Pembangkang amat meradang apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Aku Janji Barisan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13.
Aku Janji BN bukan sekadar merangkumi ciri-ciri sebuah manifesto sebuah parti politik yang menggariskan rancangan serta programnya sekiranya terus diberi mandat oleh rakyat untuk berkuasa.
Ia juga adalah dokumen pengakuan dan sumpah di hadapan rakyat bahawa BN akan melkaksanakan setiap kata-kata dan kalimat yang tersemat di dalamnya.
Ia bukan retorik kosong seperti Manisfesto Rakyat oleh pembangkang kerana sebahagian besar apa yang dilaungkan oleh Perdana Menteri dan dan sedang dilaksanakan.
Aku Janji BN adalah pengukuhan kepada program-program pro-rakyat yang sediada yang akan dimantapkan lagi bersama-sama program baru yang lain.
Berlainan pula dengan manifesto pembangkang yang hanya cantik pada rupa tetapi isinya kosong dan tidak mempunyai nilai.
Ini kerana pembangkang tidak mempunyai pengalaman memerintah negara hampir enam dekad seperti mana BN.
Mustahil pembangkang dapat menyelami keperluan serta kehendak rakyat dalam menghayati erti pembangunan negara sebenar bila mana ia tidak pernah mengalami naik turun, pahit getir, ancaman bahaya dan bermacam-macam suasana yang sentiasa berubah ketika mentadbir sebuah negara yang unik seperti Malaysia.
Pembangkang hanya mengkhayalkan apa yang difikirkan baik untuk kesejahteraan rakyat tetapi BN sudahpun membela nasib rakyat selama 60 tahun.
Pahit maung mengangkat sebuah negara yang telah dijajah silih berganti oleh satu bangsa penjajah selama 446 tahun oleh Portugis, Belanda, British dan Jepun hanya dinikmati oleh Perikatan/BN.
Pembangkang hanya menumpang segala kejayaan yang telah dicipta oleh BN lalu mendakwa seolah-olah merekalah yang menjuarai semuanya.
Daripada sebuah negara agrarian atau pertanian yang miskin dan amat dhaif sekali selepas menuntut kemerdekaan, kerajaan Perikatan di bawah Al Marhum Tunku Abdul Rahman serta kumpulan pejuang kemerdekaan yang bersama-sama dengannya, berhempas pulas membina asas kemajuan negara seperti yang dinikmati oleh generasi hari ini.
Obor perjuangan itu kemudian disambung pula oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussien, ayahanda kepadA Perdana Menteri sekarang.
Beliau berjaya membawa negara sesatu tingkat kemajuan lagi menerusi penggubalan Dasar Ekonomi Baru.
Dalam era Tun Hussein Onn pula negara diperkuatkan lagi dengan penggubalan dasar-dasar yang membantu meningkatkan lagi sosioekonomi orang Melayu.
Pelancaran Amanah Saham Nasional adalah salah satu jasa paling besar beliau.
Kemudian negara mengalami arus pembangunan dan perindustrian yang begitu rancak dan aktif di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kereta nasional Proton dilancarkan, pelaburan asing meningkat begitu mendadak dan di akhir pentadbirannya beliau sempat menikmati usaha gigihnya dengan terbinanya Pusat Pentadbiran Persekutuan Putrajaya.
Perdana Menteri keenam Tun Abdullah Ahmad Badawi pula memperkenalkan koridor pembangunan di seluruh negara dengan tumpuan kepada pembangunan wilayah Iskandar di Johor.
Kini Malaysia berada di dalam jagaan baik Datuk Seri Najib yang telah menyerlahkan lagi kemampuan negara untuk menjana kejayaan demi kejayaan melalui dua program transformasinya iaitu dalam aspek pentadbiran dan ekonomi.
Program transformasi gergasi yang digagaskan oleh Perdana Menteri inilah yang menjadi intipati dan asas kepada Aku Janji BN pada PRU13.
Ia bukanlah sesuautu yang dirancang hanya untuk memenangi pilihan raya semata-mata tetapi merupakan kesinambungan kepada apa yang telah dicapai sejak empat tahun menerajui negara.
Aku Janji BN adalah komprehensif and inklusif, ia juga menyentuh setiap aspek kehidupan rakyat dari buruh kasar, suri rumahtangga, peniaga, pentadbir, pelajar hinggalah kepada pelabur asing.
Semuanya dicanai dengan begitu rapi dan teliti untuk memastikan segala impian yang dilakar menjadi realiti bagi kesejahteraan rakyat jua.
Daripada program rakyat didahulukan seperti BR1M, KR1M, Klinik 1Malaysia, BB1M, TR1M, PR1MA semuanya telah dilaksanakan dengan jayanya.
Hakikatnya pembangkang hanya pandai menabur janji tetapi BN menepati segala janji yang dibuat, pembangkang hanya menjual air liur untuk memegang kuasa tetapi BN melakari kejayaan dengan bukti nyata. - BeruangBiru
No comments:
Post a Comment