Monday 26 March 2012

Lari Dari Rumah, Berlakon Diculik, Sanggup Pulak Buat Laporan Palsu Kata Dirogol!

Kasihan budak-budak remaja zaman sekarang ni. Kurang kasih sayang gamaknya sampai sanggup mengaku diri dirogol dan sanggup pulak membuat laporan palsu mengenainya. Apa hebat sangatkah dirogol? Kalau anak-anak dara zaman tok nenek kita dulu, kalau kena rogol aje, malu besar sampai tak sanggup nak hidup lagi. Terbalik pulak dengan budak remaja zaman sekarang. Lagi bangga ada bila dah buat maksiat. Agaknya dunia ni dah betul-betul hampir ke penghujungnya kot.

Pada pandangan penulis, remaja yang baru-baru ini berlakon seperti diculik padahal dia dengan rela hati melarikan diri ke rumah teman lelakinya membuat laporan palsu dirogol teman lelakinya itu kerana mahu ibu bapanya merestui percintaannya bersama teman lelakinya itu dan seterusnya menikahkan mereka. Tetapi mungkin remaja itu tidak terfikir bahawa tindakannya itu telah mengaitkannya dengan pihak polis yang sudah sememangnya tugas mereka untuk mencegah jenayah.

Apabila telah berkaitan dengan pihak polis, sudah semestinya pelbagai prosedur harus dijalani untuk memastikan keadilan dapat ditegakkan. Kes rogol pastinya akan dirujuk kepada pihak hospital di mana mangsa akan diperiksa oleh doktor yang bertauliah.

Sekarang ini, siapa yang susah? Akibatnya, diri sendiri yang akan menanggung kemungkinan didakwa kerana membuat laporan palsu.

No comments:

Post a Comment