Naib presiden PKR N Surendran berkata satu perhimpunan lebih besar akan diadakan di hadapan pejabat perdana menteri jika pakar patologi Thailand, Dr Pornthip masih tidak dibenarkan membuat bedah siasat kedua ke atas mayat C Sugumar.
Beliau yang bertindak sebagai peguam kepada keluarga Sugumar berkata keluarga mendiang kini tersepit di antara upacara menyempurnakan mayat mendiang dan tuntutan mencari keadilan di sebalik kematiannya.
Menurutnya, satu upacara khas agama Hindu perlu diadakan pada hari ke-16 dan ke-30 selepas mayat disempurnakan.
Namun, sehingga kini mereka tidak dapat berbuat demikian kerana bedah siasat kedua masih tidak dapat dijalankan dan mayat mendiang masih lagi berada di bilik mayat Hospital Serdang, katanya.
"Jumaat lalu keluarga mendiang pergi ke pejabat perdana menteri menyampaikan surat menuntut PM menarik balik larangan ke atas Dr Pornthip bagi menjalankan bedah siasat kedua.
"Sekarang kita tunggu jawapan daripada PM dalam masa 48 jam.
"Jika beliau masih enggan kita terpaksa buat himpunan aman lebih besar untuk (gesa beliau) tarik larangan ke atas Dr Pornthip," katanya kepada Malaysiakini.
Sugumar, seorang pengawal keselamatan ditemui mati dalam keadaan digari polis dan mukanya dilumur serbuk kunyit pada 23 Januari lalu.
Bedah siasat Hospital Serdang mengenal pasti punca kematiannya akibat sakit jantung namun ia ditolak keluarga mendiang.
Polis kemudian menawarkan satu inkues diadakan bagi mengenal pasti punca kematian namun keluarga Sugumar mahu satu siasatan kes pembunuhan dibuat.
Dr Pornthip dari Thailand kemudian dilaporkan bersetuju untuk menjalankan bedah siasat kedua namun beliau kemudian menukar fikirannya selepas "dinasihati" kerajaan Thailand.
Surendran sebelum ini dilaporkan mendakwa ahli patologi itu bertindak demikian selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razakcampur tangan dengan menghubungi Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra.
Dakwaan itu bagaimana pun telah dinafikan Najib yang menyifatkannya sebagai "cerita dongeng".
Ulasan WK
Puak-puak ni sebenarnya faham ke tidak maksud tidak mahu? Dr Pornthip, ahli patologi dari Thailand tu kan tidak mahu melakukan bedah siasat kedua ke atas mayat C Sugumaran, kenapa pula dikaitkan dengan Perdana Menteri pula yang kononnya menjadi penyebab beliau mengubah fikiran?
Sudah pasti beliau ada sebab tersendiri apabila mengubah fikiran daripada mahu membuat bedah siasat kepada tidak mahu. Mungkin beliau tidak mahu reputasinya terjejas apabila melibatkan diri dengan kes kematian yang melibatkan politik ini.
Sedang rakyat Malaysia sedang menumpukan perhatian kepada insiden Lahad Datu yang telah menyebabkan beberapa orang anggota keselamatan terkorban, puak ini pula cuba membuat kekacauan dengan mengancam akan mengadakan demonstrasi besar-besaran di hadapan pejabat Perdana Menteri jika Dr Pornthip tidak diberi kebenaran membuat bedah siasat.
Sia-sia sahaja belajar tinggi-tinggi hingga memegang jawatan peguam jika maksud tidak mahu pun tidak boleh dibezakan dengan tidak dibenarkan. Penulis rasa, lebih baik N Surendran belajar lagi Bahasa Melayu untuk lebih memahami maksud sesuatu perkataan.
No comments:
Post a Comment