Tindakan untuk mengherat Naib Presiden PKR, Tian Chua ke muka pengadilan pasti mengembirakan majoriti rakyat Malaysia khususnya balu, anak dan kaum keluarga, para perwira yang telah terkorban sepanjang Ops Daulat dilakukan.
Malah menurut sumber yang diperolehi dari rakan-rakan media yang sedang bertugas di Lahad Datu ketika ini, berita mengenai pendakwaan tersebut telah di sambut dengan ucapan ‘alhamdulillah’ dan ‘terima kasih PM’.
Ia secara tidak langsung membuktikan bahawa, kenyataan ahli parlimen batu yang biadap dan kurang ajar itu, telah menimbulkan kemarahan di kalangan anggota-anggota keselamatan negara yang sedang berkorban nyawa di sana. Malah menurut salah seorang rakan yang dihubungi sebentar tadi, mengatakan ada dikalangan penduduk kampung yang melakukan ‘sujud syukur’ tanda berterima kasih atas ketegasan kerajaan berhubung kenyataan tersebut.
Tian Chua, pagi tadi telah dihadapkan ke mahkamah Seksyen Kuala Lumpur atas tuduhan mengikut Seksyen 4 (1)(b), di bawah Akta Hasutan 1948 atas kenyataannya pada 1 Mac yang mengatakan tragedi pencerobohan bersenjata di Lahad Datu adalah merupakan sandiwara BN/UMNO.
Ekoran kenyataan tersebut, ia telah menimbulkan kemarahan sebilangan besar rakyat Malaysia yang bangkit menyatakan bantahan atas kenyataan tidak bertanggungjawab itu. Malah tragedi yang telah mengorbankan 10 orang anggota keselamatan negara itu juga juga dilihat sebagai percubaannya untuk mengalihkan tumpuan masyarakat terhadap dakwaan media antarabangsa yang mengaitkan Anwar sebagai dalang utama.
Lebih malang ada dikalangan pimpinan PKR yang di temui mengatakan, ia adalah merupakan permainan dan putar-belit media BN/Umno, sedangkan kenyataan tersebut adalah merupakan laporan yang dikeluarkan oleh Suara Keadilan yang juga merupakan media rasmi PKR.
Di sebalik pelbagai kata-kata cacian dan nista yang dilemparkan kepada mereka, menurut rakan media yang membuat laporan langsung dari ‘Pusat Media, Ops Daulat’ semangat perwira negara tetap tinggi dan bersemangat.
Malah menurutnya (rakan media yang hanya ingin dikenali dengan panggilan Azmi) ketika dimaklumkan mengenai korban terbaru yang menimpa anggota tentera tempoh hari, majoriti pasukan keselamatan yang ada telah menitiskan air mata. Walaupun bersedih dengan kejadian yang menimpa rakan sepasukan mereka itu, mereka tetap meminta kebenaran dari pegawai atasan agar segera memberikan kebenaran kepada mereka menyertai misi yang dijalankan.
“Berdiri bulu roma dan semangat saya ketika ketika melihat peristiwa itu semalam, dengan linangan air mata, mereka terus meminta kebenaran agar diberikan kesempatan untuk menyertai misi menjejaki saki baki penceroboh”
“Berita mengenainya gugurnya rakan sepasukan, tidak langsung mematahkan semangat juang mereka, malah telah menjadikan mereka terus bersemangat untuk berdepan dengan para penceroboh” katanya.
Mengulas lanjut mengenai perkembangan di sana, Azmi turut menjelaskan ketika ditanya apakah tidak wujud sebarang perasan takut dikalangan anggota keselamatan yang kerap berdepan dengan situasi mencemaskan itu?
Mereka menjawab mereka yakin dan redha dengan ketentuan dari Allah serta doa rakyat Malaysia dan keprihatinan pemimpin kerajaan telah menyebabkan semangat mereka terus kuat dan membara. - BeruangBiru

No comments:
Post a Comment