Wednesday 17 July 2013

Ini Baru Betul-Betul Negara Islam!!

Hina Islam dijel seumur hidup

ISLAMABAD 16 Julai - Seorang lelaki Kristian yang menghina Islam melalui mesej yang dihantarnya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh sebuah mahkamah Pakistan.

Tertuduh, Sajad Masih, 29, juga dikenakan denda sebanyak 200,000 rupee (RM6,000) dalam keputusan yang dibuat Sabtu lalu oleh Mahkamah Sesyen Daerah Toba Tek Singh di wilayah Punjab.

Bagaimanapun, pihak pendakwa raya masih tidak berpuas hati dengan keputusan itu dan akan memfailkan petisyen semula di Mahkamah Tinggi bagi meminta hukuman mati dikenakan ke atas tertuduh.

Menurut peguam, perbicaraan lelaki itu dijalankan di dalam sebuah penjara dan keputusan mahkamah dirahsiakan sehingga akhbar tempatan melaporkan mengenainya, semalam.

Pendakwa raya, Sheikh Javed berkata, polis menahan Masih pada 2011 kerana menghantar mesej kepada ulama Islam yang mengandungi kenyataan yang dianggap menghina Nabi Muhammad SAW.

Keputusan itu merupakan sabitan pertama kes menghina Islam yang diketahui di Pakistan melibatkan penggunaan telefon bimbit dan internet.

Seorang peguam Kristian yang mewakili Masih dan tidak mahu dinamakan berkata, beliau akan mencabar kes itu dengan harapan perbicaraan semula dapat diadakan.

Undang-undang menghina Islam di Pakistan yang merupakan sebuah negara Islam telah dipinda pada sekitar 1980-an oleh bekas pemerintah tentera Jeneral Zia ul Haq.

Bagaimanapun, undang-undang kontroversi menghina Islam itu dikritik hebat oleh pertubuhan hak asasi yang menganggap ia sebagai alat untuk menganiaya agama minoriti.

Sebagai contoh, seorang bekas gabenor wilayah Punjab ditembak mati oleh seorang anggota polis pengiring keselamatannya pada 2011 kerana komennya menentang undang-undang menghina Islam. - DPA
Ulasan WK : 

Inilah baru dikatakan negara Islam yang betul-betul mempertahankan Islam. Setakat hukuman penjara seumur hidup belum memadai bagi mereka yang menghina Islam di sana. Pihak pendakwaraya akan cuba mendapatkan hukuman mati bagi si penghina Islam tersebut.

Kenapa di Malaysia tidak bertegas seperti Pakistan? Bahkan si penghina dibiarkan lepas bebas malahan ada juga yang diangkat menjadi ikon. Agaknya Malaysia belum cukup Islam kot?