1. Inquirer News mendedahkan wujudnya kumpulan ketiga dalam
isu pencerobohan ke atas Sabah oleh pengganas Sulu membabitkan pembangkang
Malaysia, yang sedang bersiap sedia untuk pilihan raya umum yang mungkin akan
dipanggil sebelum Jun.
Pegawai perisikan Filipina berkata, salah seorang ahli
pembangkang politik Malaysia yang bersekutu dengan Anwar Ibrahim telah
bertanding bagi jawatan di Sabah.
Rupa-rupanya, ahli politik ini adalah salah seorang dari orang-orang
yang bercakap dengan Kiram. Beliau didakwa mewakili parti pembangkang yang
menyokong Kiram membuat tuntutan ke atas negeri Sabah.
2. Malah, satu laporan The Philippine Star telah mendedahkan
pencerobohan ke atas Sabah ini adalah sabotaj kepada usaha rundingan damai
kerajaan Aquino dan mengaitkannya dengan nama-nama Cojuangco, Tingting, Moro
National Liberation Front atau Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur
Misuari dan Norbeto Gonzales, bekas penasihat keselamatan negara Filipina.
3. Portal ABS.CBN juga mengulangi kenyataan wujudnya tiga
kumpulan yang memperalatkan tuntutan Jamalul Kiram III untuk kepentingan
masing-masing. Kumpulan pertama ialah mereka yang ada kepentingan kewangan,
kedua ialah kumpulan yang anti-Aquino dan ketiga ialah parti pembangkang
Malaysia.
Maka, jika merujuk kepada kenyataan Inquirer News, Portal
ABS.CBN dan The Philippine Star, adalah amat mustahil isu pencerobohan di Lahad
Datu didalangi oleh UMNO dan Barisan Nasional seperti yang diuar-uarkan pakatan
pembangkang.
4. Agensi berita antarabangsa, Reuters pada 14 Februari yang
memetik kenyataan pegawai tinggi tentera Filipina mendakwa, pencerobohan
pengganas Sulu berlaku atas jemputan pemimpin pembangkang di negara ini.
5. Akhbar dalam talian, The Manila Times pula mendakwa,
pencerobohan tersebut ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia untuk
memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak.
6. Satu komunikasi dari Kedutaan Amerika Syarikat di Manila
ke Jabatan Negara di Washington bertarikh 11 Mei 2007 telah didedahkan oleh
Wikileaks. Komunikasi tersebut mengenai perkembangan terbaharu pengasas dan
bekas pengerusi MNLF, Nur Misuari. Ketika itu, dia sedang mendapatkan perintah
mahkamah untuk membenarkannya bertanding kerusi Gabenor Sulu.
Wikileaks mendedahkan hubungan Nur Misuari dengan Anwar dan
kemarahannya terhadap Malaysia kerana menyerahkannya kepada pihak Filipina
ketika ditangkap pada 2002. Dia juga masih menaruh harapan untuk mengambil
kembali Sabah termasuk perancangan untuk menakluki secara ketenteraan.
7. Tindakan Anwar menyanyikan lagi Tanya
Sama Pokok" yang diubahsuai liriknya bagi mengaitkan dengan Sabah berulang
kali sejak tahun lalu mencetuskan pelbagai persoalan. Ketua Pembangkang itu
menyanyikan lagu tersebut dalam setiap ceramahnya sejak Disember lalu, malah
dalam lirik menyebut Sabah bakal hilang.
Jelas Anwar, apabila Sabah hilang, UMNO selaku parti teras
dalam kerajaan BN akan melayang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
bakal menjadi Ketua Pembangkang.
Tanya sama Najib apa sebab
goyang, nanti jawab Najib, Sabah nak hilang," dendang Anwar berulang kali
dalam setiap ceramahnya sejak 2 Disember tahun lalu sambil mengajak penyokong
pembangkang menyanyi bersama.
Dalam ceramah pada 29 Januari lalu, Anwar turut menyanyikan
lagu sama dan kali terakhir dikesan pada 14 Februari lalu iaitu dua hari
selepas Kampung Tanduo, Lahad Datuk Sabah, diceroboh kumpulan pengganas Sulu.
8. Aquino sendiri hairan bagaimana Jamalul Kiram III
tiba-tiba boleh ada ada wang yang banyak untuk menghantar bala tenteranya
menceroboh Sabah sedangkan sebelum ini dia nak buat rawatan (dialisis) penyakit
buah pinggangnya pun tak mampu sehingga terpaksa ditanggung oleh sebuah badan
amal di negara itu.
Jika berkaitan kesihatannya
sendiri dia memerlukan bantuan, saya dimaklumkan untuk menyewa bot besar ke
Sabah memerlukan ratusan ribu peso dan sekurang-kurangnya dua buah bot
digunakan dalam kejadian itu.
Jadi, di mana dia mendapat dana
untuk menyewa bot dan mendapatkan makanan," kata Aquino dipetik daripada
Malaya-Business Insight.
9.SAYA hanyalah seorang sultan yang
paling miskin di dunia," kata Jamalul kepada pemberita AP ketika ditemui
di kediamannya di kampung Maharlika, Manila. Tidak seperti keluarga diraja lain
di dunia, hanya duduk di istana dan bergaya, hidup pula mewah, kerajaan Sultan Jamalul Kiram III hanya
mampu tinggal di rumah uzur dua tingkat dalam komuniti rakyat miskin Islam di
Metro Manila.
10. DUA pemimpin kanan pakatan pembangkang yang disahkan pergi
ke Filipina sebelum tercetusnya pencerobohan di Lahad Datu menggusarkan banyak
pihak kerana kedua-dua individu terbabit dikatakan mempunyai rekod buruk pada masa lampau dalam usaha
pemecahan wilayah. Kedua-dua pemimpin kanan itu pernah memainkan peranan
penting yang membawa kepada pemisahan wilayah Timor Timur yang kini dikenali
sebagai Timor Leste daripada Indonesia.
Mereka berusaha membebaskan wilayah Timor Timur dengan memberi tekanan politik kepada
kerajaan Indonesia pimpinan Presiden Suharto dengan menganjurkan persidangan
Asia-Pacific Conference on East Timor (APCET) di Kuala Lumpur pada November
1996.
11. TINDAKAN Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR),
Azmin Ali meramalkan bosnya, Anwar bakal ditangkap dalam masa terdekat yang
dilaporkan Free Malaysia Today, juga dikatakan skrip
lama pembangkang untuk mengelak Penasihat PKR
itu daripada dikaitkan dalam pembabitan isu-isu tertentu termasuk terbaharu,
isu pencerobohan Lahad Datu.
Dulu, Anwar menyatakan dia akan dibunuh, dia pun lari ke
pejabat Duta Turki...satu sandiwara filem Tamil yang cukup hebat. Skrip lama
yang diperbaharui. Ingat tak kita kepada beberapa skrip masa Anwar ditahan di
penjara Sungai Buloh? Kononnya, Anwar akan disuntik dengan racun arsenik. Bila
keluar, siap dengan topang dagu kata leher sakit. Hairan ya, Anwar boleh
bersenam semasa di penjara, tapi katanya sakit belakang.
Kemudian, dia dibawa ke Jerman untuk rawatan sakit
belakangnya. Dan sehinggalah dia pulih
serta-merta.
12. MENURUT sumber yang boleh dipercayai, pengganas Sulu
yang menceroboh masuk ke Kampung Tanduo, dipercayai telah melakukan perancangan
rapi dan sebenarnya merancang untuk melakukan serangan sebaik sahaja Parlimen
dibubarkan. Penceroboh yang turut didalangi penduduk tempatan itu mahu mengambil
kesempatan daripada proses pilihan raya berkenaan bagi menjadikan negara
kucar-kacir. - Utusan
No comments:
Post a Comment