Wednesday, 10 April 2013

Hilang Ataupun Dihilangkan??

WK berjalan-jalan di blog kawan-kawan tadi. Terjumpa pula info tentang kehilangan gadis sunti ni. WK klik di link FB abangnya tu dan dapatlah gambar yang WK 'printscreen'kan ni. 

Gadis ini bukanlah sesiapa pada WK, bukan keluarga jauh sekali adik-beradik. Tetapi, atas dasar kemanusiaan, tanpa mengira fahaman politik, rasa bertanggungjawab untuk turut sama menghebahkan tentang kehilangan gadis ini.

Mengikut perkiraan WK, jika dilihat pada penampilannya, gadis sunti ini berkemungkinan masih bersekolah menengah rendah. Umur sebegini sememangnya sangat perlu diberi perhatian oleh ahli keluarga terutama ibubapa. Bukannya apa, budak tengah nak naik ni, memang macam-macam ragamnya. Kalaupun dia baik, mungkin ada pula yang jahat nak pedajalkannya.

Harap-harap gadis ni akan segera kembali kepangkuan keluarganya tidak kiralah sama ada dia hilang mahupun dihilangkan. Sama-sama kita berdoa semoga kebimbangan keluarganya akan terubat dengan kepulangannya. WK menyeru kepada sesiapa yang mempunyai maklumat atau ada terjumpa gadis ini di mana-mana, silalah hubungi keluarga di nombor telefon yang tertera di sebelah kanan gambar tersebut.

No comments:

Post a Comment