Friday 22 February 2013

PAS Gadai Islam Demi Treler Kempen?



Tidak hairanlah jika PAS berkeras tidak mahu keluar daripada Pakatan Pembangkang dan seterusnya bergabung bersama UMNO mempertahankan kesucian Islam. Buktinya telah terhidang di hadapan mata seluruh rakyat Malaysia.

Perasmian kenderaan yang bakal digunakan oleh PAS untuk menjalankan kempen yang kononnya dihadiahkan seorang ‘hamba Allah’ serta ditambah dengan wang derma yang dikutip selama ini telah disempurnakan oleh Presiden parti tersebut di hadapan Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut tengahari semalam.

PAS sudah mewah dan mampu menggunakan kenderaan yang baru semenjak bergabung dengan DAP dan PKR yang sememangnya mempunyai pendana sendiri. Treler milik PAS ini telah dilengkapi dengan wi-fi, sistem PA dan janaelektrik tersendiri selain daripada sebuah pentas berukuran 40 kaki x 9 kaki.

Hebat betul Pakatan Pembangkang. Ramai sungguh yang bermurah hati menyalurkan dana kepada parti mereka. Satu ketika dahulu PKR melakukan Jelajah Merdeka Rakyat menggunakan Bas Mewah yang dimiliki oleh si Khalid Gagap, Menteri Besar Selangor.

Kemudiannya bertambah mewah dengan treler yang terpampang gambar Ketua Umum PKR, Anwar Al-Jub. Kemuncaknya Anwar Al-Jub melakukan Jelajah Merdeka Rakyat ke Borneo dengan menaiki jet persendirian yang juga ditaja oleh seseorang.

Tidak lama selepas itu, DAP pula merasmikan treler berpentas mereka yang bertema ‘Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia’. Tidak seperti Anwar  yang gila glamour, DAP tidak meletakkan wajah pemimpinnya melainkan memaparkan gambar maskot burung enggang yang besar.

Justeru, demi wang dan kuasa, PAS merelakan diri mereka diperkudakan oleh DAP dan PKR yang terang-terangan menyokong kebebasan beragama yang boleh digunapakai terhadap umat Islam juga seperti yang pernah diperkatakan oleh Nurul Izzah satu ketika dahulu.

Demi kemudahan menggunakan wang yang banyak daripada pendana untuk menjalankan kempen menghadapi PRU13, PAS sanggup menggadai kalimah Allah yang seharusnya dipelihara kesuciannya daripada tercemar .

Ternyata, PAS kini hanya mementingkan kuasa politik di dunia tanpa rasa bersalah memperdagangkan agama. PAS bukanlah sebenar-benar parti yang berteraskan Islam melainkan menggunakan jenama Islam untuk kepentingan politik sendiri.

Jika dahulu PAS sibuk mengatakan UMNO hanya berjuang demi kuasa politik dan bukan untuk Islam, apa bezanya PAS kini? Mungkin Allah sudah menterbalikkan doa menghancurkan kerajaan zalim BN kepada PAS hingga tertutup hati mereka untuk meninggalkan Pakatan Pembangkang demi Islam.

Umat Islam di Malaysia, janganlah kita turut sama seperti PAS menggadaikan kesucian Islam demi kelangsungan politik. Marilah kita bersama UMNO/BN untuk mempertahankan kesucian Islam dari tergadai ke tangan kafir laknatullah.

No comments:

Post a Comment