Friday 15 February 2013

Perdana Menteri Campurtangan, Pornthip Enggan Bedah Siasat!


Sudah boleh diagak apa reaksi Pakatan Pembangkang dengan keengganan pakar patologi Thailand, Dr Pornthip memenuhi permintaan parti tersebut melakukan bedah siasat kali kedua ke atas mayat C. Sugumar yang didakwa oleh Pakatan Pembangkang mati disebabkan oleh pihak polis. Sejurus sahaja beliau menyatakan penolakan, sudah dapat diteka pasti ianya akan dikatakan berpunca daripada kerajaan Barisan Nasional.

Membaca laporan yang disiarkan di dalam Malaysian Chronicle yang sememangnya dimiliki oleh Pakatan Pembangkang ataupun lebih tepat lagi oleh Tian Chua, ianya sememangnya tidak masuk akal.

Kononnya maklumat campurtangan Perdana Menteri terhadap kes kematian C. Sugumar telah diterima oleh Pakatan Pembangkang daripada orang yang mempunyai kuasa yang tidak perlu didedahkan identitinya. Ternyata apa yang dikatakan oleh N. Surendran yang merupakan salah seorang peguam PKR itu sebenarnya hanyalah helah mereka untuk menutup malu.

Apa pula kepentingan Perdana Menteri untuk campur tangan di dalam perkara tersebut sehingga sanggup meminta Perdana Menteri Thailand supaya tidak membenarkan Dr Pornthip masuk ke Malaysia bagi memenuhi permintaan Pakatan Pembangkang? Bukankah Perdana Menteri sebelum ini dikatakan cuba meraih sokongan kaum India dengan mendekati mereka dan memberikan pelbagai bantuan?

Bukankah sepatutnya kehadiran Dr Pornthip ke Malaysia untuk menjalankan bedah siasat kali kedua dialu-alukan oleh Perdana Menteri supaya keadilan terhadap kaum India yang cuba didekati dapat diberikan kepada mereka?

Sugumar sebelum ini dikatakan mati dibelasah oleh pihak polis dalam keadaan tangannya bergari dan muka diselaputi serbuk kunyit. Bedah siasat yang dijalankan oleh hospital kerajaan Malaysia menyatakn sebab kematian Sugumar adalah akibat serangan jantung namun Pakatan Pembangkang cuba meraih simpati kaum India dengan menjadikan kematian Sugumar sebagai kesalahan pihak polis.

Sudah menjadi kebiasaan juak Pakatan Pembangkang untuk menjadikan sesuatu perkara yang dilihat boleh menimbulkan persepsi buruk terhadap kerajaan sebagai satu isu besar. Kematian C. Sugumar turut menjadi medan bagi mereka meraih sokongan kaum India.

Selama ini jika dilihat di mana-mana hospital kerajaan, kaum yang paling banyak mendapatkan rawatan adalah kaum India. Tidak kira apa jenis penyakit hatta demam sekalipun mereka tidak segan silu mendapatkan rawatan percuma di hospital kerajaan. Tidak pula mereka mempertikaikan keputusan rawatan yang diterima.

Mengapa pula kali ini keputusan bedah siasat yang dijalankan oleh hospital kerajaan dinafikan kebenarannya? Adakah hospital kerajaan sudah tidak layak untuk melakukan sebarang bedah siasat lagi terhadap kematian yang melibatkan kaum India?

Sebenarnya isu keengganan Dr Pornthip dan campurtangan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ini hanyalah rekaan juak Pakatan Pembangkang untuk menutup malu mereka. Sebelum ini mereka sudah menjaja ke sini sana tentang bedah siasat kali kedua yang akan dilakukan oleh Dr Pornthip.

Justeru, apabila Dr Pornthip enggan melibatkan diri dalam politik kotor Pakatan Pembangkang yang sememangnya boleh mencalarkan kredibilitinya, alasan lain perlu dicipta untuk menutup malu mereka. Akhirnya, Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional yang menjadi mangsa.

Juak Pakatan Pembangkang dan fitnah serta helah adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan selama-lamanya. Oleh itu, tolak Pakatan Pembangkang bermakna tolak fitnah dan kekalkan keamanan dan kestabilan negara.

SUMBER : Suara Generasi Baru

No comments:

Post a Comment