Mentadbir sebuah
negeri tidak semudah yang disangka. Belum berpeluang menjadi pentadbir,
sememangnya boleh menabur pelbagai janji untuk memikat hati rakyat dan
menarik sokongan. Hendak menunaikan sesuatu janji itulah yang susahnya.
Pulau Mutiara, Pulau Pinang sebelum ini
aman makmur. Rakyatnya hidup bermasyarakat bersatu padu tanpa mengira
kaum dan darjat. Hasil bumi dikongsi sama rata. Kaum Cina, India dan
Melayu bebas bekerja dan berniaga mencari rezeki untuk keluarga.
Pembangunan dijalankan oleh kerajaan
negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional menyaksikan pelbagai
kemudahan diberikan kepada rakyat tanpa mengira kaum. Golongan kurang
berkemampuan disediakan rumah mampu milik untuk dimiliki oleh mereka.
Tsunami politik melanda pada PRU12
akhirnya menyaksikan Barisan Nasional kecundang di Pulau Pinang. Khidmat
yang diberi oleh Barisan Nasional di sana tidak lagi mendapat sokongan
rakyat. Manifesto bukan janji yang ditaburkan oleh Pakatan Pembangkang
berjaya menarik minat rakyat untuk memberikan undi kepada mereka.
DAP akhirnya berjaya menguasai
pentadbiran Pulau Pinang selepas Barisan Nasional kecundang pada PRU12.
Rakyat yang memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat bersorak sorai dan
menyimpan angan akan mendapat pemerintah yang lebih baik daripada
Barisan Nasional.
Namun, anganan kononnya hendak lari
daripada mulut buaya akhirnya memakan diri. Daripada mulut buaya
kononnya, akhirnya rakyat jatuh ke mulut naga. Ternyata pentadbiran DAP
tidak sebagus yang disangka. Rakyat yang sebelum ini termakan janji
akhirnya menyedari tiada gunanya memberi undi kepada Pakatan Rakyat.
Janji-janji untuk membina rumah mampu
milik buat rakyat Pulau Pinang ditunaikan oleh DAP namun harganya tidak
pula bersesuaian dengan kemampunan rakyat yang kurang berkemampuan.
Bagaimana hendak memiliki rumah yang
berharga sehingga RM400 ribu dengan gaji yang tidak seberapa? Apatah
lagi kos sara hidup yang semakin tinggi, rakyat yang sedia sempit
semakin terhimpit dengan pentadbiran DAP.
Hak penduduk kampung yang satu ketika
pernah dijanjikan untuk diberi geran tidak ditunaikan sebaliknya mereka
dihalau daripada tanah masing-masing semata-mata kerana kerajaan DAP
kononnya hendak membuat pembangunan tetapi ianya hanya lebih kepada
keuntungan poket sendiri. Bantahan tidak dipedulikan kerana kuasa sudah
berada di tangan mereka.
Seiringan dengan kesedaran rakyat yang
semakin menolak Pakatan Rakyat, DAP yang sebelum ini begitu bongkak
akhirnya menyedari dan mengakui ketidakupayaan mereka mentadbir sebuah
negeri. Tiada pengalaman dijadikan alasan untuk menutup ketidakupayaan
mereka.
Empat tahun DAP berpeluang menimba
pengalaman mentadbir sebuah negeri namun peluang yang diberi tidak
digunakan sebaiknya. Sebaliknya mereka menaruh angan yang tinggi untuk
mentadbir sebuah negara pula.
Bagaimana hendak diberi kepercayaan
mentadbir sebuah negara yang mempunyai banyak negeri di dalamnya jika
satu negeri pun tidak mampu ditadbir dengan sebaiknya? Mentadbir sebuah
kongsi gelap tidak sama seperti mentadbir sebuah negeri mahupun negara.
Rakyat tidak boleh dilibas parang sesuka hati seperti dalam kongsi gelap
jika menolak keinginan ketua.
Mentadbir negeri mahupun negara
memerlukan tolak ansur dan kesepakatan. Rakyat harus didahulukan dan
pencapaian harus diutamakan seperti yang diwar-warkan oleh Perdana
Menteri kerana tanpa sokongan rakyat, tiadalah kerajaan.
DAP harus belajar daripada Barisan
Nasional bagaimana cara mentadbir sesebuah negeri dengan baik serta
memuaskan hati rakyat sebelum memasang angan-angan tinggi untuk
menduduki Putrajaya.
Rakyat Pulau Pinang harus bangkit
menolak DAP dan Pakatan Rakyat. Kuasa untuk menyelamatkan rakyat Pulau
Pinang daripada menjadi hamba di tanah sendiri terletak di tangan rakyat
sendiri. Zahirkan penolakan di kertas undi pada PRU13 ini.
SUMBER : SGB
No comments:
Post a Comment