Monday, 25 March 2013

Rakyat Penang Bangkit Menentang Pentadbiran Lim Guan Eng

Kebangkitan rakyat Penang yang bangkit menentang pentadbiran Lim Guan Eng pasti akan membuka mata rakyat Malaysia yang sebelum ini terpedaya dengan kata-kata pemimpin ‘Ultra-Kiasu’ dari DAP itu yang kononnya ingin mencontohi pemerintahan ‘Khalifah Umar Abdul Aziz’.

Ini kerana saban hari semakin ramai rakyat Pulau Pinang yang telah mula sedar, bangkit mengadakan bantahan terhadap kepimpinan mereka. Terdahulu sekumpulan belia Penang yang terdiri dari kaum Cina dan India telah berhimpun dan berarak bagi menyuarakan ketidakpuasan hati berhubung keputusan kerajaan negeri untuk membina projek terowong mega dasar laut.

Manakala semalam, dianggarkan hampir 10,000 rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat telah menyertai ‘Himpunan Penyatuan Rakyat’ yang membantah pentadbiran Guan Eng yang dilihat GAGAL membela nasib rakyat yang semakin tersepit sejak lima tahun lalu.

Persoalan yang bermain diminda rakyat Penang ketika ini ialah, kenapa perlu bina terowong baru sedangkan Jambatan Pulau Pinang Kedua masih lagi belum beroperasi? Apakah ini satu cara untuk kayakan krooni-kroni DAP Penang?

Tambah menghairankan ialah, DAP yang selama ini berpegang kepada idealism ‘sekular’ masih lagi gagal menjelaskan dakwaan berkenaan projek terowong dasar laut bernilai RM8 billion itu, yang dilaksanakan tanpa tender terbuka.

Ia secara tidak langsung membuktikan persepsi rakyat yang merasakan wujud kegiatan rasuah, nepotisme dan kronisme dalam pemberian tender projek tersebut. Malah majoriti rakyat merasakan projek tersebut tidak mendatangkan sebarang manfaat tambahan, kerana pada ketika ini rakyat di Pulau Mutiara itu amat memerlukan rumah kos rendah.

Ditambah dengan kesesakan trafik yang macam gamps!, kerajaan negeri sepatutnya tidak kalut untuk membina ‘tunnel’. Mereka sepatutnya selesaikan dahulu masalah-masalah utama yang mencengkam denyut nadi rakyat sekiranya benar-benar ingin mencontohi pemerintahan khalifah Islam.

Ini tidak, baru sepenggal menerajui kepimpinan negeri, mereka pakat kalut membuat projek mega yang dilihat bakal menggangu pelabuhan dan bentuk geografi bahagian pulau tersebut yang dikhuatiri boleh menenggelamkan negeri tersebut.

Yang lebih menarik, ketika Anwar pakat sibuk ceramah di setiap pelosok negara untuk memansuhkan tol, DAP selaku sekutu akrab membuat keputusan untuk mengenakan tol bagi projek terowong mega dasar laut itu. Malah ketika ditanya berhubung isu tol tersebut, Guan Eng dengan nada ‘selamba badak’ menyalahkan kerajaan persekutuan.

Sungguh pelik dan menghairankan. Mereka yang memutuskan untuk membuat projek mega, dan mereka juga yang memutuskan untuk mengenakan bayaran tol tetapi kerajaan BN/Umno yang dipersalahkan.

Inilah yang dinamakan sandiwara pakatan pembangkang yang hidup atas dasar pembohongan dan penipuan. Walaupun semakin ramai yang telah sedar, namun masih ada dikalangan pencacai yang enggan menerima fakta dan hakikat sebenar.

Oleh yang demikian, jangan terperanjat sekiranya suatu ketika nanti, pakatan pembangkang pimpinan Anwar mengatakan 1 + 1 bersamaan dengan 4, akan ada dikalangan pencacai yang akan berdiri dan mengatakan ia betul. Ini kerana walaupun sedar jawapan yang diberikan itu adalah salah, namun disebabkan taksub, mereka terpaksa menerima penipuan dan pembohongan itu sebagai fakta sebenar.

Kepada rakyat Pulau Pinang, bersatulah untuk #SavePenang #UbahPenang dan #TolakDAP.

Sumber : BeruangBiru


No comments:

Post a Comment