Sunday, 7 April 2013

Anwar Tunduk Pada Desakan Azmin

Sejak dari tahun 2012 lagi PKR telah menghebahkan kepada umum bahawa Presidennya, Wan Azizah yang juga merupakan isteri kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bakal bertanding di kerusi DUN dalam negeri Selangor.

Mendengar berita tersebut ramai penyokong PKR yang bergembira menyambutnya lebih-lebih lagi dari kalangan ahli PKR yang anti kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Masuk tahun 2013 sehingga hampir kepada saat Dewan Rakyat mahu dibubarkan, ura-ura tersebut semakin kuat diperkatakan, tapi belum pun sempat ia menjadi kenyataan, tiba-tiba Azmin mencucuk Anwar untuk campur tangan.

Bukan satu rahsia pun di Selangor, semenjak pasca PRU 12 2008, Azmin telah memasang cita-cita untuk menjadi Menteri Besar dan telah beberapa kali melakukan sabotaj untuk memaksa Khalid Ibrahim turun dari kerusi empuk itu.

Dengan membawa masuk Wan Azizah yang juga merupakan seteru Azmin, ia mengurangkan tekanan kepada Khalid sekaligus mengurangkan pengaruh Azmin di kalangan pemimpin dan ahli PKR Selangor.

Tapi Azmin bukannya kecil anak, hubungan dengan Anwar cukup rapat jauh lebih akrab berbanding hubungan Anwar dengan Wan Azizah ia dimanfaatkan sepenuhnya untuk menghalang Wan Azizah dari bertanding di mana-mana DUN di Selangor.

Suka atau tidak, Anwar terpaksa tunduk dengan tuntutan Azmin, ini hakikat yang tidak mampu Anwar elakkan. Jika ura-ura Wan Azizah bertanding DUN menjadi kenyataan ia akan menjadi batu penghalang yang besar kepada cita-cita Azmin.

Justeru itu tidaklah pelik apabila selepas Parlimen dibubarkan tiba-tiba sahaja Anwar mengumumkan isterinya tidak akan bertanding dalam PRU13. Itu petanda jelas betapa kuatnya pengaruh Azmin ke atas Anwar. - BeruangBiru

No comments:

Post a Comment