Beberapa hari ini
tidak kira di laman sosial Facebook mahupun di portal dan blog-blog,
banyak tersebar gambar dan cerita tentang hubungan sejenis seorang
lelaki yang mirip kepada Ketua Umum Pakatan Pembangkang. Gambar tidak
berwarna itu dipercayai telah dimuatnaik di dalam sebuah blog yang masih
baru dan tidak diketahui siapa pemiliknya.
Pelbagai persepsi cuba ditimbulkan
dengan penyebaran gambar tidak senonoh tersebut. Ada pendapat
menyatakan, ianya adalah fitnah yang dilakukan oleh UMNO/BN untuk
menjatuhkan reputasi Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang PRU13.
Malahan ada juga yang berpendapat,
penyebaran gambar tersebut didalangi oleh ahli PKR sendiri untuk
mengalihkan perhatian rakyat daripada insiden Lahad Datu yang dikatakan
didalangi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh beberapa media asing.
Walau siapapun yang berada di belakang
penyebaran gambar tidak senonoh tersebut, dan walau apapun niatnya, isu
keselamatan di Lahad Datu tetap menjadi perhatian utama rakyat.
Biarlah apa pun gambar yang hendak
disebarkan, keluarlah apa cerita sekalipun tentang orientasi seks
manusia yang bernama Anwar Ibrahim, insiden Lahad Datu tetap harus
menjadi keutamaan.
Kedaulatan negara lebih penting daripada
isu penyebaran gambar tidak senonoh antara dua orang lelaki di dalam
sebuah bilik hotel. Keselamatan rakyat di kawasan sekitar tempat
serangan pengganas lanun Sulu lebih penting untuk diberi perhatian.
Tiupan semangat dan doa untuk anggota
keselamatan kita yang sedang berjuang mempertahankan kedaulatan negara
daripada diperkotak-katikkan oleh musuh adalah lebih perlu daripada
menjaja cerita tentang nafsu songsang lelaki di dalam gambar tersebut.
Biarkan sahaja gambar dan cerita lelaki
bernafsu songsang itu berlalu bersama masa. Apa yang penting kini,
sokongan dan kepercayaan sepenuh hati harus diberikan kepada para
anggota keselamatan kita yang kini sedang berjuang menentang pengganas
di Sabah.
Dalang sebenar di sebalik insiden
serangan pengganas Sulu di Sabah perlu dicari dan didedahkan. Jika benar
seperti dakwaan beberapa media asing yang mengatakan Ketua Umum dari
Pakatan Pembangkang terlibat dalam insiden ini, ia harus dibuktikan dan
didedahkan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Tuduh-menuduh di antara penyokong
kedua-dua parti tidak membawa ke mana. Apa yang penting, carikan bukti
untuk mengaitkan si dalang dan insiden yang telah menyebabkan
pertumpahan darah.
Cukuplah nyawa sepuluh orang anggota
keselamatan yang diragut dek sikap rakus untuk menjadi pemerintah.
Cukuplah sepuluh keluarga yang kehilangan anak, suami mahupun ayah
sebagai tempat bergantung dan bermanja.
Jom kita semua berganding bahu tanpa
mengira fahaman politik untuk sama-sama mendoakan anggota keselamatan
kita yang sedang berjuang di Sabah. Kita lupakan seketika persengketaan
politik demi untuk memberikan sokongan kepada usaha pasukan keselamatan
mempertahankan kedaulatan negara.
SUMBER : Klik Sini
No comments:
Post a Comment