Monday 26 November 2012

Salahkan Kerajaan Bela Pendatang, Walhal Pakatan Pembangkang Sendiri Berbuat Begitu!

Tidak dinafikan, Malaysia walaupun merupakan sebuah negara yang kecil namun ianya begitu kaya dengan hasil bumi. Lihat sahaja hutan balak yang luas terdapat di seluruh Malaysia, Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Lihat juga hasil minyak yang terdapat di bawah laut. Jangan terlupa untuk memandang saujana luas sawah padi yang menguning, yang mampu menghasilkan bekalan beras untuk rakyat Malaysia serta pendatang asing yang turut menumpang.

Ladang sawit yang menghijau melatari permukaan bumi, sangat cantik dipandang jika anda berada di udara. Cucilah mata dengan keindahan yang terbentang tatkala pesawat yang membawa anda meluncur turut ke landasan kapalterbang yang canggih di KLIA. Dongak-dongak juga ke atas, lihat bangunan pencakar langit yang menempatkan bangunan pejabat serta hotel-hotel yang mampu memberikan peluang pekerjaan.

Tidak dinafikan juga, bukan sahaja kerajaan Malaysia, malahan rakyatnya juga sangat baik hati dan pemurah. Lihat sahaja kebanjiran pendatang asing sama ada secara sah mahupun tidak di seluruh bandar-bandar besar di Malaysia bahkan di kawasan-kawasan kampung dan pedalaman juga. Mereka ini ada yang bekerja membanting tulang empat kerat untuk mencari rezeki bahkan ada juga yang mendapatkan wang mudah dengan menjadi pengemis.

Di Taman Melati, Kuala Lumpur contohnya. Rumah besar tersergam indah, berderetan dan kesemuanya dimiliki oleh pendatang asing yang kebanyakannya datang daripada Indonesia. Di Selangor juga banyak hinggakan sudah susah hendak membezakan antara pendatang dan warganegara Malaysia itu sendiri. Semuanya sudah berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah malahan ada pula pendatang yang terlebih mewah daripada warganegara Malaysia itu sendiri.

Wan Kuntum bukan mahu mengulas cerita berkenaan kereta-kereta mewah yang dimiliki oleh Ahli Parlimen Ampang yang umum mengetahui beliau bukanlah berasal daripada Malaysia. Wan Kuntum cuma terkilan apabila Pakatan Pembangkang asyik menyalahkan kerajaan dalam isu pendatang asing terutamanya apabila berlaku sebarang masalah dan jenayah melibatkan mereka. Terlebih Wan Kuntum terkilan sekali apabila mereka menyalahkan kerajaan kononnya menyediakan mykad palsu kepada warganegara Indonesia dan mendaftarkan mereka untuk mengundi supaya mudah memperolehi kemenangan.

Rakyat Malaysia tidak mahu melakukan kerja-kerja seperti pembantu rumah dan sebagainya. Maka untuk memenuhi keperluan ini, kerajaan terpaksa mengambil pekerja luar. Namun, seperti juga rakyat Malaysia, mereka juga sudah tentunya mahu mencari kerja-kerja yang mudah dan memberikan pulangan yang banyak untuk dihantar pulang ke negara asal. Apabila banyak pusat-pusat urut, pub dan pusat-pusat pelacuran yang bertopengkan spa dibangunkan, maka beralihlah mereka ini ke bidang yang lebih mudah ini.

Adakah ini juga harus disalahkan kepada kerajaan apabila mereka ini melarikan diri daripada majikan masing-masing dan bekerja di pusat-pusat urut yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan apabila Pakatan Pembangkang berkuasa terutamanya di Selangor ini?

Lewat kebelakangan ini banyak serbuan dilakukan di pusat-pusat urut dan juga pusat hiburan oleh pihak berkuasa tempatan di Selangor. Jika diperhatikan, kebanyakan yang ditahan adalah pendatang asing yang bekerja sebagai tukang urut dan GRO. Kerajaan jugakah yang harus disalahkan sedangkan Pakatan Pembangkang yang mentadbir Selangor ini yang meluluskan dan bertanggungjawab mengawal pertumbuhan premis-premis urut dan hiburan ini?

Pakatan Pembangkang seringkali menyalahkan kerajaan dalam isu pendatang asing, membuat fitnah terhadap kerajaan dengan bergantung kepada pendatang asing yang dianugerahkan mykad untuk memastikan kemenangan dalam pilihanraya namun dalam tidak sedar mereka sendiri menggunakan khidmat pendatang asing yang mengaku sebagai warganegara sebagai wakil rakyat daripada parti mereka. Malahan, wakil rakyat tersebut mengumpul kekayaan dengan mudah menggunakan keistimewaan yang diberikan.

Ibarat meludah ke langit dan jatuh tertepek ke muka sendiri. Itulah perumpamaan yang sesuai diberi kepada Pakatan Pembangkang dalam isu pendatang asing ini.

SUMBER : http://www.suaragenerasibaru.com

No comments:

Post a Comment