Monday 26 November 2012

Apa Kaitan Bahagian Pemasaran Pasaraya Giant Dengan Akhbar SelangorKini?

Baru-baru ini, melalui sumber yang rapat dan sangat boleh dipercayai, Wan Kuntum dimaklumkan tentang pasaraya besar yang berpengkalan di luar negara dan mempunyai banyak cawangan di Malaysia telah bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat untuk mengedarkan akhbar milik parti tersebut di beberapa buah cawangan mereka sekitar Shah Alam. Akhbar SelangorKini dikatakan diarahkan oleh bahagian pemasaran ibu pejabat pasaraya tersebut yang terletak di Shah Alam untuk diletakkan di bahagian hadapan supaya mudah dilihat oleh orang ramai.

Apa yang memusykilkan Wan Kuntum adalah, menurut sumber tersebut, mereka difahamkan bahawa pasaraya tersebut tidak boleh terlibat secara langsung menyokong mana-mana parti politik. Namun senario yang sedang melanda mereka membuatkan Wan Kuntum dan juga para pekerja di cawangan pasaraya besar tersebut menjadi hairan.

Walaupun pekerja bahagian cawangan sudah menolak dan memberikan alasan yang munasabah untuk tidak menyediakan ruang bagi pengedaran akhbar tersebut, arahan melalui emel yang telah diterima oleh ketua mereka daripada ibu pejabat terpaksa dilaksanakan juga. Apakah sebenarnya hubungan bahagian pemasaran pasaraya tersebut dengan Parti Keadilan Rakyat?

Jika para pekerja sendiri yang tertanya-tanya apakah keuntungan yang boleh diperolehi dengan meletakkan akhbar tersebut di bahagian hadapan pasaraya, ini kan pula Wan Kuntum yang hanya merupakan seorang pelanggan tetap sahaja. Apakah pasaraya tersebut telah mendapat sebarang habuan daripada Parti Keadilan Rakyat? Atau adakah disebabkan Parti Keadilan Rakyat merupakan kerajaan negeri, maka mereka terpaksa bekerja untuk parti tersebut?

Atau adakah kerana kerjasama antara Parti Keadilan Rakyat dengan cawangan pasaraya tersebut melalui program berbelanja baucer RM100 untuk warga emas sebelum ini yang menjadi jambatan kepada terjalinnya kerjasama lebih erat antara parti tersebut dengan rangkaian pasaraya Giant?

Walaupun jika artikel ini dibaca oleh penyokong Pakatan Pembangkang, dan mereka beranggapan ianya bukanlah satu isu yang harus diperbesarkan, bagi Wan Kuntum ianya tetap menimbulkan pelbagai persoalan di dalam fikiran. Akhbar yang menurut pengarang beritanya tidak perlu memohon permit daripada Kementerian Dalam Negeri itu kononnya diedarkan untuk memberi penerangan kepada orang ramai mengikut fakta yang mereka ada berkemungkinan besar boleh mengelirukan orang ramai dengan penyiaran berita yang mempunyai fakta bercanggah dengan kerajaan pusat.

Atau adakah pasaraya Giant yang mempunyai rangkaian pasaraya di seluruh dunia itu menjadi penyumbang dana kepada Pakatan Pembangkang pula?

SUMBER : http://www.suaragenerasibaru.com

No comments:

Post a Comment