DAP terkenal dengan kelantangan dan kelancangan
mulutnya menghentam kerajaan atas apa saja yang dilihat korup, kotor atau salah
di mata mereka. Di masa yang sama,
mereka mempromosi PR, khasnya DAP sendiri sebagai sebuah parti yang menjunjung
segala nilai murni yang tidak diamalkan oleh kerajaan BN.
Justeru, slogan Cekap, Amanah dan Telus dijadikan
simbol pentadbiran parti itu di Pulau Pinang.
Kononnya, pentadbiran kaum Cina lebih bersih dan professional berbanding
pemerintahan kaum Melayu. Dan kononnya
kaum Cina lebih bijak dan bermaruah dari kaum Melayu. Itulah yang dimomokkan dan diterap ke dalam
jiwa anak-anak DAP sejak dahulu kala lagi.
Bagi DAP, jika ada segelintir Melayu yang berjaya
atau kaya, ia adalah kerana dia atau ibubapanya atau nenek moyangnya pernah
memakan rasuah. Sama ada itu, ataupun
kerana mempunyai pertalian dengan kerabat diRaja atau orang-orang penting dalam
negara. Kononnya juga, anak-anak Melayu
di Pusat Pengajian Tinggi Awam bukannya benar-benar bijak tetapi berpeluang
melanjutkan pelajaran hanya kerana sistem kuota.
Namun, pengalaman berpuluh tahun di sektor swasta
menyatakan sebaliknya iaitu kebanyakan kaum Cina yang berjaya adalah kerana
kroni. Secara umumnya, sektor swasta di
Malaysia menggunapakai sistem rasis iaitu menghadkan jumlah dan jawatan
tertinggi kaum bukan Cina, terutama Melayu, setakat tahap tertentu dan jabatan
yang perlu sahaja. Manakala bagi kaum
mereka, walaupun tidak punya kredibiliti akan tetap diberikan peluang yang luas
untuk naik pangkat ataupun gaji.
Buktinya boleh dilihat di dalam DAP sendiri di mana
seorang yang hanya lulus SPM diberikan tugas sebagai Pengarah Strategik
Pilihanraya sehingga menyebabkan kecelaruan undi. Malah, dalam pentadbiran negeri pula, kita
dapati DAP gagal menyediakan pembentangan yang tepat mengenai projek mega yang
dicadangkan di Pulau Pinang yang mana menunjukkan kesilapan pengiraan yang
tidak boleh diterima akal. Pendedahan
demi pendedahan dilakukan oleh beberapa pihak juga menyaksikan pemberian projek
juga dilakukan dengan cara tidak telus di negeri itu sehingga ada di antaranya
membawa kepada perletakan jawatan.
Malah pembahagian kerusi bagi parti sendiri juga
menyaksikan ketidakcekapan yang parah dalam parti Cina kiasu itu. Kerana kerusi juga, kita melihat beberapa pemimpin
DAP meletakkan jawatan walaupun pilihanraya semakin hampir.
Semua ini membuktikan yang DAP bukanlah sebijak
mana. Lebih dari itu, DAP bukanlah parti
yang telus, cekap mahupun amanah. Sikap
kukubesi DAP cukup terserlah, terutama di saat-saat genting menuju pilihanraya
ini. Tidak cukup dengan menolak
demokrasi dengan memboikot media, DAP juga menafikan hak ahli-ahli sendiri
untuk bersuara.
Apa yang menarik sekali mengenai perkembangan ini
ialah, DAP langsung tidak membela diri atau tidak mampu membela diri apabila
ketidaktelusan dan ketidakcekapan mereka itu terbukti melalui pemilihan
CEC. Dalam dilema antara mengaku tidak
telus, atau mengaku bodoh, DAP telah memilih untuk mengaku bodoh atas alasan tidak
tahu mengira undi menggunakan komputer.
Tindakan tersebut membuktikan kedua-duanya iaitu
DAP itu adalah bodoh dan tidak telus sekali gus.
Isu ini akhirnya dibawa kepada Pendaftar Pertubuhan
(ROS) oleh ahli-ahli DAP sendiri.
Oleh kerana licik tetapi bodoh, akhirnya DAP tidak
boleh lari lagi. Hari ini, dilaporkan
bahawa Lim Guan Eng tidak berani menyerahkan senarai 753 perwakilan yang tidak
menerima surat untuk menghadiri Kongres Kebangsaan ke-16 bagi membolehkan
mereka mengundi kepada ROS.
DAP cukup sedar bahawa mereka tidak boleh terlepas
dari tuduhan tidak telus dan tidak cekap ini.
Oleh itu, mereka terlebih dahulu membayangkan akan bertanding
menggunakan lambang sekutu mereka jika parti itu dibatalkan oleh ROS.
Bagi memperbetulkan keadaan, pembatalan tersebut,
jika benar-benar berlaku, bolehlah dijadikan peluru untuk menembak BN pula
iaitu kononnya takut dengan DAP.
Namun, kita pasti rakyat tidak semudah itu untuk
diperdaya lagi oleh DAP. Kita sudah
cukup masak dengan sikap DAP iaitu, setiap kali terkantoi, DAP akan mengalih
cerita ke lain agar kesalahan mereka dilupakan.
Contohnya, isu mendiang Teoh Beng Hock di mana kesnya adalah kes rasuah
DAP, tetapi dialihkan sehingga menjadi kes SPRM tidak cekap melindungi saksi.
Kita pasti, DAP akan berbuat yang sama dalam isu
CEC ini iaitu menjadikan ia sebagai isu BN takutkan DAP sehingga memaksa ROS
membatalkan pertubuhan parti itu.
Sedangkan kes sebenarnya ialah DAP tidak telus, tidak cekap dan bodoh
kerana menipu, memanipulasi dan menafikan hak ahli-ahli sendiri.
Segala perkembangan ini wajar dijadikan pengajaran
dan diambilkira dalam memilih kerajaan.
Tanyalah kepada diri sendiri, sanggupkah kita mempunyai kerajaan seperti
DAP? Bayangkan, jika ahli-ahli sendiri
pun boleh dipijak-pijak dan disepak-sepak, apatah lagi rakyat? Dan apatah lagi kaum lain, terutamanya kaum
Melayu?
Dalam keadaan ini, di manakah kredibiliti DAP,
mahupun PR untuk mempersoal integriti sesiapa terutama, SPR? Jika pemilihan parti sendiri juga tidak boleh
dikira dengan tepat dan telus, di manakah letaknya maruah dan kelayakan PR
untuk mempertikai SPR?
Berdasarkan apa yang berlaku, terbuktilah bahawa
segala demonstrasi BERSIH yang dipromosi PR sehingga menyebabkan kecederaan,
kemusnahan dan kerugian sebenarnya tidak mempunyai makna sama sekali. - BeruangBiru
No comments:
Post a Comment