Monday 10 December 2012

Pakatan Tandus Isu, Najib Makan Di Luar Pun Turut Dijaja



Disebabkan ketandusan isu untuk diketengahkan oleh para pencacai Pakatan Pembangkang, kehadiran Perdana Menteri bersama isteri dan anak ke sebuah restoran daun pisang untuk menikmati makan tengahari turut dijadikan cerita.
Jika cerita yang ditulis itu tidak menyimpang dari tujuan sebenar kehadiran Perdana Menteri di situ, tidaklah menjadi satu persoalan kepada Wan Kuntum. Ini tidak, hendak makan tengahari sekeluarga di luar pun dikatakan Perdana Menteri sedang cuba mengambil hati rakyat kerana pilihanraya sudah semakin hampir.
Berbeza pula dengan Ketua Umum Pakatan Pembangkang yang mengadakan jelajah ke seluruh negara yang sememangnya bertujuan untuk memancing undi daripada rakyat dengan tanpa segan silu menabur fitnah dan memburukkan kerajaan sedia ada, tidak pula pencacai Pakatan Pembangkang menjadikannya isu untuk dijaja.
Perdana Menteri juga seorang manusia. Walaupun dilahirkan di dalam sebuah keluarga bangsawan, namun naluri kemanusiaan itu tetap sesekali teringin hendak merasa makanan orang biasa.
Sama juga seperti kita, walaupun dilahirkan di kalangan orang biasa, sesekali teringin juga selera hendak menikmati makanan segera mahupun makanan barat. Apatah lagi jika kita mempunyai pekerjaan yang memerlukan kita bercampur gaul dengan pelbagai lapisan masyarakat.
Apa salahnya sesekali Perdana Menteri kita membawa keluarga menikmati makan tengahari di luar. Sambil-sambil itu, bolehlah beliau mendekati rakyat dan menyelami masalah yang dihadapi oleh mereka.
Cuma, pemilihan tempat itu perlu dititikberatkan. Jangan kerana hendak mendekati rakyat yang berbilang bangsa, tidak mengira restoran tersebut mempunyai sijil halal yang dikeluarkan oleh JAKIM atau tidak, kita main redah sahaja.
Sebagai umat Islam, makanan yang halal itu memberikan sumber kekuatan dalaman kepada jiwa kita. Halal makanan yang kita makan, dari sumber yang halal pula datang wang untuk membelinya, maka penuh keberkatanlah kehidupan kita.
Wan Kuntum tidak pernah menjamu selera di restoran daun pisang tersebut dan Wan Kuntum tidak tahu tahap kehalalannya, namun dari komen pembaca tentang restoran tersebut di mana menurut beliau kesemua pekerja beragama Hindu, maka timbul juga sedikit keraguan tentang tahap kehalalannya. Harapnya selepas ini, Perdana Menteri kita memberi perhatian kepada perkara itu pula sebelum ianya menjadi satu lagi isu yang boleh menjatuhkan nama baik beliau.


No comments:

Post a Comment