Penyiasat persendirian, Balasubramaniam Perumal (PI Bala) yang baru sahaja meninggal dunia beberapa hari lepas disebabkan serangan penyakit jantung, pastinya akan kekal diingati ramai kerana mencipta rekod membuat dua akuan bersumpah (SD) yang berbeza untuk satu isu yang sama.
PR tentunya sedikit sebanyak mempunyai saham dalam menyebabkan kematian PI Bala kerana masih mendesak penyiasat persendirian itu berkempen untuk mereka di Damansara sekalipun mengetahui PI Bala belum sihat sepenuhnya selepas terjatuh ketika berceramah untuk PR di Kota Bharu.
Ia satu bentuk kezaliman, tapi bagi PR soal kesihatan PI Bala yang kurang baik tentunya bukan perkiraan mereka, yang penting ialah memanipulasi sepenuhnya mendiang untuk kepentingan politik supaya berbaloi dengan wang ringgit yang dilaburkan.
Lagi pun sejarah hitam PI Bala yang pernah menggelapkan wang RM50,000 milik Razak Baginda yang sepatutnya diserahkan kepada Altantuya Shariibuu selain mempunyai rekod buruk terlibat dalam penculikan semasa berkhidmat dengan PDRM, tentunya memaksa PR bertegas memaksa PI Bala memenuhi setiap aktiviti ceramah mereka.
Dalam pada itu, PI Bala juga akan diingati kerana tindakannya bersumpah dengan kitab Hindu, Bhagawad Gita sebaik tiba di KLIA dari persembunyian hampir 5 tahun di luar negara, yang menurutnya bertujuan untuk membuktikan SD2 adalah pengakuan palsu manakala SD1 adalah yang sebenar-benarnya.
Ini bermakna dalam tempoh hampir 5 tahun lalu sehingga saat kematiannya, PI Bala telah tiga kali flip flop dalam melakukan sumpah, ini menimbulkan andaian berkemungkinan besar sampai ajalnya disebabkan dimakan sumpah.
Tidak ada agama dalam dunia ini yang membenarkan penganutnya bermain-main dengan sumpah, malah dalam Islam sendiri amat menegah umatnya bersumpah palsu apatah lagi dua tiga kali mengangkat sumpah dengan isi pengakuan yang berbeza-beza.
Malah orang yang gemar bermain-main dengan sumpah dan tidak tetap pendiriannya juga sukar untuk mendapat kepercayaan ramai. Tak mustahil saban hari mendapat celaan dan disumpah seranah pula oleh anggota masyarakat.
Mungkin andaian PI Bala dimakan sumpah tidak betul, tapi satu kenyataan yang pasti roh Altantuya yang dikatakan sedang melindungi PI Bala hanyalah ilusi atau pun sebenarnya sengaja mungkir janji dek kerana amarahnya yang masih menyala terhadap PI Bala barangkali. - BeruangBiru

No comments:
Post a Comment