengetengahkan pemimipin yang berpotensi.

Sebenarnya, beliau tidak perlu bercakap besar pun kerana angka-angka yang tercatat, dengan sendirinya membuktikan kesungguhan beliau bekerja. Malaysia kini didorong oleh sebuah program ekonomi yang dilancarkan pada 2010 bagi menggandakan pendapatan perkapita sehingga RM15,000 menjelang 2020. Ini membawa kepada peningkatan keyakinan pelabur asing di mana pegangan asing meningkat kepada 550% kepada RM215 billion (USD69 billion) sejak 2009, mengikut laporan HSBC.

Satu-satunya perkara yang Perdana Menteri sebut mengenai pembangkang dalam wawancara tersebut ialah beliau merasakan bahawa ia merupakan satu risiko yang besar untuk menaruh keyakinan kepada Pakatan yang tidak punya hala tuju yang jelas dan dengan manifesto yang tidak ada kredibiliti.

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa adalah tidak perlu bagi sesiapa untuk melihat kepada angka-angka, tetapi melihat kepada personaliti kedua-dua pemimpin ini sahaja sudah cukup bagi rakyat untuk membuat pilihan. Anwar adalah seorang yang tidak patriotik, tidak sensitif, pengkhianat dan selamanya tergila-gila kuasa manakala Dato’ Seri Najib pula adalah seorang yang tenang, rasional, elegan dan bijak.

Justeru, tidak syak lagi, majoriti 2/3 bukanlah satu masalah bagi Barisan Nasional. - BeruangBiru

Wikipedia Dedah Skandal Pemimpin Pakatan Rakyat

Skandal peribadi sememangnya sukar dipisahkan dengan pemimpin politik di negara ini dan yang pastinya ia bagaikan cukup sinonim dengan Pakatan Rakyat (PR), seakan akrab bagaikan aur dan tebing.

Mengikut sebuah artikel di Wikipedia bertajuk "Malaysian Politician Sex Scandals" terdapat sekurang-kurangnya 6 orang pemimpin PR pernah popular dengan skandal peribadi yang menjadi perhatian umum.

Antaranya ialah Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Elizabeth Wong, Nurul Izzah dan Badrul Amin yang mana kelima-lima mereka merupakan pemimpin kanan PKR. Manakala seorang lagi merupakan pemimpin PAS iaitu Mat Sabu.

Ada yang cukup dekat dengan aktiviti liwat dan berseksual, ada yang selesa beraksi dalam tandas, ada juga yang pernah bermesra dengan pegawai parti malah ada yang galak dan nakal dengan pensyarah. Pun ada juga seorang dua yang ditangkap khalwat dengan isteri rakan baik sendiri.

Pendek kata macam-macam ada, serba warna-warni kehidupan mereka. Patutlah ramai golongan LGBT dan pendukung liberalisme serta pluralisme agama lebih selesa bersama PR.

Walau pun begitu artikel di Wikipedia bukanlah satu-satunya sumber rujukan yang wajib diperakui, namun kompilasi pendedahan yang tercatat itu menarik untuk dianalisis kerana ada antaranya kes yang disebut turut disertakan rujukan sahih yang lain.

Lagi pun dalam artikel tersebut, semua skandal peribadi yang diperkatakan oleh Wikipedia sudah menjadi pengetahuan umum malah ada antaranya pernah dibicarakan di Mahkamah. Itu pun ada yang sepanjang proses perbicaraan dilakukan asyik meminta penangguhan kes dengan pelbagai alasan.

Satu perkara yang cukup menarik dalam semua skandal melibatkan pemimpin PR itu, pasangan masing-masing merupakan orang yang mereka kenali rapat sekian lama. Ada yang merupakan bekas pemandu peribadi, adik angkat, isteri rakan seperjuangan dan individu yang rapat dengan parti.

Uniknya bila diimbas kembali skandal yang mereka alami, masing-masing tidak mengaku salah dan lebih gemar mengambil pendekatan menyalahkan pihak lain. Di masa yang sama, pemimpin politik yang beragama Islam juga enggan melakukan sumpah laknat (mubahalah) bersaksikan pengadilan Allah S.W.T.

Sama ada sukar bagi mereka menyebut kalimah "Wallahi, Wabilahi, Wataallahi" atau pun memang masing-masing tiada keyakinan terhadap keadilan Allah S.W.T yang menjanjikan sesiapa yang bersumpah palsu akan menerima laknatnya, sukar ditentukan.

Terpulang pada diri pembaca untuk mentafsirkannya, tapi pepatah Melayu ada menyebut, "berani kerana benar, takut kerana salah" maka jika kita berada di pihak yang benar apa perlu untuk takut bersumpah laknat.

Lagi pun sejarah Islam pernah menceritakan kisah seorang ulama, Ibn Hajar Al Salam as Qalani yang melakukan sumpah laknat yang berakhir dengan kematian mengaibkan seorang sufi palsu dari golongan Mulhid.

Malah seorang ulama India iaitu al-Syeikh Abi al-Wafa Thana al-Amritsari juga pernah bermubahalah dengan nabi palsu bernama Mirza Ghulam Ahmad al-Qadyani yang juga berakhir dengan laknat kebinasaan yang menimpa Mirza Ghulam setahun selepas mubahalah dilakukan.

Melihat pada kompilasi skandal pemimpin PR seperti yang didedahkan oleh artikel di Wikipedia itu, tentunya ada sesetengah kita tak menyangka sebegitu ramai pemimpin utama pembangkang yang terjebak dengan skandal peribadi.

Barangkali ia terjadi sedemikian dek kerana gabungan parti-parti pembangkang itu sendiri bergerak secara haram maka sebab itu perkara haram seperti skandal sebegini sering dekat dengan mereka. Tapi bagi segelintir orang, benda yang haram itulah yang sedap, betulkah? - BeruangBiru

Thursday 28 March 2013

ESSZONE KUBURKAN AGENDA ANWAR CETUS KEGANASAN DI SABAH

Pewujudan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) yang diumumkan Perdana Menteri pada 25 Mach lalu adalah satu langkah yang kena pada tempat dan masa bagi menangani pencerobohan pengganas Sulu yang dipercayai didalangi oleh pembangkang.

Kerajaan Barisan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya mengekang serta mengalahkan usaha jahat pembangkang yang mahu memporak perandakan negara menjelang pembubaran parlimen dan Pilihan Raya Umum ke 13.

Walaupun keadaan agak getir pada peringkat awal tatkala pasukan keselamatan berdepan dengan gerombolan pengganas yang lengkap bersenjata, namun berkat kerjasama pasukan polis dan tentera melalui konsep Lautan Biru (Blue Ocean Strategy) yang menjadi asas kepada program transformasi Perdana Menteri, ancaman terhadap kedaulatan negara mampu di atasi dengan baik.

Jika dahulu pembangkang menggunakan isu kehadiran ramai pendatang tanpa izin dan penduduk tanpa negara di bumi Sabah untuk menyerang kerajaan, kini mulut mereka sudah terkunci apabila tertubuhnya ESSZONE.

ESSZONE yang merangkumi 10 daerah di sepanjang 1,400 kilometer pesisir pantai timur Sabah meliputi Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau mempunyai matlamat jangka pendek dan panjang.

Rasional menubuhkan ESSZONE bukanlah mainan politik tetapi berpunca daripada insiden pencerobohan di Lahad Datu oleh pengganas Sulu yang mengorbankan dua komando polis serta pembunuhan kejam dan tidak berperikemanusiaan enam anggota.

Langkah kerajaan untuk memastikan pencerobohan pengganas Sulu tidak bertukar menjadi tragedi yang lebih ngeri boleh dilihat daripada tindakan untuk menambah sebanyak lima lagi batalion tentera dengan sokongan pihak polis.

Di samping itu lima lagi balai polis akan dibina di Sabah bagi memperkukuhkan keselamatan orang awam dan ketenteraman negeri.

ESSZONE akan berpusat di Lahad Datu sebagai 'central command' mengawal serta memantau 10 daerah di dalam kawalannya di
sepanjang pantai timur Sabah.

Objektif jangka pendek sudah menunjukkan hasil yang amat memberangsangkan walaupun dalam fasa awal melawan pengganas Sulu, negara bersedih kerana kehilangan 10 wira.

Sehingga kini 65 musuh berjaya ditembak mati manakala 110 lagi individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012 sementara 416 yang lain ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk berada dalam zon larangan Operasi Daulat.

Agenda pembangkang untuk mencetus huru hara ketika negara di ambang pilihan raya dengan mendalangi mengguna isu tuntutan kesultanan Sulu nampaknya sudah dipatahkan dan peranan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai bapa petualang dalam krisis keselamatan di Sabah akan ditelanjangkan tidak lama lagi.

Usaha pantas kerajaan menggembeleng aset ketenteraan serta keselamatan negara secara pantas dan efisien untuk memerangi pihak yang cuba menodai kadaulatan negara membuktikan kemampuan luar biasa pasukan polis dan tentera Malaysia.

Ketika Anwar mengadakan komplot sulit dengan sekutunya, Nur Misuari dari MILF, mungkin beliau terlupa memikirkan kekuatan dan kemampuan pasukan keselamatan Malaysia untuk melindungi negara daripada sebarang pencerobohan.

Anwar tidak lagi boleh berselindung dengan apa-apa alasan untuk membersihkan dirinya daripada isu pencerobohan pengganas Sulu kerana bukti pembabitan beliau seperti yang didedahkan oleh media asing seperti Reuters, Phillipine Daily Inquirer dan Manila Times sudah cukup jelas dan nyata.

Cubaan kroninya seperti Tian Chua juga yang menuduh UMNO yang mendalangi peristiwa berdarah di Sabah untuk mengalih pandangan rakyat juga tidak dipercayai lagi oleh rakyat.

Dakwaan jahat dan tidak masuk akal itu dibuat hanya untuk terus mengapi-apikan hati rakyat serta mempengaruhi minda rakyat supaya bangkit menentang kerajaan.

Kerjasama erta yang diberikan oleh rakyat tempatan termasuk mereka yang berketurunan Suku terhadap usaha pasukan keselamatan untuk membanteras pengganas Sulu membuktikan segala yang didakwa pembangkang adalah pembohongan semata-mata.

Kewujudan ESSZONE pada matlamat masa panjang pula akan memastikan kemajuan dan pembangunan negeri Sabah seperti mana yang dinikmati rakyat sekarang akan terus kekal.

Ia bertindak sebagai serampang dua mata - mengekang kemasukan pendatang asing serta kegiatan penyeludupan oleh kumpulan pendatang asing di samping memastikan keselamatan penduduk negeri Sabah
terjamin.

ESSZONE bukannya satu tindakan kerajaan yang terburu-buru kerana model pelaksanaannya berdasarkan kepada Markas Keselamatan Kawasan Rajang atau RASCOM (Rejang Security Command) yang telah diimplementasi pada tahun 1970an di Sarawak bagi menangani ancaman komunis ketika itu.

Kejayaan RASCOM menghapuskan ancaman pengganas komunis di Sarawak berjaya membawa keamanan ang berkekalan hingga ke hari ini.

Keamanan ini seterusnya diterjemahkan kepada kemajuan serta pembangunan sosio-ekonomi yang pesat yang dinikmati oleh rakyat Sarawak keseluruhannya.

Penubuhan ESSZONE juga mampu meningkatkan tahap keselamatan negeri yang besar seperti Sabah seperti mana matlamat yang sama dicapai oleh RASCOM.

Selepas wujudnya ESSZONE, rakyat Sabah akan melihat dengan sendiri betapa perancangan dasar ekonomi itu akan melonjak dalam keadaan aspek keselamatan dan ketenteraman awam dapat dipulih serta dipertingkatkan.

Impian pembangkang untuk menjadikan Sabah sebagai batu loncatan untuk mereka menuju ke Putrajaya sudah berkubur dengan adanya ESSZONE. - BeruangBiru

Nurul Nuha Bahan Korban Anwar Ibrahim Untuk Cuci Dosa

Parti Keadilan Rakyat (PKR) hampir rasmi menjadi Parti Anak Beranak Sendirian Berhad dengan desas desus kedengaran bahawa seorang lagi anak Anwar, iaitu Nurul Nuha akan bertanding di Permatang Pauh dalam PRU ke-13 nanti.

Nama Nurul Nuha menjadi pilihan Anwar setelah mendapat laporan bahawa calon yang dikemukakan sebelum ini iaitu, Dr. Muhammad Nur Manuty, yang juga Pengerusi PKR Perak telah ditolak oleh pengundi di situ. Pantas, Anwar meletakkan nama anaknya bagi memastikan pengaruh keluarganya kekal di kawasan tersebut.

Bapa Anwar, Datuk Ibrahim Abd. Rahman juga merupakan ahli Parlimen di situ sebelum Anwar maka pencalonan Nurul Nuha mungkin dilihat sebagai bersifat sentimental atau mungkin juga peribadi bagi keluarga mereka.

Kenapa Nurul Nuha yang masih muda dan tiada pengalaman yang dipilih? Kenapa tidak letakkan Nurul Izzah sahaja sedangkan Izzah juga jenuh terbang merayau-rayau mencari kawasan kerana sudah ditolak di kawasan sendiri. Namun, khabarnya terpaksa kekal kerana hanya itulah saja kawasan yang paling selamat baginya.

Jawapan kenapa Nuha dan bukan Izzah adalah kerana hanya Nuha sahaja yang masih ‘suci’, yang mampu memulihkan imej bapa, ibu dan kakaknya yang sudah sebati dengan imej pengkhianat, pelakon dan peliwat.

Nurul Izzah, diketahui sudah terlalu banyak menghiris hati orang Melayu dan orang Islam. Kecenderungannya ke arah fahaman liberal amat ketara dan tindakannya mengulas perihal agama dan membenarkan pula umat Islam menukar agama merupakan satu kesilapan yang tidak dapat diperbaiki lagi. Malah, keengganannya untuk meminta maaf atas keterlanjuran kata tetapi sebaliknya memilih untuk menipu dan memutar-belit kenyataan sendiri dalam usaha memperbaiki kesilapan tersebut telah menghancurkan terus imejnya di pihak yang bersetuju dengannya sebelum itu, dan juga di pihak yang menentangnya.

Nurul Izzah juga telah berkali-kali menyerlahkan pengkhianatannya terhadap negara sendiri. Bukan sekali beliau memburukkan Malaysia di luar negara dan bukan sekali beliau seolah-olah sengaja atau sememangnya bodoh dengan membuat kenyataan yang kurang tepat dan tidak wajar mengenai rahsia-rahsia pertahanan negara.

Baru-baru ini ketika insiden Lahad Datu membawa rakyat Malaysia bersatu dan menyemarakkan semangat cintakan negara dan ketika kita berbangga dengan wira-wira kita, Nurul Izzah sekali lagi membuat kenyataan yang menunjukkan kepada dunia betapa beliau tidak berkongsi semangat dan sentimen yang sama dan tidak ada pengetahuan langsung mengenai pasukan keselamatan dan pertahanan negara.

Wan Azizah pula, hanyalah boneka buruk kerana nak dikatakan perhiasan pun sudah tidak boleh lagi. Jika perhiasan tentulah Anwar bangga memakainya tetapi Wan Azizah hanya ditolak ke depan bila perlu sahaja. Iaitu bagi menonjolkan imej Anwar sebagai suami dan bapa yang baik. Selebihnya, Azizah langsung tiada suara, melainkan air mata dan senyum paksa semata-mata.

Maka, kemunculan Nurul Nuha diharap sebagai memberi nafas baru kepada imej keluarga yang sudah punah ranah ini. Sebagai orang baru, Nurul Nuha belum sempat berbuat silap atau tersalah cakap. Tiada apa yang boleh dikorek atau diburukkan mengenai Nuha, maka sesiapa sahaja tandingannya di Permatang Pauh akan menghadapi kesukaran. Bermodalkan legasi keluarga dan air mata ibu yang pasti akan turun membantu, tidak mustahil Nuha boleh menang.

Satu-satunya ‘setback’ bagi Nuha ialah gambaran nepotisme yang amat jelas dalam parti PKR. Selain itu, oleh kerana belum mempunyai rekod, Nuha perlu meyakinkan rakyat Permatang Pauh bahawa beliau mampu bekerja dan bukan hanya berpolitik seperti bapa, ibu atau kakaknya.

Apapun, jika pengundi Permatang Pauh sebelum ini menolak UMNO kerana termakan tuduhan PR bahawa UMNO mengamalkan nepotisime dan kronisme, maka adalah wajib bagi mereak untuk menolak PKR jika Nurul Nuha menjadi calon dalam PRU kali ini. - Beruangbiru

Sumpah Laknat Anwar Hanya Untuk Pastikan Impian Menjadi PM Tercapai

Setelah puas menunggu, akhirnya penyokong Pas khususnya pencacai yang begitu menyanjungi makhluk bernama Anwar sudah boleh menarik nafas lega. Ini kerana menurut laporan yang dikeluarkan oleh portal pembangkang SuaraPakatanRakyat, makhluk yang dikatakan sebagai pemimpin Anugerah Tuhan itu telah bersetuju untuk bersumpah laknat.

Ia antara lainya bertujuan untuk membersihkan imejnya yang dikaitkan dengan kes Sodom aka Liwat dan skandal China Doll, sedikit masa dahulu. Malah pemimpin yang perasan kononnya dirinya layak untuk menjadi perdana menteri itu pernah beberapa kali dilihat ‘hilang kawalan’ apabila berdepan dengan wartawan yang mengajukan soalan berhubung isu terbabit.

Ditambah dengan beberapa fakta kes, ia semakin menyakinkan rakyat namun dimasa yang sama telah mengelirukan pencacainya yang merasakan ada sesuatu yang tidak kena apabila Anwar dilihat seolah-olah cuba mengalihkan tumpuan masyarakat dari membicarakan mengenai kes-kes tersebut.

Walaupun Anwar sebelum ini pernah berulang kali mengunakan nama Yusuf al-Qaradawi sebagai perisai kononnya ulama besar itu melarangnya dari berbuat demikian, namun perkembangan politik terkini yang tidak memihak kepadanya mungkin telah memaksanya untuk berbuat demikian.

Oleh yang demikian, Anwar merasakan kegagalannya untuk mengembalikan sokongan rakyat akan menyebabkan dirinya terdedah kepada risiko ditolak oleh pengundi Islam dan Melayu yang begitu memandang serius terhadap isu liwat dan zina. Lebih malang lagi, sekiranya calon-calon yang mewakili PKR turut menerima tempias ditolak rakyat.

Tambahan pula apabila, beliau melihat sendiri bagaimana isu tersebut telah mula memberi kesan terhadap pengundinya khususnya di Permatang Pauh sehingga menyebabkan dirinya terpaksa melarikan diri untuk mencari kawasan baru yang lebih selamat.

Maka, hasil ‘campur,tolak, bahagi, darab’ akhirnya Anwar terpaksa mengambil jalan selamat agar keyakinan rakyat kembali memihak kepadanya sekaligus membuka kembali harapan untuk menjadi perdana menteri.

Malah ada segelitir pemerhati politik dan golongan akademik berpendapat, sekiranya Anwar benar-benar mengambil pendekatan untuk ‘bersumpah laknat’ bagi membersihkan dirinya, ia akan menyebabkan BN/Umno berdepan dengan tuduhan konspirasi. Sekaligus membuktikan apa yang didakwa oleh Anwar selama ini kononya dirinya telah difitnah ada asasnya.

Tambahan pula Anwar sendiri, sebelum ini mengakui tindakan untuk bersumpah boleh memberi kelebihan besar kepadanya dari segi moral pencacai dan rakyat. Selain pencacai antara yang bakal turut terkesan dengan sumpah tersebut sudah tentu isteri dan anaknya, yang selama ini terpaksa berhempas pulas menyakinkan diri mereka sendiri, bahawa Anwar tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu.

Namun persoalannya ialah, sekiranya benar Anwar ingin bermubahalah seperti yang didakwa portal tersebut, mengapa ia dilakukan setelah majoriti rakyat percaya dengan yakin bahawa Anwar terlibat dengan seks luar tabii dan China Doll?

Tidak ketinggalan ialah, mengapa ia dilakukan apabila majoriti golongan agama di dalam Pas mula menolaknya sebagai calon Perdana Menteri? Bukankah jelas, ia dilakukan semata-mata atas kepentingan politik peribadinya. Hanya setelah merasakan kerusi Putrajaya telah semakin jauh meninggalkan dirinya, baru Anwar ingin mengambil pendekatan menolak dakwaan yang dilemparkan.

Sedangkan secara logik akal, mereka yang benar-benar tidak bersalah akan segera membersihkan namanya dari terus dikaitkan dengan kesalahan moral. Tambahan pula ramai dikalangan pencacainya yang merasakan Anwar adalah merupakan calon yang terbaik dikalangan pemimpin yang ada.
.
Kesimpulanya sumpah laknat yang bakal dilakukan itu bukanlah untuk membersihkan namanya, tetapi dilakukan semata-mata untuk memastikan impiannya menjadi Perdana Menteri ke-7 tercapai. - BeruangBiru



Ceroboh Sabah : Hukum Mati Dalangnya!!!



Beberapa orang pengganas Sulu yang berjaya ditahan oleh pasukan keselamatan sudahpun dihadapkan ke mahkamah. Mereka ini bakal berdepan hukuman mati mahupun penjara seumur hidup.

Jika dibandingkan dengan kekejaman yang telah dilakukan oleh pengganas-pengganas Sulu ini terhadap anggota keselamatan yang telah terkorban ketika berjuang mempertahankan kedaulatan negara, bagi penulis hukuman yang bakal mereka terima tidaklah seberapa.

Seandainya negara Malaysia ini tidak mempunyai undang-undang, penulis percaya, pengganas-pengganas Sulu yang berjaya ditangkap hidup-hidup ini sudah pasti tidak bernyawa lagi. Penulis sangat pasti, ketika pasukan keselamatan berjaya mengesan mereka, bedilan senjata sahaja yang akan menyinggahi tubuh mereka.

Namun, dek kerana negara ini merupakan sebuah negara yang mengamalkan demokrasi dan memuliakan undang-undang, maka terselamatlah para pengganas Sulu yang tertangkap itu daripada bedilan senjata pasukan keselamatan.

Pengakuan salah seorang daripada pengganas yang berjaya ditahan bahawa sebenarnya dia telah diupah oleh seseorang untuk menjadi pengganas. Tetapi malangnya, menurut beliau pemberi upahnya tidak pula dikenali.

Penulis percaya dengan kehebatan pasukan keselamatan kita dalam mencari siapa sebenarnya dalang yang berada di belakang insiden pencerobohan Sabah oleh pengganas Sulu ini, apatah lagi saban hari semakin banyak petunjuk yang timbul, tidak lama lagi sudah pasti kes ini berjaya diselesaikan.

Apabila dalang sebenar di sebalik insiden pencerobohan Sabah ini yang telah mengorbankan serta mencederakan beberapa orang anggota keselamatan kita dapat dibuktikan kesalahannya, seeloknya jatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahannya itu. Tiada bezanya dia dengan pengganas yang diupah untuk menjalankan kerja-kerja jahatnya.

Justeru, jika pengganas yang diupah itu dijatuhkan hukuman mati ataupun penjara seumur hidup, jatuhkan juga hukuman mati kepada dalangnya!

Sumber : Klik Sini

#TolakPakatan #JanjiKosong Pakatan Pembangkang di 4 Negeri

Apabila berbicara soal mungkir janji, pasti kita tidak akan terlepas dari memandang kepada pakatan pembangkang, ini kerana golongan tersebut telah dipenuhi dengan mereka-mereka yang sering khianat terhadap janji yang telah diberikan.

Lisan atau lidah mereka yang bergelar pemimpin di dalam pakatan, memang terkenal menuturkan seribu satu janji, namun seringkali gagal untuk mengotakannya. Contohnya, ketika berkempen dan di atas pentas ceramah, mereka sering mengatakan ‘tuan-tuan dan puan-puan, sekiranya pakatan (dahulu dikenali sebagai barisan alternatif) diberikuasa, apabila ayam berkokok, menjelang subuh kita akan berikan itu dan ini.

Namun setelah mendapat kuasa yang diidamkan itu dan apabila janji tersebut dituntut oleh rakyat mereka dengan mudah akan mengatakan ‘Manifesto PR Bukan Janji’. Sedangkan di dalam Islam, menepati dan menunaikan janji adalah antara sifat yang sangat dituntut Islam sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman tepatilah janji-janji.” (al-Maidah:1)

Malah, dalam ayat lain Allah menerangkan bahawa mereka yang sentiasa menunaikan janji adalah dianggap sebagai golongan yang beriman, yang benar dan bertakwa kepada Allah s.w.t., seperti firman-Nya yang bermaksud:

“…..Dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan (menepati) janjinya apabila mereka membuat janji……” – (Al-Baqarah:177)

Oleh yang demikian mereka yang gemar berbohong atau sering memungkiri janjinya merupakan tanda-tanda adanya sifat nifaq atau ‘MUNAFIQ’. Malah junjungan besar kita nabi Muhammad SAW ada bersabda berhubung perkara ini.

“Tanda orang munafik itu ada tiga; apabila berkata ia berdusta, dan apabila berjanji ia mungkir, dan apabila diberi amanah ia khianat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik yang jelas. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik hingga dia meninggalkannya iaitu apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran (menegakkan benang yang basah)”. (Hadis riwayat Bukhari).

Semua petikan surah dan hadis tadi merujuk kepada peri-pentingnya untuk seseorang itu menunaikan janji yang pernah diberikan, apatah lagi mereka yang telah diangkat sebagai pemimpin.

Namun berlainan dengan pakatan pembangkang, amaran dan peringatan yang diberikan oleh Allah dan Rasul itu seolah tidak memberikan kesan kepada mereka. Sedangkan ada dikalangan mereka yang dikatakan sebagai pemimpin ‘Anugerah Tuhan’ dan mereka yang kononnya bertaraf ulama. Seolah-olah Islam pada kaca mata mereka, hanya digunakan untuk membodohkan rakyat.

Bukanlah niat untuk melemparkan tuduhan, namun setelah 4 tahun mentadbir kerajaan di Pulau Pinang, Selangor & Kedah, serta 22 tahun di Kelantan, pelbagai janji-janji manis mereka yang masih lagi belum ditunaikan. Patutlah penyanyi Aishah yang popular dengan lagu ‘Janji Manismu’ sertai pembangkang, rupa lagu tersebut ditujukan kepada pemimpin mereka.

Antara janji-janji mereka yang sehingga kini hanya tinggal janji kerana berpegang kepada pendekatan #ManifestoBukanJanji ialah tabung permulaan RM100 bagi anak-anak kelahiran Selangor (mana duit yang diJANJIkan itu???), bantuan RM75 bagi setiap kanak-kanak di nurseri (nak tunggu kes dibawa ke mahkamah barangkali).

Itulah antara janji yang pernah diberikan kepada rakyat yang sehingga kini GAGAL dilaksanakan. Malah di Kelantan, kerajaan Pas baru nak rasmikan pembinaan stadium yang dijangka akan siap pada PRU18 nanti.

Kesimpulannnya rakyat khususnya pengundi di 4 negeri yang ditadbir oleh pakatan WAJIB menolak wakil/calon pakatan dalam PRU13 nanti sebagai pengajaran agar jangan cuba membodohkan rakyat dengan menabur janji-janji palsu. - BeruangBiru

Bimbang Tewas, Punca PR Mahu Bubar 22 April

Sudah acap kali khalayak di dendangkan dengan propaganda pembangkang yang mendakwa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak takut untuk membubarkan Parlimen kerana bimbang dengan kekuatan PR.

Propaganda sedemikian sedikit sebanyak termakan juga oleh sesetengah penyokong PR menyebabkan mereka lupa bahawa empat buah negeri yang dikuasai PR iaitu Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang hingga sekarang belum ada satu pun yang di bubarkan.

Walhal, jika PR merasakan PM takut membubarkan Parlimen, logiknya PR yang kelihatan seperti sudah tidak sabar untuk menghadapi pilihan raya patutnya sejak berbulan-bulan lalu sudah mengambil inisiatif sendiri segera membubarkan DUN di semua negeri PR, bukan begitu?

Bagi BN pula, soal bila Parlimen akan dibubarkan tidak pernah menjadi isu apatah lagi untuk dipropagandakan.

Jika 6 bulan lepas atau sebulan lalu mahupun esok atau lusa Parlimen dibubarkan, berdasarkan kaji selidik dan trend sokongan rakyat kepada BN, tiada masalah untuk BN mendapat hampir 2/3 kerusi Parlimen atau lebih sedikit.

Tapi disebabkan tumpuan utama tetap fokus untuk bekerja untuk rakyat, selagi masa masih berbaki selagi itu kerja buat dan jasa bakti terus dilaksanakan. Lagi semakin lama PR berteka-teki lebih bagus untuk BN sementelah di waktu kritikal ini makin ramai pemimpin PR yang pancit sebelum wisel permulaan ditiupkan.

Hakikatnya, tujuan sebenar PR menghambur celaan, sindiran dan propaganda mengenai isu pembubaran Parlimen tujuannya sekadar untuk mewujudkan persepsi kononnya PR benar-benar kuat. Dengan demikian, masalah pertelingkahan sesama sendiri dalam PR akan terkalih dari perhatian umum.

Menariknya di sebalik propaganda itu semua, ada sumber dalaman PR memberitahu semua keempat-empat negeri yang diperintah oleh gabungan tidak berdaftar itu telah mencapai kata sepakat untuk membubarkan DUN hanya selepas Parlimen dibubarkan.

Tarikh yang telah mereka sepakati ialah 22 April 2013. Persoalannya kenapa 22 April 2013, mengapa tidak dua tiga bulan lalu atau sebelum bulan Mac 2013 berakhir?

Ada muslihatnya. PR menjangkakan Parlimen mungkin akan dibubarkan pada seawal April 2013, jadi bila Parlimen di bubarkan semua negeri yang dikuasai PR tidak akan turut sama membubarkan DUN.

Dengan lain perkataan, PR mahu membubarkan DUN lewat dari pembubaran Parlimen dan proses pengundian pula akan dijalankan selepas selesai pengundian di negeri-negeri lain.

Mereka percaya langkah ini dapat mengurangkan risiko kalah teruk dan mengurangkan impak terhadap prestasi PR di DUN-DUN negeri yang sedang dikuasai sekarang.

Perkhabaran ini tidak mengejutkan kerana sudah lama PR memberi bayangannya tetapi cuba diselubungi dengan propaganda kononnya BN pula yang takut berdepan dengan penghakiman rakyat. Realitinya yang takut tewas dan ditolak rakyat ialah PR.

Sebab itu di Selangor, Menteri Besarnya sering berdolak-dalik sekejap kata mahu bubar DUN selepas Chap Goh Mei, sekejap panggil sidang akhbar untuk pembubaran kemudian tiada pengumuman dilakukan, alih-alih semuanya hanya gempak sahaja bertujuan untuk mengaburi mata umum dari mengesan ketakutan PR berdepan dengan PRU 13.

Walau apa pun, PRU 13 tetap akan tiba jua bila sampai masanya, apa sahaja taktikal strategi atau game plan yang dimainkan oleh PR, kata putus bila tarikh pengundian sama ada serentak atau berasingan tetap di tangan SPR selaku badan bebas yang mengendalikan pilihan raya. - BeruangBiru

Pakatan Rakyat Bimbang Rekod Buruk Mendiang Bala

Kematian penyiasat persendirian Balasubramaniam A/l Perumal akibat sakit jantung sehingga kini masih ditangisi kaum keluarga dan sanak saudaranya. Ada di kalangan mereka menyalahkan PR kerana terlalu mendesak mendiang untuk aktif di atas pentas ceramah sebagai punca kematiannya.

Dikira dari segi fakta klinikal memang ada logiknya memandangkan seseorang yang mempunyai masalah jantung biasanya perlu banyakkan berehat dan senaman ringan.

Mendiang yang lebih dikenali sebagai PI Bala, sebelum kematiannya pernah terjatuh ketika berceramah di Kota Bharu, hasil pemeriksaan kesihatan mengesahkan beberapa saluran arteri ke jantung mendiang tersumbat.

Jika PR prihatin dan tidak terlalu mendesak sebaliknya memberi peluang mendiang PI Bala berehat sementara menunggu selesai pembedahan pintasan jantung yang telah ditetapkan, ada kemungkinan kematiannya dapat dielakkan.

Tapi takdir menentukan ajal mendiang sudah sampai maka kita semua seeloknya sama-sama mengucapkan takziah kepada keluarganya.

Bagaimana pun, kematian mendiang rupanya masih menjadi buah mulut sesetengah pihak dalam PR apabila ada yang menganggap tindakan membawa penyiasat persendirian itu pulang ke Malaysia untuk membantu PR hanya kerja sia-sia dan merugikan PR.

Pandangan itu rupanya turut dikongsi sama oleh sebuah portal pro PR yang terkenal dengan sikap kritis iaitu suarapakatanrakyat.com dalam artikelnya bertajuk "Strategi Bawa Pulang Bala, Bencana Untuk Pakatan Rakyat".

Menurut laman itu, PI Bala adalah seorang bekas anggota polis yang pernah memiliki rekod salah laku buruk semasa berkhidmat dalam PDRM. Antara kesalahan yang pernah dilakukannya termasuklah menculik (Akta Culik) dan menampar orang awam (Akta Kelakuan Tidak Senonoh).

Berdasarkan rekod buruk sedemikian, portal itu berpandangan ia memberi kesan buruk terhadap imej PR sekaligus menjejaskan kepercayaan umum terhadap kempen PR mengenai isu Altantuya.

Kebimbangan yang diluahkan oleh portal itu ada asasnya. Mana mungkin orang ramai mahu meletakkan kepercayaan pada cerita seorang bekas anggota polis yang memiliki rekod buruk sedemikian.

Lagi pun sehingga saat kematiannya, PI Bala tetap enggan menjelaskan isu wang RM50,000 milik Razak Baginda yang sepatutnya diserahkan kepada Altantuya sebaliknya telah di songlap olehnya.

Itu belum lagi dikira dari segi kredibiliti mendiang yang kerap membuat Akuan Bersumpah (SD) bersilih ganti dan saling bercanggah di antara satu sama lain untuk satu isu yang sama.

Dengan segala macam rekod buruk di atas, memang agak sukar untuk khalayak umum mengambil peduli atas setiap percakapan mendiang. Namun demikian, suarapakatanrakyat.com telah terlambat dalam menegur parti pujaannya, nasi sudah menjadi bubur dan sudah tiada gunanya lagi. - BeruangBiru

Pas Munafiq, Tipu Bina 12 Masjid

Sekadar mengambil petikan kata-kata Presiden ABIM ketiga, Datuk Dr. Siddiq Fadzil yang menyatakan ulama perlu berani menegakkan kebenaran dalam apa jua keadaan tanpa mengira tempat dan masa. Malah menurut rakan baik Anwar Ibrahim itu, ulama bertanggungjawab menegakkan kebenaran dan keadilan dan tidak boleh berkompromi atau bersekongkol.

"Ulama harus berani dan bebaskan diri mereka untuk memberikan pendapat demi kebaikan semua," kata beliau di dalam satu program wacana yang bertajuk "Peranan Ulama, Menasihati Pemimpin" tidak lama dahulu.

Namun baru-baru ini, Pas dikecam hebat oleh beberapa orang ulama di Kelantan yang mengatakan bahawa mengundi Pas dalam pilihan raya akan datang adalah haram kerana telah lari dari perjuangan asal sehingga sanggup bekerjasama dengan DAP. Ini kerana umum mengetahui DAP sebagai sebuah parti ‘ultra kiasu’, menggunapakai pendekatan sekular sebagai teras perjuangan mereka yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Malah Karpal Singh sendiri suatu ketika dahulu pernah mengeluarkan kenyataan ‘langkah mayatnya sekiranya Pas ingin menjalankan menubuhkan negara Islam di Malaysia”. Lebih malang lagi, ‘baiah’ Karpal itu masih dipegang olehnya sampai kini sehingga menimbulkan keraguan di kalangan pengikut Pas berhubung kerjasama yang terjalin itu.

Terbaru kegagalan Pas untuk mempertahankan Islam terutamanya dalam isu berhubung penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam kerana terlalu tunduk dengan desakan DAP juga sukar untuk dimengertikan. Malah bukan itu sahaja, PAS sekarang ini, sudah sampai ke tahap sanggup berbohong demi meneruskan survival politik mereka.

PAS juga begitu bangga menyatakan, kononnya kerajaan negeri Kedah telah membina sebanyak 12 buah masjid sepanjang hampir lima tahun pemerintahan mereka seperti yang terkandung di dalam buku 'Sayangi Kedah Sejahtera'.

Yang mana ia jelas merupakan satu penipuan yang maha besar di Kedah kerana pembinaan masjid itu telah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri berjumlah RM24 juta.

Bahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebenarnya yang bertanggungjawab membina 22 masjid baru itu sejak 2008 dengan peruntukan keseluruhan hampir RM40 juta.

Oleh yang demikian tindakan pemimpin PAS ini boleh diklasifikasikan sebagai munafik.

Kerajaan Kedah yang diterajui oleh pimpinan parti yang kononnya berasaskan Islam seharusnya berasa malu kerana gagal melaksanakan amanah yang telah diberikan oleh rakyat itu.

Sebaliknya, BN yang sebelum ini tewas, terus dilihat tetap melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat Kedah dengan penuh ikhlas dan tanpa rasa kecil hati walaupun kalah dalam pilihanraya yang lalu.

Apapun, rakyat Kedah kini sudah semakin sedar akan kesilapan yang telah mereka lakukan dan pasti akan bangkit dalam pilihan raya akan datang untuk menebus kembali kesilapan mereka. - BeruangBiru

Video Seks Nurul Izzah: Siapa Tangan Ghaib PKR?

Tidak semena-mena, tiada beruk tiada kera, tiba-tiba pokok bergoyang. UMNO tidak tahu apa-apa, tiba-tiba PKR pula yang heboh menyatakan kewujudan Video Seks Nurul Izzah pula.

Kita amat memahami strategi ‘overdose’ atau ‘overkill’ iaitu menambahkan cili kepada isu yang sedia pedas seperti video seks Anwar sehingga orang tidak mampu lagi menelannya. Dalam kes ini, strategi pembangkang mungkin untuk membangkitkan rasa mual terhadap UMNO sekali gus meraih simpati terhadap Nurul Izzah dan Anwar.

Namun, cara pendedahan video Nurul Izzah ini agak keterlaluan iaitu menambah cili sehingga tidak nampak lagi masakan asalnya. Ini kerana ia pertama sekali disuarakan oleh Saifuddin Nasution secara terbuka di hadapan wartawan, seolah-olah sengaja sedangkan desas-desus mengenainya belum lagi kedengaran.

Mungkinkah ini merupakan strategi ‘pre-emptive’ iaitu bersedia dengan jawapan sebelum soalan dikemukakan? Atau apakah ini hanyalah langkah pertama ke arah satu lagi lakonan tersohor yang bakal diedarkan ala-ala lakonan sepupu Taib Mahmud?

Walau apapun, mengenali keluarga Anwar, kita tidak boleh menolak akan kemungkinan bahawa video tersebut tulen dan wujud walaupun motif dan dalangnya tidak dapat dipastikan.

Apa yang kita pasti, video tersebut ada di tangan PKR, bukan UMNO. Kerana itulah sehingga ke hari ini, apa yang kita dengar hanyalah dari pihak PKR dan hanya pihak PKR yang ‘seronok’ sekali bercakap mengenainya.

Jangan kita lupa bahawa parti PKR adalah parti yang sentiasa bergolak kerana ia menghimpunkan semua orang-orang yang gila kuasa lagi korup di dalamnya. Segala sampah dan najis UMNO dikutip dijadikan perhiasan dan dipakaikan mahkota. Pemilihan parti PKR adalah yang paling kotor dalam sejarah, di mana undi dimanipulasi dan baling kerusi bergaduh adalah budayanya.

Faktor cinta tiga segi, empat segi dan bersegi-segi juga merupakan masalah paling besar dalam PKR. Mana tidaknya, apabila anak, isteri, gundik, anak ikan, semuanya terpaksa berhadapan sesama sendiri setiap hari.

Kita tahu Wan Azizah bencikan Fareez. Kita tahu Azmin menentang Khalid. Kita juga tahu Wan Azizah benci Azmin. Kita tahu Nurul Izzah membela mamanya dan Azmin serta Fareez menentang Nurul Izzah dan mamanya. Kita tahu Anwar sayang semuanya. Tetapi kita juga tahu Anwar paling sayang dirinya sendiri.

Nurul Izzah bukan masalah besar bagi UMNO atau BN. Malah, beliau merupakan bahan ketawa, tambahan pula dengan kenyataan bodohnya mengenai pasukan keselamatan negara baru-baru ini, ramai yang menganggap wanita itu elok diabaikan saja. Tidak berbaloi bagi BN memburukkan Nurul Izzah dengan cara menyebar video seksnya dan BN juga lebih tahu bahawa tindakan itu mungkin akan memakan diri dan parti.

Justeru, adalah lebih masuk akal bahawa video tersebut bakal diedar oleh pihak PKR sendiri. Lagipun, dari kata-kata Saifuddin, tampak seolah-olah PKR sudah pun memilikinya, kerana BN langsung tidak tahu menahu mengenainya.

Cuma kita kini tertanya-tanya juga apa reaksi Wan Azizah dan Anwar mengenai aksi anak mereka? Banggakah Anwar yang anaknya mengikut jejak langkahnya?

Apapun, kita pasti, bangga atau tidak, Anwar dan Azizah tetap akan menafikannya.

Bagi Nurul Izzah pula, kita menyarankan agar beliau memikirkan dalam-dalam tentang bapa dan ibu jenis apa yang sanggup membiarkan orang lain menyebar video seks yang dikaitkan dengan anak mereka, semata-mata untuk meraih simpati politik? - BeruangBiru

Wednesday 27 March 2013

Penubuhan ESSCOM Pertingkatkan Lagi Keselamatan Perairan di Sabah

Penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) membabitkan lima daerah di pantai timur Sabah dan ia terdiri daripada Sandakan, Tawau, Kunak, Kudah dan Lahad Datu. Dengan penubuhan ESSCOM ini akan membabitkan penyelarasan kerjasama antara tiga komponen, iaitu penduduk setempat, pasukan tentera dan pihak polis bagi membanteras ancaman pengganas.

Jika diperhalusi ESSCOM bukanlah sesuatu yang asing bagi Malaysia kerana ketika Sarawak berhadapan dengan ancaman komunis pada tahun 1970-an, Kawasan Keselamatan Rajang (RASCOM) secara khusus diujudkan untuk berhadapan dengan ancaman tersebut.

Sudah pasti ada yang mempersoalkan mengapa baru kini kerajaan menubuhkan ESSCOM sedangkan ancaman keselamatan memang sudah lama ujud seperti beberapa siri penculikan yang didalangi oleh kumpulan pengganas dari selatan Filipina.

Perlu ditekankan bahawa selama ini sememangnya ujud beberapa struktur keselamatan khas khusus untuk menangani isu keselamatan Sabah yang dianggap begitu mencabar dan unik. Mencabar kerana perairan terbuka sepanjang 1,400 kilometer begitu sukar untuk diawasi dan unik kerana komposisi penduduk Sabah yang mempunyai sejarah asal usul begitu menarik.

Operasi Padanan & Sipadan Island Resort atau lebih dikenali dengan nama singkatan Ops Pasir adalah salah satu struktur keselamatan yang diujudkan untuk berhadapan dengan ancaman khusus iaitu penculikan pelancong terutama sekali di pulau terpencil. Ops Pasir mula diperkenalkan pada tahun 2000 dan diuruskan oleh Markas Angkatan Bersama, Angkatan Tentera Malaysia (MAB-ATM).

Begitu juga dengan organisasi keselamatan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Imigresen mempunyai peranan tertentu demi menjamin keselamatan perairan Sabah.

ESSCOM ditubuhkan bukan kerana fungsi ATM, PDRM, APMM dan Imigresen tidak efektif atau untuk mengambil alih tugas tetapi sebenarnya untuk memantapkan lagi semua operasi yang dilaksanakan oleh entiti organisasi tersebut.

Selama ini setiap aktiviti organisasi tersebut melaksanakan tugas masing-masing secara berasingan kerana setiap entiti tersebut mempunyai arahan pusat (central command) yang berbeza. Timbul beberapa kekangan terutama sekali dari segi kepantasan berkongsi maklumat risikan kerana masing-masing mempunyai strategi dan kepentingan yang berlainan di antara satu sama lain.

Betapa pentingnya penyelarasan arahan pusat diserlahkan lagi apabila Ops Pasir ATM dikendalikan oleh MAB kerana untuk menyelaraskan tugas antara tiga cabang perkhidmatan utama mereka iaitu tentera darat, laut dan udara.

Amerika Syarikat (AS) umpamanya telah belajar dari kesilapan kerana tidak mempunyai penyelarasan perkongsian maklumat risikan di antara Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Agensi Penyiasatan Pusat (CIA) yang mengakibatkan kegagalan mengesan plot serangan pengganas yang berlaku pada 11 September 2001. 

Kini mereka menubuhkan satu entiti khas yang dipanggil Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (Homeland Security) sebagai asas penyelarasan semua aktiviti keselamatan AS.

Dengan adanya entiti Homeland Security dengan diketuai oleh Setiausaha yang lebih popular dikenali sebagai Czar keselamatan, semua aktiviti umpamanya oleh FBI dan CIA dapat diselaraskan. Konsep ini bukan sesuatu yang asing dan ESSCOM juga mempunyai maksud yang serupa.

Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, satu mesyuarat diadakan semalam bagi merangka strategi bagaimana mahu membabitkan orang ramai, terutama masyarakat setempat dalam ESSCOM. 

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) berpendapat benteng pertahanan pertama mestilah masyarakat setempat, sebab itulah anggota RELA, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Ketua Kampung digerakkan untuk usaha ini. 

“Mereka ini boleh menjadi mata dan telinga pasukan keselamatan negara selain berperanan membendung penyebaran khabar angin, sekali gus memberi keyakinan kepada rakyat Sabah bahawa negeri itu selamat.

“Kita dah kenal pasti beberapa kawasan bagi penubuhan ESSCOM. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan membuat pengumuman mengenainya dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Katanya, KDN sudah mengambil perhatian mengenai keperluan kabin, balai, Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) serta lima batalion yang perlu ditempatkan di kawasan berkenaan. 

Penubuhan ESSCOM diumumkan Perdana Menteri 7 Mac lalu, ketika meninjau operasi pasukan keselamatan membanteras pengganas di Kampung Tanduo, Lahat Datu dan kini pada peringkat akhir pelaksanaan.

Dalam pada itu, Hishammuddin juga memaklumkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, akan melancarkan unit rondaan bermotor pasukan polis di Kota Kinabalu hari ini dan di Sandakan pada hari berikutnya dalam usaha memberi keyakinan kepada penduduk Sabah bahawa negeri itu selamat.

Diharap dengan penubuhan ESSCOM ini tidak akan berlaku lagi pencerobohan pengganas dan keselamatan perairan Sabah akan lebih terjamin. - BeruangBiru