Kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mendakwa pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah merupakan sandiwara Umno, akhirnya mula memakan dirinya. Terutamanya dalam memastikan dirinya terus terpilih sebagai calon yang mewakili PKR dalam Pilihan Raya Umum Ke -13 (PRU13).
Timbul cakap-cakap di kalangan pemimpin dalaman parti itu sejak beberapa hari lalu yang dikatakan mula melahirkan rasa kecewa ekoran tindakan bodoh Tian Chua itu, kerana telah merugikan pakatan pembangkang khusunya PKR.
Tambah membimbangkan mereka, bilamana penurunan mendadak sokongan pengundi di kalangan anggota polis dan tentera yang sebelum ini, dilihat mula beralih kepada pakatan pembangkang.
Namun ekoran perkembangan di Lahad Datu, pakatan bukan sahaja bakal kehilangan undi anggota polis dan tentera, namun akan turut menyaksikan penurunan sokongan di kalangan keluarga, sanak saudara dan golongan atas pagar dari kumpulan tersebut.
Kegagalan Tian Chua dalam menjaga sensitiviti tersebut, dilihat akan memberikan kesan terhadap calon-calon PKR yang bakal diletakkan bertanding khususnya di kawasan yang mempunyai peratusan majoriti undi Melayu. Malah menurut sumber tersebut, penurunan secara mendadak sokongan rakyat di Sabah juga amat merungsingkan, kerana sebelum ini, mereka hampir pasti dapat merampas negeri tersebut dari pengaruh BN/Umno.
“Kenyataan bodoh Tian Chua itu, akan menyebabkan ramai calon-calon ‘favorite’ PKR ‘tersungkur’, malah kalau Ketua Umum (Anwar Ibrahim) gagal menjelaskan dan menarik kembali sokongan rakyat boleh menyebabkan Pas dan DAP turut menerima kesan yang sama” menurut sumber tersebut yang meminta agar identitinya dirahsiakan.
Menurutnya lagi, sebelum ini dia yakin akan dapat mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada pilihanraya yang lalu, namun ekoran kenyataan tersebut telah menyebabkan ramai dikalangan pengikut dan penyokongnya mula menjauhkan diri. Untuk rekod, beliau sebelum ini adalah merupakan salah seorang ahli parlimen yang bertanding atas tiket PKR di salah sebuah negeri di Pantai Timur.
Seorang lagi pemimpin PKR yang ditemui menjelaskan, hasil kajian dan analisa yang dilakukan melalui media-media sosial seperti Facebook, Twitter, Instigram dan sebagainya juga melihatkan penurunan sokongan pengundi atas pagar khususnya generasi muda.
Walaupun pada mulanya mereka hanya ingin melahirkan rasa simpati terhadap apa yang telah terjadi, namun kegagalan pimpinan PKR dalam menjawab kembali semua dakwaan yang dilemparkan telah memburukkan keadaan. Ia kerana tragedi berdarah ini, telah memakan masa yang agak lama dan menelan angka korban yang ramai khususnya di kalangan anggota keselamatan. Maka perasaan simpati mereka, telah bertukar kepada tanda tanya dan persoalan yang akhirnya telah menyebabkan mereka mula sangsi dengan pakatan pembangkang.
Menurut sumber tersebut, ada dikalangan ahli dan penyokong akar umbi yang telah mula mendesak pimpinan kawasan agar mengusulkan kepada pimpinan PKR pusat agar mengugurkan Tian Chua dari senarai calon PKR. Ia bagi mengelakkan isu tersebut terus digunakan dan dimainkan oleh media BN/Umno untuk menarik undi simpati.
“Sesuatu perlu dilakukan oleh pimpinan PKR pusat, kerana isu Tian Chua telah mula menjadi liabiliti kepada parti” katanya.
Beliau turut mengharapkan agar Perdana Menteri tidak mengambil keputusan untuk membubarkan parlimen dalam masa yang terdekat. Ini kerana, PKR memerlukan sedikit masa untuk memastikan jentera penerangan dapat digerakkan secara menyeluruh bagi membetulkan keadaan.
“Kalau (Datuk Seri) Najib bubar Parlimen, sebelum pimoinan PKR pusat sempat mengerakkan jentera bagi membetulkan keadaan, maka PKR bakal berhadapan dengan satu masalah yang besar” katanya lagi. - BeruangBiru

No comments:
Post a Comment