Friday 23 November 2012

Sibuk Bangunkan Rumah Urut, Ronnie Liu Tak Perasan Jalanraya Di Klang Penuh Lubang?

Sekiranya pembaca tidak pernah merasai pengalaman menyertai perlumbaan ‘rally 4×4′, Wan Kuntum ingin menjemput anda ke Bandar Bukit Tinggi, Klang untuk merasai sendiri. Tidak perlu bersusah payah mencari trek berlumpur, cukup jika anda melalui jalan-jalan utama di Bandar Bukit Tinggi mahupun Bandar Botanic, Klang, anda akan dapat menguji kemahiran pemanduan anda.

Bandar Bukit Tinggi, Klang dan kawasan sekitarnya berada di bawah pentadbiran Ronnie Liu. Keadaan jalanraya di kawasan yang mempunyai beberapa pusat belah belah yang besar dan menjadi tumpuan orang ramai ini nampaknya tidak seiring dengan pembangunan yang dibuat. Kemudahan jalanrayanya sangat tidak memuaskan hati. Jalan yang berlubang-lubang, sangat membahayakan pengguna jalanraya terutamanya penunggang motosikal.

Wan Kuntum yang memandu kereta juga kadangkala terpaksa mengelak lubang yang tiba-tiba berada di hadapan mata. Jika lubangnya tidak dalam, tidaklah menjadi masalah untuk tidak mengelaknya. Ini tidak, lubangnya dalam dan besar. Ditambah lagi dengan keadaan jalan yang agak gelap pada waktu malam, ianya memang sangat membahayakan pengguna jalanraya.

Bila agaknya jalan yang berlubang-lubang itu hendak diturap semula? Hendak tunggu hingga ada penunggang motosikal yang menjadi mangsa kemalangan akibat terjerumus ke dalam lubang itu dahulukah baru ada usaha untuk memperbaiki infrastruktur asas tersebut?  Almaklumlah, penunggang motosikal kebanyakannya berbangsa melayu. Bangsa cina kaya-kaya dibela PKR di Selangor ini. Mereka mampu berkereta besar.

Atau, hendak tunggu ada pengusaha rumah urut yang tertonggeng jatuh ke dalam lubang jalan, barulah Ronnie Liu hendak mengambil tahu tentang keluh kesah pengguna jalanraya dan penduduk sekitar kawasan tersebut?

Jalanraya berlekuk dan berlubang dalam itu satu masalah buat pengguna jalanraya dan penduduk Bandar Bukit Tinggi dan Bandar Botanic serta kawasan sekitarnya. Masalah lain yang turut menghantui adalah limpahan sampah sarap di kawasan flat Bandar Bukit Tinggi 2. Tidak pasti sama ada penduduk flat tersebut yang kurang kesedaran sivik ataupun kontraktor pembersihan yang tidak menjalankan tugas yang diamanahkan hingga menyebabkan sampah sarap berlimpahan ke atas jalan.

Jika pusat-pusat maksiat boleh dibangunkan dengan banyak seperti cendawan tumbuh, mengapa pula kebersihan sekitar dan kemudahan insfrastruktur asas tidak dipedulikan oleh Ronnie Liu? Inikah dia rupanya Klang bersih dan sejahtera?

No comments:

Post a Comment