Saturday 31 March 2012

Undi Pas Dapat Elaun?


Kartun ni memanglah menarik, tetapi lebih menarik lagi dialognya. Kalaulah betul mengundi PAS dapat elaun setiap bulan, bertuahlah badan. Tak perlulah susah payah bekerja, duit rakyat banyak dalam simpanan kerajaan persekutuan. Almaklumlah, semua rakyat (agaknya la) membayar cukai.

Duit cukai duit rakyat. Namun rakyat yang tak pernah membayar cukai pun mengaku duit cukai tu duit depa dan bersungguh-sungguh melalak sini sana menuntut kerajaan mengembalikan hak rakyat kepada rakyat. Banyak mana sangatlah hasil kutipan cukai dari rakyat (yang membayar). Itulah yang depa mahukan dibelanjakan untuk menyediakan kemudahan pendidikan peringkat tinggi secara percuma. Jalanraya percuma baguslah, tetapi lebuhraya pun depa nak percuma juga. Macam mana?

Bukannya sedikit bilangan pelajar yang diterima masuk ke universiti. Kalaulah semuanya hendak diberikan percuma, naik lemaklah pelajar-pelajar ini. Malaslah hendak belajar. Lulus atau tidak, habis belajar atau tidak, nanti dapat kerja atau tidak, tiada apa yang perlu dirisaukan. Tiada hutang yang perlu dibayar. Duit belanja makan dan tempat tinggal yang ibu bapa beri sepanjang pengajian tidak perlu dibayar semula, sebab itu memang sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk menanggung keperluan anak.

Tidak perlulah bekerja, negara berkebajikan tentu akan memberi percuma semua keperluan rakyat. Tutup sahajalah kilang-kilang, segala pasaraya, segala ladang, badan pun tak penat, elaun ada untuk buat belanja. Tapi bila dah tutup kilang-kilang, dah tutup pasaraya, dah tutup ladang, daripada mana pula datang hasil untuk dijadikan sebagai elaun nanti?

No comments:

Post a Comment