Monday 26 November 2012

Apa Kaitan Bahagian Pemasaran Pasaraya Giant Dengan Akhbar SelangorKini?

Baru-baru ini, melalui sumber yang rapat dan sangat boleh dipercayai, Wan Kuntum dimaklumkan tentang pasaraya besar yang berpengkalan di luar negara dan mempunyai banyak cawangan di Malaysia telah bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat untuk mengedarkan akhbar milik parti tersebut di beberapa buah cawangan mereka sekitar Shah Alam. Akhbar SelangorKini dikatakan diarahkan oleh bahagian pemasaran ibu pejabat pasaraya tersebut yang terletak di Shah Alam untuk diletakkan di bahagian hadapan supaya mudah dilihat oleh orang ramai.

Apa yang memusykilkan Wan Kuntum adalah, menurut sumber tersebut, mereka difahamkan bahawa pasaraya tersebut tidak boleh terlibat secara langsung menyokong mana-mana parti politik. Namun senario yang sedang melanda mereka membuatkan Wan Kuntum dan juga para pekerja di cawangan pasaraya besar tersebut menjadi hairan.

Walaupun pekerja bahagian cawangan sudah menolak dan memberikan alasan yang munasabah untuk tidak menyediakan ruang bagi pengedaran akhbar tersebut, arahan melalui emel yang telah diterima oleh ketua mereka daripada ibu pejabat terpaksa dilaksanakan juga. Apakah sebenarnya hubungan bahagian pemasaran pasaraya tersebut dengan Parti Keadilan Rakyat?

Jika para pekerja sendiri yang tertanya-tanya apakah keuntungan yang boleh diperolehi dengan meletakkan akhbar tersebut di bahagian hadapan pasaraya, ini kan pula Wan Kuntum yang hanya merupakan seorang pelanggan tetap sahaja. Apakah pasaraya tersebut telah mendapat sebarang habuan daripada Parti Keadilan Rakyat? Atau adakah disebabkan Parti Keadilan Rakyat merupakan kerajaan negeri, maka mereka terpaksa bekerja untuk parti tersebut?

Atau adakah kerana kerjasama antara Parti Keadilan Rakyat dengan cawangan pasaraya tersebut melalui program berbelanja baucer RM100 untuk warga emas sebelum ini yang menjadi jambatan kepada terjalinnya kerjasama lebih erat antara parti tersebut dengan rangkaian pasaraya Giant?

Walaupun jika artikel ini dibaca oleh penyokong Pakatan Pembangkang, dan mereka beranggapan ianya bukanlah satu isu yang harus diperbesarkan, bagi Wan Kuntum ianya tetap menimbulkan pelbagai persoalan di dalam fikiran. Akhbar yang menurut pengarang beritanya tidak perlu memohon permit daripada Kementerian Dalam Negeri itu kononnya diedarkan untuk memberi penerangan kepada orang ramai mengikut fakta yang mereka ada berkemungkinan besar boleh mengelirukan orang ramai dengan penyiaran berita yang mempunyai fakta bercanggah dengan kerajaan pusat.

Atau adakah pasaraya Giant yang mempunyai rangkaian pasaraya di seluruh dunia itu menjadi penyumbang dana kepada Pakatan Pembangkang pula?

SUMBER : http://www.suaragenerasibaru.com

Salahkan Kerajaan Bela Pendatang, Walhal Pakatan Pembangkang Sendiri Berbuat Begitu!

Tidak dinafikan, Malaysia walaupun merupakan sebuah negara yang kecil namun ianya begitu kaya dengan hasil bumi. Lihat sahaja hutan balak yang luas terdapat di seluruh Malaysia, Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Lihat juga hasil minyak yang terdapat di bawah laut. Jangan terlupa untuk memandang saujana luas sawah padi yang menguning, yang mampu menghasilkan bekalan beras untuk rakyat Malaysia serta pendatang asing yang turut menumpang.

Ladang sawit yang menghijau melatari permukaan bumi, sangat cantik dipandang jika anda berada di udara. Cucilah mata dengan keindahan yang terbentang tatkala pesawat yang membawa anda meluncur turut ke landasan kapalterbang yang canggih di KLIA. Dongak-dongak juga ke atas, lihat bangunan pencakar langit yang menempatkan bangunan pejabat serta hotel-hotel yang mampu memberikan peluang pekerjaan.

Tidak dinafikan juga, bukan sahaja kerajaan Malaysia, malahan rakyatnya juga sangat baik hati dan pemurah. Lihat sahaja kebanjiran pendatang asing sama ada secara sah mahupun tidak di seluruh bandar-bandar besar di Malaysia bahkan di kawasan-kawasan kampung dan pedalaman juga. Mereka ini ada yang bekerja membanting tulang empat kerat untuk mencari rezeki bahkan ada juga yang mendapatkan wang mudah dengan menjadi pengemis.

Di Taman Melati, Kuala Lumpur contohnya. Rumah besar tersergam indah, berderetan dan kesemuanya dimiliki oleh pendatang asing yang kebanyakannya datang daripada Indonesia. Di Selangor juga banyak hinggakan sudah susah hendak membezakan antara pendatang dan warganegara Malaysia itu sendiri. Semuanya sudah berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah malahan ada pula pendatang yang terlebih mewah daripada warganegara Malaysia itu sendiri.

Wan Kuntum bukan mahu mengulas cerita berkenaan kereta-kereta mewah yang dimiliki oleh Ahli Parlimen Ampang yang umum mengetahui beliau bukanlah berasal daripada Malaysia. Wan Kuntum cuma terkilan apabila Pakatan Pembangkang asyik menyalahkan kerajaan dalam isu pendatang asing terutamanya apabila berlaku sebarang masalah dan jenayah melibatkan mereka. Terlebih Wan Kuntum terkilan sekali apabila mereka menyalahkan kerajaan kononnya menyediakan mykad palsu kepada warganegara Indonesia dan mendaftarkan mereka untuk mengundi supaya mudah memperolehi kemenangan.

Rakyat Malaysia tidak mahu melakukan kerja-kerja seperti pembantu rumah dan sebagainya. Maka untuk memenuhi keperluan ini, kerajaan terpaksa mengambil pekerja luar. Namun, seperti juga rakyat Malaysia, mereka juga sudah tentunya mahu mencari kerja-kerja yang mudah dan memberikan pulangan yang banyak untuk dihantar pulang ke negara asal. Apabila banyak pusat-pusat urut, pub dan pusat-pusat pelacuran yang bertopengkan spa dibangunkan, maka beralihlah mereka ini ke bidang yang lebih mudah ini.

Adakah ini juga harus disalahkan kepada kerajaan apabila mereka ini melarikan diri daripada majikan masing-masing dan bekerja di pusat-pusat urut yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan apabila Pakatan Pembangkang berkuasa terutamanya di Selangor ini?

Lewat kebelakangan ini banyak serbuan dilakukan di pusat-pusat urut dan juga pusat hiburan oleh pihak berkuasa tempatan di Selangor. Jika diperhatikan, kebanyakan yang ditahan adalah pendatang asing yang bekerja sebagai tukang urut dan GRO. Kerajaan jugakah yang harus disalahkan sedangkan Pakatan Pembangkang yang mentadbir Selangor ini yang meluluskan dan bertanggungjawab mengawal pertumbuhan premis-premis urut dan hiburan ini?

Pakatan Pembangkang seringkali menyalahkan kerajaan dalam isu pendatang asing, membuat fitnah terhadap kerajaan dengan bergantung kepada pendatang asing yang dianugerahkan mykad untuk memastikan kemenangan dalam pilihanraya namun dalam tidak sedar mereka sendiri menggunakan khidmat pendatang asing yang mengaku sebagai warganegara sebagai wakil rakyat daripada parti mereka. Malahan, wakil rakyat tersebut mengumpul kekayaan dengan mudah menggunakan keistimewaan yang diberikan.

Ibarat meludah ke langit dan jatuh tertepek ke muka sendiri. Itulah perumpamaan yang sesuai diberi kepada Pakatan Pembangkang dalam isu pendatang asing ini.

SUMBER : http://www.suaragenerasibaru.com

Friday 23 November 2012

Sibuk Bangunkan Rumah Urut, Ronnie Liu Tak Perasan Jalanraya Di Klang Penuh Lubang?

Sekiranya pembaca tidak pernah merasai pengalaman menyertai perlumbaan ‘rally 4×4′, Wan Kuntum ingin menjemput anda ke Bandar Bukit Tinggi, Klang untuk merasai sendiri. Tidak perlu bersusah payah mencari trek berlumpur, cukup jika anda melalui jalan-jalan utama di Bandar Bukit Tinggi mahupun Bandar Botanic, Klang, anda akan dapat menguji kemahiran pemanduan anda.

Bandar Bukit Tinggi, Klang dan kawasan sekitarnya berada di bawah pentadbiran Ronnie Liu. Keadaan jalanraya di kawasan yang mempunyai beberapa pusat belah belah yang besar dan menjadi tumpuan orang ramai ini nampaknya tidak seiring dengan pembangunan yang dibuat. Kemudahan jalanrayanya sangat tidak memuaskan hati. Jalan yang berlubang-lubang, sangat membahayakan pengguna jalanraya terutamanya penunggang motosikal.

Wan Kuntum yang memandu kereta juga kadangkala terpaksa mengelak lubang yang tiba-tiba berada di hadapan mata. Jika lubangnya tidak dalam, tidaklah menjadi masalah untuk tidak mengelaknya. Ini tidak, lubangnya dalam dan besar. Ditambah lagi dengan keadaan jalan yang agak gelap pada waktu malam, ianya memang sangat membahayakan pengguna jalanraya.

Bila agaknya jalan yang berlubang-lubang itu hendak diturap semula? Hendak tunggu hingga ada penunggang motosikal yang menjadi mangsa kemalangan akibat terjerumus ke dalam lubang itu dahulukah baru ada usaha untuk memperbaiki infrastruktur asas tersebut?  Almaklumlah, penunggang motosikal kebanyakannya berbangsa melayu. Bangsa cina kaya-kaya dibela PKR di Selangor ini. Mereka mampu berkereta besar.

Atau, hendak tunggu ada pengusaha rumah urut yang tertonggeng jatuh ke dalam lubang jalan, barulah Ronnie Liu hendak mengambil tahu tentang keluh kesah pengguna jalanraya dan penduduk sekitar kawasan tersebut?

Jalanraya berlekuk dan berlubang dalam itu satu masalah buat pengguna jalanraya dan penduduk Bandar Bukit Tinggi dan Bandar Botanic serta kawasan sekitarnya. Masalah lain yang turut menghantui adalah limpahan sampah sarap di kawasan flat Bandar Bukit Tinggi 2. Tidak pasti sama ada penduduk flat tersebut yang kurang kesedaran sivik ataupun kontraktor pembersihan yang tidak menjalankan tugas yang diamanahkan hingga menyebabkan sampah sarap berlimpahan ke atas jalan.

Jika pusat-pusat maksiat boleh dibangunkan dengan banyak seperti cendawan tumbuh, mengapa pula kebersihan sekitar dan kemudahan insfrastruktur asas tidak dipedulikan oleh Ronnie Liu? Inikah dia rupanya Klang bersih dan sejahtera?

Wednesday 14 November 2012

Kerajaan Malaysia Harus Tegas Tangani Konflik!

Sudah tiba masanya kerajaan Malaysia mengambil langkah tegas untuk memastikan kehormatan negara tidak diinjak dengan mudah oleh orang luar. Bukan sekali dua kejadian bendera Malaysia dibakar oleh warganegara Indonesia akibat daripada isu melibatkan warganegara Indonesia yang diperbesarkan oleh media-media nyamuk di sana.

Tidak cukup dengan membakar bendera lambang kemegahan rakyat Malaysia, mereka juga telah mengadakan tunjuk perasaan untuk menghalau rakyat dan Duta Besar Malaysia di sana. Sudah pasti keselamatan rakyat Malaysia yang berada di sana juga dalam situasi yang tidak menyenangkan.

Penulis berasakan, sudah tiba masanya kerajaan Malaysia memandang serius akan perbuatan mereka ini. Sudah sampai masanya untuk kita bertegas.

Jika mereka boleh memaksa pimpinan tertinggi mereka untuk menghalau rakyat Malaysia yang berada di negara mereka disebabkan isu rakyat mereka di sini yang dikatakan dianiaya, mengapa kita juga tidak berbuat begitu? Bukan satu dua kes yang berlaku yang melibatkan warganegara Indonesia di negara ini. Bukan seorang dua anak gadis Malaysia yang dilarikan oleh warganegara Indonesia ke tempat mereka. Bukan satu dua kes rompakan dan kematian yang disebabkan oleh warganegara Indonesia.

Adakah disebabkan kita terlalu bergantung harap kepada tenaga kerja daripada Indonesia, menyebabkan kerajaan tidak berani hendak bertegas dengan tindakan yang telah dilakukan oleh mereka? Isu seorang pembantu kedai warganegara Indonesia yang dipaksa melakukan seks oleh polis Malaysia baru-baru ini mewujudkan situasi yang tidak menyenangkan sedangkan kes tersebut belum terbukti lagi kebenarannya.

Bagaimana pula dengan kes seorang pelajar Malaysia di Indonesia yang menjadi mangsa bunuh ketika kejadian samun yang melibatkan beliau di Malang satu ketika dahulu? Apakah kesudahannya? Sudahkah pelakunya ditangkap dan dijatuhkan hukuman oleh polis Indonesia?

Kerajaan Malaysia diminta tegas oleh kerajaan Indonesia dalam hal yang melibatkan rakyatnya tetapi adakah mereka bertegas dengan rakyat mereka apabila bendera Malaysia dipijak, dikencing dan dibakar?

ISU MURTAD TAMATKAN KARIER POLITIK NURUL IZZAH

Sudah lebih seminggu kontroversi kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang menyokong kebebasan beragama bagi orang Melayu meletus dan masih belum reda lagi.

Kebodohan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu cuba menunjuk pandai dalam mentafsir ayat suci Al-Qur'an akhirnya memakan dirinya sendiri.

Lebih buruk lagi sikap bermuka-muka anak Ketua Pembangkang itu terserlah apabila kenyataan yang menggalakkan orang Melayu murtad dibuat pada forum yang dianjur oleh pihak gereja.

Truth Matters Forum bertajuk “Negara Islam: Versi mana?, Tanggungjawab Siapa?” adalah anjuran Oriental Hearts and MInd Study Institute (OHMSI) dan diadakan di Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya pada 3 November lalu.

Apabila ditanya oleh seorang peserta forum bernama Siti Kasim yang merupakan ahli Majlis Peguam serta menganggotai jawatankuasa hak asasi manusia berhubung isu kebebasan beragama, Nurul menjawab,"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama, mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata. Melayu sepatutnya bebas beragama."

Perbahasan yang berlaku selepas itu sudah banyak dilaporkan di dalam semua saluran media termasuk media arus perdana, media elektronik, laman sesawang, blog, twitter, facebook dan laman media sosial yang lain.

Yang menjadi kemusykilan sehingga mengapa Biro Agama PKR yang dipengerusikan oleh kroni Anwar Ibrahim bernama Dr Muhammad Nor Manuty tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi mahupun komen peribadi mengenai perkara ini.

Sikap membisu ini membawa kesimpulan bahawa ustaz-ustaz PKR hanya terkenal dengan skandal peribadi seperti Dr Badrolamin Bahron yang ditangkap berkhalwat dengan isteri orang di dalam bilik hotel.

Golongan intelektual agama di dalam PKR sebenarnya tidak berani menegur apa lagi mempertahankan Islam apabila salah seorang pemimpinnya membuat kenyataan yang bercanggah dengan Islam.

Jika mereka berdiam, dua pengertian boleh dibuat daripada sikap itu, samada mereka bersetuju dengan kenyataan Nurul Izzah ataupun takut untuk bercanggah pendapat dengan Anwar yang agresif mempertahan anaknya itu.

Apapun PKR bukanlah satu parti yang boleh diharapkan oleh umat Melayu-Islam untuk membela hak mereka atau kedudukan Islam sebagai agama persekutuan di dalam Perlembagaan.

Kuliah mingguan yang diadakan di kediaman Ketua Umum PKR tanpa putus dengan menjemput ulama luar negara dan para ustaz rupa-rupanya hanyalah satu lakonan Anwar semata-mata untuk menunjukkan dirinya Islamik.

Begitu juga majlis tazkirah yang diadakan di surau dan masjid oleh Anwar di setiap persinggahan dalam siri jelajahnya hanyalah sandiwara Anwar untuk menutup sikap hipokritnya.

Anwar bercakap mengenai isu-isu besar seperti ketelusan, keadilan sosial, memartabatkan Islam dan melawan rasuah tetapi apabila terkena batang hidung sendiri, beliau gagal melakukan muhasabah diri tetapi seperti kebiasaan meletakkan kesalahan kepada pihak lain.

Anwar anggap dirinya suci dan tergolong dalam kategori mazlum atau orang yang dizalimi tetapi hakikatnya beliau hanya menggunakan Islam untuk menegakkan idealogi politiknya songsang.

Kenyataan Nurul Izzah secara terang dan dibuat di khalayak ramai yang jelas bertentangan dengan pengertian sebenar ayat al-Qur'an yang dirujuk dan pendirian Islam dalam isu murtad tetap mahu dipertahankan oleh Anwar hanya kerana yang menyuarakan pendapat sedemikian adalah darah daging sendiri.

Jadi bagi Anwar Islam adalah kuda tunggangannya yang boleh dimanipulasi sekehendaknya dalam apa-apa keadaan sekalipun asalkan ia memberi manfaat politik kepada beliau.

Kelemahan yang ditunjukkan oleh biro agama PKR yang disebut sebagai Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BiPPA) dalam menangani kemelut yang dicetuskan oleh Nurul Izzah amat memalukan sekali.

Nama biro yang diberikan sungguh gah sekali tetapi malangnya apabila situasi timbul di mana Islam perlu dipertahankan, BiPPA hanya pandai menikus dan membenamkan kepalanya dalam pasir seperti seekor burung kasawari (ostrich).

Peristiwa di Gereja Full Gospel Tabernacle akan tercatat di dalam memori Nurul Izzah sebagai sejarah hitam sehingga akhirnya hayatnya.

Dari segi karier politik Nurul Izzah, ia sudahpun tamat sebelum pun ianya bermula, jadi eloklah beliau bersara sahaja daripada bidang yang bukan menjadi kepakarannya.

Pastinya orang Melayu di Lembah Pantai yang diwakilinya akan berfikir sepuluh kali sebelum memberi undi kepada Nurul Izzah pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Pengundi Islam akan terfikir apakah mereka akan terus menyokong seorang yang tidak sayangkan Islam dan merelakan orang Islam murtad dengan mudah sekali ataupun mengundi pihak yang sekian lama telah membela dan menaikkan syiar Islam sejak merdeka.
SUMBER - BeruangBiru