Faekah Hussin, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor telah menulis surat terbuka kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed, bagi menangkis kenyataan negarawan tersebut bahawa hak keistimewaan orang Melayu serta kesucian agama Islam akan terancam sekiranya Pakatan Rakyat terus berkuasa di Negeri Selangor.
Kata Faekah, kenyataan tersebut melampaui batas, celupar dan menunjukkan yang Tun Mahathir ketinggalan jauh dari perkembangan politik semasa selain menghina Institusi Agama dan Raja di Selangor.
Lebih menarik, Faekah juga seolah-olah khuatir yang kenyataan tersebut akan menjadi liabiliti kepada slogan 1Malaysia yang dipromosi oleh BN.
Faekah memulakan warkah terbukanya dengan membentangkan penghormatan tertinggi dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada Sultan-sultan yang menjadi pengawal kesucian agama Islam, sambil menekankan kedudukan Klang sebagai Bandar DiRaja, iaitu tempat di mana Tun Mahathir membuat kenyataan tersebut, bagi menunjukkan sanjungan Pakatan Rakyat terhadap Institusi Raja-raja Melayu. Katanya, PR menyerahkan semua urusan agama Islam kepada Majlis Agama Islam Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor tanpa sebarang campurtangan politik.
Faekah mengemukakan bukti-bukti peruntukan yang tinggi untuk masjid, sekolah agama, elaun guru KAFA sebagai menguatkan hujah yang PR tidak meminggirkan kesucian agama Islam. Selain itu, Tun Mahathir juga dituduh Faekah sebagai menghina pembelajaran agama, memperlekehkan aktiviti qiamullail tetapi berlagak sebagai jaguh agama.
Faekah juga tidak segan silu menghina perkataan ‘mantan’ sebagai membawa maksud tidak relevan lagi. Entah ‘ulama’ mana yang dirujuk Faekah yang mengajar perkara ini, kita tidak tahu tetapi benarlah bahawa ‘hanya jauhari yang mengenal manikam’ iaitu hanya yang bijaksana yang mampu mengenali dan menghargai kebijaksanaan.
Allah SWT telah mengingatkan kita bagaimana manusia sebelum kita menolak seruan Nabi agar belajar dari sejarah mereka-mereka yang terdahulu yang telah menafikan ajaran Nabi-nabi yang diutuskan kepada mereka, telah dihancurkan kerana keangkuhan dan kesesatan tersebut.
Manusia yang sesat dan kehilangan arah selalunya adalah manusia yang membelakangkan sejarah dan pandangan orang-orang yang berjasa dan berpengalaman. Mereka inilah manusia yang bodoh dan angkuh. Maka jelaslah sudah bahawa Faekah bukanlah ‘jauhari’.
Dengan memperlekehkan Tun Mahathir, yang diiktiraf sebagai pemimpin agung bertaraf dunia maka maka tidak hairanlah Faekah kini sesat kerana kebodohannya.
Kita ingin bertanya Faekah, sejak bila PR menghormati Sultan, mahupun YDP Agong?
Bukankah ADUN PKR yang menempelak Sultan dengan mendakwa jawatan SUK tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor dan dengan biadapnya menyuruh baginda agar mengikut sahaja keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)?
Jika benar PR menjunjung Institusi Raja-raja, kenapakah kerajaan Selangor gagal menepati protokol apabila tiada seorang pun Pegawai Tinggi Kerajaan termasuk Menteri Besar sendiri hadir menyambut Permaisuri Agong ketika perasmian Festival Lagu-lagu Islamik Antarabangsa pada 4 Julai 2010? Malah kerajaan Selangor langsung tidak menghebahkan majlis tersebut sehingga tidak mendapat hadirin yang mencukupi?
Pada bulan April 2010, Sultan Selangor telah menitahkan agar tindakan tegas diambil terhadap pihak yang menggunakan masjid untuk berpolitik. Tetapi titah tersebut telah disanggah oleh Nik Aziz dalam satu sidang media keesokannya, dengan berkata, “Siapa ajar tidak boleh cakap politik dalam masjid. Ini ajaran karut yang ditinggalkan Inggeris dan digunakan oleh Muslim. Sungguh dukacita, inilah politik, ini kerja saki baki ajaran penjajah Barat yang mengasingkan agama dan politik."
Ini adalah antara bukti penderhakaan PR terhadap Sultan, maka masihkan Faekah ingin menipu kononnya parti itu sentiasa taat setia kepada Sultan dan mempertahankan Raja-raja Melayu? Apa Faekah ingat rakyat tidak tahu bahawa antara perjuangan utama DAP ialah untuk menghapuskan Institusi Raja-raja Melayu? Atau Faekah sahaja yang tidak tahu?
Maka salahkah jika Tun Mahathir memberi amaran tentang bahayanya parti PR kepada nasib orang-orang Melayu dan agama Islam?
Tun Mahathir bukan graduan bidang agama, begitu juga Faekah. Namun, Tun Mahathir layak diberi gelaran ‘ulama’ yang bermaksud ‘orang yang berilmu’, manakala Faekah adalah jauh panggang dari api untuk gelaran itu. Ini kerana jasa dan kebijaksanaan Tun Mahathir telah terbukti terbentang di hadapan mata, di seluruh pelusuk negara. Pemikiran Tun Mahathir pula dijadikan rujukan oleh pemimpin dan cendekiawan seluruh dunia. Sedangkan Faekah nampaknya langsung tidak mampu berfikir.
Segala apa yang difahami oleh Faekah tentang kritikan Tun Mahathir mengenai pembelajaran agama menunjukkan kedangkalan dan kejahilan Faekah dalam memahami isu agama dan pemikiran Tun Mahathir secara mendalam. Faekah harus faham bahawa bukan semua yang memakai nama agama itu tidak boleh dikritik dan bukan semua yang bersalut ‘logo’ agama itu benar dan baik.
Sekolah-sekolah agama sejak di era pemerintahan Tun Mahathir telah terbukti menjadi kilang mengeluarkan produk ekstrem dan bingung yang akhirnya tidak membawa kebaikan kepada manusia mahupun negara. Sauk dan Memali adalah antara bukti jelas yang boleh dijadikan rujukan.
Lebih buruk, produk sekolah ini menjadi pengacau atau pemusnah kepada segala kebaikan yang ada. Ini kerana sebahagian besar dari sekolah-sekolah ini tidak mengajar agama Islam yang sebenar-benarnya, tetapi cenderung membasuh pemikiran kanak-kanak dengan fahaman politik parti sekutu PR, iaitu PAS, yang ternyata sempit dan menyesatkan.
Asas agama Islam iaitu kasih sayang dan nilai-nilai murni peradaban, serta kepentingan mempelajari ilmu dunia bagi melengkapkan diri untuk menjadi Khalifah, telah diabaikan hampir secara sepenuhnya di sekolah-sekolah agama ini. Justeru, walaupun mereka ini semua mampu menghafal segala macam doa dan juga Al-Quran, kita perlu mengakui pahitnya kebenaran bahawa bukan lagi sesuatu yang asing hari ini apabila mendengar berita berkenaan produk dari sekolah-sekolah ini terlibat dalam aktiviti samseng, zina, buang bayi malah aktiviti songsang.
Inilah yang ditegur oleh Tun Mahathir iaitu belajar agama dengan mengutamakan hukum-hakam, tanpa terlebih dahulu menghayati asasnya seperti mengenal dan mencintai Allah SWT bagi membentuk hati yang ikhlas, jujur yang menjamin hubungan yang baik antara sesama manusia demi kebaikan seluruh alam.
Kewujudan sekolah-sekolah agama sebegini tentulah harus dikekang sebelum negara dipenuhi dengan manusia-manusia yang celaru, keliru dan buntu dalam mencari arah hidup mereka sementara menunggu ajal menjelma. Mana tidaknya, apabila sebahagian besar dari mereka didapati tidak mampu mencapai keputusan yang cukup baik untuk meneruskan pengajian ke peringkat tertinggi. Antara segelintir yang mampu pula, sebahagian besarnya terkandas separuh jalan.
Sebahagian yang lain pula memilih untuk meneruskan pengajian di negara-negara yang turut mengalami kekeliruan yang sama, sambil mencampur-adukkan pula antara budaya dengan ajaran agama.
Apabila kesemua mereka pulang ke Malaysia, mereka tidak punya kelayakan untuk bekerja di dalam mana-mana sektor pun. Satu-satunya bidang mereka ialah agama-politik. Akhirnya, walaupun kurang kelayakan, mereka terpaksa menjadi guru agama, atau membuka sekolah agama sendiri yang dan mengajar agama mengikut kefahaman mereka sepertimana yang diajar oleh sekolah-sekolah agama politik mereka dahulu.
Lalu kekeliruan mengenai agama pun berkembang biak apabila semakin ramai ibubapa yang inginkan anak mereka mendekatkan diri dengan agama memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah milik produk-produk ini. Selama itu juga, tiada siapa yang berani mempersoal atau mengkritik ajaran mereka ini dan segala apa yang diajar, ditelan sebagai benar hanya kerana mereka menggunapakai nama ‘agama’.
Kerana itulah kita tidak hairan apabila masalah moral turut meningkat sejajar dengan meningkatnya jumlah sekolah-sekolah agama ini sepertimana yang dibanggakan oleh Faekah.
Dan sekiranya Faekah mampu berfikir lebih dalam sedikit, maka beliau mungkin faham bahawa masalah MURTAD yang semakin parah di Selangor juga sedikit sebanyak berpunca dari kekeliruan yang dibawa oleh produk-produk sekolah agama-politik ini.
Sikap ‘orang agama’ yang lahir dari sekolah tadi, jarang sangat menepati ciri-ciri Islam dan inilah yang menjadi antara punca Islam diragui. Sikap mereka yang gemar menghukum, menyindir dan menghina orang yang dianggap jahil menyebabkan golongan yang sedang ‘mencari’ agama menjadi cuak sehingga memilih untuk lari dari Islam dalam mencari ketenangan atau kebenaran. Selain itu, amalan agama yang berkisar soal hukum hakam sahaja, tanpa ditanam asas yang kuat, menyebabkan ramai anak muda walaupun cukup arif tentang hukum-hakam dalam Islam, turut mudah dipesongkan akidahnya sehingga menjadi murtad.
Tun Mahathir jelas telah menganalisis dan mengkaji perkara ini secara mendalam dan dari segi jangka masa panjang, yang mana otak Faekah tidak mungkin mampu melakukannya.
Walaupun tidak mampu berfikir sejauh itu, tidak perlulah Faekah pura-pura tidak tahu bagaimana bossnya, Khalid Ibrahim telah tanpa berfikir dua kali memilih untuk menempelak Jabatan Agama Islam dan membela gereja apabila kes MURTAD didedahkan. Dan tidak perlulah Faekah pura-pura lupa bahawa Datuk Dr. Hasan Ali yang merupakan antara yang paling lantang mempertahankan akidah umat Islam, telah ditekan dari berbagai sudut sehingga akhirnya terpelanting keluar dari PAS dan kepimpinan PR Selangor, semata-mata ingin mempertahankan Islam.
Isu Kalimah Allah juga menunjukkan betapa PR tidak mampu mengekang ancaman terhadap Islam oleh DAP. PKR secara terbuka menyokong penggunaan Kalimah Allah di dalam kitab Injil walaupun tahu bahawa tujuannya adalah untuk memudahkan puak Kristian memurtadkan umat Islam. Manakala PAS pula tidak mampu bersuara tegas dan masih berdolak dalih mengenainya dengan bercakap berlainan rentak di hadapan DAP, di hadapan pengikutnya dan di dalam media perdana.
Entah apa keputusan PAS sehingga kini kita masih tidak mendapat jawapan yang pasti, kerana jika mengikut Majlis Syura, larangan hanya termaktub ke atas ahli PAS sahaja di mana DAP atau siapa sahaja yang bukan ahli PAS, tentulah boleh menggunakan Kalimah Allah di dalam kitab Injil dan apa jua kitab agama. Namun, bila diajukan dengan kenyataan tersebut kepada PAS, mereka menafikannya pula.
Oleh itu, tidak usahlah Faekah bersusah payah memetik angka untuk menunjukkan PR turut mempertahankan agama Islam, tetapi lebih baik Faekah menjelaskan bagaimana peningkatan peruntukan dan jumlah sekolah agama itu turut seiring dengan peningkatan kes murtad, dan pertumbuhan pusat hiburan dan maksiat di Selangor? - BeruangBiru

No comments:
Post a Comment