Sunday, 17 March 2013

Tian Chua Wajib Didakwa & Dihukum

Ramai sebenarnya yang geleng kepala bila membaca kenyataan media oleh Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang menggesa pendakwaan rasmi ke atas Naib Presiden PKR, Tian Chua digugurkan atas alasan wujudnya manipulasi oleh media.

Entah siapa yang nak ditipunya tak tahulah, namun realitinya kenyataan asal Tian Chua yang memperolokkan insiden di Lahad Datu, Sabah bukannya disiarkan oleh Utusan Malaysia, Berita Harian atau TV3, sebaliknya terpampang jelas dalam portal milik PKR.

Dalam artikel bertarikh 1 Mac 2013 itu, Tian Chua dipetik sebagai berkata;-

"pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah. Ada konspirasi oleh kerajaan UMNO untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing."

Manakala dalam perenggan pertama artikel itu pula menyebut;-

"Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua."


Siapa sahaja yang membaca kenyataan di atas tentunya faham betapa terang lagikan bersuluh maksudnya menjurus kepada memperolokkan insiden pencerobohan di Lahad Datu. Sama ada di baca secara tersurat atau tersirat, pengertiannya tetap sama.

Menuduh media perdana memanipulasi dan memutar belitkan kenyataan Tian Chua memang semudah ABC, sama sebagaimana mudahnya Tian Chua menuduh kejadian di Sabah adalah sandiwara dan konspirasi UMNO & Kerajaan. Tapi imaginasi dan realiti banyak perbezaannya.

Nik Nazmi itu mungkin bermaksud mahu membuktikan solidaritinya sesama rakan seperjuangan dalam PKR, tapi ia nyata tidak bijak sama sekali sebaliknya mengundang lebih banyak cemuhan umum terhadap parti itu.

Di saat genting sebegini di mana negara sedang diancam pencerobohan dan keganasan oleh kumpulan pengganas Sulu tajaan Jamalul Kiram III, memang tidak wajar dibiarkan begitu sahaja komen negatif sebagaimana diungkapkan oleh Tian Chua.

Sekalipun Tian Chua adalah Ahli Parlimen, ia tetap bukan satu lesen untuknya meremehkan peristiwa berdarah yang berlaku di Sabah, malah sebagai Ahli Parlimen juga bukannya alasan kukuh untuk pemimpin kanan PKR itu di beri keistimewaan untuk bebas dari sebarang pendakwaan di Mahkamah.

Kenyataan Tian Chua itu tidak hanya menunjukkan dirinya tiada semangat patriotisme malah meletakkannya setaraf seperti pengkhianat. Orang sebegini layakkah diangkat sebagai pemimpin? Tentu sekali tidak!

Proses pendakwaan dan perbicaraan terhadap Tian Chua wajib diteruskan, desakan atau gesaan supaya kes ini digugurkan jangan sesekali dilayan. Negara kita ada undang-undang, pemimpin atau rakyat, orang kenamaan atau orang biasa, jika terbukti bersalah wajib dihukum. - BeruangBiru

No comments:

Post a Comment