Tuesday 26 February 2013

Pengurusan Air: Tiba-Tiba Negara Tidak Ada Pakar!!


LEBIH 55 tahun merdeka, berpuluh-puluh universiti awam dan swasta, tak kira lagi yang rakyat belajar di luar negara dalam pelbagai bidang kejuruteraan dan sebagainya, amat tidak logiklah kalau negara ini masih tidak mempunyai pakar dalam bidang pengurusan air!!

Tapi itulah yang disebutkan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin bahawaMalaysia tidak punya kepakaran dalam bidang pengurusan air.

Hanya sebab Pakatan Rakyat di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan apatah lagi Kelantan, gagal menguruskan air di negeri yang diperintah masing-masing maka Faekah menghukum negara ini tidak ada kepakaran dalam bidang air?

Selama ini yang menguruskan air dengan baik di Selangor dan negeri-negeri lain di negara itu, pakar ambil dari mana pulak?

Dalam negara ini, satu-satunya negeri yang mengimport kepakaran dari luar untuk menguruskan air di negeri yang mereka perintah hanyalah Kelantan pada pertengahan 90-an apabila membawa masuk syarikat Thames Water dari UK untuk menyelesaikan masalah bekalan air di negeri tersebut, tapi masih gagal.

Kerajaan pusat pimpinan ‘Mahafiraun’ ketika itu (sinikal), Tun Dr. Mahathir Mohammad, beri lagi RM 600 juta pinjaman mudah untuk selesaikan masalah air ini, pun tak selesai juga sampai sekarang.  Dalam masa yang sama negeri-negeri lain tidak ada masalah, Kelantan sahaja yang bermasalah.

Di negeri-negeri lain, setahu penulis tidak ada, semuanya sekarang diuruskan kepakaran anak tempatan, lebih-lebih lagi di Selangor yang menjadi pendahulu dalam bidang penswastaan air dengan penubuhan Luas, Syabas, Abbas dan sebagai ‘bas’, ‘bas’ yang lain.

Jadi macam mana Faekah kata tidak ada kepakaran?

Faekah cuba mencipta cerita palsu dengan membuat dakwaan sedemikian.  Lebihnya yang boleh penulis lihat hanyalah cubaan untuk mengalih perhatian rakyat dari masalah sebenar berkaitan pembekalan air ini yang sedang berlaku di Selangor.

Tenaga pakar dalam bidak pengurusan air di negara kita memang ramai, tapi kalau dah campur tangan politik mendahului kepentingan pengguna, macam mana bekalan tak terganggu?

Sebetulnya Pakatan Rakyat Selangor ini yang tidak ada kepakaran, tapi pura-pura macam pakar semua benda.  Bila dah terdesak, habis semua orang dituduhnya tidak ada kepakaran.

Selama tidak ada Pakatan Rakyat di Selangor, apa elok sahaja bekalan air?  Memanglah ada masalah disana sini, itu biasalah, tapi taklah kerap sangat putus bekalan macam sekarang!!  Sampaikan sumber air pun semakin terancam juga, ini apa cerita?

No comments:

Post a Comment