Thursday, 20 June 2013

Kalau Dah Namanya Pembangkang, Semua Benda Hendak Diputarbelitkan!

Warga asing mati ditembak samun pengurus kilang

KLANG - Seorang lelaki warga asing mati ditembak oleh seorang pengawal peribadi dalam kejadian cubaan samun ke atas seorang pengurus kilang di dalam kereta di hadapan sebuah bank di Jalan Kapar, di sini hari ini.
  
Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, pengawal peribadi yang duduk di sebelah pemandu melepaskan dua das tembakan ke arah suspek ketika lelaki itu cuba memecahkan cermin kenderaan sebelah kiri penumpang belakang yang dinaiki majikannya.
  
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Shukor Sulong berkata empat lagi rakan suspek yang menaiki dua buah kereta sempat melarikan diri selepas cubaan mereka untuk menyamun wang tunai bernilai RM50,000 dari mangsa gagal.
  
Beliau berkata siasatan awal mendapat kumpulan penyamun itu menaiki dua buah kereta jenis Proton Waja dan Proton Wira dan mengekori kenderaan mangsa yang baru mengeluarkan wang tunai dari sebuah bank berhampiran.
  
Katanya, sebaik sampai di hadapan sebuah lagi bank iaitu kira-kira 250 meter dari bank pertama, kumpulan penyamun terbabit bertindak menghalang kereta yang dinaiki mangsa sebelum seorang suspek turun dari kereta dan cuba memecahkan cermin kenderaan mangsa dengan sebuah objek keras.

Selepas suspek terkena tembakan dan rebah di situ, mangsa bertindak mengejar kenderaan suspek yang melarikan diri ke arah Bulatan 100 di situ, katanya kepada pemberita di sini.
  
Katanya suspek mengalami kecederaan di bahagian kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
  
Mohd Shukor berkata pemeriksaan lanjut mendapati suspek merupakan warga asing dari negara jiran dan mempunyai pasport.
  
Beliau berkata polis percaya kumpulan penyamun terbabit mengetahui pergerakan mangsa sebelum bertindak melakukan cubaan samun itu.
  
Katanya, mayat suspek dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk di bedah siasat dan polis kini menjalankan gerakan memburu empat lagi suspek yang melarikan diri.
  
Mohd Shukor berkata ses disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan melakukan rompak dan Seksyen 39 Akta Senjata 1961.  - Bernama
Ulasan WK

Sudah terang lagi bersuluh wartawan menyatakan penyamun yang ditembak mati adalah dari negara jiran dan mempunyai paspot. Malangnya masih ada komen-komen daripada puak penyokong Pakatan Pembangkang yang menyalahkan kerajaan kerana memberi IC kepada pendatang asing. 

Bengong! Apa sahaja yang tidak baik berlaku, semua salah kerajaan. Puak Pakatan Pembangkang ni memang kerjanya menyalahkan kerajaan aje kot. Yang baik-baik semua depa. 

1 comment:

  1. Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI















    Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI

    ReplyDelete