Wednesday, 22 May 2013

Nenek Ditahan Edar Dadah Di Kawasan Jajahan DAP


MUAR - Seorang wanita berstatus nenek berusia 60 tahun dan mempunyai tujuh cucu yang menyambung semula 'perniagaan' suaminya menjual dadah sejak enam bulan lalu ditahan di rumahnya di Bakri, di sini, pada 13 Mei lalu.
Nenek itu bakal berdepan hukuman gantung sampai mati selepas polis menemui heroin seberat 266 gram (g) di rumahnya dan berikutan itu, dia bersama anak perempuannya berusia 26 tahun serta menantunya, 27, yang tinggal bersamanya ditahan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Muar, Supritendan Sahadan Jaafar berkata, wanita itu dipercayai menjalankan operasi pengedaran dadah itu dari rumahnya untuk pasaran sekitar daerah ini.
"Hasil siasatan awal menunjukkan mendiang suami suspek yang meninggal dunia lima tahun lalu pernah beberapa kali ditahan berkaitan kes dadah dan suspek dipercayai meneruskan 'perniagaan' suaminya sebelum ini.
"Ujian air kencing suspek, anak serta menantunya bagaimanapun didapati bebas daripada pengaruh dadah. Kesemua mereka tinggal di rumah teres dan siasatan awal mendapati hanya wanita 60 tahun itu sahaja terlibat pe ngedaran dadah," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, di sini hari ini. - KOSMO!
WK : Betullah DAP ni samseng. Sampaikan nenek tua pun boleh jadi pengedar. Dasyat depa ni.

Thursday, 16 May 2013

Antara Jangkaan dan Harapan Rakyat Terhadap Barisan Kabinet Baru

Barisan Kabinet baru telah pun diumumkan semalam dan malangnya, ia disambut dengan keluhan. Dunia seolah-olah terhenti seketika, sunyi, seolah-olah memikirkan arah pusingan selepas ini. Kadangkala apabila keadaan terlalu senyap, kita menjadi gelisah. Apatah lagi apabila melihat musuh kita turut senyap seolah-olah ‘merestui’ kabinet baru yang dilantik. Sedangkan musuh yang kita kenal itu tidak pernah merestui apa-apa yang kita lakukan sebelum ini. 

Di laman-laman sosial rakyat marhaen dan atas pagar yang ramai-ramai turun mengundi Barisan Nasional dalam PRU-13 kerana terlalu takut jika Pakatan Rakyat menang, kini tertanya-tanya apakah mereka baru sahaja membantu BN menang, atau sekadar membantu BN menunda kekalahan? 

Entah kenapa, majoriti rakyat tidak gembira walaupun media-media perdana cuba ‘memberi muka’ dan menyedapkan hati rakyat bahawa barisan kabinet ini adalah yang terbaik. Entah kenapa rata-rata rakyat ragu-ragu dan bimbang serta tidak mampu memaksa keyakinan terhadap barisan kabinet yang baru. 

Mungkin juga rakyat telah meletakkan satu jangkaan yang terlalu tinggi terhadap kepimpinan. Ini tidak menghairankan kerana kita semua sudah ‘terbiasa’ dengan pemerintahan dinamik dan tegas Tun Mahathir selama 22 tahun dan tidak mampu lagi menerima apa-apa yang berbeza dari cara itu. 

Tun Mahathir telah melonjakkan Malaysia terlalu jauh ke hadapan dengan pendekatan tegas apabila berhadapan dengan kuasa besar, berani mencabar Zionis, lantang menghentam Soros, pantas mengambil tindakan mempertahankan hak negara, bijak memacu ekonomi serta tidak teragak-agak untuk membantu saudara seagama di seluruh dunia. 

Biarpun beliau dihentam dan dicemuh, tetapi beliau konsisten dan fokus dengan perancangannya sehingga akhirnya satu demi satu yang mereka yang mencemuh dan menghentamnya terpaksa akur bahawa beliau benar. Kaum Cina yang sebelum itu menggelar beliau Ultra-Melayu juga akhirnya akur bahawa beliau bukan rasis lalu memberi sokongan padu kepadanya. 

Pengajaran dari sejarah kegemilangan Malaysia di zaman Tun Mahathir adalah jelas iaitu ‘ketegasan’ adalah penting, dan bukannya ‘populariti’. Dari situ, Malaysia muncul sebagai negara yang makmur dan bermaruah.  

Jika pengajaran dari kejayaan tidak cukup maka lihat pula pengajaran dari kegagalan di mana Malaysia menjunam turun selepas Tun Mahathir meletak jawatan. Kenapa? 

Tidak lain tidak bukan ialah kerana pendekatan kepimpinan baru adalah seratus-peratus ‘terbalik’ dari apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir iaitu mementingkan populariti dan langsung tidak bertegas. 

Justeru, rakyat yang mengundi Barisan Nasional tempoh hari menaruh harapan yang tinggi agar keadaan ‘diterbalikkan’ semula sepertimana zaman kegemilangan Malaysia. Tidak cukup sekadar ekonomi yang teguh dan kukuh jika soal maruah bangsa dan negara tidak diambilkira. 

Ancaman keganasan serta penjajahan alaf baru kini bukan lagi sesuatu yang dibaca di akhbar dan ditonton diTV. Tetapi ia sudah begitu dekat dengan kehidupan kita. Oleh kerana itulah semua yang sebelum ini ‘malas’ mengundi, telah turun memberi kemenangan kepada BN supaya ancaman itu dapat dikekang dan dihapuskan supaya kita boleh fokus ke arah membina negara. 

Di saat ini, rakyat berada dalam keadaan resah dan gelisah melihat musuh-musuh negara bebas ke sana ke mari membuat onar dan melakukan kerosakan tanpa apa-apa tindakan. 

Jika persoalan awal di kalangan rakyat berbunyi ‘apakah yang ditunggu oleh kerajaan?’, soalan selepasnya kini berbunyi ‘apakah yang kerajaan takutkan?’ 

Dan semua persoalan ini perlu dijawab secepat mungkin oleh barisan kabinet baru. 

Rakyat hanya mampu berharap agar keresahan dan kegelisahan mereka dapat dihilangkan dengan segera. Kini, terpulanglah kepada mereka yang dilantik untuk memastikan resah dan gelisah rakyat itu tidak bertukar menjadi menyampah. - BeruangBiru

Wednesday, 15 May 2013

UMNO Pasca PRU-13: Apa Seterusnya?

Pilihanraya yang digelar sebagai ‘ibu segala pilihanraya’ telah pun berlalu. Apa yang dijangka, iaitu kekecohan di waktu pengundian telah pun berlaku. Seterusnya, percubaan melakukan huru-hara membantah keputusan PRU juga sedang berjalan sepertimana yang dijangka juga, seiring dengan upacara angkat sumpah menerima kemenangan masing-masing. 

Oleh itu, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa inilah senario pilihanraya paling kelakar di dunia. 

Bayangkan saja, yang membantah keputusan demokrasi ini adalah mereka yang mendabik dada sebagai pejuang demokrasi tulen. 

Yang menuduh SPR tidak telus itu adalah parti yang sedang disiasat kerana menipu dan memanipulasi pemilihan ahli jawatankuasa pusat mereka sendiri. 

Yang mempersoal dakwat kekal itu adalah mereka-mereka yang berguling-guling melompat berjihad mendesak penggunaannya. 

Yang menuduh SPR menipu itu adalah mereka yang telah pun menang di kawasan masing-masing. 

Yang menyeru agar memboikot media perdana itu adalah mereka yang menggelar diri sebagai pejuang hak kebebasan bersuara. 

Tidak cukup dengan itu, mereka juga meminta bantuan asing, merayu agar sesuatu dilakukan bagi menafikan kemenangan Barisan Nasional. Kononnya kerajaan BN yang telah 2 kali bertukar Perdana Menteri ini kejam, zalim dan tidak adil sejak dahulu sehinggalah ke PRU-13 ini. BN kononnya terlalu berkuasa untuk menentukan segala-galanya termasuk keputusan mahkamah dan juga keputusan Pilihanraya. 

Tetapi, BN telah melalui pertandingan yang sengit di mana parti ini ditolak mentah-mentah oleh kaum Cina dan kalah di 3 negeri. Malah, yang menyeru bantuan asing konon dizalimi BN itu juga bukannya berada di penjara, tetapi lepas bebas bagai unggas rimba. Maka, tidak hairanlah tiada pihak asing yang melayan karenahnya. 

Jika dilihat dari satu segi, yang kalah hanyalah BN, bukan UMNO. Ini kerana kerusi UMNO meningkat dari 79 pada 2008, kepada 88 dalam PRU kali ini. Namun, apakah ini bermakna bahawa UMNO sudah boleh mengambil sikap selesa? Apakah ini bermakna rakyat sudah memaafkan UMNO? 

Hakikatnya, Melayu yang dahulunya mewakili pengundi senyap, pengundi atas pagar dan pengundi yang marah kepada UMNO telah turun beramai-ramai dalam PRU-13 ini untuk mengundi UMNO kerana tidak sanggup membiarkan negara jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. 

Mereka ini mungkin memaafkan UMNO, tetapi mereka tidak pernah lupa apa yang membuatkan mereka marah kepada UMNO. 

Dengan itu, mereka mengundi UMNO dengan harapan setinggi langit bahawa UMNO di bawah mandat baru ini akan mengambil langkah yang tepat dalam menangani segala kesilapan sebelum ini. Sedangkan secara dasarnya mereka masih ragu-ragu apakah UMNO faham apa yang mereka marah itu. 

Walaupun mereka yakin dengan keikhlasan kepimpinan baru untuk memperbaiki segala kerosakan tetapi mereka masih tidak yakin yang ia mampu dilakukan sekiranya tiada perubahan besar yang dapat dilihat dengan segera. 

Oleh itu, UMNO wajar bertanya, apa yang mereka inginkan di sebalik pertanyaan ‘apa yang Cina inginkan’?  

Rakyat hanya ingin melihat ‘tindakan’. Rakyat rimas melihat bagaimana perosak negara dibiar bermaharajalela tanpa diambil sebarang tindakan. Kenyataan demi kenyataan berkenaan siasatan dan amaran sudah terlalu amat menjengkelkan. Rakyat dahagakan tindakan atau aksi yang berkesan. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa inilah antara punca masyarakat Cina menjadi bosan sehingga akhirnya melihatnya sebagai tanda ‘kelemahan kerajaan’. 

Secara umumnya, rakyat tahu siapa perosak, siapa pembodek, siapa perasuah, siapa bodoh dan siapa yang bijak. Namun, rakyat tidak mampu menyampaikan suara mereka ke atas. Justeru, harapan rakyat amatlah tinggi agar kepimpinan mengambil sepenuh masa untuk benar-benar menilai mereka yang berada di sekelilingnya. 

Yang tampak bijak dan berkarisma, fasih berbahasa Inggeris lulusan luar negara, belum tentu bijaknya. 

Yang tampak professional itu kadangkala hanyalah pada gaya, sedang hatinya membawa agenda lain yang tidak selari dengan aspirasi negara. 

Yang tampak bersih dan amanah, memuji dan menyokong mungkin hanya membodek tetapi tidak tahu apa-apa. 

Yang tampak malu-malu, jarang membantah dan sering mengangguk mungkin jauh lebih bijak cuma tiada karisma atau mungkin juga memang tidak berguna. 

Ingatlah, rakyat tahu bahawa UMNO bukanlah sempurna tetapi rakyat dari kaum Melayu tetap memilih UMNO kerana ia adalah satu-satunya parti yang masih rasional, yang mempunyai patriotisme dan nasionalisme yang kukuh, serta hala tuju yang jelas. 

Justeru, apa yang kepimpinan perlukan adalah mereka-mereka yang mempunyai ciri-ciri yang diingini rakyat iaitu rasional, patriotik, nasionalis serta bijak dan berkarisma. UMNO perlu membawa imej baru sebagai parti yang professional tetapi bukan liberal, matang tetapi bukan ketinggalan, selain cekap, pantas dan tegas.  

Jika UMNO ingin mengubah Melayu menjadi bangsa yang berdaya saing, maka UMNO perlu terlebih dahulu mempamerkan kualiti yang sama. Untuk itu, UMNO perlu mulakan dengan ‘bertindak’ bukan ‘memberi amaran’. - BeruangBiru

Tuesday, 14 May 2013

Melayu Islam Hanya Minoriti Dalam PR

Selepas selesai proses penamaan calon sempena PRU-13 pada 20 April 2013 yang lalu, jentera propaganda pakatan pembangkang sibuk mendabik dada mendakwa PR paling layak disokong oleh orang Melayu Islam kerana sebahagian besar calonnya adalah keturunan Melayu dan beragama Islam.

Mereka mengusung angka 139 mewakili calon Melayu Islam dalam PR di peringkat Parlimen berbanding hanya 132 orang sahaja calon BN dari keturunan Melayu Islam bagi menunjukkan suara orang Melayu Islam lebih dihargai dalam PR berbanding BN.

Di lihat dari angka 132 orang calon Melayu Islam dari BN itu memang kecil berbanding 139 calon Melayu Islam dalam PR. Tapi angka 139 itu tidak mencerminkan mencerminkan kesungguhan sebenar PR dalam menjaga kuasa politik dan hak orang Melayu dan Bumiputera Islam, itu hakikatnya.

Angka 139 itu hanya betul dari segi kuantiti yang terbukti tidak berkualiti apabila realiti semasa menunjukkan selepas hari pengundian 5 Mei 2013 akhirnya hanya tinggal 37 orang sahaja wakil Melayu Islam dalam PR yang memenangi kawasan Parlimen yang ditandingi dalam PRU-13.

Dari 37 orang itu pula terbahagi kepada tiga yakni 21 di pihak PAS dan 14 mewakili PKR yang mana sebahagian dari mereka ini adalah Melayu Liberal. Sementara dua orang lagi wakil Melayu Islam datangnya dari DAP termasuklah seorang daripadanya adalah Cina mengaku Melayu iaitu Zairil Khir Johari atau nama betulnya Christopher Ross Lim.

Persoalannya, adakah dengan wujudnya 37 suara Melayu Islam dalam PR itu besar maknanya dalam menentukan hala tuju PR? Tentu sekali tidak, kerana di kira dari sudut mana sekali pun ia tetap minoriti berbanding baki 52 orang wakil PR berbangsa Cina dan India.

Majoriti besar orang Melayu Islam dan kaum Bumiputera yang lain tidak mungkin menyokong PR selagi mana DAP mendominasi hala tuju pakatan itu apatah lagi dengan dasar liberal PR dalam hal agama Islam. Di tambah pula dengan PR itu sendiri bergerak atas kerjasama rapuh yang berubah-ubah pendiriannya, mana mungkin sanggup orang Islam memberikan sokongan.

Ketika Melayu Islam lebih ramai dalam PR sebelum PRU-13 dulu pun, para pemimpin PR gagal mempertahankan hak Melayu Islam dari sudut agama dan akidah misalnya, apa lagi yang nak diharapkan dari suara kecil minoriti yang berjumlah cuma 37 orang itu? Agaknya makin galak mereka berjuang untuk kepuasan si abang besar DAP.

Berbanding BN yang mana lebih 100 wakilnya di Parlimen adalah kaum Melayu dan Bumiputera Islam, jelas sekali menunjukkan BN lebih mendapat tempat di hati pengundi beragama Islam kerana wujudnya polisi yang lebih meyakinkan mereka berbanding retorik dan propaganda murahan dari PR yang hakikat praktikalnya ditentukan oleh kaum Chauvinis Cina dari DAP.

PRU-13 yang lalu menonjolkan pendirian jelas orang Melayu Islam yang cenderung bersama BN kerana terbukti sama ada ketika susah atau senang, hak majoriti rakyat Malaysia yakni yang terdiri dari kalangan Melayu Islam dan Bumiputera lain tetap terjamin sementara hak kaum lain juga tidak tergugat selagi mana mereka menghormati penduduk majoriti negara ini. - BeruangBiru

MB Selangor: Anwar Tersepit Dengan Propaganda Sendiri

Secara rasminya pada tanggal 14 Mei 2013, Abdul Khalid Ibrahim yang mendapat sokongan penuh dari Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail telah dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor sekali gus melengkapkan senarai tiga buah negeri dikuasai PR selesai upacara angkat sumpah untuk jawatan MB dan KM.

Selain mengekalkan penguasaan di Selangor, PR yang merupakan pakatan tidak rasmi tiga parti pembangkang utama melibatkan DAP, PKR dan PAS juga menguasai kembali Pulau Pinang dan Kelantan serta turut meraih pencapaian lebih baik di Johor, Terengganu dan Sarawak.

Pakatan pembangkang itu turut mencatat prestasi lebih baik di peringkat Parlimen apabila menawan 89 kerusi Parlimen berbanding hanya 82 sahaja pada PRU-12 2008 yang lalu.

Untuk rekod, Kerajaan PAS Kelantan selesai mengangkat sumpah untuk jawatan MB dan EXCO pada 6 Mei sementara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selesai upacara mengangkat sumpah Ketua Menteri Pulau Pinanguntuk penggal kedua pada keesokan harinya.

Namun disebalik kejayaan itu, ramai rakyat Malaysia khususnya penduduk Selangor tertanya-tanya apa pula perlunya Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan gerombolan pemimpin PR sibuk menjelajah seluruh negara menghasut penyokong pakatan pembangkang supaya menolak keputusan PRU-13 kononnya kerana wujud unsur penipuan oleh SPR.

Antara propaganda yang dimainkan ialah wujud pengundian melibatkan warga asing, blackout semasa pengiraan undi, dakwat kekal yang mudah luntur, ketidakadilan SPR serta pelbagai lagi tohmahan yang semuanya menjurus kepada penolakan mereka terhadap keputusan PRU-13.

Menolak keputusan PRU-13 atas apa sahaja tohmahan yang dilemparkan, ia sama seperti tidak mengiktiraf ketelusan dan keadilan perjalanan pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR.

Peliknya, dalam beriya-iya mereka menuduh itu ini terhadap SPR di masa yang sama mereka meraikan pula kejayaan mereka mengekalkan penguasaan di tiga buah negeri serta berbangga dengan kejayaan meraih 89 kerusi Parlimen sambil menyebarkan pula propaganda bahawa BN telah ditolak oleh rakyat Malaysia.

Walhal, jika tohmahan Anwar dan pemimpin PR yang lain dijadikan sandaran, bukankah itu bermakna perlantikan Khalid sebagai MB Selangor untuk penggal kedua sama seperti satu pengiktirafan terhadap penipuan dan ketidaktelusan yang dikatakan wujud dalam PRU-13.

Ini juga bermaksud Kerajaan PAS Kelantan dan Kerajaan DAP Pulau Pinang adalah kerajaan haram kerana ditegakkan hasil dari penipuan kerana yang mengumumkan kemenangan mereka ialah SPR selaku badan rasmi pengendali pilihan raya di seluruh negara,bukan begitu?

Di lihat dari pelbagai sudut sekali pun, jelas tohmahan yang dilemparkan oleh Anwar dan kuncu-kuncunya berhubung PRU-13 langsung tak berasas. 

Sekarang Anwar tersepit bila mana propaganda yang dimainkannya tidak selaras dengan realiti semasa di mana PR turut meraih keuntungan hasil dari proses pilihan raya kendalian SPR.

Jika Anwar benar yakin wujud penipuan, ketidak adilan atau berlakunya penyelewengan dalam keputusan PRU-13, patutnya sedari awal lagi Ketua Umum PKR itu menghalang Kerajaan Negeri yang dikuasai PR dari mengangkat sumpah. - BeruangBiru

Cina Mahu Kuasa Politik, PAS Mahu Apa?

Kaum Cina di Malaysia tentulah kaum yang paling ‘sensitif’ sekali. Kerana itu, apabila Utusan Malaysia hanya bertanya, ‘Apa lagi yang Cina mahu?’, maka dengan pantas akhbar tersebut dituduh rasis. Sama juga jika ada sesiapa yang mengingatkan mereka tentang tanah asal mereka, maka dengan pantas juga orang itu akan dicop rasis. 

Sudah menjadi tabiat kaum Cina negara ini untuk membuat bising, menjerit-jerit memberi tekanan kepada kerajaan, menghentam pihak yang terlibat sambil meroyan sekiranya ‘sensitiviti’ mereka disentuh. Jika seseorang itu tidak pernah datang ke Malaysia, mungkin mereka akan menggambarkan orang Melayu seperti ‘Aryan Brotherhood’ atau ‘Ku Klux Klan’ di Amerika yang berpegang kepada ketuanan kulit putih serta bertindak kejam ke atas kulit hitam, jika dilihat dari meroyan kaum Cina itu. 

Walhal, hakikatnya asal-usul dan sejarah Melayu tidak pernah menyaksikan kaum ini berlaku kejam melainkan ‘amok’ iaitu satu tindakan yang terasing oleh individu. 

Tetapi sejarah Cina itulah yang penuh dengan kekejaman, sejak dari pemerintahan DiRaja yang kejam dan kemudiannya komunis yang tidak berhati perut. Sikap yang telah berakar-umbi itu dibawa oleh kaum Cina di mana saja mereka pergi dan hari ini mereka menzahirkannya melalui aktiviti-aktiviti samseng dan kongsi gelap. 

Kaum Cina di Malaysia paling pantang jika kita mencuit sekolah-sekolah vernakular kerana kata mereka itu adalah hak mereka yang ditetapkan oleh perlembagaan. Tetapi di masa yang sama mereka begitu bebas dan biadap mempersoal hak Melayu, malah mempertikai azan dan juga huruf jawi di papantanda kerana berunsur Melayu-Islam. 

Tidak cukup dengan tiu, mereka turut mempertikai sejarah dan ingin menukarnya agar pengganas komunis dan dalang 13 Mei diangkat sebagai wira. 

Pendek kata, mereka mencemuh dan menafikan serta menolak segala-galanya yang menjadikan Malaysia ini, Malaysia. Pun begitu, tiada siapa boleh mempersoal kesetiaan mereka kepada negara walaupun pada dasarnya mereka tidak mencintai apa-apapun tentang negara ini. 

Dan hari ini, hanya kerana bertanya, ‘apa lagi yang kamu mahu’, mereka melenting menyalak-nyalak konon berlaku tidak adil kepada mereka. 

Hakikatnya, kaum Cina sedia maklum bahawa mereka sudah ada segala-galanya di Malaysia ini yang mana tidak mungkin dinikmati oleh minoriti di negara lain. Satu perkara lagi sahaja yang belum cukup bagi mereka iaitu ‘kuasa politik’. Kerana itulah mereka memberi undi kepada DAP, iaitu hanya setelah berjaya mengaut keuntungan dan kemewahan dari dasar dan kebijaksanaan Barisan Nasional memerintah selama ini. 

Dalam kata lain, hanya setelah mereka yakin bahawa mereka tidak lagi memerlukan BN, maka kaum Cina pun beralih kepada DAP untuk satu kuasa mutlak. Untuk itu, mereka sanggup turun ke jalanan untuk meruntuhkan kesemuanya yang telah dibangunkan serta mengambil risiko kejatuhan ekonomi kerana percaya, ada bantuan luar yang bakal membantu mereka mempercepatkan pemulihan. 

Yang menyedihkan kita ialah kaum Melayu dari PAS turut menyalak untuk meruntuhkan kerajaan walaupun tindakan itu hanya merugikan mereka. Mereka turut menyeringai terhadap Utusan Malaysia UMNO kerana ‘bersikap rasis’ melalui pertanyaan, “Apa lagi Cina mahu?” Melayu PAS ini benar-benar percaya bahawa Cina hanya mahukan ketelusan dan kecekapan kerajaan. 

Tak apa jika mereka ingin percaya begitu. Tetapi, kita ingin bertanya, apa yang PAS mahu? 

Ini kerana kita hairan, kenapakah salakan PAS tidak lagi berbunyi hudud dan Negara Islam? Apakah PAS sudah benar-benar tidak mahukan semua itu lagi? Kenapa secara tiba-tiba masalah utama PAS pun berubah, daripada ‘UMNO menolak Islam’ kepada ‘harga barang naik’? Tiba-tiba sahaja puak-puak PAS merasa tidak cukup makan dan sengsara sehingga tidak mampu mengisi minyak kereta sedangkan mereka juga yang ingin hidup sederhana. Islam bagi PAS sudah menjadi perkara kedua, tetapi ‘kesengsaraan’ adalah masalah utama pula. 

Untuk pengetahuan Pas, harga barang adalah sama sahaja iaitu tidak berubah dan tiada kenaikan apa-apapun selepas pilihanraya. Begitu juga dengan perjuangan DAP untuk menghapuskan Islam sebagai agama rasmi, menggunakan Kalimah Allah di dalam Injil serta menghapuskan hak-hak Melayu tidak pernah berubah. Ia sama saja dari dahulu sehingga ke hari ini. 

Justeru, mungkin PAS perlu mengambil sedikit masa untuk berhenti menyalak dan bertenang sejenak. Tanyalah kepada diri sendiri, ‘apa yang aku mahu?’ atau ‘apa masalah aku sebenarnya?’ Melihat dari cara PAS menyalak, sekejap hudud, sekejap tak boleh pertahan Melayu, sekejap ingin membela Melayu, sekejap Islam kemudian memecat mereka yang mempertahankan Islam dari parti, lepas itu masalah harga barang, dan bermacam-macam lagi yang tidak konsisten malah bertentangan pula sesama sendiri, kita merasa kasihan pula. 

Tentu letih berpusing-pusing berbelit-belit ke sana ke mari sehinggakan Nik Aziz pun sudah tidak begitu mampu lagi untuk berdiri. 

Namun, dalam keuzuran beliau, beliau cukup pasti ‘apa yang beliau mahu’ iaitu perpecahan ummah yang berterusan… Mungkinkah ini juga yang semua orang-orang PAS mahu? - BeruangBiru

Thursday, 9 May 2013

Azmin Ali Merajuk Jika Tak Dapat Jadi MB

Krisis perlantikan Menteri Besar Selangor semakin hari dilihat semakin menarik. Kalau diikutkan sistem demokrasi, Pas adalah yang paling layak untuk menjadi MB. Ini kerana mereka memperolehi jumlah kerusi yang sama banyak dengan parti DAP iaitu 15 kerusi berbanding PKR yang hanya mampu memperolehi 14 kerusi. Namun, pakatan nampaknya lebih senang untuk melantik calon MB daripada kalangan PKR berbanding Pas.

Dan sudah semestinya Azmin Ali selaku Timbalan Presiden sudah megah diri dan mahukan jawatan tersebut bagi menggantikan Khalid Ibrahim yang sudah memerintah Selangor sepenggal. Namun, apa yang menariknya Azmin Ali telah mengumumkan kepada para penyokong bahawa beliau akan meninggalkan PKR sekiranya tidak dipilih menjadi MB.

Krisis di Selangor kali ini kelihatan agak serius kerana DAP hanya mahukan PKR yang memenangi 14 kerusi untuk menjadi Menteri Besar berbanding Pas yang mempunyai 15 kerusi. DAP tidak mahu Azmin sebagai MB, manakala sumber Istana dikatakan lebih menyukai calon dari Pas.

Memang terang-teranganlah Istana sudah tidak mahu calon PKR jadi MB, masa Khalid jadi MB dulu sudah berapa kali Sultan Selangor murka dengan kerajaan Selangor. Mereka sesuka hati menggunakan nama Sultan dan tidak menghormati kedudukan Sultan sebagai pemerintah tertinggi di dalam negeri.

Berdasarkan krisis MB di Selangor ini, Anwar sehingga kini masih belum berani menyelesaikan masalah di Selangor dan hanya menumpukan usaha untuk melumpuhkan kerajaan Persekutuan. 

Anwar dilihat lebih sibuk untuk menanamkan benih-benih kebencian rakyat kepada BN dengan menuduh kerajaan sekarang dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas. Rakyat mana yang mudah tertipu hanya menjadi burung kakak tua, mengangguk diamkan diri untuk terus ditipu dan ditipu oleh Anwar Ibrahim.

Manakala krisis MB Selangor ini masih mengundang kemarahan Azmin, beliau dilihat semalam 'meroyan' dengan Anwar yang tidak sudah-sudah menyalahkan orang lain. Tindakan Azmin ini telah dijangka setelah dalam twitternya semalam menyindir Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bermuhasabah diri mengenai kekalahan dan jangan menyalahkan lain.

Nampaknya, satu persatu pemimpin terdekat Anwar sudah semakin muak dan bosan dengan permainan Anwar ini. Sudah tak larat nak bermain dengan percaturan yang tidak pernah menjadi. 

Sudahlah ditipu semua orang kata nak berhenti jika gagal dalam PRU13, tau-tau sambung buat perhimpunan pula. Masalah yang lebih besar tidak diselesaikan. MB perlu dilantik segera bagi dapat menjalankan urusan pentadbiran negeri secepatnya. 

Tak lama lagi nampaknya, Azmin akan naik darah berpencak silat dengan Anwar umpama Tuah dan Jebat. - BeruangBiru