Friday, 15 March 2013

Pencerobohan Sabah : Bila Manusia Kufur Nikmat



Semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, orang dalam yang menjadi talibarut bagi pihak luar untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan. Begitu juga dengan keadaan yang sedang berlaku di Sabah kini.

Demi kelangsungan karier politik, seorang pemimpin yang mengakui dirinya berjuang untuk negara dan rakyat, menggunakan taktik paling keji bagi mencapai matlamat. Bersekongkol dengan pihak luar untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada, dengan jalan yang mempertaruhkan nyawa rakyat sendiri.

Bukti pembabitannya sudah jelas namun, kelicikannya mengalihkan perhatian masyarakat dengan menuding jari kepada orang lain sememangnya tidak dapat disangkal. Ditambah pula dengan ribuan penyokong yang senantiasa menyokong tindakannya walaupun ianya sesuatu yang memudaratkan.

Bagaikan musang berbulu ayam. Begitulah yang boleh diibaratkan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri yang satu ketika dahulu menjadi idola penulis. Pada ketika beliau dipecat daripada jawatan yang disandangnya di dalam kerajaan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad akibat masalah moralnya, penulis mempertikaikan tindakan tersebut.

Namun, imej warak beliau rupanya tidak dapat menutup perbuatan terkutuknya untuk selama-lamanya. Saban hari, sedikit demi sedikit perbuatan kejinya terdedah kepada umum. Pembohongan yang tercipta bagi menutup pembohongan sebelumnya tidak selamanya akan berjaya.

Kini, insiden serangan penceroboh di bumi Sabah oleh sebilangan manusia yang mengakui diri mereka sebagai Angkatan Tentera Kesultanan Sulu yang didalangi olehnya menguatkan lagi kebencian yang bersarang di hati penulis. Kematian beberapa anggota keselamatan yang bertugas memastikan kedaulatan negara tidak dicemari menjadikan penulis semakin meluat dengan perbuatannya.

Melihatkan paparan visual di media elektronik menunjukkan wajah-wajah sedih anak, isteri, ibu, ayah, adik beradik dan sanak saudara kepada anggota keselamatan yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara, hati penulis turut berasa hiba. Malahan membaca kisah kematian anggota keselamatan yang begitu tragis diperlakukan oleh penceroboh, membuatkan airmata penulis turut mengalir.

melayu bodoh

Apatah lagi dengan pelbagai kata-kata hinaan yang dilemparkan oleh sebilangan manusia yang tidak tahu bersyukur dengan keamanan yang telah diperolehi atas usaha anggota keselamatan yang bertugas tanpa mengira masa terhadap insiden yang menimpa anggota keselamatan termasuklah dikatakan mereka ini sebagai ‘mati katak’, anjing UMNO dan pelbagai lagi. Ini semua menambahkan rasa sakit yang mencucuk di dalam hati.

Jika bangsa lain yang mengucapkan kata-kata hinaan seperti manusia yang tidak pernah mengenal bangku sekolah, yang tidak tahu untuk menghormati orang lain, yang tidak tahu budi bahasa, tidaklah meluap sangat rasa marah.

Penulis bukanlah berpendapat bangsa lain boleh sesuka hati melemparkan kata-kata hinaan, tetapi kerana mereka ini sememangnya kurang arif dengan semua itu. Walaupun begitu, di dalam hati ada juga terfikir jika negara ini tidak mempunyai undang-undang, sememangnya mereka ini tersangat layak dibakar hidup-hidup.

Ini tidak, manusia yang sebangsa dengan penulis sendiri, dan juga sebangsa dengan kebanyakan anggota keselamatan yang terkorban dan yang sedang mempertaruhkan nyawa berjuang mempertahankan kedaulatan negara sendiri yang mengucapkan kata-kata sebegitu.

Apa lagi yang hendak dikatakan terhadap spesis manusia begini?

SUMBER : Klik Sini

No comments:

Post a Comment